Friday, July 12, 2013

Rumah mak kena pecah di hari kedua Ramadhan


Ruang tamu
Hari kedua Ramadhan, kami sekeluarga diuji.Ya Allah, rumah mak aku kena pecah masuk.Cerita nya camni, pagi semalam pukul 10pg, mak aku keluar dari rumah dengan Cik Sidah (jiran rumah mak) pergi HERO beli bahan2 nak masak untuk berbuka nanti, jarak rumah dengan HERO dekat je, 5 minit dah sampai..Mak aku keluar lebih kurang sejam, dalam pukul 11pg camtu mak aku dah sampai rumah.Macam biasa mak aku akan berhenti kan kereta depan rumah untuk buka pagar rumah, sebab nak parking kereta masuk dalam.Bila dah masukkan kereta, mak perasan pintu grill rumah renggang sikit, mak aku ingat along aku datang, sebab rumah along dekat je dengan rumah mak aku,dan dia selalu sangat datang.Tapi yang mak aku musykil nya kenapa pintu grill tu sampai kemek2 n macam terkopak, mak aku dah syak dah, mak sempat intai kat dalam rumah, intai kat cermin besar kat ruang tamu tu boleh nampak pintu bilik terbuka luas dengan semua lampu dah terbuka, padahal sebelum keluar semua pintu dan lampu bilik mak aku dah tutup, pintu dapur pon mak aku memang sentiasa kunci setiap kali keluar.Tu dah memang perangai mak aku, setiap kali keluar rumah dia tetap akan pastikan semua pintu berkunci kecuali pintu bilik, just tutup gitu aje.

bilik Tasha

Mak aku dah cuak dah, terus dia keluar n berdiri kat luar pagar nak panggil orang yang lalu lalang, kebetulan  van sekolah (Cik Ina) lalu hantar budak sekolah.Mak aku tahan van dan panggil Cik Ina n bagitaw yang mak aku syak rumah kena "pecah masuk".Cik Ina pon berhentikan van n turun bawak kayu baseball masuk dalam rumah, perghhh beraniii betul Cik Ina ngan mak aku ni..Bahayaaaa ok, sepatutnya biar orang lelaki yang masuk, tapi dah tak nampak orang lelaki yang lalu time tu kan, kira halal lah, alhamdulillah mak aku tak pape..Untuk makluman time kejadian ni terjadi, jiran-jiran depan rumah tepi rumah kebanyakannya bekerja, tu yang perompak berani buat "kerja" siang2 tu..heyyyy dasarrrr penyangakkk betol..Hempuk kepala baru taw.Ok, sambung cerita, masa Cik Ina masuk tu, penyangak tu dah takde dah, keadaan kat ruang tamu langsung tak terjejas, yang teruk kedua-dua bilik, bilik mak n bilik adik aku kat depan.Habis almari baju semua dia punggah, dia kirai-kirainya semua baju kat lantai, kotak-kotak semua dia buka, keadaan bilik dah rupa macam tongkang pecah..Memang siallll lah..Kerugian paling teruk semua dari bilik adik aku, Kamera DSLR Canon, Henpon blackberry, Samsung Tab 10.1, PSP, duit RM200 hasil dia kumpul tiap2 hari,semua lesappp,Kecuali laptop dia n laptop papa, mungkin penyangak tu tak sempat nak ambik,Dia balik je dari sekolah meraung2 tengok barang2 kesayangan dia semua kena rembatt..Heyy kalau aku pon meraung beb, bukan senang nak dapat, kaw senang2 je nak rembatt, kaw tau tak tu harta anak-anak yatim, memang tak senang lah hidup kau, harap membusunglah perut membuncit sampai pecah makan harta anak yatim, dah lah buat "kerja" time bulan Ramadhan, kau tungguuuu aku doakann kau hidupp tak senang selamanya.Doa orang teraniaya , dimakbulkan.Siappp lah kau..

atas katil bilik mak
Bilik mak aku plak dia cuma dapat sekotak kecil barang kemas, tapiii padann muka semua tu zhulian, emas semua mak aku simpan kat tempat lain, bukan kat rumah..Duit yang aku suruh mak aku simpankan pun selamat, kalau kena kebas jugak, tak raya lah aku tahun ni..huhu..Alhamdulillah syukurrrr, bagi aku ni semua ujian dari Allah nak menguji kami sekeluarga, kami redha dengan segala yang hilang, mungkin bukan rezeki kami, tapii yang penting kami sekeluarga syukurrr sangat sebab masa hari kejadian adik aku pergi sekolah, tak dapat bayangkan kalau dia tak ke sekolah haritu, apalah nasib dia.Dah lah pagi tu mak cakap, dia memang malas giler nak gi sekolah.Ya Allah, Jenlott nasib baik kau pergi sekolah beb, barang yang hilang boleh beli lagi, tapi kalau kau hilang, aku takde kawan nak "bergaduh" beb..huhuhu..sob...sob.sobb..

keadaan bilik mak
Pagi tu lepas Cik Ina call polis, penyiasat ada datang ambil statement, tapi tetap kena pergi balai jugak buat report.Tak lama lepas tu papa pon balik, terus bawak mak pergi buat report, sejam lepas tu baru 3 orang polis datang rumah buat siasatan, sebelum polis datang, kitorang tak dibenarkan sentuh apa-apa barang pun dalam rumah, sebab polis nak cuba kesan cap jari.Hasil siasatan, polis dapat jumpa 4 cap jari, bermakna 2 orang yang buat kerja meggeledah ni.Dari pagi sampai ke tengah malam, tak putus2 jiran tetangga datang melawat, terima kasih banyak2 semua, terharuu sangat.Lepas berbuka pun, mak tak bagi aku balik lagi , sebab mak trauma duduk rumah sorang2, papa n adik aku pegi terawih.So,aku teman mak aku dulu, tak lama lepas tu jiran2 datang lagi, semua datang tanya khabar..

Grill kena kopak
Tapi ada dua orang jiran yang ternampak kereta yang sangat mencurigakan kat depan rumah mak aku masa mak aku keluar pagi tu, dua-dua jiran kata perasan ada kereta Mercedez kaler silver cermin gelap datang kat rumah lepas setengah jam mak aku keluar, mana ada kawan mak aku pakai Mercedez, anak jiran sebelah selang beberapa rumah ternampak kelibat orang  masuk ke rumah mak aku masa mak aku takde, tapi dia ingat tu kawan mak aku.kitorang suspect, dia gune Mercedez tu untuk kaburkan pandangan orang je, sebab kalau orang tengok, orang pon tak kan sangka dia niat nak merompak kan, helah dia parking kereta depan pintu pagar rumah untuk halang pandangan orang masa dia tengah kopak pintu rumah mak aku tu..Lepas dia dah berjaya masuk, dia tutup pintu, dan kereta tu pon jalan jauh sikit dan berhenti kat depan rumah jiran lagi satu.Dan jiran lagi satu tu perasan ada sorang perempuan kat dalam kereta tu, lepas tu ada orang keluar dari pintu belakang kereta tu turun dan menghala ke rumah mak aku..Haaaaa dah taw dah kronologi kerja dia, hebattt betul dia, aku rasa dia memang dah proo giler dalam bab2 pecah masuk rumah ni.Dia pecah masuk ikut pintu depan, dia keluar ikut pintu belakang, habisss jahanam pintu mak aku.

Ni semua ujian dari Allah, aku terima dengan redha se redha2 nya, mungkin ada hikmah disebalik semua ni.Mungkin Allah nak uji kesabaran kami di bulan Ramadhan ni.Alhamdulillah, family aku selamat, harta yang hilang boleh dicari, tapi family mana nak cari beb..huhu..Syukurrr Ya Allah..

Peringatan jugak untuk semua, sila berhati-hati sebelum meninggalkan rumah.Kalau nampak kereta yang mencurigakan, catit siap2 no.plat dia.Dan ingat pesan aku ni, sila berhati-hati dengan kereta "Mercedez kaler silver" cermin gelap, kalau ternampak dia berlegar-legar kat kawasan perumahan korang, sila berhati-hati..Tak mustahil dia akan ke tempat lain plak, sebab dia takkan duduk setempat.Jadi berhati-hatiii taw..

Jom layan cerita adik aku plak kat sini Nora Natasha Blog








36 comments:

  1. Assalamualaikum nory, masyallah. Nasib baik semua takda pape, kita doakan penjahat tu berubah dan insaf. semoga takda lagi mangsa2 mereka selepas ini. nory dan keluarga, sheila harap kalian tabah dengan dugaan ni. dulu rumah mak sheila pun pernah kena pecah masuk :(

    ReplyDelete
  2. ya Allah bulan2 pose buat kerja mcm ni..jahatnye..sian adik nory..moga tabah dgn ujian ni

    ReplyDelete
  3. ya Allah Nory...nasib baik mak tu tak apa2...tengok pun dah takut... biar hilang barang jgn hilang nyawa...

    ReplyDelete
  4. sian tasha.. dugaan ramadhan nory.. sabar ye..

    ReplyDelete
  5. Nasib baik keluarga Nory takde pape.

    ReplyDelete
  6. Macam2 tektik penyangak ni.. Sabar banyak2 ye.. Dugaan di bulan Ramadhan..

    ReplyDelete
  7. Ya allah.... sedihnya...sy boleh rase ape yg tasha rase sbb rumah sy pon bru lps kene rompak dan laptop kesayangan kene rembat...

    alhamdulillah mak nory selamat.

    ReplyDelete
  8. ya ALLAH..dugaan sungguh ni..nsb bek sungguh ..

    ReplyDelete
  9. assalmkm..
    ya Allah.. dugaannya..sampai hati dorang buat kerja jahat waktu siang dibulan puasa ni.
    takpe, balasan Allah tetap juga akan diterima..tunggu je la..

    ReplyDelete
  10. ya Allah nasib baik tak de apa2 terjadi pada mak atau ahli keluarga yg lain..moga Allah lindungi keluarga nory dan keluarga kita semua..

    sekarang ni mmg bahaya la..manusia smakin berani..penat tgk barang2 yg kena kemas balik haihh..doa banyak2 yer..

    ReplyDelete
  11. mujurlah allah masih lindungi mak nory .. tp boleh tahan jugak perompak tu yer naik mercedez errrrkkkkk ... habis semuanya di punggah mesti penat nak kemas blk..

    ReplyDelete
  12. ya Allah nasib baik mak nory takde apa2..Alhamdulillah selamat semua brg berharga n nyawa mak nory

    ReplyDelete
  13. ya allah, nasib baik semua selamat dan tak libatkan nyawa kan sis..
    dugaan di bulan puasa..

    ReplyDelete
  14. aisey..
    bikin panas btuil ler pncuri2 nie..
    buat org kurus puasa jer maki hamun nie.

    ReplyDelete
  15. bulan puasa wat kerja jahat camni..nasib takde ape-ape..

    tabah ye nory..

    ReplyDelete
  16. akak sayu lak baca tang adik nory nanges2 barang2 kesayangan hilang tu....

    akak doakan , semua brg yg d ambil dpt la d kembalikan, amin...

    ReplyDelete
  17. Astagfirullah! time bulan puasa kot.. kesiannya kak nory.... hurmm semoga kak nory tabah ye....

    ReplyDelete
  18. huhu..ciannya Nory n family..sabar ya Nory..ada hikmah dsebaliknya..

    ReplyDelete
  19. Rasanya dia dah aim tue... nampak mak keluar je, terus dia amik kesempatan

    ReplyDelete
  20. ya allah nasib baik xde orang kat umah.. alise dah membayangkan mcm drama2 kat tv alih2 kena rogol.. iushh seram..

    ReplyDelete
  21. dugaan di bulan Ramadhan..banyak2 besabar ye..ada hikmah mungkin..

    ReplyDelete
  22. Semoga perompak tu mendapat balasan setimpal di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  23. pae pun syukur mak & adik nory selamat. semua kena ati2 musim gini...

    ReplyDelete
  24. jenayah di bulan Ramadhan..huhuhu..doa semoga mereka bertaubat..

    ReplyDelete
  25. Yaallah, mmg xfhm dgn manusia yang suka pecah rumah org ni...sabar ye...

    ReplyDelete
  26. vongoks punya perompak! harta anak hatim tu.. kompem neraka laaah!!!!! meyusahkannn.. ishkkkk.. mencikkk perompak!!!!!!

    ReplyDelete
  27. Allahuakbar
    Innalillahiwainnailaihirojiun..
    Sabar byk2 dugaan ramadhan ni nory
    Wat sementara, temankan la mak nory tu
    Takut dia masih trauma lagi
    Ksian kt adik nory huhu

    ReplyDelete
  28. Ya Allah .....semoga penjenayah tuh sedar perbuatan mereka..kuang ajaqq betoi...alhamdullilah Nory sekeluarga selamat...

    ReplyDelete
  29. Rumah erin pun pernah kena pecah.. sedih..netbook acer n camera DSLR canon kena curi.. yang lawak tu.. abis kerongsang erin n gelang tiruan pun dia ambik jugak..

    ReplyDelete
  30. ya ALLAH


    Hai kejam nya mereka,bulan baik ini pulak aktivitnya

    ReplyDelete
  31. dugaan bln puasa..siang2 p pecah umh org...berani tul ek perompak tu

    ReplyDelete
  32. Isk..giler la time bulan puasa pun nak buat keje jahat. Sabar banyak2 ya Nory. Ujian Allah datang dalam pelbagai keadaan. Semoga polis dapat selesaikan kes tu cepat ya

    ReplyDelete
  33. bahayanya.. nasib baik tak ada apa yang buruk berlaku.. hurm.. suruh adik nory bersabar tau.. dan sama2 kita doakan agar perompak itu akan dihukum..

    ReplyDelete
  34. dugaan di bulan ramadhan..nasib baik family xde apa2 kan..kejam sungguh perompak tu..

    ReplyDelete
  35. Ya Allah...yg ptg semua nyawa ahli keluarga selamat...ujian Allah...kena lebih berhati2 tinggalkan rumah lepas ni

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)