Tuesday, May 21, 2013

#TSDayOut - FireFly

 
Meh aku nak kongsikan pengalaman menarik aku sepanjang event #TSDayOut ni, salah satunya melalui event ni jugaklah aku lebih banyak dapat maklumat yang lebih lagi berkenaan dengan Firefly ni.FireFly ni dilancarkan pada 3 April 2007, dikendalikan oleh FireFly Sdn Bhd (MAS) S/B dan merupakan anak syarikat penuh Malaysian Airline System Berhad.Beroperasi di pulau Pinang dan Subang dan juga di pelbagai tempat serata Malaysia, Selatan Thailand, Singapura, Sumatera Indonesia sejajar dengan agenda Indonesi-Malaysia- Thailand Growth Triangle (IMT-GT).Matlamat FireFly adalah untuk memperkenalkan keajaiban Asia Tenggara kepada pelancong khususnya dari luar rantau ini selain dapat menghubungkan dunia dengan komuniti dan perkhidmatan serta menyumbang kepada ekonomi negara melalui perdagangan dan pelancongan.


Yang bestnya, kitorang berpeluang masuk ke dalam office FireFly ni, bukan calang-calang orang boleh masuk taw, sesekali dapat turun padang melihat sendiri camne staf2 ni menguruskan jadual penerbangan dan hal-hal yang berkaitan pesawat.Camnilah suasana dan gambaran office FireFly ni.Tengok cara dorang buat kerja, masing2 tekun and serius je..Kalau nak taw, peramugara dan peramugari akan melaporkan diri dulu disini sebelum mulakan kerja...

Oh yer, kat Sky Park Terminal ni, pesawat yang ada semuanya terdiri daripada pesawat yang berkipas sahaja .Selain tu jugak, kitorang didedahkan dengan prosedur2 sebelum menaiki pesawat, ringkas je prosedur nya, dan yang penting, caj bagasi 20kg ke bawah adalah percuma, (kalau lebih bayarlahhh,lagi mau tanya,hahahah) best giler arr naik FireFly ni, caj bagasi die antara yang paling murah lah kalau nak dibandingkan dengan flight2 yang lain.Untuk lebihan berat bagasi caj RM30 akan dikenakan untuk penerbangan domestik dan RM40 untuk penerbangan antarabangsa.



Sebelum nak naik flight , macam biasa kena check-in dulu, kena beratur kat ruangan yang disediakan.Lepas tu, beg akan ditimbang kat kaunter tu.





Okay lepas dah timbang beg semua, kita akan berlepas ke balai pelepasan, jeng jeng jeng..



Aku mengaku aku tak pernah naik FireFly ni, dan tak pernah nak amik tahu pun pasal FireFly, tapi lepas dah diberi pendedahan tentang FireFly ni, aku rasa rugi plak, kenapalah selama ni aku tak ambil tahu tentang kelebihan FireFly ni, antara sebab kenapa perlu pilih FireFly adalah

1. Minuman percuma diberikan semasa diatas flight 
2.Dibenarkan check-in 30 minit sebelum penerbangan berlepas,yang cuma mengambil masa kurang dari lima minit untuk sampai ke Boarding Gate.
3.Caj bagasi percuma sehingga 20kg.
4.Kedudukan airport yang dekat dengan pusat bandar dan jalan utama yang dapat memudahkan penumpang untuk sampai ke terminal.




Berikut adalah destinasi penerbangan FireFly :

Subang TO :-

- Alor Setar 
- Batam
-Ipoh
- Johor Bahru
-Kota Bahru
-Kerteh
-Langkawi
-Medan
-Melaka
-Pulau Pinang
- Pekan Baru
-Singapura
-Kuala Terengganu
-Koh Samui


Penang TO :-

- Banda Acheh
-Phuket
-Johor Bahru
-Kota Bahru
-Kuantan
-Langkawi
-Medan
-Melaka
-Subang
-Koh Samui





Sempat jugak tangkap gambar peramugari yang baru nak berlepas naik flight, dah nama pun peramugari kan, mestilah comeyy..Tetiba teringat cita2 aku masa zaman sekolah dulu, cita2 nak jadi peramugariii beb, tapi apakan daya, ketinggian tak memuaskan..hahahaha..Redha jela jadik peramugari di rumah. layan sang suami tercinta, hikhikhik,,,

Oppss, gambar last tu bersama pilot yang boleh tahan macho jugak, tapi still takleh lawan kemachoan En.Joe   caye...hikhikhik..Kalau peserta2 lelaki sibuk dan teruja nak bergambar dengan peramugari, peserta perempuan mestilah teruja nak bergambar dengan pilot kan..Taknak kalahhh..hahahha..




Haaa live depan mata pesawat FireFly , perasan tak ada kipas kat area sayap tu.Itu yang aku cakap kat atas tadi, yang kat Terminal ni, semua pesawat terdiri daripada pesawat yang berkipas sahaja, haa tu lah rupa bentuk kipas tu.Aku tunjuk bukti, takut kaw dok bayang kipas syiling kat rumah ko plak nanti...heheheh..

Oh yer, mungkin ada yang dah taw, dan mungkin ada yang tak tahu lagi, kalau nak beli tiket flight FireFly ni ada dua cara, yang pertama boleh beli direct terus ke kaunter FireFly yang turut disediakan di Terminal Subang SkyPark ni atau pon boleh booking secara online, biasanya secara online ni lagi mudah, sebab boleh buat kat mane-mane pon, semuanya dihujung jari je kan sekarang ni..Tak taw nak booking online, okay meh aku tunjuk tutorial cara-cara nak membookin tiket secara online ni...Lets Check It out...



Mula-mula, masuk ke website www.fireflyz.com.my. Nampak nombor 1 tu, kalau nak beli untuk pergi balik klik round trip ,kalau nak beli untuk pergi saje, klik One Way..Lepas tu masukkan departing and arriving korang dikotak yang disediakan, contohnya dari subang ke johor bahru..Masukkan Subang diruangan Departing dan masukkan Johor Bahru diruangan Arriving.Kemudian pilih tarikh pergi dan balik.Kalau beli untuk One Way, just pilih tarikh berlepas sahaja..Pastu di kolum No.of Guest ,masukkan bilangan orang yang akan berlepas, kalau sorang, select 1 Guest..Begitulah seterusnya..Kemudian dah setel semua, tekan je butang "Search"


Pastu akan muncul pula ruangan ini, pastikan tarikh dan waktu adalah betul.Boleh pilih waktu pukul berapa nak berlepas, nak awal pagi ke, nak lewat petang ke, terpulang lah ikut suka..


Pastu dah kompom tarikh and masa, dah faham semua terms and condition, terus je "tick" kat kotak kecik menandakan yang kita faham dan mengesahkan..


Pastu keluar pulak page ni, page ni kena isi maklumat penumpang iaitu nama kita lah, pastikan jangan tersilap isi ok, dah isi semak betul-betul..Dah kompom betul takde salah, "tick" je kat kotak kecik "I confirm" tu..Pastu kat bawah tu nampak die ada suruh buat pilihan samaada nak pilih seat ke atau taknak pilih.Kalau taknak pilih, tekan je "continue without seat selection" tu.




Okay, page yang ni, yang atas sekali tu, insurans, click untuk pengesahan, better korang beli, kot lah terjadi pape nanti, takdelah ,"mati katak" kan..hehe..Yang bagasi tu plak, kalau korang bawak bag yang tak berat sangat,abaikan je kolum tu.Klik "NO" je..Pastu yang bahagian details tu untuk kecemasan, in case kalau pape terjadik, senang dorang nak contact ahli keluarga kita, so, letak lah nama waris terdekat, mak ke, abang ke, kakak ke, kawan ke...ikut suka..Bila dah setel tekan je "continue"..


Okay final part, maknanya dah hampir berjaya membooking, ada tiga cara pembayaran iaitu melalui Credit Card , Voucher dan Direct Debit..Ikut lah mana yang korang rasa senang, biasanya aku prefer direct debit, senanggg sikit, sekali syioottt je...heheheh..Tapi pastikan card credit korang tak declined and pastikan jugak M2U korang ada duit yang mencukupi sebelum membuat proses pembayaran ini.

Dan ada satu berita gembira buat pelajar, heyy untonglah jadi student ni kan..hehe..Ada potongan 50% jika membeli tiket flight Firefly, tapi khas untuk pemegang KadS1M sahaja .Kad ni untuk student je, kalau bukan student jangan mengada2 nak apply kad ni okay..hehe.Promosi ini sah sehingga 7 Ogos 2013 bergantung pada kekosongan tempat duduk.Cumanya , promosi ni ni tidak termasuk cukai airport, yuran dan surcaj, maknanya segala cukai dan yuran tu kena tanggung sendiri lah.Untuk penebusan promosi ni pelajar cuma perlu tunjuk KadS1M , Mykad serta Pass pelajar di seluruh kaunter tiket Firefly..


Kami pilih FireFly, anda bagaimana???hehehehehe...Oh yer, kenalkan Encik Muizzudin Mahmud orang kuat Firefly yang memegang jawatan sebagai Head of Sales,SZB Commercial Firefly.Tak lupa juga dari kiri Mila, En MuizzudinYaya, aku dan Nuar.

12 comments:

  1. Pergggggh! Banyak gile entry dia! :D It was nice meeting you then!

    ReplyDelete
  2. belom penah try firefly.. book pakai air asia jek.. la ni bnyk kua kat FB boikot air asia..

    ReplyDelete
  3. eh, cam kenal je budak nama nuar tuh
    kim salam kat die eh

    ReplyDelete
  4. nnti kita naik firefly pulak yeeeee... ;))

    ReplyDelete
  5. Ahkak lagi la....bukan stakat firefly, mas n airasia pun xpnh naik tau...hahaha....takut naik flight...bagus entry nory nih byk ajar org mcm akak yg buta flight nih....hahahaha

    ReplyDelete
  6. perghhh bestnyaaa.... dah lama tak naik kapal terbang.. dlu last masa tahun berapa g London konvokesyen kakak ipar

    ReplyDelete
  7. tumpang share online booking for my assignment :)

    ReplyDelete
  8. minta share picture online booking for my assignment. tq :)

    www.tehaalarh.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Haiii nk tya kena x de detail tu bayar secara debit card ek hanya ada kredt card sjaa mohon bantu

    ReplyDelete
  10. Dorang akan tentukan..tapi kite boleh bincang nak tukar tempat lain dgn penumpang lain..kalau nasib baik dapatlah..hehehe

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)