Sunday, June 16, 2013

Tips Hargai isteri, Begini Caranya.....


Dalam kehidupan berumah tangga ni, banyak kena tolak ansur, kena saling bantu membantu, lebih-lebih lagi dalam hal urusan rumah tangga ni, ada rumah sendiri (walaupon rumah sewa), kerja rumah semua kena sama2 buat, kena sama-sama tolong menolong, jangan semua nak taleee ke binikkk je kan..Jangan ingatt kerja-kerja rumah semua bini yang kena setel, laki cari duit je, balik kerja semua dah tersedia..Amboiii tu bukan isteri tu, tu dah macam amah plak, isteri tu kan permaisuri hati suami..hikhikhik..

Aku nak kongsi tips-tips berumah tangga ni pon, aku bukanlah hebakkk mana pon, kawen pon baru 2 tahun, ada hati nak kongsi tips-tips kebahagiaan rumah tangga plak.Kang aku cakap aku bahagia, ko muntah hijau plak, mesti ada yang kata, "elehhh , macam lah dia sorang je yang bahagia"..Betuiii tak...So, aku kongsii ilmu ciput2 je lah, agak-agak boleh terima sebagaii ilmu, alhamdulillah lah kan.

Ok, aku just nak kongsikan satu je, cara-cara nak hargai isteri or cara-cara nak "rewards" isteri..Yelah, kalau hari-hari biasa kita si isteri ni yang busy uruskan rumah, lipat kain, basuh baju kan, masak, kemas rumah, so, cara untuk suami membalas segala penat lelah si isteri setiap hari tu adalah pada hari minggu ataupon time cuti.Time2 camnilah, masa yang sesuai nak bagi isteri rehat-rehat, hehe..Macam aku, tiap kali weekend, memang hari yang aku tunggu2, sebab Abi akan turun ke dapur gantikan tempat aku memasak..weeeee...Tak semestinya kena bersuamikan seorang chef untuk masakkan untuk isteri, tak kisah masak apa pun, masak nasi goreng pon dah cukup buat bini tersenyumm..Betol tak???Masak nasi goreng, aku rasa semua suami pandaiii kot kan..Ok, kalau taknak masak, tolong kemas rumah pun ok pe...Tu pon dah boleh buat isteri rasa dihargai..Tak caya , cuba lah...Barulah seronok buat aktiviti sama2.Jangan semua nak lepas tangan kat isteri je.Sesekali kalau suami tolong isterii, sweeeettttt tu..hehe







Dan hari ni, weekenddd kan???So, turn Abi ke dapur...weeeeee...Harini Abi masak ayam masak merah..Biarpon Abi bukan seorang yang romantik macam suami-suami yang lain, yang penuh dengan kejutan, seperais, tapiii aku tetap bersyukur dan aku pon percaya mana ada suami yang sempurna kat dunia ni, cuma Abi cukup sempurna di mata aku, sebab aku pun manusia biasa, tak sempurna mana pon, so, segala kekurangan dan kelebihan Abi, aku terima, dan Abi pon terima juga kekurangan dan kelebihan aku.InsyaALLAH, biar orang tak nampak kebahagiaan kita, asalkan kebahagiaan kita, kita saja yang rasa...Alhamdulillah..

Eh sempena Hari Bapa harini, aku nak ucapkan Selamat Hari Bapa buat semua yang bergelar bapa dan teristimewa untuk arwah Abah aku, Zainol Bin Saad, semoga abah tenang di sana, untuk papa tersayang , Saidi Hashim, terima kasih papa sebab membesarkan kami 3 beradik,tak pernah berkira dengan kami, menjaga kami macam anak sendiri, hanya tuhan je mampu balas jasa baik papa.Besar pahala papa menyara dan membesarkan anak-anak yatim macam kami ni..terima kasih papa..
Buat abah mertua, selamat hari bapa buat abah,semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik..InsyaALLAH.
Dan tak lupa buat Abi, Zulkefle Bin Hashim..walaupon abg belom jadi Abi (abah) lagi, tapii abang tetap "Abi" yang baik buat Laura Stella (kucing aku)..hahahahah..Laura n Sayang, saaaaayyyyyangggg abg sangatttt2..Dan abg jugak laaayaannn syg macam budak2, kadang2 syg konpius, abg ni suami syg ke abah syg...hahahahahah...So, abg ni kira 2 in 1 lah, boleh jadi suami n Abah (Abi) sayang...heheeheh...bolehh??

15 comments:

  1. Haha nory ni lawakla Laura pun boleeee hihi...Happy father days...

    ReplyDelete
  2. wow, bhgianyaa ada suami yg pandai masak ni.... nak apa je boleh suruh msak.. hahahahaha..

    ReplyDelete
  3. Nory..untungnya awak dapat suami yang baik camni. Xyah romantik sgt pun xpe. janji dia tau hargai isteri dia. kalau romantik je tp tak reti nk hargai bini pun xguna juga kan. Tumpang seronok tengok awak bahagia

    ReplyDelete
  4. amboi romantiknya nory....selamat hr bapa...:)

    ReplyDelete
  5. Exactly, buat together2 baru tak nampak macam beban sangat bab2 kemas mengemas ni, and to have a hubby cooking for us, its a bonus. Walau tak sedap, sama2 kami telan, u extra bonus la Abi u is a chef ;)

    ReplyDelete
  6. bestnyer suami pandai dan rajin masak. suami sis boleh jea malas tpi tak brapa nak rajin.hahaha

    ReplyDelete
  7. sweet kan kalau suami masuk dapur:) macam husband Ros, rajin masak jugak... lagi sedap beliau masak .. hihihi

    ReplyDelete
  8. wahhh berbunga bunga hati isteri tengok tau..nory nak tanya skit boleh..
    yg kertas tampal kat tempat masak tu kan..tile ke? kertas ke? getah ke?

    please..please nak tauuuu..akak tengah cari nak guna utk kat umah..kena memasak balik puasa ni miahahaha

    ReplyDelete
  9. seronok laura dapat papa pandai masak hehe. mahu bulat sokmo perut dia haha

    ReplyDelete
  10. untung nye laki pandai masak.. tapi lagi untung lau kemas skali nory.. ngeee.. :P

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. bestnyaaa bila suami turun padang kan :)

    ReplyDelete
  12. noryyyy
    hari2 buat entry macam ni bolehhh? :p

    ReplyDelete
  13. untunglahh dapat suami bole masak. hihihi. semoga kekal bahagia hendaknya :D

    ReplyDelete
  14. sesekali rasa air tgn hubby mahulah nak rasa lagi kan.. bestnya sesekali di masakkan begini ... selama hari bapa.. x kisah lah laura pun jadi .. hihihihi.... dia kan manja .. kucing tu.. mana nya.. kalau ada gambar hubby dgn laura tu .. mmg terserlahlah sempena hari bapa...

    ReplyDelete
  15. kalau suami yg salu kemas rumah pulak cemana? kisah benar~

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)