Followers

Friday, March 8, 2013

Minum untuk sihat | Banyakkan minum air putih..



abaikan mata panda aku tu...kat opis keje aku tidooo je..huhuhu

Musim2 panas sekarang ni, tekak sentiasa je kering.Selang 5 minit lepas minum mesti haus balik.Kalau lmbat basahkan tekak, mulalah sakit tekak.Musim2 panas ni jugaklah, senang nak dapat penyakit..Demam lah, batuklah, selesema lah..Haishhh..Paling tak tahan kalau migrain datang menyerangg..Rasa terhuyung-hayang je.

Dulu aku ni jenis yang suka minum air manis2 je taw, setakat air kosong, takde rasa apa-apa ni, memang aku pandang sebelah mata je, tapi sekarang bila umur dah makin tua ni, aku cuba disiplinkan diri minum air kosong/air putih sebanyak yang boleh.Semua pon tau kan pasal kelebihan air kosong/air putih ni camne, selain dari pelepas dahaga, ia juga baik untuk kecantikan.Nak muka cantik, licin dan bermaya, kena lah rajin minum air kosong banyak2.Paling koman pon, try minum 8gelas sehari.Mula2 memang leceh sikit nak disiplin kan diri, tapi lama2 mesti terbiasa.

Macam aku, aku biasakan bawak botol air yang berisi air kosong/putih ke opis.Dalam seminggu , 5 hari aku bekerja, 5 hari tu jela aku disiplin minum air kosong banyak2.Time weekend, aku belasahhh jugakk lah air manis..hehehe.Lama2 aku pon terbiasa, dan sekarang kalau gi mana2, aku jarang beli air manis dah, aku lebih tertarik nak beli air mineral je..huhu..Yela kita ni bukan makin muda, kesihatan kena jaga jugak kan..Tak dapat cegah, dapat kurangkan pon jadilah kan..

Kelebihan meminum air masak/putih/kosong :

1. Menguruskan Badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet.Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan Kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan Sistem Pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas sehari akan melancarkan sistem pencernaan.Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan Proses Pertumbuhan Zat Yang Menyebabkan Kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5.Perawatan Kecantikkan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air,sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh Lebih Segar Dan Sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh.Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air.Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan Jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembukan penyakit jantung.Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan alternatif
yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8.Ubat Kepada Penyakit Strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit,namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh.Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

16 comments:

  1. klu air putih ni saya minum air mineral. kalau air masak sendiri tu tak bape lalu.. tekak mengada. huhuu

    ReplyDelete
  2. yeayyyy jom minum air putih.. eka suka...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nory..........bestnya pandai jaga kesihatan! hehe
    sheila pun suka minum air kosong jeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  4. zana pun sejak ber"shaklee" ni baru rajin minum air masak.. kalau x, xde maknanyaaaaaaaaa... hehehe..

    zana perasan lps minum banyak air masak, kulit zana x kering lagi.. best!

    ReplyDelete
  5. akak mmg suka air masak.... tp suka jugak kopi... x balance kan ha3

    ReplyDelete
  6. sama la kite..dulu tak suka air masak tapi skrg cuba untuk disiplin mnum air masak..Alhamdulillah skrg dh biasa..:)

    ReplyDelete
  7. chomel je gambar sis ngan air tu, heee.. :) Sekarang ni tgh demam mmg kena mnum air masak byk, kalo tak, rasa tekak ni sakit n gatal je kan sis..huhu..thank Q for sharing dis..btw air putih pon boleh utk yg nak berdiet kan? ihihi,lepas ni kena minum air putih byk2 la.. :D

    ReplyDelete
  8. sy pun time keja blh disiplin mnum air msk byk2..kt umah slalu trlupa..hehe..

    ReplyDelete
  9. Nory, bgus ni minum air putih. ce tambah sepotong dua hiris buah lemon dlm air tuh. minum air suam. setiap hari. baik untuk TTC . Ida buat setiap harii ;))

    ReplyDelete
  10. kat umah mmg sis minum air masak jea.air manis minum bila makan kat luar:)

    ReplyDelete
  11. firda pun suka air masak..air manis tak hilang dahaga...

    ReplyDelete
  12. wahh..memang nory suke minum air masak..besarnye bekasnya...azuria nk cube ikot cm nory gak la.. :)

    ReplyDelete
  13. doodle dah siap =) http://bunnyinspired.blogspot.com/2013/03/senarai-peserta-segmen-free-doodle-by.html

    ReplyDelete
  14. rm1/pc strip test upt pregnancy dan rm1.20 /pc opk kesuburan
    email; lovidoobidoo@gmail.com
    blogshop; http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/
    sms:puan nor 0122723104

    ReplyDelete
  15. nad pun sekrng minum air kosong je..jimat satu hal..hehe

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)