Wednesday, May 29, 2013

Manjakan diri di Hannah Spa




Oleh kerana bulan May merupakan bulan terbusy aku and the geng ( YayaEida dan Mila), so we all sepakat pilih tarikh 18 May 2013 untuk pergi memanjakan diri ke Hannah Spa,Kajang.Memandangkan tarikh tu je pun yang kitorang semua free, cehhh busyy kalahkan menteri pulakk kan..haha.Appointment pukul 3 petang, pukul 2 petang aku dah keluar dari rumah, takut sesat punya pasal, aku sanggup berpanas berpeluh ketiak ajak Abi naik motor,dan seperti dijangka memang aku sesat pun, GPS langsung tak membantu, tak pasal2 kena kelentong je, ntah mana2 hala kitorang masuk, rupanya kitorang sesat area situ je, berkurun abad kot tak jejak ke Kajang ni, kalau dulu hospital sebijik je kat Kajang ni, sekarang macam2 jenis hospital ada, Hannah Spa ni betul2 dekat belakang Hospital Kajang yang lama tu.


Sesampai je kat Hannah Spa, Yaya and Mila dah sampai, dorang datang berdua tak bawak suami masing2, aku dengan eida je bawak suami.Bukan sengaja nak buli laki sendiri tunggu berjam2 kat bawah nun, tapi memang sengaja pun...muahahaha...Tapi takpe, Abi sporting habisss, dia memang dah terbiasa tunggu menunggu ni dari zaman cintan cintun ni, takde hal punya..hehehehee..Hannah Spa ni memang tak benarkan kaum Adam ikut masuk sekali, dah siap2 tulis kat pintu masuk lagi,"man not allowed" so, kita bebas lah nak berlari bogel pon kat dalam tu, sebab semuanya ladiesss aje..Eh takdelah bogel, giler koo!!!Berkemban je kot..hehe.

Kak Fadhiah dan suami, Abg Irwan serta si comel Hannah

Next time nak test mandi dalam ni plak, aritu tak sempat sebab rushing sangat..hehe


Bilik untuk yang inginkan privacy,..

Hannah Spa ni milik Kak Fadhiah dan suaminya, Abg Irwan serta dibantu oleh Lily dan adik kak Fadhiah sendiri iaitu Farah..Farah ni lah yang dok tenyeh badan aku, dia lah tukang massage satu badan aku, sedappp weyy dia urut, aku dah lah spesis banyak angin dalam badan, sekali dia tenyeh, rasa nak membobok2 aku sendawa tapiii ku tahan jebattt...Kalau kat rumah ni, mesti keluar suara gajah punya kalau sendawa..Paling kurangg 7 harakatt kot aku sendawa..kihkihkihkih..Time Farah urut kat tapak kaki, rasa syiokk sangat, yela seharian kaki ni digunakan untuk berjalan je kan, bila dapat urut kat bahagian tapak kaki tu, perghh heavennya rasa, terus teringat kat Abi, tak dapat bayangkan kalau aku yang urut tapak kaki dia, mau terpelanting aku keluar tingkap, sebab dia memang sensitif kat tapak kaki, tak tahan geli katanya..hahahah..Pastu plak time urut kat kepala, perghhhh ringan terus rasa beban dalam kepala ni.Masa massage ni aku sebilik dengan Mila.Eida dengan Yaya plak kat bilik sebelah sedang bersauna.

bilik sauna

sambil bersauna, dihidangkan plak desert...yummmehhh..

Lepas dah massage, kitorang ke bilik sebelah plak untuk ke bilik sauna, wallauweyy..Aku paling suka part ni, aku masuk berdua dengan Mila dalam bilik peti kayu tu, sambil bersauna sambil bergosip, semakin rancak bergosip, semakin menderu2 peluh keluar dari badan aku..Pastu aku tuang lagi air dalam bekas batu panas tu untuk tambahkan lagi tahap kepanasan bilik tu, sampai Mila menjerit2 suruh aku stop, sebab dia rasa nak terbakar dah..ahhahahaha..Last2 aku pun tak tahan, kitorang keluar sekejap dari bilik tu, keluar2 je , aikkk ada desertt lah atas meja..Syoknya...sambil bersauna, boleh bergosip, boleh makan desert lagi..

ni bilik massage dan facial untuk dua orang, aku buat dengan Mila berdua kat sini


Apa yang menariknya Hannah Spa ni adalah dia berkonsepkan modern style, memang lain dari yang lain, kalau biasa kita tengok spa yang ada kebanyakannya berkonsepkan traditional dan ala-ala bali dengan muzik liuk lentok kan, tapi kat Hannah Spa ni best, lagu2 semua standard kena dengan jiwa lah, nak head-banging pun boleh...hahahaha..Nama Hannah Spa pulak diambil sempena nama anak Kak Fadhiah yang kecik tomeyy tu,Hannah Dahlia namanya kalau tak silap..Hye Hannah, rinduuu tak kat akak Nory??Ceh dan2 "akak" kan...hikhikhik...Kelass ko dik nun, kecik2 dah bukak spa..Dan antara sebab kenapa Hannah Spa menjadi pilihan kami adalah kerana Kak Fadhiah merupakan seorang doktor di Hospital Kajang, so, kalau kau rasa nak suntik vitamin C ke, kau boleh percayakan Kak Fadhiah seratus peratus sebab dia dah tentu2 lah handal bab cucuk mencucuk ni, daripada kau pi cucuk kat Spa lain yang tak bertauliah, karang lain plak yang dicucuknya, nayaaa je..huhu..


Dari kiri MilaYaya, Farah , Kak Fadhiah, Nory , Eida

Ok, lepas dah bersauna, dah keluar segala peluh-peluh dan toksin dalam badan, kitorang buat facial plak, biasanya kat rumah, kalau cuci muka, main bedal cuci laju-laju, simbah dengan air, siapp!!!..Tapi kalini, baru lah terasa betul2 muka dibelai dengan urutan facial yang sepatutnya, kalau lah muka aku boleh berkata2, mesti dia cakap, kan bagus kalau tuan aku urut-urut manja aku lembut-lembut camni,ini tak, main pakai tonyohhh je..hehehe..Masa facial ni, muka aku dicuci dan dimassage dengan product Mary Kay, sebenarnya ada dua pilihan product kat sini , iaitu Mary Kay dan Syakila..Lain product lain harga pakej nya, tapi aku sangat rekeman kalau korang nak try, pilihlah produk Mary Kay, sumpah dah kena sekali, mesti jatuh cinta.Kalau aku bawak banyak duit aritu dh lama aku sambar 1 set terus product Mary Kay tu..hehehe..



Selain dari pakej-pakej body treatment dan facial, kat Hannah Spa ni pun turut menjual beg tangan berjenama seperti Cole Haan, Coach, Calvin Klien , Tommy, Kate Spade dan Nine West, dan yang pasti semuanya ORIGINAL dan dibeli sendiri oleh suami Kak Fadhiah dari luar negara.Harga pun jauh lebih berpatutan dari harga di butik-butik seperti JPO, Pavillion dan sebagainya.So, kalau korang berminat boleh terus datang ke

Hannah Spa
No.17-1, Jalan Sentosa Villa 1/1
Taman Sentosa Villa
43000 Kajang, Selangor (belakang Hospital Kajang)

Tel : 03-8737 0846  / 017-280 6972

Like Facebook Hannah Spa ====> www.facebook.com/hannah.spa?fref=ts

**Ni aku nak bagi hadiah berupa voucher bernilai RM80 yang boleh digunakan jika korang berkunjung ke Hannah Spa..3 orang saja..nanti aku pilih random, sape cepat dia dapat..sorang akan dapat 2 voucher, maknanya korang boleh bawak sorang lagi kawan untuk memanjakan diri di Hannah Spa ni..weeehuuuuu...Bestt kan..cepat,cepat angkat tangan sape nak???!!! 


36 comments:

  1. sonoknye lahai kalau dpt gie spaaaa..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. nah amik lah....
      eh tak boleh, awak kan dah ada banyakkkk...
      hihihiih

      Delete
  3. Assalamualaikum nory... wahhh bestnyaaaa. untunglah suka pergi spaaa. sheila tak boleh kena urut, geliiii ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nory pon pestaim pergi, and rasa nak pergi lagi lepas ni...jom join...hiihih

      Delete
  4. ada bc kat blog nad aritu..bestnya tgk..hihi

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. memang best sekali sekala memanjakan diri di spa...hehe

      Delete
  6. memang best kalau dapat ber-spa... tinggg...tiba2 terfikir pulak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bestttt....relaxxx je rasa...hilang semua stress..

      Delete
  7. Replies
    1. emailkan alamat kt Nory ... elfekluz1921@gmail.com

      Delete
  8. bestnya dapat reward diri cam ni..ringan badan kalo dapat urut..
    tak pernah lagi berspa..takat gi buat facial tu ade la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nory pon pestaim ni kak...sebelum ni pon penah buat facial je...hehe

      Delete
  9. wah bestnya dapt g merehatkan diri di spa..
    cantik ye spa ni..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum :) kak nory ! Sy nak sy nak ! ^^ hehe mcm seronok je pergi hannah spa tu. Huhu.
    Ni email sy haz_irah21@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. wahhhhhhhhh bestnye :) syok dpt pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang syiokkkk dapat reward diri sendiri dengan ke spa ni...bestttt

      Delete
  12. aik.. entri sama jer dgn nadia!!!

    baru dpt singgah blog ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, memang sama, sebab pergi pon sama2...hehe

      Delete
  13. bestnyer kalau dapat men'spa' kan diri...nk jgk gi sana...but jauh sgt la plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sekali sekali reward diri untuk ke spa ni memang berbaloi2...

      Delete
  14. cuba try pergi, mesti rasa nk pergi lagii..hehe

    ReplyDelete
  15. saya nak! saya nak! tapi caner nakangkat tangan nih? hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok2...nory nampak sizuka angkat tangan tu....hehhe...

      ok, meh emailkan alamat awak kat nory... elfekluz1921@gmail.com

      Delete
  16. saye nak jugak.. sampai hati awak taknak bg sayeee ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nah...nah...amikkkk....awak nak sepulohhhh pun bolehhh....hahahahaah

      Delete
  17. siap ada dessert lagi. ok la kan. selalu nina g spa. ada tea o jea. hehehe. tea herba kot

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)