Followers

Wednesday, April 19, 2017

Makin lemau nak kerja

Hallu harini Rabu dah kan, semalam aku MC lagi..Muahahahaha..harini plak mulanya ingat nak sambung MC tapi banyak kerja tak setel lagi kat opis, so aku inform boss aku masuk lambat sikit, lepas hantar Dak Iqy, singgah beli nasi lemak bawak ke rumah mak.Join mak brekpes sekali.Pastu lepak borak2 kejap dengan mak, pukul 10 baru masuk opis, dah macam opis bapak aku dah aku buat wey...muahahahaahahah..Oklah kan masuk lambat dari tak datang terus, ko nak mana??hahahah.
Entahlah makin takde hati nak kerja, perasaan dah takde hati nak kerja ni sebenarnya dah lama wujud dah pun, sejak dari lepas bersalin Dak Iqy lagi, tapi dalam taknak dan lemau nak kerja, Dak Iqy sekarang dah 3 tahun dah pun, dan aku masih bekerja walaupon mood nak kerja tu dah totally out..Yer aku tau, kat luar sana punya ramai orang berebut-rebut nak cari kerja, susah nak dapat kerja, aku yang dah ada kerja ni nak berhenti plak, mesti ada yang tak sependapat dengan aku kan.huhuhu..Tapi entahlah weyy, kalau hati tu dah tawar, buat lah camne pun, bagilah 1001 tips untuk bersemangat ke tempat kerja pun, pendirian aku tetap sama je.hahahahah
Camne ek korang yang sebelum ni bekerja tetiba buat keputusan berhenti kerja, kot boleh share pengalaman korang, cara korang manage kewangan tu camne, aku pon bukanlah jenis yang kuat berbelanja sangat pon, walaupon bekerja, setahun sekali je dapat merasa beli baju baru, kasut baru, maklumlah gaji kecik, so aku memang berkira sikit dengan diri sendiri.Nak ikutkan bukan berkira sangat, dah memang cukup2 makan je, takkan nak berbelanja lebih dari kemampuan plak kan.Sentiasa ukur baju dibadan sendiri.Pernah lah duduk bincang dengan asben, pasal ni, cuba buat kira-kira, tolak itu tolak ini, alaaa tak lepas weyyy kalau aku berhenti kerja.Tapi camne korang boleh,??Ada yang lagi susah dari aku pon, boleh je buat keputusan berhenti kerja..kenapa aku tak boleh haaa???Cer bagi pendapat sikit, bagi tips ke, boleh aku tiru sikit2, ikut hati, harini jugak aku nak berhenti kerja tau..

Dulu aku ni seorang yang workholic tau, zaman lepas sekolah, kerja apa yang aku tak buat, jadi waiter, jadi cashier, kerja jaga game funfair, jadi promoter kedai baju, masa tu kerja je dalam kepala aku.Sampai kurus cengkung badan aku tau , mana tak nya hari2 buat OT, pergi subuh balik tengah malam, dalam seminggu cuti sehari je tu pon cuti pergi tempat kerja jugak...huhuhuhuuu..Tapi sejak dah jadi mak2 dan sejak umur dah diambang 30an ni plak tetiba semangat kerja makin merudum.Hurmmmm..Patutnya makin kerja kuatlah kan...hahahaha..

Harini pergi kerja muka toya je.Buat kerja pon takde feel, badan je kat opis, hati ni dah melayang2 kemana hala tak taulah...Nasib baik sempat beli stock choclate untuk drawer kat opis.Heavennnn giler dapat makan coklat hari2..Nyummmnuumm


0 comments:

Post a Comment

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)