Friday, May 31, 2013

Charger Nikon D3100 murah, mana nak cari??


credit google

Aku tengah bersedih ni, lama dah aku tak bermanja dengan kamera kesayangan aku tu, lama dah dia terperap je kat dalam beg, alkisahnya haritu aku ingatkan kamera yang rosak, aku dah nak meraung dah masa tu, iye lah nak dapat bukan senang, bukan main petik je terus dapat, penat simpan duit sehari seposen beb..hohoho..

Last-last baru aku tahu, yang kamera aku tu tak rosak pun sebenarnya, cuma masalah bateri.Aku pun gigih servey kedai mana yang ada jual bateri yang murah2, cap ayam pun takpe, sebab aku betul2 perlukan kamera untuk bercuti hujung bulan 6 nanti.(ssshhhh rahsia )..Pastu Abi ada tanya kat satu kedai kamera kat PJ aritu, tapi orang tu check dulu sebab nak kompomkan betul ke masalah berpunca dari bateri tu, check punya check rupanya bateri aku tak rosak pun , yang rosak charger batteri tu,pastu Abi tanya lah harga charger tu berapa, perghhh dua ratuss hengget kaww!!!Gilerr arrr!!! Ye, aku taw accessories kamera ni memang mahal, tapi dalam keadaan macam sekarang ni, aku nak cari yang murah2 je, sebab nak pakai sementara, lepas balik bercuti nanti, aku beli lah yang ori...ngehngehngeh..Memang rugi, tapii takpe, asalkan dapat bawak kamera pergi bercuti nanti, nak harapkan kamera compact aku tu, memang tak lahh kan, skrin dia pun dah nak jahanamm..hahahah...

So, aku nak mintak jasa baik sesiapa yang tahu kat mana aku boleh dapatkan charger bateri Nikon D3100 ni dengan harga yang paaaaaaalllllliiiiinnngggggg murah??Second hand pun takpe, kalau ada sesiapa nak pinjamkan pun boleh, korang cas harga sewa pun aku terima..hikhikhikhik...Dah buntu nak cari kat mana ni...Try cari kat Mudah, tapi still blur2 lagi...Nak teruskan servey lagi ni, kalau korang taw, bagitaw aku cepat2 ek...Tenkiuuu...

I miss you bebeh!!!!! (credit google)


Thursday, May 30, 2013

Fast & Furious 6 with blogger and advertlets


credit google
Minggu lepas dalam sibuk2 sempat jugak meloloskan diri ke Cathay Cineplex, E-Curve jemputan dari Bro Framestone dan tiket wayang ditaja oleh Advertlets.Macam biasa yang hadir semuanya terdiri daripada blogger dan wakil Advertlets sendiri.Kalau tak aku tak pergi sebab Abi balik kerja pukul 8.30mlm, movie start pukul 9mlm, mana sempat kan, puas lah dak Yaya pujuk jugak suruh datang jugak, aku pun pantang orang merayu-rayu ni, tak sampai hati nak tolak, kihkihkih.(saaayang yaya !!!),,Abi sampai je rumah pukul 8.30 tu, terus suruh Abi mandi and bersiap, pastu kitorang pun merempit ke E-Curve, lebih kurang pukul 9.30 lebih camtu lah, kitorang pun sampai.Dah separuh jalan pun ceritanya, tapi tetap layan kan aje.Eida dan Andi, Yaya dan Syafiq, semua dah ada tengah khusyuk layan movie.Aku sempat lagi beratur beli popcorn, Andi dah tunggu kat depan pintu panggung nak pass tiket kat kitorang..


Bestt woo cerita Fast & Furious 6, walaupon tengok dah separuh jalan, Paling best part yang dorang berlawan kat dalam flight tu, tegang-tegang urat perut aku, punyalah nervous macam aku plak yang tengah berlakon.hikhikhik..Aku nak cerita lebih-lebih pun tak reti, apa kata korang pi tengok sendiri..

Antara blogger-blogger yang hadir (credit picture from Advertlets )
Lepas habis cerita tu, sempat lagi beramah mesra dengan semua blogger yang hadir,malangnya tengah dok rushing-rushing nak pergi tadi, kamera kecik aku tertinggal.So, harapkan kamera ida jela, tapi boleh plak lupa nak copy, last2 aku cilok jela gambar kat FB Advertlets..Janji ada..hikhikhik..
Tengah syiok-syiok bergambar, Bro kenalkan kat kitorang pelakon Amman Nassim..Alaa yang berlakon cerita "Sebenarnya Aku Isteri Dia " tu..Tak sangka rupanya kitorang tengok wayang dengan retisss tu..hikhikhik..Amman Nassim ni sportingg giler, siap bergambar lagi dengan dia buat aksi gwiyomi...hahahaha..


Alang-alang dah kenal Aman Nassim ni, moh ler reramai serbu n LIKE fanpage Aman Nassim  kat sini ==========>>> Aman Nassim Fanpage (klik)..tetiba rasa macam muka aku sama plak ngan Aman Nassim ni...muahahahaha (sila muntahh hijauu sekarangg)...kihkihkihkihkih..


Wednesday, May 29, 2013

Lunch berdua hari ini, phewwwit!!!

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari...


Bukan senang nak dapat lunch togede2 dengan Abi time opis hour, biasanya time lunch aku balik rumah mak aku je, sebab dekat dengan opis, 3 minit je dah sampai.Tapi harini Abi cuti sebab nak ikutkan harini mak mertua operate batu karang, tapi tak jadi operate lagi sebab tekanan darah rendah,so, tarikh operate akan ditunda ke tarikh lain dan mak mertua pon dah boleh keluar wad dan balik kampung semula, harini Abi cuti free2 jelah kiranya,masa kat opis memang aku dah plan nak ajak Abi lunch sama2, tapi lupa nak bagitau Abi sebelum pergi kerja tadi, sampai opis plak, baru sedar kredit henpon dah tamat tempoh, malas plak nak call guna telefon opis, so, aku biarkan jela, takpelah aku makan kat rumah mak jelah..last2 lagi 10 minit time rehat, Abi call bagitaw dia dah ada kat depan opis..Wahhhh , dasyat jugak Abi ni boleh baca gerak hati bini dia.Macam taw2 je bini dia nak ajak lunch togede2..heheheh..Dah lah aku dok bayang roti canai telur banjir je dari pagi tadi..Fuhhh tertunaii jugak hasrat hati, sampai dua keping aku bedal..Siap bisik kat Abi, jangan bagitaw sape2 taw yang sayang makan roti canai telur 2 keping...kihkihkihkih...Selera mengalahkan gajah..haha..

Okbaiii, itu je nak cerita...

Manjakan diri di Hannah Spa




Oleh kerana bulan May merupakan bulan terbusy aku and the geng ( YayaEida dan Mila), so we all sepakat pilih tarikh 18 May 2013 untuk pergi memanjakan diri ke Hannah Spa,Kajang.Memandangkan tarikh tu je pun yang kitorang semua free, cehhh busyy kalahkan menteri pulakk kan..haha.Appointment pukul 3 petang, pukul 2 petang aku dah keluar dari rumah, takut sesat punya pasal, aku sanggup berpanas berpeluh ketiak ajak Abi naik motor,dan seperti dijangka memang aku sesat pun, GPS langsung tak membantu, tak pasal2 kena kelentong je, ntah mana2 hala kitorang masuk, rupanya kitorang sesat area situ je, berkurun abad kot tak jejak ke Kajang ni, kalau dulu hospital sebijik je kat Kajang ni, sekarang macam2 jenis hospital ada, Hannah Spa ni betul2 dekat belakang Hospital Kajang yang lama tu.


Sesampai je kat Hannah Spa, Yaya and Mila dah sampai, dorang datang berdua tak bawak suami masing2, aku dengan eida je bawak suami.Bukan sengaja nak buli laki sendiri tunggu berjam2 kat bawah nun, tapi memang sengaja pun...muahahaha...Tapi takpe, Abi sporting habisss, dia memang dah terbiasa tunggu menunggu ni dari zaman cintan cintun ni, takde hal punya..hehehehee..Hannah Spa ni memang tak benarkan kaum Adam ikut masuk sekali, dah siap2 tulis kat pintu masuk lagi,"man not allowed" so, kita bebas lah nak berlari bogel pon kat dalam tu, sebab semuanya ladiesss aje..Eh takdelah bogel, giler koo!!!Berkemban je kot..hehe.

Kak Fadhiah dan suami, Abg Irwan serta si comel Hannah

Next time nak test mandi dalam ni plak, aritu tak sempat sebab rushing sangat..hehe


Bilik untuk yang inginkan privacy,..

Hannah Spa ni milik Kak Fadhiah dan suaminya, Abg Irwan serta dibantu oleh Lily dan adik kak Fadhiah sendiri iaitu Farah..Farah ni lah yang dok tenyeh badan aku, dia lah tukang massage satu badan aku, sedappp weyy dia urut, aku dah lah spesis banyak angin dalam badan, sekali dia tenyeh, rasa nak membobok2 aku sendawa tapiii ku tahan jebattt...Kalau kat rumah ni, mesti keluar suara gajah punya kalau sendawa..Paling kurangg 7 harakatt kot aku sendawa..kihkihkihkih..Time Farah urut kat tapak kaki, rasa syiokk sangat, yela seharian kaki ni digunakan untuk berjalan je kan, bila dapat urut kat bahagian tapak kaki tu, perghh heavennya rasa, terus teringat kat Abi, tak dapat bayangkan kalau aku yang urut tapak kaki dia, mau terpelanting aku keluar tingkap, sebab dia memang sensitif kat tapak kaki, tak tahan geli katanya..hahahah..Pastu plak time urut kat kepala, perghhhh ringan terus rasa beban dalam kepala ni.Masa massage ni aku sebilik dengan Mila.Eida dengan Yaya plak kat bilik sebelah sedang bersauna.

bilik sauna

sambil bersauna, dihidangkan plak desert...yummmehhh..

Lepas dah massage, kitorang ke bilik sebelah plak untuk ke bilik sauna, wallauweyy..Aku paling suka part ni, aku masuk berdua dengan Mila dalam bilik peti kayu tu, sambil bersauna sambil bergosip, semakin rancak bergosip, semakin menderu2 peluh keluar dari badan aku..Pastu aku tuang lagi air dalam bekas batu panas tu untuk tambahkan lagi tahap kepanasan bilik tu, sampai Mila menjerit2 suruh aku stop, sebab dia rasa nak terbakar dah..ahhahahaha..Last2 aku pun tak tahan, kitorang keluar sekejap dari bilik tu, keluar2 je , aikkk ada desertt lah atas meja..Syoknya...sambil bersauna, boleh bergosip, boleh makan desert lagi..

ni bilik massage dan facial untuk dua orang, aku buat dengan Mila berdua kat sini


Apa yang menariknya Hannah Spa ni adalah dia berkonsepkan modern style, memang lain dari yang lain, kalau biasa kita tengok spa yang ada kebanyakannya berkonsepkan traditional dan ala-ala bali dengan muzik liuk lentok kan, tapi kat Hannah Spa ni best, lagu2 semua standard kena dengan jiwa lah, nak head-banging pun boleh...hahahaha..Nama Hannah Spa pulak diambil sempena nama anak Kak Fadhiah yang kecik tomeyy tu,Hannah Dahlia namanya kalau tak silap..Hye Hannah, rinduuu tak kat akak Nory??Ceh dan2 "akak" kan...hikhikhik...Kelass ko dik nun, kecik2 dah bukak spa..Dan antara sebab kenapa Hannah Spa menjadi pilihan kami adalah kerana Kak Fadhiah merupakan seorang doktor di Hospital Kajang, so, kalau kau rasa nak suntik vitamin C ke, kau boleh percayakan Kak Fadhiah seratus peratus sebab dia dah tentu2 lah handal bab cucuk mencucuk ni, daripada kau pi cucuk kat Spa lain yang tak bertauliah, karang lain plak yang dicucuknya, nayaaa je..huhu..


Dari kiri MilaYaya, Farah , Kak Fadhiah, Nory , Eida

Ok, lepas dah bersauna, dah keluar segala peluh-peluh dan toksin dalam badan, kitorang buat facial plak, biasanya kat rumah, kalau cuci muka, main bedal cuci laju-laju, simbah dengan air, siapp!!!..Tapi kalini, baru lah terasa betul2 muka dibelai dengan urutan facial yang sepatutnya, kalau lah muka aku boleh berkata2, mesti dia cakap, kan bagus kalau tuan aku urut-urut manja aku lembut-lembut camni,ini tak, main pakai tonyohhh je..hehehe..Masa facial ni, muka aku dicuci dan dimassage dengan product Mary Kay, sebenarnya ada dua pilihan product kat sini , iaitu Mary Kay dan Syakila..Lain product lain harga pakej nya, tapi aku sangat rekeman kalau korang nak try, pilihlah produk Mary Kay, sumpah dah kena sekali, mesti jatuh cinta.Kalau aku bawak banyak duit aritu dh lama aku sambar 1 set terus product Mary Kay tu..hehehe..



Selain dari pakej-pakej body treatment dan facial, kat Hannah Spa ni pun turut menjual beg tangan berjenama seperti Cole Haan, Coach, Calvin Klien , Tommy, Kate Spade dan Nine West, dan yang pasti semuanya ORIGINAL dan dibeli sendiri oleh suami Kak Fadhiah dari luar negara.Harga pun jauh lebih berpatutan dari harga di butik-butik seperti JPO, Pavillion dan sebagainya.So, kalau korang berminat boleh terus datang ke

Hannah Spa
No.17-1, Jalan Sentosa Villa 1/1
Taman Sentosa Villa
43000 Kajang, Selangor (belakang Hospital Kajang)

Tel : 03-8737 0846  / 017-280 6972

Like Facebook Hannah Spa ====> www.facebook.com/hannah.spa?fref=ts

**Ni aku nak bagi hadiah berupa voucher bernilai RM80 yang boleh digunakan jika korang berkunjung ke Hannah Spa..3 orang saja..nanti aku pilih random, sape cepat dia dapat..sorang akan dapat 2 voucher, maknanya korang boleh bawak sorang lagi kawan untuk memanjakan diri di Hannah Spa ni..weeehuuuuu...Bestt kan..cepat,cepat angkat tangan sape nak???!!! 


Sunday, May 26, 2013

Banyak nak cerita sebenarnya, tapi ini dulu lah...heee


Rasanya macam dah lama tak potpet-potpet kat blog ni, boleh dikatakan bulan May ni antara bulan yang paaaaling busy lah terutamanya time weekend, ada saja aktiviti.Cuma minggu ni dapat rest lenggang kangkung kat rumah, itupon hari jumaat haritu ada sponsored lunch oleh Flora Kafe (nanti aku up entry pasal ni).Alang-alang di sponsor, kitorang pun sepakat nak celebrate besday Yaya sekali, kelass kaw celebrate besday pon disponsored gitu..hehehhe..Kena plak time tarikh besday dia kan, bertuahhlah badan..hehehe..



Hari Sabtu plak, tengahari tu aku ada kenduri, pastu Yaya wassap bagitaw dia nak datang rumah aku, aku suruh dia datang malam, sebab siang tu aku takde kat rumah, malam tu dalam kul 10 malam, Yaya dan Syafiq pon sampai kat rumah aku, teror giler dorang cari rumah aku.Pestaim beb Yaya n Syafiq datang rumah buruk aku ni..heheh..Dan secara kebetulannya, kitorang ajak Eida dan Andi (suami) join sekali..Mulanya dorang taknak datang sebab dorang busy dengan bisnes dorang, tapi kau taw jelah Yaya kan, dia pujukkk giler2 sampai Eida dan Andi datang jugak malam tu walaupon lewat,Mila plak tak dapat datang sebab mak dia ada kat rumah..Paling tak tahan , Yaya siap call Andi (suami eida) pujuk suruh datang, sebab call eida tak angkat (takuttt terpengaruhh letttew)..hahahaha...Mula2 ingat dorang tak datang, aku dengan Yaya pasrah jela, sekali pintu rumah aku kena terjahhh..Terkejuttt mak!!!Rupa2nya Eida and Andi datangg jugakkk..hahahaha Sayanggg korangg..!!!Dia hangkut sekali marshmallow and buah2 untuk Choclate Fountain dia, kitorang pon berjemaah tolong cucuk satu2 kat lidi..Sekejaappp je dah siappp...Bukan kitorang je taw, suami-suami kitorang pon join cucuk lidi sekali kat depan TV sambil layan DVD Fast Furious 4 & 5..alahaaiiii seronokkk nya dapat kawan2 camni, kawan2 yang laki bini boleh masuk kepala, semua masukk air.Abi yang kena kerja pagi esok tu pun sanggup tido lambat, Abi memang suka tetamu datang rumah ni, siap suruh dorang tunggu dia balik kerja baru balik, sebab dia nak masakk makan ramai2..heheh.

Dan macam biasaaa, kalau kitorang melepak kat rumah Yaya, mesti dia takkan lepaskan kitorang balik malam tu jugak, macam mana pon dia nak kita tido kat rumah dia, sama jugak macam aku, bila dorang datang rumah aku, aku tak bagi jugak dorang balik, wajibbb kena tido jugak.Dan akhirnya semua tido kat rumah aku..Best kan macam ni, dulu masa belum kawen, aku ingat lepas kahwin tak dapat dah enjoy dengan kawan2 camni, rupanya lepas kawen lagi best enjoy dengan kawan2 yang camni, yang suami masing2 pon sporting..Lagi bebas nak buat apa2, sebab setiap aktiviti mesti hangkut suami sekali, kitorang semua memang jenis yang suka berjimba2, suka kesana-kemari, tapiii tak suka tinggal suami..Takde istilah nak enjoy dengan kawan2 perempuan je, takleh bawak suami..Tapii dengan diorang2 ni, kitorang takde rahsia pun, apa yang isteri gosipkan, suami pun ikut bergosip sekali, senang cerita, kitorang selesa bersembang topik apa-apa pun bila bersama-sama.Bila suami buka topik lain, kitorang si isteri ni pun akan join sekali.So, tak rasa janggal pon disitu..Semua topik boleh cerita..

Ok daaaaa!!!!!!! 


Wednesday, May 22, 2013

#TSDayOut -Sim Flight KL


Part yang paling buat aku teruja sepanjang event TSDayOut ni berlangsung adalah part di SimFlightKL.First time jugak aku taw tentang kewujudan tempat ni, kalau biasa kita tengok cerita Adam Hawa lakonan Aaron Aziz yang pegang watak Adam mukhriz tu, haa kalini giliran aku plak sebagai Kapten Nory, aku dah pandai bawak kapal terobang beb!!!Sila lah percaya...hahaha..Kat sini lah dorang selalu berlakon untuk scene flight mendarat,scene bawak flight dan scene untuk watak pilot, contoh macam cerita Adam Hawa tu lah.



Pergh kalau lah semua flight ada kerusi seempuk sofa ekseklusif ni kan best, hahaha...Dapat jugaklah merasa duduk kat atas sofa gebu lagi empuk ni, sambil fefeeling fly ke oversea..weeeeweeee....


Ini Kapten Haris..Dialah yang ajar kitorang bawak kapal terbang.Kalau nak taw kat SimFlightKL ni kita berpeluang mengendalikan 2 simulator penerbangan iaitu Airbus A320 & Boeing 737NG.Aku berpeluang mengendalikan Airbus A320, phewww pestaim beb, pestaim..Nervous giler masa  aku nak terbangkan airbus tu, bila dah sampai atas, kapal terbang yang aku bawak tu dah stabil, boleh plak rasa nak terkencing, so, aku suruh Yaya take over, jangan risau, semasa flight dah stabil kat atas awan tu, kaedah pemanduan adalah secara auto-pilot, cuma time nak terbang dan mendarat je kena guna manual.Time mendarat, yaya yang daratkan airbus aku tu..terbaekkk, tepat pada sasaran, nasib baik tak tersasar ke laut...hehehe..



Mila pun tak lepaskan peluang pandu melulu..hehehe..Siap tabik hormat lagi..Velagakkk kapten kaww yer..hehehe..



Dah merasa jadik pilot, ni nak merasa jadik penumpang plak,masa ni kitorang nak berlepas ke Pulau Pinang..hehehe..Byee...bye..


Kapten Wafi tak lepaskan peluang memberi taklimat dan penerangan kepada kami, banyak kami belajar dari dia, dia memang tak lokek ilmu punya, tanya lah apa pun kat dia, dia mesti jawab.


Tengoklah tu, gigih dia buat penerangan nak bagi semua orang faham,walaupon aku still jugak tak faham2..hehehe




Berjaya membuat pendaratan dengan jayanya, Kapten Haris pon teruja tengok ke"teror" an aku bawa kapal terbang, siap buat simbol "good" lagi..hahahaah tipuuu je..Aku yang paksa adik Haris ni buat "good"..Haris ni muda lagi baru 21 tahun, tak sempat laki aku nak jeles, aku dah bagitaw siap2 kat dia, "abang, Haris ni pangkat adik-adik je, jgn risau"..hikhikhik..

Sesiapa pun boleh merasai sendiri pengalaman memandu kapal terbang ni dengan bayaran dari RM45 seorang mengikut jenis simulator yang korang pilih.Ataupun nak taw lebih lanjut...LIKE Facebook SimflightKL ni www.facebook.com/simflightkl ataupun boleh lawat laman web SimflightKL http://www.simflightkl.com/..



Tuesday, May 21, 2013

#TSDayOut - Peugeot Lounge


Lepas dah seharian buat aktiviti di seluruh pelusuk Terminal Skypark ni, cacing dalam perut pun dah start tendang2, laparr katanya.huhhu..Sekali lagi, aku teruja beb, memang dah taw dari awal yang makanan memang disediakan , tapi tak terfikir pun makan di tempat yang super duper high-class, elegant dan bombastik macam kat Peugeot Lounge ni.Peugeot Lounge ni merupakan satu-satunya ruang istirehat eksklusif yang pertama di lapangan terbang khas buat pemilik kereta Peugeot dan ahli berdaftar.Biasanya ,sementara nak tunggu flight kita mesti lepak2 kat Mcdonalds ke, Old Town White Coffee ke kan, tapi kalau nak rasa suasana yang lebih selesa  , eksklusif dan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti WIFI dan makanan sedap2 serta lain dari yang lain, boleh try lepak di Peugeot Lounge ni,hanya perlu tunjuk pass atau pun kunci kereta sebagai bukti yang kita ni pemilik atau ahli Peugeot.




Bercirikan nama jenama Peugeot itu sendiri, di setiap ruang dalam Peugeot Lounge tu dihiasi dengan replika pelbagai jenis dan model kereta jenama Peugeot.Selain tu. ruang mesyuarat jugak disediakan untuk para VIP yang inginkan suasana yang privasy ketika mesyuarat.Selain itu, TV lengkap dengan Astro pun ada, senang cerita, memang tak bosan lah kalau datang lepak-lepak sini sementara tunggu flight.





Makanan kitorang pada haritu di taja oleh Bubba Gump ..Perghhh rambang mata, eh rambang anak tekak nak pilih nak makan mana satu dulu..Dengan buah-buah segar, pasta, ikan, ayam, hurmm macam2 ada.Tenkiuuu Bubba Gump and Tenkiuuu Peugeot Lounge..


Mr Yasser Awan selaku General Manager Nasim Sdn Bhd (Peugeot Lounge).

Lebih info pasal Peugeot Lounge ni boleh lawati laman web Peugeot Lounge.

Alamat :

Peugeot Lounge
M18A, Skypark Terminal
Sultan Abdul Aziz Shah Airport
47200 Subang, Selangor.

Tel : 03- 7840 0312

Credit picture : Nigel Low