Followers

Thursday, May 25, 2017

Minggu busy


Hollaaaa!!!! Dah 2 minggu dah mula bekerja lepas cuti keguguran haritu.Alhamdulillah dah sihat dah, walaupon pantang masih ON lagi.Rasa ringan je badan ni sekarang, maybe dah makin mengurus kot kan..#perasanjappp .Hagak2 boleh tampil gojes tak dipagi raya..hahahaah..Mood bekerja makin baik sikit sejak dua menjak ni, tak tau datang dari mana semangat tu, nak kata ada Pattah Amin kat opis ni takde plak.Mat Bangla patah seribu ada laaa..muahahahahah..Okeylah kan, satu peningkatan yang baik untuk diri sendiri.Clap clap clap..Bagus dak Nory ni..Mak aku tak habis2 dok perli aku, uishh rajinnya ko keje sekrang, tiap pagi mak tunggu jugak kot2 kau cenekel tak gi kerja ke, boleh bawak mak pegi sarapan kat luar..hahahahah...sabooo jela mak aku ni,,

Dan setelah lama aku tak selfie, mood nak selfie tu dah kembali semula.Agaknya hormon mengandung yang buat aku taknak selfie kot sebelum ni, lagipon masa peknen tu, jerawat naik sesoka hati je kat muka aku ni haa, ikut dan dia je nak tenggek kat mana, aku nak tengok muka sendiri pon tak selera tau..Tapi lepas gugur, eh eh masalah kulit hilang camtu sahaja, tau2 tinggal parut je..Pengaruh hormon lah tu kan...Ni tengah usaha nak hilangkan parut sebelum raya, walaupon harapan macam tipis je, tapi sis cuba.Moga2 raya nanti secantik Lopa..huaahauahauaa


Dan setelah lama tutup kedai, sekarang dah ada mood balik nak berbisnes, wahhh makin bersemangat waja.Alhamdulillah, mungkin inilah hikmahnya..Aku redha..Bukan alhamdulillah sebab gugur tau, tapi alhamdulillah sebab disebalik semua ujian tu buat aku makin kuat dan bangkit semula..Minggu lepas dengan minggu ni busy dengan kerja disiang hari, amik order, balik rumah setel kerja rumah, pastu dok check stock2 baju preloved yang customer order, ada yang tanya ukuran lah, sampai 2 pagi aku masih tak tidur lagi dok menguruskan baju2 preloved tu.Bisnes mekap aku pun masih berjalan lagi, walaupon haritu kurang aktif sikit iklan kat FB, tapi alhamdulillah order tetap masuk.Minggu lepas pon ada customer borong mascara, pestaim ni aku jual borong, dah customer request kan, aku pon cuba lah .Alhamdulillah good feedback from customer, repeat order lagi yer sis..hehehehe.


Minggu ni memang busy dengan bisnes baju preloved, ekceli lama dah aku berkecimpung dalam bisnes preloved, cuma kurang menyerlah kat FB personal je, aku aktif kat FB grup jual barang preloved ni sahaja.Sebab kat situ prospek mudah ditemui..hahahaha..Aku jual baju2 preloved yang aku dah tak muat dan jarang guna lagi, haritu kemas almari, masyaALLAH banyaknya baju2 yang masih elok tapi aku jarang pakai.Yang koyak2 dan lusuh aku tak jual yer, tak gamak nak jual beb..Jual yang elok2 je, murah2 plak tu, pastu aku memang suka bagi free gift utk setiap pembelian, Ada yang dapat mascara, lipstick, mask, haaa best tak best tak...Dah lah murah, cantik, dapat free gift plak tu..Nnati kalau sempat aku upload kat blog ek..Kadang tak sempat nak upload, dah licin customer borong.Tenkiuuuu customer.


Hasil untung bisnes, kite belanja anak makan roti canai lah, bagus anak den sorang ni tau, dia mintak roti canai je..hahahha...Takdelah ni kebetulan balik dari COD mekap haritu, terus singgah makan sini, Dak iqy ngadu lapar roti canai kari plak, nampak kuah tu habis kan, dia hirup macam tu je weyyyy...Orang buat cicah, dia hirup selamba je...Tak faham aku...Suka sangat kariii dengan roti canai..Kuat makan tapi badan kuyusss je..haiiii lah anak..Teringat masa mengandungkan dia dulu pon suka makan roti canai sampai 4 keping kauuuu..Nah sekarang, dah "keluar" pon masih addict dengan roti canai..huhuuuhuu

3 comments:

  1. Selamat kembali bekerja.. Elok juga bole jual bj preloved dpt hasil juga kn

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,semakin sihat dan bersemangat. Ada jual preloves ke? Saya rajin gak beli preloved.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  3. murah rezeki nory..bw pagi 4 ramadan..:)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)