Wednesday, April 10, 2013

Checklist barang yang perlu dibawa pergi bercuti


Kemain kau, siap berchecklist bagai, ni masa sehari sebelum aku berangkat ke JB untuk berjimba ria ke Universal Studio Singapore (USS).Memandangkan percutian kalini kami naik flight, (maklumlah pestaim,kihkihkih), so dalam kepala punya lah serabut pikir apa barang yang wajibbb bawak and tak harus bawak.Puaslah aku dok minimize seminimize yang boleh untuk kurangkan helaian baju yang patut aku bawak dan tak patut bawak, taw je la perangai aku ni, kalau pergi bercuti, rasa nak bawak almari sekali pergi bercuti, pastu kalau shampoo dgn shower gel yang botol2 besar gedabak tu pon aku nak usung sekali..huihuihui..

Kalini aku siap tangkap gambar lagi, satu2 aku tangkap, gigih giler aku, giler pon tak segigih aku.Eh!!Lepas tangkap sumbat dalam beg sandang, siap!!, bila rasa terlupa barang apa yang dah disumbat boleh tgk kat kamera balik..hehe..


1.Tiket flight/ Boarding Pass..

Haa yang ni kalau tinggal, memang kes naya.Ko ingat ni bas ke, kalau terlepas boleh kejar..Ini kalau terlepas, menangis golek2 lah ko kat kaunter beli tiket baru..Dah tentu harga lebih mahal.Rugi oo...


2. Passport Antarabangsa

Yang ni pun penting jugak, kalau lupa ni, punah segala impian, memang harapan tinggal harapan jela ko nak bergambar lompat bintang kat depan globe USS tu.uwaaaa tak sanggup..So, yang ni masuk beg siap2 taw.


3. Booking Confirmation Letter

Yang ni ekceli tak payah bawak pun takpe, sebab masa aku check in tu, die cuma mintak IC je, beria2 je aku bawak surat ni..Tapi takpe, bukan berat pon, kot lah terjadi apa2, senang nak refer pada surat ni kan..


4. Receipt Bas ke USS - Odyssey

Yang ni kalau tak bawak, mampos aku kena pelangkung dengan dorang semua, satu resit ni mewakili 11 orang, lepas check in je, aku terus booking siap2, and alhamdulillah kami dapat bas paling awal pukul 7.30 pg direct dari Tune Hotel - USS....yeeha.!!


5.Beg Mekap

Ini wajib bawak, maklumlah aku ni bukan natural beauty macam korang, muka kena tacapp baru nampak segar sikit dalam kamera, kalau tak muka macam kurang zat je, huhuhu...Ni awal2 dah sumbat dalam beg,huhuhu..


6. Toilettries Beg

Oleh kerana aku check in kat Tune Hotel yang segala menda  kena caj kalau nak add-on, so aku bawak toiletteries sendiri, shampo, shower gel, pencuci muka, gel rambut Abi, toner, semua aku sumbat dalam botol2 kecik kaler pink ni..


7. Botol kosong

Yang ni aku bawak spare , sebab ramai yang sarankan bawak botol kosong untuk refill air minum kat dalam USS nnt..Aku bawak botol yang boleh dilipat2 ni..Comell je kan..Spongebob lagi...Tapi bila dah sampai sana, botol ni langsung tak guna, hahahah...Saja cari alasan nak beli botol air kepala Bumblebee tu..hehe..



8. Buku catatan dan pen

Buku ni wajib bawak, senang nak catit berapa duit keluar masuk, info2  menarik dan sebagainya, Kot lah terjumpa retiss ke dalam sana, boleh terus mintak sainn sekali..heheh..Pen tu plak penting, sebab masa dalam bas, korang kena isi borang putih tu, leceh kalau nak pinjam2 ni kan, so adalah lebih better kalau bawak pen sendiri..hehe


9. Duit belanja /Shopping

Ni kalau tak bawak, aku yakin korang akan menangis meraung2 tak dapat beli apa2 kat sana..Percayalah sebenier2 kat sana sangatlah menarik hati..Ada orang tu sampai nangis2 tak dapat beli botol air Bumblebee taw..hehehe...Bawak RM400 pon cukup rasanya..Tapi kalau rasa nak lagi puas hati, tukar je seribu, 2 ribu ke...hehehehe..Pengsannn aku!!!!



10. Tisu basah / tisu kering

Yang ni lupa nak tangkap gambar, menda ni paling penting taw..Toilet kat USS tu, jenis yang takde paip kat dalamnya, yang ada kat sinki je,aku pon tak paham kenapa takde air kat dalam toilet tu..urghhh...




*rasanya itu jela yang penting...banyak lagi sebenarnya, tapii malas plak nak update semua...yang lain2 tu sendiri mau ingatt je la ek....kihkihkihkih..






17 comments:

  1. Detailll... Tringin nk g sana... Comel botol spongebob tu..nakkk :p

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nory. bestnya first time naik flight! sheila dgn hadi belum merasa lagi! hahahaha. JUm pergi Krabi yang???? hehehhee

    ReplyDelete
  3. ida pon bawak botol kosong, tak guna pong! si kepala bumblebee tu jugak nak nyeee.. hikhihik

    ReplyDelete
  4. heyyyyyyyyyyyyyyy kambenggg monn betul noryyyy yeeee
    siap noryy siappp, yaya flush dalam toilet nanti siappppppppppppp :P

    ReplyDelete
  5. yeah tips yg bagus
    dah tau toilet xde air
    mmg harus bawa wet tissue
    hehe tq bery much ya for the tips!

    ReplyDelete
  6. part yang ada orang nangis tu aku tak tahannnn
    agak-agak sape er???? mujur ada penyelamat hahahaha...

    ReplyDelete
  7. okaylah...he he he... compactkan secompat mungkin...sama jer perangainya dengan Farah..kalau boleh satu rumah semua nak bawak... ha boarding pass tu yang paling penting..kalau x der boarding pass kang x naik kapal terbang pulak...

    ReplyDelete
  8. 1st time g s'pore dlu pun cuak msuk toilet xda air..nsb baik ada mineral water..ehehe..

    ReplyDelete
  9. hehe, terbaekk lah entry ni :D nice trip... ^__________^ sgt xsuka n xselesa bila toilet xde air kan, diorg ikut ngara barat la, kat europe mmg mostly toilet xde air, juz guna tisu je..huhu

    ReplyDelete
  10. hihihihi.....bagusnya bila buat check lisy mcmnie...xdelah nnt itu tertggl ini tertggl kan.. Terbaeekkk..... :D

    ReplyDelete
  11. ahh toilet yang takde air tu tak tahannya..kalau kita mmg takkan membuang dah..tak puas la guna tisu je..

    ReplyDelete
  12. toilet tak ada air..jimat tol diorg yea..huhu
    tips yang bagus. thanks share. bila agaknya nak sampai sana ni..hehe

    ReplyDelete
  13. pelik gak kan toilet kt sana xde paip...kalo berak, lap ngn tisu je la ek?cam tak boleh je..hehehe...

    ReplyDelete
  14. selamat pergi dan balik :) bestnya jln2

    ReplyDelete
  15. teringin nak pergi sana. bila la dapat pergi

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)