Tuesday, April 16, 2013

Resipi Pizza Home Made Zurylicious


Entah ape mimpi si Nory ni nak berkongsi resipi plak kat sini, ni semua tak dijangka, tetiba je lepas godek2 blog Eida ternampak dia share resipi pizza homemade yang senang kacang goreng tu..Maklumlah aku ni suka benda2 yang simple2 and senang nak masak je, jenis yang campak-campak, then siapp!!!..Haaa camtu aku suka..Ni kira resipi inspired by Ms.Eida lah ni, cuma aku ubah sikit bahan2nya ikut selera anak tekak aku.


Bahan2 yang diperlukan  untuk 4 keping roti (4pax) adalah :

- Roti Gardenia
- Sos cili
-Sos Lada Hitam
-Sos tomato 
- Keju Chesdale
- Daging Burger (dikisar atau dihancurkan)
- Sosej atau Frankurter

Meh tengok cara-cara membuatnya pulak, tak susah babe, senang je..

 Mula2 asingkan bahan2 seperti roti,sosej, dan daging burger macam gambar diatas,aku guna roti gardenia, tapi kalau korang nak guna roti cap lain pon boleh.Potong sosej bulat2, lepas tu kisar atau hancurkan daging burger.

Kemudian, goreng secara berasingan , sosej dan daging burger tadi.Goreng garing2 lagii sedap..Pastikan minyak sikit je taw, sebab kalau banyak sangat nnt meresap kat roti plak jadi tak sedap..Eh yeke, entahlah, Abi yang cakap gitu, aku turutkan aje.hehe..

Lepas dah goreng, gaulkan daging berger tadi dengan sos lada hitam dan sos cili, gaulkan sebati..Time ni pon bau dia dah sedapp bangat..perghh..


Lepas dah setel sessi gaul menggaul daging berger tadi, sapukan sos tomato nipis2 kat roti tadi, paalingg nipis taw..Ni pon tips Abi yang bagi, dia cakap pizza biasanya roti akan dicelet dengan sos tomato dulu, okay, kite turutkan aje..hehe

Bila dah siap proses celet mencelet tu, barulah boleh bubuh daging berger yang dah siap digaul tadi keatas roti tersebut,letak kan secukup rasa, nak letak banyak2 pon boleh, nak letak sikit2 pon boleh, ikutlah tekak masing2..

Selepas dah bubuh daging berger tu, susun cantik2 sosej yang dipotong bulat2 tadi diatasnya, (refer gambar yer), ni pon sama, nak letak banyak pon boleh, nak letak sikit pon boleh..

Kemudian letak cheese diatasnya, macam kes aku, sekeping cheese tu aku potong dua, nak jimat punya pasal, sebab mahall kot menda alah ni..hahaha..dasar kedekut taik hidung masin betoi aku ni kan..kuikuikui..

Dan last sekali, takkan nak sumbat dalam peti ais plak kan, buat pizza kot, bukan buat aiskrim, so, kita masukkan dalam oven.Haa ni satu kes lagi, selama 2 tahun aku berumah tangga, baru lah  aku taw yang oven aku tu boleh bakar pizza, gilerr ketinggalan zaman aku ni..dalam 2 minit je, takyah lama2 pon takpe, sebab bahan2 tadi kan dah siap digoreng..heee..

Okay, dah siappp....senang kan...kan..kan..


Amacam?? menjejes tak air liur..nak lagi sedap , cicah dengan sos cili okayy...sedaapppp giler bebb,,,tak tipuu...tepuk tangan untuk diri sendiri..yeayyy!!!

 Haaa Abi rasmi dulu, nampak tak terpacak ibu jari tu..Tandanyaa....sedappp lah tu kann..hekhekhekhek..


"SELAMAT MENCUBA"


16 comments:

  1. menjejes air liur ni,,nak buat jugak lah...

    ReplyDelete
  2. sedap sedap sedap ..
    daz kalau malas menguli doh pizza pon mmg wat camni jugak.. tp roti guna sos spageti. tabur sosej .. ltk sos ngan mayonis jer.. hehehehehe...

    ReplyDelete
  3. sangat simple...pernah jgk buat ni..anak-anak suka..hehe

    ReplyDelete
  4. amboi..share lah sni skit..hihik

    ReplyDelete
  5. yummy2!!! mesti sedap sesangat kan...

    ReplyDelete
  6. kalau tuan cheff Nory pon da wat thumb-up, mmg sedap abes la tu....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. perghh terliur okey!

    ReplyDelete
  8. sedap kan kan kan.. simple mimple jeee ;p

    ReplyDelete
  9. simple jea masaknya.yg simple tu sebenarnya yg sedap.
    terliur lak tgk..huhu

    ReplyDelete
  10. Pizza segera macma ni faveret my hubby, dia la yg suka "masak" pizza pakai roti ni. senang dan sedap, itu yg kita mahu hahaha.

    ReplyDelete
  11. terliur ena tengok.. hewhew... balik rumah nanti boleh ena masakkan untuk parents ena.. mesti dorang suka.. senang pula tu.. terima kasih kak share resepi... share la yg simple2 lg ye kak..

    ReplyDelete
  12. heheheh...dah jadik homemade pizza....best kalau try neh...hehehe...dah semangkuk air liur dah jejes neh!!!!

    ReplyDelete
  13. Sedapnyer...& 1 lg nk tmbah...bahagianya...hehe. Yg pnting air tgn isteri..tu yg zul thumbs up tu...:)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)