Followers

Tuesday, April 11, 2017

Lunch date dengan kak Zila


Khamis dan Jumaat lepas, dua hari berturut2 lunch dengan Kak Zila, ex-opismate Trio dulu.Memang selalu pun lunch dengan Kak Zila, tapi kadang tu lama jugak tak lunch sama sebab aku selalu balik rumah mak aku.Khamis aritu dekat2 time lunch, Kak Zila call, ajak lunch sama, gaya cakap macam ada masalah je.Mesti dia stress tu.Biasanya kalau dia stress , aku lah tempat dia meluah, sebab dulu kitorang kan dah biasa meluah antara satu sama lain.

Kitorang set nak lunch kat Restoran Johan, aku okey jelaaa, sambil makan sambil bergosip, geram aku dengar kak zila mengadu pasal kerja yang makin hari makin melampau2.Semuanya punca dari sorang minah ni, yang dulu jadi punca aku stress sampai berhenti dulu tu, aku ingatkan dah berubah lepas aku berhenti, rupanya makin teruk dan makin naik tocang.Ya Allah, tak baik tau aniaya orang.Kak Zila tu punya lah stress sampai dah nak resign sebab tak tahan jugak.Maybe lepas dia kahwin nanti dia terus blah dari company puaka tu.Ekceli company tu tak puaka, yuppp perempuan tu yang puaka.Astaghfirullah~~~Seronok sangat ke kerja aniaya orang ni.Tak berkat rezeki kak oiii..Ko nak kerja senang, dok mengangkang je, orang lain kau pijak2 camtu.Ya Allah, jauhi lah aku dari mengenali orang2 yang camtu lagi.Takmau tambah dosa membenci orang ni.Aku ni bukan jenis yang senang2 nak benci orang, tapi kes ni dah melampau sangat.

Aku percaya cerita2 kak Zila ni sebab aku sendiri pernah alami situasi kena aniaya masa kerja kat situ dulu.Masa tu aku memang under perempuan tu, orang atasan dia kipasss baik punya, sampai dorang tak nampak langsung kebaikan kau, tapi kesalahan kau yang sikit je dorang akan perbesarkan..Dan dia, yang kerja mengangkang sahaja, orang nampak dia yang bekerja keras.Yang dapat nama diaaa...ko rasa???sape boleh tahan kerja dengan orang macam tu??Dah berapa orang sebelum dan selepas aku, semua tak kekal lama, yang kekal hanya dia yang semakin hari semakin berpengaruh besar kat company padahal jawatan ko dengan dia sama je...Tapi yang separuh mati buat kerja, tanggung risiko, kauuu...Kau rasa???

Aku kesian dengan kak zila dan Farah, macam2 kak zila cerita kat aku.Aku tak tahu nak cakap apa, nak api2 kan pun tak, cuma boleh suruh kak zila sabar jela.Dia dah lah pening dengan urusan persiapan kahwin dia, stress dengan kerja lagi, aku faham sangat camne serabutnya kepala dia sekarang.Aku dulu pon, hari2 sakit otak kerja situ, gaji tinggi pon hati tak tenang buat kerja bila ada orang buat aniaya camni.Moga Kak Zila kuat semangat hadapi cabaran ni, doa yang baik2 jela untuk perempuan tu.

KFC Tasik Prima, Puchong

Hurm citer pasal lunch plak, esok tu hari jumaat kitorang lunch sama lagi.Kalini kat KFC, makin lembab plak sistem order kat KFC ni, lepas order nak tunggu nombor plak, dah macam MCd..Dahlah lembab, aku tak faham nape dorang tukar sistem macam ni, rasa macam lagi lambat adelah.Sistem biasa macam sebelum ni pon okey dah, order terus dapat makanan, takyah nak tunggu giliran lagi, 2, 3 kerja..Buang masa je tau tak..

1 comment:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)