Followers

Tuesday, May 30, 2017

First Day Ramadhan


Dah menjadi tradisi family aku, hari pertama puasa WAJIB berbuka puasa kat rumah mak aku, berkumpul semua adik beradik yang tak berapa nak ramai tu.Hari kedua dan seterusnya pepandailah berbuka kat rumah masing2, hahahaah...Tapi boleh kata selang beberapa hari mesti berbuka kat rumah mak balik.Maklumlah rumah mak dekat.Time abi balik kerja malam, aku singgah rumah mak jela berbuka sama2, sedih plak nak berbuka sorang2 dengan dak Iqy je..hahahah..Mengadaa sangat kan..



Untuk hari pertama tu, sebenarnya mak dah planning suruh Abi masakkan kari kepala ikan.Abi selalu bawak balik kepala ikan dari tempat kerja dia.Nak dijadikan cerita, haritu Abi MC plak sebab sakit mata, dan tak dapatlah nak bawak balik kepala ikan tu.Tak dapatlah nak berkari kepala ikan haritu..huhuhu..Mak kata nak masak ikan siakap masak 3 rasa,tauhu sumbat dan kobis masak lemak, kak ipar aku plak nak masak ayam masak merah dan kuih.Mak kata aku takyah bawak pape sebab makanan dah banyak.Tapi aku singgah jugak bazaar beli roti john dengan kuih muih sikit buat tambah2.Lurus bendul sangat kalau datang tangan kosong walaupon rumah mak sendiri kan..hewhewhewww..


Tudiaaa penuh semeja..semua family aku ada..Alhamdulillah seronok dapat berbuka sama2, aku makan nasi sikit je, selebihnya ratah lauk dan makan kuih, kan tengah on diet..Harapan tinggi sangat nak tampil body ala2 Nur Sajat dipagi raya..Jangan jadi susu sejat F&N sudah laa...hahahahaha...Poyooo je..


Mendugaaa sangat puasa tahun ni, time berbuka telan air liur dan tutup mata je tengok dorang kemain teguk lagi air sejuk berais2 tu..Haishhhh aku berbuka minum air panas kot..Pestaim dalam sejarah hidup aku pantang ais  dalam bulan puasa..ayoyoyoooo..Alhamdulillah kuat jugak semangat aku, kental giler lahh..Nak ikutkan pantang dah habis dah, sekarang ni dok pantang ais dan makanan sejuk2 dan tajam2 je..Takpelahhh nak sihat kan.Positif jelaaa..hukhukhukkk..

3 comments:

  1. Alhamdulillah
    Dekat umah mal syiok lah. Saya plak suami kja malam. Nasib ada dak rania. Peneman setia

    Pantang tau. Jangam pantang tengok plak.
    Take care. Allah bagi yang lebih baik nanti aamiin
    Doakan saya juga ye. Tengah usaha utk baby no 2 plak ni haaa.dak rania dah nk masuk 3 tahun dah bulan lapan nanti..

    Selamat berpuasa 😘

    ReplyDelete
  2. waahh syok dok dekat ngan mak. kumpul ramai2 buka pose sesama

    ReplyDelete
  3. samalah, 1st puasa mesti nak buka dgn family.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)