Followers

Friday, March 1, 2013

Tips Penjagaan Rambut Panjang dan Bertudung


Rambut merupakan mahkota bagi wanita, tapi ada juga segelintir wanita yang tak mengambil berat pon pasal hal penjagaan rambut ni, lebih2 lagi yang bertudung.Jangan jadikan tudung sebagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab kite terhadap hal penjagaan dan rawatan rambut.Siapa kata wanita bertudung tak boleh bela rambut panjang??Bolehh je, asalkan kita pandai menjaganya..Jangan lah pikir, oh mentang-mentanglah bertudung, biar kan je rambut tak berbasuh sampai seminggu.Muka je lawa, tapi rambutt busuk, berkutu plak tu, haishh mana nak letak muka weyy..Lain lah yang dah bersuami, tiap2 hari rambut basahh..hahaha..Tetttt!!!

Aku plak masa zaman "free hair" dulu rajin jgak lah pergi buat treatment, masa tu zaman rebonding.Kemain ko, umur 16 tahun masa cuti sekolah sanggup cari kerja semata-mata nak kumpul duit buat rebonding, dulu rebonding mahal kot, kalau takde 3ratus toksah mimpi lah rebonding bagai, gaji plak masa tu 5 ratus je jadi promoter kedai baju, hahaha..Pasrah jela aku ikat perut semata2 nak bergaya..Bak kata pepatah, "biar papa asal bergaya"..

Bila dah kawen ni, alhamdulillah dah bertudung, Abi plak tak bagi potong, dan sekarang rambut dah cicah montot dah..Memang leceh sikit jaga rambut panjang ni, tapi aku memang suka rambut panjang.Abi pon suka..hehehe..Sesetengah orang tak suka bela rambut panjang selepas kawen, sebab jenuh nak basuh hari2 (ko paham2 jela kan)..Tapi kalau dah biasa ok je..Sebenarnyakan tak elok basuh hari2, nanti rambut cepat rosak..So, meh ikut tips2 kat bawah ni..

1. Gunakan jari anda

Sejurus bangun tidur, jangan menggunakan sikat rambut untuk menyikat rambut, sebaliknya gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal.Penggunaan jari jemari juga dapat mengurangkan keguguran rambut.

2. Berus rambut selalu

Ada yang risau menyikat rambut selalu kerana takut rambut akan gugur.Namun, memberus rambut selalu sebenarnya menyihatkan rambut.Apa ertinya mempunyai rambut panjang yang cantik kalau malas menguruskannya.Untuk mereka yang memiliki rambut panjang, dinasihatkan bahawa berus dari bahagian berbulu dengan permukaan yang bulat.Mulakan memberus dari bahagia atas kepala sehingga ke bawah.Kemudian berus dari bahagian rambut yang dalam pula.Selepas memberus,gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih semula jadi.Elakkan memberus rambut semasa basah.Sebaiknya guna berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut..Ini kerana rambut yang basah mempunyai struktur rambut yang lemah maka ia akan gugur dengan mudah.

3. Usah lupa sikat rambut

Kalau memberus rambut bertujuan untuk memperbaiki struktur rambut manakala menyikat rambut adalah untuk memperkemas dan menggayakan rambut.Bahagikan rambut pada beberapa bahagian yang kecil,dengan menggunakan sikat bergigi jarang, sikatlah rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah.
Jangan menyikat rambut jika ia berpintal.

4. Keringkan rambut

Rambut panjang perlu dikeringkan terlebih dahulu.Gunakan alat pengering rambut yang sesuai bila ia diperlukan.Semasa ingin mengering rambut pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk.Walaupun pengering rambut jenis ini berharga mahal, namun ia baik untuk rambut panjang.

5. Pilih syampu terbaik

Pilih syampu yang menggunakan ramuan semulajadi. Pastikan syampu yang dipilih untuk mencuci rambut mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh.Semasa mencuci rambut dengan syampu,ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.

6. Peka keadaan sekeliling

Lindungi rambut daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin,angin dan pencemaran.Semua ini hanya membawa kepada kerosakan dan masalah rambut kusut.Kalau anda mahu, boleh menggunakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaranyang tercemar.Penggunaan topi dan skaf turut digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.


ok...gambar memang takde kena mengena, saja letak gambar budak ni...rindduuuuu sangatt...




24 comments:

  1. "Hari2" basuh...??


    Amboiii... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboii kekda..

      alert sgguh ek "bab basuh hari2 tu"

      hahaha

      Delete
  2. saya baru potong rambut, pening lah kepala berat je rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nory pon rasa nak potong, tapi sayang lah plak...
      tp mmg nak kena potong jgak ni...
      sbb dah sampai montot, lenguh tangan nak menyikat..hehe

      Delete
  3. Assalamualaikum nory, lucah kejap ayat kat atas tu. haha. sheila pulak terbalik. nak bela rambut panjang, suami tak kasi. hihi. tapi sekali ni je dapat bela rambut. kalau dah sampai pinggang, kena potong! huwaaaa tak rela den..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sheila..

      hehe lucah sikit jekk..

      abi nory suka nory rmbut pnjang, heee...

      Delete
  4. Rambut x pernah panjang pun..malas nak jaga sbb asyik gugur je sejak beranak pinak...huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rmbut nory pon gugur jgak..

      tu tgh pikir nk potong ke taknak..

      hehe

      Delete
  5. Aaaa macam tau tau je kita baru potong rambut semalam. Potong sendiri sebab rimas ya ampunnnn hahaha.
    Sayang, tapi tulah nak buat macam mana. Potong pun tak la pendek sangat, nanti susah laki ai nak belai belai. oops ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaha..

      part belai2 tu, iolls sukaaa...hehe

      Delete
  6. dulu penah rambut pjg smpai montot tp lepas kawen asik potong pendek sebab byk gugur walaupun belum beranak pinak..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas kawen mmg patut berambut pendek, sbb senang nak basuh "hari2"..hehe

      Delete
  7. dulu time free hair hari2 nak kene shampooo...alhamdulillah rambut kite okayh xde rosak walaupun sekali pun xpenah gie buat treatment..gune jari pun boleh..ahaha..penah gak dulu nak wat rebonding tp setiap kali masuk saloon nak gunting, try la tanye harga rebonding..sekali kene bebel sbb dieorg kate rambut dh lurus wat ape nak rebonding..xpasal2 dgr dieorg bebel smp abis gunting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ngan nory, rambut lurus tapi gataii nk rebond jgak..ahahaha

      Delete
  8. Nice tips!
    Saya pun berambut panjang.. Tapi rambut banyak gugur.. mungkin syampu tak sesuai kot.. :)

    ReplyDelete
  9. Rambut firda panjang...byk gugur la..
    Firda hari2 syampu kalau tak gatal kuliit kepala ni...

    ReplyDelete
  10. ena setiap mandi akan bsahkan rambut ena.... setiap hari akan syampoo even rambut ena xdelah pjg mana... nice tips kak, thanks

    ReplyDelete
  11. nice sharing sis! :D selalunya org yg bertudung neh mcm mls dh kan nak jaga sbb pikir alaa pakai tudun bukan org nampak, balik2 umah bukak tudung tudiahhh rambut mcm singa xpon macam gambar kucing kt atas tu..hehehhhee

    ReplyDelete
  12. tips yg bagus.

    akak baru jea potong rambut.dah mula rimas bila panjang sgt. selesa jea rambut pendek.syampoo pun jimat..hehe

    ReplyDelete
  13. Tq sharing,
    MJ baru je potong rmbut pendek sbb rimas asyik gugur + rambut bercabang.. Huhuh mmgla syg tapi sbb fikir nanti pnjang balik..hehehee

    ReplyDelete
  14. nice tips ni..shida rmbut pnjg dan rsa ssh nk urus..rsa nk potong pn ader huhuhu..

    ReplyDelete
  15. nad rmbut pjjg..sekrng gugur jugak..tapi aps shmpu kurg gugur

    ReplyDelete
  16. Berus rambut tu macam mane ?

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)