Sunday, May 19, 2013

#TSDayOut to Skypark Subang with Firefly Airlines and SimFlightKL



Tak sangka beb, dalam ramai-ramai blogger yang apply nak join event ni, nama aku tersenarai untuk 30 nama yang terpilih.Alhamdulillah, dapat jugak merasa pengalaman baru bersama Tourism Selangor ni.TSDayOut tu singkatan kepada Tourism Selangor Day Out..Tourism Selangor ni memang aktif mengadakan event setiap bulan, malangnya aku baru je taw, tu pon Yaya yang bagitaw, masa yaya bagitaw kitorang pasal event ni, kitorang termasuk aku, Mila dan Eida cecepat isi borang.Dan yang paling bestnya kitorang semua terpilih kecuali Eida.Memang frust jugak, Eida tak dapat.So, kitorang bertiga jela yang pergi.Event ni berlangsung di Skypark Subang ataupon lebih dikenali sebagai Airport Subang.


Sampai2 je kitorang terus je cari banner Tourism Selangor untuk sessi pendaftaran.Semua peserta terdiri daripada blogger-blogger semuanya.30 orang peserta yang mewakili blogger, bila blogger bersatu dan bertemu di alam nyata, banyak jugak pengalaman dan cerita-cerita menarik kami kongsikan, 




Sessi pendaftaran berjalan lancar, setiap peserta diberi sehelai T-shirt , Name Tag dan juga pass lawatan.Makanan ringan pon disediakan, senang cerita, layanan memang tip top lah, yela dorang kan dah biasa buat event, so, setiap kali event mestilah perfect je kekdah nya kan..heheh..Haaa lagi satu, urusetia-urusetia yang handle event tu semuanya baik-baik belaka and tak sombong langsung, seronok dapat bekerjasama dengan orang2 yang camtu.

Korang nak join tak?? Ok, senang je, korang cume kena Like and Follow Facebook dan Twitter dorang,


 supaya korang tak ketinggalan satu event pon yang dorang ada kan, biasanya dorang akan buka kepada semua, kemudian dorang akan buat shorlisted, dan kalau bernasib baik, korang akan terpilih lah.Tak salah kan kalau cuba nasib, macam kitorang, mula2 cuba nasib, last2 terpilih, kemainnn seronok lah we'olls kan..hikhikhik



Lepas je pendaftaran, kami diberi sedikit taklimat mengenai event ini, antara aktiviti yang kami lakukan sepanjang lawatan ke SkyPark Subang ni adalah Airport Tour dengan SkyPark Subang, Airline Tour dengan FireFly , Simulator Tour dengan SimFlightKL dan sessi "menternak" lemak di Peugeot Lounge.Perghhh, sampai harini aku teringat2 lagi tahap kesedapan makanan2 kat Peugeot Lounge tu.Dan sampai sekarang jugak semua aktiviti-aktiviti yang aku buat sepanjang event tu masih segarrr bugar dalam kepala hotak aku sekarang, boleh dikatakan satu kenangan dan pengalaman paling manis dan berharga dalam hidup aku.Tenkiuuu Tourism Selangor kerana beri saya pengalaman baru yang sangat2 berharga ni.Nanti aku review satu-satu ek, nak cerita sekaligus memang tak mampu lah beb, kang kau jugak tak larat nak baca sampai habis, paaaling sadiss kalau kaw tak baca langsung, memang aku sentappp 44 hari lah kan..hehehe..


Barisan blogger-blogger awesome yang memeriahkan lagi event ni, tenkiuuuuu Tourism Selangor..Next time saya nak join lagiiii,boleh??hikhikhikhik..



Dan tak lupa "intan payung" kesayangan aku ni, tak sah kalau takde gambar bersama kan, dalam toilett pon jadikkk.Cermin besauu plak tu, heyyy takkan nak biarr je, haruslah snap sekeping dua...tadaaaaa!!!! klik..klik..


9 comments:

  1. seronoknye !!!! kalau ada benda2 nie inform2 la teringin jgk nk join

    ReplyDelete
  2. wah sronok tul dpt join event camni ye

    ReplyDelete
  3. yeayyyy nory pon dah siappp! lajunyaaaa :)) well done baby well doneee

    ReplyDelete
  4. best join event.. murah rezeki nory.. ~

    ReplyDelete
  5. happening blogger ni...panjang pon akak gigih gak dok baca...hehehe..

    ReplyDelete
  6. ayoyo..... nory dah kenapa letak gambar dalam toilet not good not good hahaha....

    ReplyDelete
  7. kannn, not good nory not good :p
    biasaaaaaaa noryyy niiiii

    ReplyDelete
  8. sian ida tak dapat join.... ;((

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)