Thursday, August 29, 2013

Kronologi cerita tentang kehadiran "orang baru"

*maaf entryy ni terlaluuu panjang, kenangan untuk diri sendiri..huhuhu

Syukur alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan jugak doa kami laki bini.Doa yang selama ni hanya kami je yang tahu,luaran nampak cool, dalaman Allah je taw, setiap pasanagn suami isteri mesti mengharapkan kehadiran si kecil dalam rumah tangga kan.Kami bersyukur sebab selama 2 tahun kami diuji dengan ketiadaan anak ni, hubungan kami bertambah2 erat ,penuh dengan kasih sayang, puasss dah bermanja dengan suami, sekarang tiba saat nak berkongsi rasa kasih sayang dengan anak sendiri plak.SubhanaALLAH, sampai sekarang still macam tak percaya yang diri ni tengah mengandung.Satu perasaan yang aku sendiri tak taw nak terangkan camne.Happy, seronok, tapi dalam masa yang sama sentiasa beringat-ingat tak boleh seronok sangat, sebab kandungan aku still peringkat awal lagi.Macam-macam boleh jadi, hanya doa je yang termampu agar baby yang bakal lahir nanti sihat walafiat dan menjadi anak yang soleh solehah,insyaALLAH.
Aku nak kongsikan kronologi cerita macam mana aku boleh detect aku peknen selepas 2 tahun lebih kahwin n.Semuanya bermula dari Krabi, eh apa kena ngan Krabi, sebab aku last piyed masa aku kat Krabi, lepas tu terus aku tak piyed sampai lah ke harini,oleh sebab piyed aku ni tunggang langgang, masa piyed lewat aku buat dunno je, tak tergerak hati pon nak buat upt, sebab maybe aku dah putus asa kot nak buat upt,asyik negatif je, cer bayangkan selama 2 tahun ni, berapa banyak aku membazir beli upt, kadang-kadang piyed belum lewat lagi, dah gedik2 gi test, pastu negatif, nangissss, haa tu lah habit aku masa tahun pertama, masuk tahun kedua, aku say noo to upt, malas nak amik port dah.Pikir nak bercuti je, sempat jugaklah jejakkan kaki ke 2 buah negara (Singapore & Thailand) dalam tahun ni..Alhamdulillah..

Hari berganti hari, sampailah masuk bulan Ramadhan, tarikh sepatutnya piyed terlepas macam tu saja, puas lah aku tunggu bila piyed ni nak datang, member-member ramai dah start "cuti puasa", aku tak cuti-cuti lagi.Tanda-tanda nak piyed dah ada, breast dah start sensitif, perut dah rasa tak selesa, tapi piyed still tak kunjung tiba, jenuhh aishhhh..2minggu pon berlalu, still takde tanda-tanda nak piyed, tapi keadaan diri aku dah start tunjuk perubahan, aku jadik tak bermayaa, cepat emosi, cepat nangis, cepat terasa, nak makan itu,nak makan ini, sampai tahap nak makan KFC je pon aku sanggup drive sorang gi beli sendiri, biasa aku pesan kat Abi je, tapi ntah kenapa hari tu aku jadi tak sabarrr kemainn, gelojohhh giler nak makan kfc semata-mata macam tak pernah makan..huhuhu

Satu lagi perubahan, asal balik kerja je, kerja aku melepetttt je kat sofa, tidurrr..Tak bermayaaa betul, naik tangga sikit pon cepat mengah, tekak plak dah start loya-loya, tapi tak muntah.Awal tahun aritu, aku dah berazam taknak beli upt lagi tahun ni, tahun ni taknak pikir pasal baby lagi, taknak pikir pasal piyed yang tunggang langgang lagi, walaupon piyed dah tunjuk tanda2 positif nak jadi baik.Cantik je cycle tetiap bulan, maybe sebab tahun ni aku kurang stress kot, tapi bulan ni je macam start nak tingtong balik,rupanya ada "isi".
Hari berganti hari, 2 hari sebelum raya, aku gi kerja naik motor Abi, sebab Abi guna kereta nak hantar mak mertua gi hospital, mulanya Abi tak bagi bawak motor, tapi aku yang berkeras nak bawak motor jugak.Aku pon bawak jelah motor, alaa bukan jauh pun.Balik kerja siap merempit ngan adik aku lagi pergi McD buka puasa berdua,sebab Abi tak sempat balik sebelum berbuka, setelkan check-up mak kat hospital.
Oh yer minggu sebelum tu pon, aku sempat menyoppingkan diri dengan Ieda,Yaya, Syafiq, Andi dan Abi, kitorang berbuka dan bersahur kat rumah Yaya, lepas berbuka, tengah malam tu kitorang gerak ke Jalan TAR, inikan tahun pertama kitorang beraya sebagai sahabatt..Haruslah excited, gi shopping pun nak sama-sama.hehehe.Sweet takk, sweet tak??Sanggup redah Jalan TAR sampai ke pagi, Mila n Mcdee je tak dapat join sebab ada hal time tu..

Sehari sebelum raya plak, aku kerja lagi, tapi boss aku baik hati bagi aku balik half-day, balik je rumah, aku melepettt je kat rumah, pantang duduk rumah, mesti nak tidurrr je..Tapi yang pelik, bila Abi ajak keluar shopping, elok je sihat aku..huhuhuhu..Abi tak beli baju melayu lagi, baju aku dah beli dah, tu lah degil lagi, orang suruh beli awal-awal taknak, dia boleh cakap, saje nak beli lambat-lambat, atleast ada jugak aktiviti malam raya..hehehe..Kitorang cari baju melayu Abi kat Puchong Perdana, rata-rata semua dah habis size, bila ada size, warna plak tak sama.Perghhhh gigih mencari baju Abi sampai dekat waktu berbuka..Nasib baik sempat singgah berbuka puasa kat rumah mak.

Malam raya, lepas setel masak rendang ngan buat kek kat rumah mak, aku, Abi , Tasha n mak pergi uptown puchong, tujuan utama nak cari baju melayu Abi, tapii tak jumpa, takde sorang pon jual baju melayu.Pastu kitorang ke uptown shah alam plak, ramaiiinya orang.Risau jugak takut takde orang jual baju melayu.Sekali jumpa jugak, tu pon aku tanya tuan kedai tu, ada tak baju kaler turqoise.Dia kata ada, dia lupa nak keluarkan, ada kat bawah meja.dan yang bestnya yang dia simpan tu, ngam2 dengan size Abi, tu je tinggal sehelai.Warna pon sebijikk sedondon dgn warna yang kitorang nak.Fuhhh selamatt Abi, kalau tak tahun ni beraya lah dengan baju melayu tahun lepas.Tapii tak syiokklah kalau tak sedondon kan, sedangkan mak n papa aku yang dah kawen lama pon still sedondon sampai sekarang, takkan kitorang yang baru setahun jagung kawen ni tak sedondon kan...hahhahaha..Mana boleh kalahhhh..

Raya pertama, tahun ni giliran beraya dengan family aku.Ekceli aku takde kampung pon, kampung aku tu haa kat depan Midvalley tu, Bangsar..Kg Haji Abdullah Hukum..rumah atok aku betul2 kat sebelah Midvalley tu, jalan kaki 5 minit je dah sampai Midvalley, hahaha..So, nak bagi meriah sikit raya tahun ni, mak ajak beraya ke Melaka, kat Melaka ni tinggal sedara mara sebelah mak jelah.Ramaii jugak lah..Adik beradik atok aku semua kat Merlimau ,Melaka ni, atok aku sorang je tinggal kat KL.huhuh..Meriah lah sikit raya tahun ni kan, dapat beraya ramai2, kalau raya kat KL, biasa raya pertama je lepas salam-salam, mesti lepak Midvalley cuci-cuci mata, camtulah cara org Key ell sambut raya...hahahahahah..Masa kat Melaka, ramai sedara mara tegur aku nampak berisi, aku tak sentapp pon sebab aku sendiri pon perasan yang badan aku agak berisi, orang lain semua selim melim time puasa tapi aku punya nafsu makan, nauzubillah..huhuh..Paling terkesan, masa gi rumah Tok su aku, dia yang tegur, cakap aku ni berisi "ada" ni..Aku terkulat-kulat jela..Sebab aku sendiri pon taktaw aku ni ada "isi" ke tak, yang aku taw ada isi lemakk je kat dalam badan aku ni..huhu..Dahlah aku melantak macam-macam masa raya pertama, dengan air gas nya, dengan durian nya..Air macam-macam kaler nya..Haishhh...

Raya pertama pun berlalu, kitorang balik ke KL semula petang tu, esok raya kedua nak gerak ke Perak plak, nak singgah rumah mertua kat Behrang, pastu terus ke Selama,Perak..Haaa kalau nak taw, kat selama,Perak ni kampung papa aku, merasa jugak lah kitorang ada kampung, belakang rumah ada sungai plak tu..Papa nak jual rumah ni dulu, tapi kitorang tak bagi, sebab kitorang nak merasa ada kampung sendiri..hehehe...Kesian kan..

Raya kedua, pagi-pagi aku dah bangun, senyap-senyap tarik laci almari solek ambik UPT test, memang aku ada beli spare aritu (padahal dah janji takmo beli upt tahun ni,,hehe), cuma belum ada semangat nak try, tapi harini semangat lain macam sikit,mgkin lepas Tok Su aku tegur yang aku dah ada "isi" ni..Aku terus gi toilet n buat test, perasaan time ni tak debar-debar langsung, sebab dah biasa buat selalu negatif je kan, kalini tak mengharap langsung, setitik letak dia tak naik lagi line nya, baca arahan dia suruh titis 4 titisan air kencing, aku pon titis, sekaliiii lajuu je dia jalan, tapi kalini bukan satu line tapiiiiii 2 LINE....ALLLAAAHHHHUAKBAR!!!!!
Puas aku gosok-gosok mata, sebab ingat aku mimpi sebab keadaan aku time tu memang tengah mamai-mamai ayam..Kedip-kedip mata, betullll 2 LINE, SUBHANALLAH,..ALHAMDULILLAHHHH...


Asalnya nak buat kejutan kat Abi untuk besday dia 21hb August nnt tapi sebab aku takut aku sorang je yang nampak 2 LINE tu, aku terpaksa jugak kejutkan Abi, suruh dia tengok betul tak nampak 2 LINE,, walaupon line yang tertera dua-dua terang dan pekat, tak kabur pun, tapi stilll tak percaya..Abi terkejut aku kejutkan dia, melompat dia dari atas katil, dia ingatkan dia dah lambat nak gi kerja...hahahahah...Padahal cutii kot..Aku tunjuk UPT tu kat Abi, Abi terus peluk and syiomm aku, peluk yang lain dari biasa, syiom yang lain dari biasa, peluk syiom dengan penuh kesyukuran..ALHAMDULILLAH, terima kasih YA Allah..
2 Tahun kami menunggu , dan sekarang KAU makbulkan doa kami, ko makbulkan doa aku yang teringin nak mengandung di bulan RAMADHAN..Dan tercapai jugak hajat nak bagi hadiah "anak" sebagai birthday present Abi..Terima Kasih Ya Allah.

Lepas dapat tahu tu, kami rahsiakan dari pengetahuan sesiapa, balik Perak pun dalam kereta pegang-pegang tangan ngan Abi, Abi senyummm melerett je..Bahagianya tengok senyuman tu..Sempat bisik kat Abi, "Terima Kasih abg, sebab mengandungkan sayang", Abi senyum n balas "Terima Kasih sayang, sebab mengandungkan zuriat abg, anak kita"..Arghhh sebakknya...Terima Kasih Allahhh...Sampai kat rumah kampung, malam tu baru aku bagitaw kat mak aku, mak aku terkejutt tak terkata, sempat dengar mak aku cakap alhamdulillah je.hehehe..Tak dan sampai esok, mak aku dah bagitaw kat maklang n paklang aku kebetulan dorang ikut kitorang balik kg sekali..heheeh...Mak cakap tak tahan lah nak simpan rahsia...hahahah

Oh Anak, terciptanya engkau di Bulan Ramadhan, berita gembira di Bulan Syawal..Ya Allah, syukurrrr ke hadrat mu..Peliharalah anakku selama mana ia masih didalam rahim ku, sempurnakanlah ia, sihatkanlah ia, sejahterakanlah dia, moga dia elok-elok saja dalam rahim ku, Moga dah lahir nanti, jadi lah anak yang soleh dan solehah, jadikanlah dia seorang yang penyabar sedangkan ia pun terjadi di bulan mulia Ramadhan.Murahkan rezeki anak ku, permudahkanlah segala berkaitan tentang dia, dahulukan dia daripadaku, biar sakitnya aku yang rasa, biar gembira dia yang rasa.Amiiinnnn Ya Rabbal alaminn..


Buat rakan-rakan TTC (Trying To Conceive) yang masih menunggu, jangan pernah putus berdoa, rezeki anak tu ada, cuma cepat dan lambat je, InsyaALLAH,doaku sentiasa mengiringi semua sahabat-sahabat TTC yang lain, semoga berita gembira aku ni menjadi penguat semangat untuk kalian terus berusaha tanpa mengenal putus asa.Percayalah ada hikmah tuhan bagi rezeki anak lambat, dan aku mengaku berita gembira yang aku dapat lepas 2 tahun menannti ni lebih indah dan lebih manis dari "bunting pelamin"..Penantian satu penyiksaan, tapi penantian buat kita lebih menghargai dan mensyukuri..Alhamdulillah..

41 comments:

  1. Alhamdulillah .. kira baby krabi lah ni kan . kan.. kronologi nory ni macam akak mengandungkan amir dulu .. masa bulan ramadhan .. masa raya ramai dok tgr badan berisi pastu selera pun membuak² ... seminggu raya baru akak utp tau .. memang btl rupanya .. org² lama ni memang tahu jerkan .. padangan mata dia org ni ...apepun tahniah tau.. moga dipermudahkan semuanya nanti ...

    ReplyDelete
  2. tahniah nory.
    jaga diri baik2, jgn lasak2 sgt.
    kalu boleh jgn naik moto awal2 pregnen ni.
    bykkan doa dan zikir agar semua berjalan lancar...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.sy baru je lalu blog ni.bace2 ade good news...alhamdulillah.tahniah awak...tacing tau bace wpon baru 1st post tgk ni.hope rezeki baby utk TTC mcm kami pula pasni.ameen.take care ye :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...dari entry sblm ni dpt agak dah.. tp biar je Nory citer sendiri.
    Apa pun congrats tau.. jaga diri bebaik :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Tahniah buat Nory dan suami. Akk doakan semoga dipermudahkan segalanya ya.. Amin

    ReplyDelete
  6. Ya allah nory..tahniah..sebak akak baca ni tau sampai leh menitis gak air mata..faham sangat2 perasaan nory camner masa tulis nih..
    pasni kena lebih hati2..moga baby sihat walafiat sampai ke due date..
    tak dapat bayangkan nory yang kecik molek merempit naik tenggiling..hehehe..pasni xyah merempit erkk..suh abi bawakkan jer..

    ReplyDelete
  7. Tahniah nory...
    jaga diri tu elok2...
    jgn active sgt k..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah selepas 2 tahun menanti akhirnya Tuhan tu dengar doa nory & abi...akak pun macam nory jugak dlm 3tahun ni entah brape banyak duit abis sbb beli bende alah tu huhu ;'(

    ReplyDelete
  9. ya ALLAH sis..yui lak sebak baca ni..

    syukur utk akk..alhamdulillah..

    moga semuanya baik2..amin.

    ReplyDelete
  10. nangis baca.. tahniah nory.. za terlalu happy..

    teringat kata2 arab, "Allah makbulkan doa zul kat rumah anak yatim tu sebab zul bersungguh sampai tulis impian dia. jangan main2 doa anak yatim.." za terkejut sebab arab ingat benda tu sdgkan dia xde pun time game tu jln.

    jg diri, jg mkn.. za boleh rasa perasaan pelukan dengan ciuman tu.. mmg lain dr yg lain.. :)

    lps 'along' keluar, 'angah' keluar pula bulan 3 nanti ye.. sblm 'angah' keluar, insyaAllah ada 'alang' yang menanti antara kita.. aminn..

    ReplyDelete
  11. tahniah nory...terharu sangat baca...rezeki ramadan, syawal....n rezeki ur hubby....=)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah, tahniah.. jaga diri elok2.. :D

    ReplyDelete
  13. Aduhhhh sebak!
    Tahniah dear!
    Moga sentiasa di bwah lindungan yg Esa
    Take care jugak k!

    Kak nad penah rasa apa yg nory rasa
    Kak nad tggu setahun , mcm2 org cakap..
    Apa2pun sabar je, ada hikmah kenapa Allah bg rezeki yg 1 tu lambat
    Kan?

    Tahniah lg skali...

    ReplyDelete
  14. tahniah nory.. sebak i bace kisah u.. . take care k..

    ReplyDelete
  15. Tahniah Nory.. Wah panjangnya kronologi.. Tapi Erin dah baca sampai habis.. :-) Jaga kesihatan baik-baik yer..

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah tahniah dear,,,,

    TTC also..harap doa n usaha untuk tahun ini berhasil.....amin

    ReplyDelete
  17. Yeay akhirnya!!!
    Congrats Nory and hubby.
    Best best! :)

    ReplyDelete
  18. Wow bestnya.tahniah nory.hapoy for u.hembus2 sket aura pregnant tu ke sini ye

    ReplyDelete
  19. berdebar2,rasa lain macam baca kisah nory nie...
    moga allah mempermudahkan segala perjalanan ini...
    tahniah...jaga diri baik2...

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah!!!!!!!akhirnya termakbul doa sis......syukur!!!!!hehehheeh....

    ReplyDelete
  21. Tahniah nory, smg dilundingi kandungan sehingga selamat melahirkan :-)

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah.. tahniah kak ;D hee

    ReplyDelete
  23. dear baby mummy yaya, mummy tahu baby kuat. baby pegang mama kuat2 ye. tolong jangan hampakan abah dgn mama untuk kesekian kalinya ye. mummy tahuuuuu baby sangattt istimewa. dihati mama dan abah, dihati mummy yaya dgn daddy syafiq, dihati mama ida dgn apak andi, di hati mama mila dgn daddy mcdee. baby sihat2 ye. mintak makan banyak2. kalau rindu mummy yaya tendang mama eh, nanti kita jumpa. sayangggggggg baby! muahhh!

    ReplyDelete
  24. tahniahhhh nory...
    jaga kesihatan yerp

    ReplyDelete
  25. tahniah my dear... terharu baca entry ni.. semoga zan apun akan merasai pengalaman berharga ni..

    jaga diri baik2 yer dear.. semoga dipermudahkan segala urusan..

    *sebak baca entry ni dear..

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah...syukur..tahniah yer nory..moga kami semua juga akan merasai nikmat tu dan perasaan gembira mcm nory..rezeki ramadhan..sama mcm my oldest n youngest sister..:)

    jga kesihatan dan mohon perlindungan kpdNYA ya..

    ReplyDelete
  27. Ya allah..seronoknya dengar..
    saya tumpang gembira.. :')
    jaga baby elok2 ye.. tak sabar nak tgk dia lahir.. :)

    ReplyDelete
  28. alhamdulillah............. congrats nory. jgn lupa jaga kandungan baik2 ye. andaikata nak bersalin kat hospital sungai buloh, cr la akak. k =)

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah akhirnya rezeki nory n abi ye...sebak bce entry nory....akak dlu mcm nory la...tp akak tgu setahun je...tuh pn byk cko blakang yg negatif akak.dnga ble akak xjugak peknen. .kisah kite lbh kurg la nory...period x teratur n malas mik pot psl upt sbb wat byk kali negatif jugak...ble xrase nk check upt tuh yg sbnrnye ade isi kan...tahniah ye dik..take care..jgn mkn sebarangan tau...jgn lasak2..3bln pertama nih bykkan rehat, jgn stress n lasak2

    ReplyDelete
  30. Congrats yang..serious happy sgt..i can feel u..hehehehe..agaknye mmg kalau xtau pregnant lagi kan, mmg akan ngidam kfc nyeah..sbb kisah kite mcm sama jer..bile nak tuh mcm xde ari esok..hehehe..

    ReplyDelete
  31. tahniah nory. jaga kesihatan yea.

    ReplyDelete
  32. Dik nory...terkedu dan sebakk akak baca kisah org baru..ya Allah, maha besar...seronok yer bila Allah beri kita rezeki tanpa di sangka2 kan nory...mesti baby lahir nanti comel sgt mcm mama dia...hrp sgt dik nory jga kesihatan ye...xmo lasak2 lg...syg dik nory :)

    ReplyDelete
  33. tak terkata ida baca. noryy, jaga diri yaa... nnti takmo asingkan ida dlm hidup nory yee... boleh ida anggap anak nory cm anak ida? muahahhaha

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah, congratulations dear. Even panjang, I baca pelan2 setiap baris... going through your journey and feeling. I am happy for u. Take extra care of yourself k. all the best.

    ReplyDelete
  35. jaga diri bebaik yaa nory :) semoga semuanya dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  36. : Salam... Hai tuan rumah... 1st time singgah dan comment kat blog awak..
    Sebak baca entry nie... Jaga kandungan elok-elok...

    Doakan saya dan suami pun dapat rase kenikmatan nie... AMinnn~ ;)

    Salam perkenalan...

    http://mrsshaqkirin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  37. tahniah nory n abi..tumpang gembira dgn rezeki zuriat yg Allah telah beri...dah tiba masanya kan..Alhamdulillah..semoga perjalanan kehamilan berjalan lancar..ameen.

    ReplyDelete
  38. Tahniah Nory, rasa sebak baca entry Nory, tak sedar bergenang air mata, myra membayangkan diri myra pun alami apa Nory alami, insyaAllah ada rezeki jugak untuk kami nanti :D

    ReplyDelete
  39. Sampai kt perenggan 'oh anak' tu terus bergenang air mata.. dahulukan dia dariku,biar sakitnya aku yang rasa, gembira dia yg rasa..indahnye perasann tuu :)

    ReplyDelete
  40. yahniah kak nory.. saya baca pun sebak... ='') tapi happy. Doakan kami yang TTC..AMINN

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)