Monday, April 8, 2013

Sunnah2 yang semakin dilupakan

Hello, 2 hari tak bersiaran kerana berada di luar kawasan..hahah luar kawasan lah sangat kan..Macam biasa harini hari malas sedunia, so, idea pon kuranggg...maka, setelah di godek2 draft yang ada, maka terpublishlah entry ini..Entry vacationn, tungguuuuuu yer...kepala tengah dok running nak karang ayat apa...Kalini aku sertakan dengan bajet2 yang terhangus semasa vacation tu nnt..ok stay tune!!

1. Meninggalkan janji melakukan sesuatu perkara kerana masalah dan diikuti dengan membayar kafarah.

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda :
Sesiapa yang berjanji atas sesuatu, setelah itu dia melihat perkara lain lebih baik dari yang telah dijanjikannya, maka hendaklah dia membayar kafarah atas janji yang telah dilakukannya itu seterusnya dia melakukan perkara yang dilihatnya lebih baik itu."- (HR Muslim dan al-Tarmizi)


2. Melakukan sujud syukur ketika mendapat sesuatu yang disenangi atau terhindar dari sesuatu yang tidak disukai.

Al-Baghawi menyebut dalam syarah sunnah 3/316:
Mafhumnya : "Sujud syukur adalah sunat ketika memperolehi sesuatu nikmat (kebaikan) yang telah lama dinantikannya, atau terhindar dari musibah yang dinantikan tersingkap." Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma'ad 1/360 :

Adalah termasuk dari petunjuk baginda SAW dan para sahabat RA, melakukan sujud syukur ketika memperolehi nikmat yang menggembirakan atau terhindar dari musibah.

3. Mengucapkan tahniah kepada orang yang mendapat kebaikan agama atau duniawi.

Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan tentang kisah taubat Ka'ab ibnu Malik RA katanya : 
Mafhumnya : "Talhah Bin 'Ubaidillah berdiri lalu datang tergesa2 kepadaku lalu bersalaman dan mengucapkan tahniah kepadaku"

Ibn al-Qayyim menyebut dalam Zad al-Ma'ad : "Dan didalamnya dalil menunjukkan keharusan mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang mendapat kebaikan agama, berdiri apabila berjumpa dan bersalaman dengannya.Ini adalah sunnah yang digalakkan."

4.Menunaikan solat dua rakaat ketika bertaubat daripada dosa besar.

Daripada Asma binti Al-Hakam Al-Fizari daripada Ali RA, daripada Abu Bakar As-Siddiq RA bahawa Nabi SAW bersabda :

"Tiadalah seseorang lelaki yang melakukan dosa, kemudian dia bangun berwuduk kemudian menunaikan solat- didalam satu riwayat mengatakan solat dua rakaat - kemudian dia memohon keampunan daripada Allah melainkan Allah akan memberi keampunan kepadanya."

5. Bersedekah ketika bertaubat

Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan kisah Ka'ab RA yang berkata :
Mafhumnya : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya termasuk dari taubatku, aku akan memberi sedekah dari hartaku ke jalan Allah dan RasulNya.Rasulullah bersabda : Simpanlah sebahagian dari hartamu itu, maka ia adalah lebih baik bagimu."
Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma'ad 3/585-586 : Perkataan Ka'ab, Wahai Rasulullah sesuangguhnya termasuk dari taubat ku, bahawa aku akan memberi sedekah dengan hartaku,merupakan dalil sunatnya bersedekah ketika bertaubat dengan apa yang mampu dari harta."

6. Bertakbir dan bertasbih ketika kehairanan dan keingkaran

Daripada Abu Hurairah RA katanya :
"Beliau pernah berjumpa dengan Nabi SAW di jalan-jalan di Madinah, sedangkan beliau berada dalam keadaan berjunub, lalu beliau sampai, baginda bertanya : Kemana engkau wahai Abu Hurairah? Beliau menjawab : Wahai Raulullah, Engkau bertemu dengan ku, sedangkan aku dalam keadaan berjunub, lalu aku tidak suka untuk bersama denganmu dalam keadaan demikian sehingga aku mandi (janabah) terlebih dahulu.Lalu Rasulullah SAW bersabda : Maha Suci Allah, sesungguhnya seorang muslim itu tidak najis." -(HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda :
"Dan sesungguhnya aku, benar-benar mengharapkan kamu semua (umat baginda SAW) menjadi satu perempat dari ahli syurga" lalu kami bertakbir, kemudian baginda bersabda :"satu pertiga dari Ahli Syurga."Lalu kami bertakbir, kemudian baginda bersabda: "Satu perdua ahli syurga"Lalu kami bertakbir."- (HR al-Bukhari dan Muslim)

7. Sunat menulis wasiat.

Daripada "Abdullah bin 'Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda 
"Tidak patut bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan - di dalam riwayat yang lain - baginya ada sesuatu yang hendak diwasiatkan, untuk dia bermalam selama dua malam - dalam riwayat yang lain - selama tiga malam , melainkan wasiatnya tertulis disisinya."

8. Peminjam memulangkan lebih dari kuantiti dan kualiti apa yang dipinjamnya tanpa ada sebarang syarat yang terdahulu.

Daripada Abu Hurairah RA katanya :
"Dahulunya ada seorang lelaki yang meminjamkan Nabi SAW seekor unta dengan usia yang tertentu, suatu hari dia datang meminta dipulangkan semula unta yang dipinjam tersebut.Baginda bersabda : Berikan kepadanya, maka para sahabat unta dengan usia tersebut, akan tetapi mereka tidak mendapatinya melainkan unta yang lebih besar usianya.Lalu baginda SAW bersabda : Berikan kepadanya.Kata lelaki itu : kamu telah memenuhinya (membayar hutangmu) kepadaku,semoaga Allah memenuhi (janjiNya) kepadamu. "Lalu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya orang yang lebih baik dikalangan kamu adalah orang yang lebih baik dalam menunaikan hutang."- (HR al-Bukhari)

Termasuk dari petunjuk Nabi SAW, baginda tidak menarik tangan ketika bersalaman sehingga orang lain yang terlebih dahulu menariknya.
Daripada Anas Bin Malik RA katanya :
"Adalah baginda SAW apabila bersalaman dengan seseorang lelaki, baginda tidak akan menarik tangan, sehinggalah lelaki itu yang terlebih dahulu menarik tangannya."- (HR Imam Muslim, Ibnu Majah, Al-Baghawi dalam syarah sunnah Ibnu Hibban serta selain mereka.Hadith ini telah disahihkan oleh al-Albani di dalam kitab al-Silsilah as-Sahihah)

9. Mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut dan mendahului kaki kiri ketika menanggalkannya.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Apabila seseorang dari kamu memakai kasut , maka mulakan dengan sebelah kanan, apabila hendak mencabutnya mulakan dengan sebelah kiri.Jadikan kaki kanan itu permulaan ketika memakai kasut dan yang akhir ketika menanggalkannya." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Imam Al-Nawawi menyebut dalam syarah Sahih Muslim 2/163: 
"Ini merupakan kaedah yang berterusan dalam syara', setiap perkara yang termasuk di dalam bab menghormati dan memuliakan seperti memakai baju, seluar dan juga khuf, memasuki majid,bersiwak,memakai celak, memotong kuku, memendekkan misai,menyikat rambut,mencabut bulu ketiak,mencukur rambut,memberi salam dari solat,membasuh anggota ketika bersuci,keluar dari tandas, makan dan minum, bersalaman dan melakukan Istilam kepada Hajar al-aswad, dan selainnya yang termasuk dalam maknanya (menghormati dan memuliakan),disunatkan memulakan dengan yang kanan.Adapun apa yang berlawanan dengannya seperti memasuki tandas, keluar dari masjid,mengeluarkan lendir (dari hidung),istinja', membuka baju,seluar dan khuf,dan seumpamanya,disunatkan memulakan dengan kiri.Semua ini kerana disebabkan kemuliaan kanan dan Allah lah yang lebih mengetahuinya"

10. Kadang-kadang berjalan tanpa memakai kasut

"Daripada Abdullah Bin Buraidah, bahawasanya seorang lelaki dari kalangan sahabat Nabi SAW,pergi menemui Fadhollah bin 'Ubaid di Mesir.Ketika bertemu dengannya , lelaki itu berkata " Saya bukan datang untuk menziarahimu ,akan tetapi saya mendengar bahawa saya dan anda pernah mendengar satu hadith dari Rasulullah SAW, saya berharap anda memiliki maklumat tentangnya.Fadhollah berkata "  Apakah perkara itu ? Lelaki itu berkata : Demikian dan demikian, lalu dia berkata lagi :Mengapa saya melihat keadaan kamu tidak terurus, sedangkan kamu adalah pemimpin di tanah ini ? Fadhollah menjawab : Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang kami daripada banyak berhias.Lelaki itu bertanya lagi : Aku melihat kamu tidak memakai kasut.Fadhollah menjawab : Nabi SAW pernah menyuruh kami agar tidak memakai kasut sekali sekala"

11. Menghalang kanak-kanak keluar rumah ketika maghrib dan menutup bekas makanan dan minuman pada waktu malam.

Daripada Jabir Bin Abdullah RA katanya :
Rasulullah bersabda :
Sekiranya hampir waktu malam, maka halanglah anak-anak kamu (dari keluar rumah), kerana sesungguhnya syaitan bertebaran pada ketika itu."

12. Membiarkan tubuh badan terkena air hujan ketika hujan turun.

Daripada Thabit al-Banani, daripada Anas RA yang berkata :
"Kami pernah dituruni hujan ketika bersama dengan Rasulullah SAW, baliau (Anas) berkata :
Maka Rasulullah SAW membuka sebahagian dari bajunya agar terkena air hujan.Lalu kami bertanya kepada baginda : Wahai Rasulullah , kenapa Rasulullah berbuat demikian? baginda menjawab : Kerana ia baru diciptakan Allah Taal." -(HR Muslim)

Al-Imam Al-Nawawi menyebut dalam syarahnya 3/464 : "Pada hadith ini adanya petunjuk terhadap pandangan sahabat kami yang mengatakan sunat ketika hujan baru turun untuk membuka anggota yang bukan aurat supaya disentuh air hujan tersebut,dan mereka berdalilkan dengan hadith ini,padanya juga menunjukkan seseorang mafdhul (yang selebihnya), jika melihat dari seseorang al-Fadhil (yang memiliki kelebihan) sesuatu yang tidak diketahuinya, hendaklah dia bertanya tentang perkara tersebut , agar orang itu mengajarkan kepadanya,sehingga dia boleh mengamalkannya dan mengajarkan pula kepada orang lain.

13. Menziarahi masjid Quba dan menunaikan solat di dalamnya setiap minggu 

Daripada Nafi', daripada Ibnu Umar RA :
" Bahawa Rasulullah SAW menziarahi Masjid Quba dengan menaiki tunggangan atau dan berjalan kaki".Di dalam riwayat yang lain : Adalah Rasulullah SAW menziarahi masjid Quba dengan menaiki tunggangannya dan berjalan kaki, dan baginda akan menunaikan solat dua rakaat di dalamnya."

Dalam riwayat daripada Abdullah Bin Dinar, bahawa Ibnu Umar sentiasa pergi ke Masjid Quba' pada setiap hari Sabtu dan beliau berkata :
"Saya melihat Nabi SAW pergi ke Masjid Quba' pada setiap hari sabtu."




~.SUMBER.~



13 comments:

  1. Assalamualaikum nory, thanks sharing dear. menambahkan ilmu :)

    ReplyDelete
  2. ye la kan, kadang2 kita x sedar dan perasan... thanks for the good piece of reminder nory... ^_^

    ReplyDelete
  3. thanks share. byk benda yg akak tak tahu tau.

    ReplyDelete
  4. perkara2 ni sume mudah dibuat,cume kadang kita je leka dgn perkara semudah ni kn sys? :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah, thanks for sharing ilmu bermanafaat :-)

    ReplyDelete
  6. nak uss
    nak uss
    nak uss
    nak uss
    nak uss
    nak krabi
    EH? :p

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)