Thursday, October 31, 2013

Percutian Ke Krabi Island -Part 7 (Shopping di Aonang Town)

*Sambungan dari entry Percutian Ke Krabi Island- Part 6 ( Phi Phi Island by speed boat)

Balik je dari buat aktiviti Phi Phi Island, terus naik bilik and bersiap tukar baju semua, sebab kitorang nak keluar makan plak, sehari suntuk main air je, kompom lah lapar kan, dah siap-siap macam biasa kitorang tahan tuktuk kat depan hotel, bagitaw driver tu kami nak pergi makan kat Pekan Aonang, tapi driver tu suggest bawak ke Restoran Chaba Thai, sebab kat Pekan Aonang tak banyak kedai makan sangat, kitorang setuju je la.Restoran Chaba Thai ni besttt sebab suasana tempat makan dia tenaang je dengan lampu malap suam2 kuku, alahaiii macam candle light dinner lah plak, siap ada WIFI lagi, boleh lah nak beronline sambil makan.Aku order Nasi Goreng Pineapple, Abi order tomyam dan nasi putih.Total harga aku laki bini makan kat situ THB290 /rm29.00.






Lepas dah kenyang, hari pun makin gelap, kitorang teruskan aktiviti perabih duit, shoppinggg lah apa lagi, kalini kitorang ke Aonang Town, semalam serang Krabi Town, kalini merasa perabih duit kat Aonang Town plak, suasana kat Aonang Town jauhhh lebih happening dari kat Krabi Town.Aku sempat merempit lagi kat jalan raya Krabi, sorang-sorang je bawak mini scramble, haaa luaran je nampak lembut, tapi dalaman aku adalah bikers kental..kihkihkihkihkih..Dah kiri kanan orang dok pandang semacam kat aku, pelik sangat ke tengok pompuan bawak mini scrambler..Ekceli tuan punya mini scrambler ni kawan Abi yang punya, baru je kenal sehari dua, dia dah berani bagi pinjam motor yang dia ubahsuai sendiri kat kitorang..Kemain lenjann lah kitorangg, nak2 free plak tu, takyah sewa-sewa skuter lagi, siap offer bagi pinjam untuk 3 hari lagi, tapii sebab motor tu ada dua je, takkan aku berdua je nak naik motor, geng-geng lain nak campak mana?Lagipon tak cukup masa nak round2 naik motor ni..Aktiviti sangat padatt.


comel giler mini scrambler ni..Rangggiii habisss...hehe
woiii pandang depan lah...hahaha
Shopping kalini aku beli t-shirt sedondon lagi untuk pakai keesokkan harinya untuk aktiviti 4 Island, gigih tak kitorang semua beli baju sedondon mondonn..?hehe..Aktiviti Phi Phi Island aku pakai t-shirt kaler pink , untuk esok plak aktiviti 4 island, aku pakai kaler Purple plak.hahah.Abi plak teringin nak baju renang macam Andi pakai tu, dia pun beli, rezeki Abi yang memang pandai tawar-menawar ni, dia dapat harga RM30 untuk sehelai baju renang tu.Tengah dok shopping-shopping, terjumpa orang jual Banana Pancake Jawell, kitorang semua berhenti singgah membeli, peniaga tu buat Pancake laju giler , relaxx je sambil dengar lagu guna walkman.Happy lah dia, sekali datang 11 order..heheh..Tapi takleh lawan kesedapan Banana Pancake kat Pasar Malam Krabi Town semalam..

kitorang (Mila, Sheila, Ieda, aku and Yaya) di depan stall banana pancake Jawell..alaaa ngidamnyer nak makan lagi..

eeee taikkk sape ni???
Kat Aonang Town ni kan, memang syurga shopping lah, puas hati shopping kat sini, gunakanlah ilmu tawar-menawar sebaiknya, lagi bagus kalau survey dulu harga dan bezakan dengan kedai-kedai yang lain, lepas tu cuba tawar sampai ke titisan terakhir, aku beli kaftan untuk mak aku, dia letak harga RM60.Gilerrrr ko!!!Abi tawar2,mula-mula dia taknak kasi, last-last dia panggil Abi pergi kat belakang, jauh sikit dari boss dia, dia cakap apa ntah, pastu Abi panggil aku suruh bawak beg, orang tu masukkan kaftan tu dalam beg aku, and Abi hulur THB350 /RM35.00 kat dia..Settelll...Berapa banyak untung???Mula2 dia bagi kurang RM45 je,..perghhh...Kalau aku give up dah, nasib baik Abi ayat powerrr sikittt..hahaha.So, kesimpulannya, nak dapat harga murah ayat kena powerrr, pastu buat muka kesian lebih sikit..heheheheh..

Jangan terkejut kalau terjumpa barangan berbentuk kemaluan lelaki and kemaluan wanita dijual secara terbuka terang-terangan, gilerrr arrr,,,terkekek-kekek aku gelak tengok benda alah tu pon dorang boleh buat bisnes..Haishhhh macam-macam..Dan pegang laki korang kuat-kuat sepanjang perjalanan tu, bukan apa, takut kena tarikk dengan maknyah-maknyah yang berdiri kat sepanjang jalan tu cari customer..hahaha..Kang tak memasalll je kang..

Yang paling kiri sekali tu, kawan baru Abi...Baik hati sangat bagi pinjam motor..Tenkiuu ek..Yang minah baju pink tu kerekkk, kedekut bg diskaun..haha
Aonang Town ni bukan buka sampai pagi taw, limit sampai pukul 11malam je, macam kitorang, sedar-sedar je kedai nak tutup, adehhh tak puas menyopping, nasib baik esok masih ada, esok last day shopping, kena all out beli hingga titisan terakhir.huhuhuh..Time balik kitorang ubah selera naik tuktuk versi motor plak, besttt wooo,yang bawak motor tu kawan Yaya, dia pandai cakap kelantan sikit-sikit..Orangnya kelakarrr  dan baik hati jugak..Besttt dapat jumpa orang baik-baik ni..Time ni Ieda n Andi tak balik lagi sebab dia gi cari barang untuk family dia, so kitorang balik hotel dulu, sampai-sampai hotel Mcdee tertinggal barang plak, so Abi, Syafiq (Laki Yaya) , Hadi (Laki Shiela) temankan Mcdee (Laki Mila) ke Aonang Town semula, pastuuu kann dorang menyimpanggg ntah kemana, amboiii kemain lagi kan, pantang bagi "lesen", laju je dorang menyimpang, balik-balik siap shopping lagi, Syafiq beli t-shirt, Abi beli gelang..Haishhh macam-macam dorang ni.

kitorang naik tuk tuk motor plak kalini...

malam terakhir di Krabi....wuhuhuhu   sedihhhnya esok nak balik..
Sebelum naik bilik kitorang beli pakej untuk aktiviti 4 Island keesokan harinya, kalini kitorang beli kat Nong (reception hotel) je, kitorang ambil pakej 4 island + Kayaking.Tapi kalini kitorang tak naik speed boat, kitorang nak merasa naik long tail plak, so, dapatlah kitorang merasa naik kedua-dua tu.Ok sambung ke next entryyy..

 
Meh layan video aku bawak mini scrambler menyusuri Pekan Aonang..Tak tunjuk video kang, cakap aku penipu plak...hehehe..


Percutian Ke krabi Island - Pat 6 (Phi Phi Island by speed boat)

Bersambung dari entry ini Percutian Ke Krabi Island - Part 5 ( Krabi Town Night Market) -klik-

Phewww berjanggut nak perabihkan entry Krabi ni, sedar tak sedar dah hampir 4 bulan dah balik dari Krabi, tapi cerita pasal Krabi baru nak masuk hari ke-2.Adehhhh hadapp jela labu, apa nak buat, kemalasan mengatasi segalanya..huhuhu..Ok berbalik pada entry sebelum, kitorang kan dah siap-siap beli pakej untuk hari kedua ni, kitorang memang dah plan hari kedua nak buat aktiviti Phi Phi Island.Weeehuuuu terujaaa nya nak main lompat-lompat pulau, dari satu pulau ke pulau lain.Heyyy tak sabar,tak sabar.Dan paaaling teruja ini adalah buat julung-julung kali nya aku bersnorkeling, iyeee pertama kali, omputih kata "first time", hahahaha.So, boleh bayangkan tahap kejakunan minah ni camne kan..hihihi..


Hari kedua di Krabi, kitorang bersiap awal, sebab nak turun ke lobby untuk sarapan, sarapan ni free je termasuk sekali harga hotel, datang2 isi je satu borang, pilih nak makan apa, jangan risau makanan halal kat sini.Boleh pilih nak air kopi atau teh, pastu juice oren pun dapat sekali.Nak telur separuh masak ke, suku masak ke, pilih je..Kenyang gilerrr, cukuplah tenaga nak melompat pulau nanti.hehehe..

seriuss giler geng2 suamikk ni...hehe

aku pilih set breakfirst yang ini....burrppp!!! kenyang wey..
Pukul 8.30pg, lorry kaler pink ni pun sampai kat depan hotel, lorry pink ni lah yang akan bawak kami semua ke Aonang Beach untuk naik speedboat ke Phi Phi Island, masa beli pakej Phi Phi Island, perkhidmatan transpot dari hotel dan makanan disediakan.Makanan paaaalingg superbb, puas hati bayar RM110 seorang untuk pakej Phi Phi Island ni.Korang kalau datang sini nanti, dan kalau menginap kat hotel yang aku duduk ni, korang beli je pakej aktiviti kat lobby hotel, harga pun murah jugak, kitorang haritu dah terbeli kat agent lain, rupanya kat lobby hotel lagi murah, siottt je..Tapi takpelah, sekali sekala kena rugi jugak, takkan nak untungg je..hahaha.

omey tak lorry kaler pink ni..
excited memasing nak melompat pulau kata nya..huhu
kami dah readyyyyy!!!
Sampai je kat Aonang Beach, kitorang kena beratur dulu isi nama dan dapatkan sticker untuk dilekatkan kat baju, setiap speedboat sticker lain-lain kaler, sila jangan tersalah naik boat okay.Kitorang akan menaiki boat yang berderet kat tepi pantai tu, lajuuuuu beb, 4 biji enjin dia, dia punya laju, sampai melambung-lambung aku yang duduk kat depan tu.Tapiiii bestt, mujur aku tak mabuk laut, mabuk todi pon takkk,mabukkk asmara je bila tengok pemandangan-pemandangan cantik sepanjang perjalanan dalam boat tu.SubhanaALLAH, indahnya bumi Allah..

sessi menayang sticker..sampai sekarang sticker ni ada lagi taw, aku lekat kat kamera buat kenangan..hee

peace yooo!!!


macam biasa, meh kita bergambar dulu..kalau tak melompat, memang bukan kitorang lettew..hikikhik

geng suami pon tak mengecewakan, dorang lagi happening mengalahkan geng bini-bini..huhuh..
Pit stop pertama kitorang diberhentikan di Bamboo Island, kat sini tak snorkeling lagi, dia bagi gogle je suruh praktis2 dulu kot, macam tau2 je aku pestaim buat snorkeling n pestaim pakai benda alah tu, hahahaah...Kesiann kan, pestaiimmm kata koo...Andi suami Ieda jadi cikgu kitorang, dia yang ajar kitorang cara-cara bernafas dengan betul guna gogle tu.huhuu.Aktiviti kat situ takat tu jela, bak kata orang, saje bagi test power dulu..heheheh..Cantikk giler Bamboo Island ni, pasir pantai dia putihh suci murni gitu, lembuttt je membelai pantai, haishhhh macam madah cinta lah plak kan.

cantekk kan bamboo island...tenang je tengok pemandangan ni


kat belakang tu lah speed boat yang kami naik..


sempat senyum walau hakikatnya dah bergelen air laut aku telan...hahahha
Then,kitorang naik speedboat semula, dalam speedboat kami dihidang dengan air coke dan air mineral, dah tentulah pilih air botol Coke kan, Sedapppnya lahaii..Aku bertiga dengan Sheila n Ieda duduk kat depan sekali sebelah dengan driver boat, tinggi seat kitorang sama level, asal boat langgar ombak jahat je, kitorang gedik2 lah jerit-jerit kan, saja nak ceriakan suasana, yang driver tu pon dah tengok kitorang suka bila langgar ombak, dia pon asyiklah dok langgar ombak besar..Melambung-lambung kitorang kat depan tu..hahahah,sampai kan ada sorang brother tu muntah-muntah n terkena kat seluar Mila, cian Milaaa, nasib baik tak kena Yaya sekalii..haha..





Pit Stop kedua kitorang dibawa ke Viking Cave, kat sini tak boleh turun pun, just tangkap-tangkap gambar je, tapiii memang cantik lah, dengan sarang burung yang tergantung-gantung kat gua batu kapur tu, bentuk gua yang terukir sendiri, cantikk sangatt..Air laut kat sekitar tu pun cantik n jernih je, boleh nampak ikan-ikan berenang kat bawah tu, gerammm je tengok..Kemudian, kitorang ke Pileh Bay plak, kalau nak ikutkan destinasi selepas tu Maya Bay, tapi disebabkan cuaca tak berapa nak baik time tu, so terpaksa dibatalkan.Dekat Pileh Bay ni kitorang turun dari boat, tapi tak snorkeling pun , just rendam-rendam badan je, jangan main-main, ingat rendam-rendam biasa je ke, cer selam tengok bawah, haaaa terkejutt aku rupanya kaki terapung tak jejak, sebab kedalaman 30 meter..Dalam tuu, tapi time ni aku tak rasa gayat lagi, sebab aku tak selam tengok tahap kedalaman dia, so, muka bajet cool je, apung-apung kan badan, tunggang terbalik semua walaupun hakikatnya, I is tak pandai berenang.kuikuikuikui..Tapi aku punya confident level ni memang tinggi, lagak macam orang dah 16 kali pergi snorkeling dilaut dalam, padahal air cetek pun aku boleh lemas, ni ada life jacket, bolehlah ko berlagakk kan noryyy...hehehe..


time ni kat Pileh Bay...omeyy tak kitorang??hihi

rinduuu kenangan masa ni...


release tension atas air...pakai pelampung boleh arrr...haha


Pit stop seterusnya kitorang dibawa ke Phi Phi Don, kat sini lah kitorang berhenti untuk makan tengahari, kan aku dah bagitaw tadi, lunch termasuk sekali dalam pakej ni,dan makan yang disediakan memang terbaik, bukan takat bagi sorang sebungkus nasi je, tapi buffet babe, buffet..Ambiklah kau nak makan apa sekali pon,pinggan Abi penuh dengan semua lauk, dia kata dia nak rasa semua, aku jenis tak reti makan lauk banyak sekali gus, aku makan nasi dengan satu jenis lauk je pastu makan nugget.dah kenyanggg..Kat Phi Phi Don ni, aku sempat jugak rembat Fridge Magnet Maya Bay , sebab rasanya kalau kat Krabi nanti susah nak jumpa, so beli jela kat sini, harga seketul THB60 / RM6.00.


Lepas makan-makan, kitorang pun jalan-jalan tepi pantai,sementara nak tunggu boat jalan, kitorang posing-posing dulu lah, macam tak sah je kalau tak bergambar kan..hehehe,,




Seterusnya kitorang bergerak ke pit stop terakhir, iaitu Hin Klang ataupon lebih dikenali sebagai Shark Point, orang boat tu kata kalau bernasib baik boleh jumpa anak shark, heyyy seramm jugak dengar, tapi dalam hati teringin jugak nak jumpa baby shark, jangan yang keluar bapakkk shark sudahhh..hahahaaa..Kat sini lah kitorang dicampakkan untuk bersnorkeling, dari atas boat nampak jernihhh dan cetek giler, siap cakap kat Abi, alaaaa tak adventure langsungg snorkeling tempat cetek, eeee berlagakk macam pandai berenang je kan, aku rasa aku antara orang terawal yang turun dulu, dah lah masa aku turun tu aku sorang je paling jauh dari orang ramai, dah lah terlupa bagitaw Abi yang aku nak turun dulu, gelabahh habis laki aku time ni, taw2 aku dah turun je, yang driver boat tu plak pergi tabur roti kat aku, dah semua ikan kerumun kat aku, banyakkkkk sangattt ada yang gigit tangan n pipi aku, agak2lahh ikan oii, aku memang teruja nak pegang ikan, tapi bila dah banyyyyyaaaaakkkk sangat kerumun kat muka aku, kat atas perut aku, panikk tetiba, gelii pon ada, sebab badan ikan tu kan licin macam belut..eeeeee ya Allah..Malangnya tak sempat panggil ida suruh tgkapkan gmbar aku dengan ikan yang banyakkkkk tu, kalau tak, gambar aku lah yang paaaling banyakk dengan ikann yang banyak....heheheheheeh..

nampak macam cetek kan??cer selam tengokkk...huhuh


Aku siap sound driver tu suruh stop tabur roti dekat aku, aku gelii dahni, tapi dia tak paham, dia ingat aku suka, dia tabur lagiii...Adeeiiii sabor jelah aku..Masa ni aku dalam keadaan terlentang lagi, belum terlangkup snorkeling lagi, Abi dah datang dekat baru try telangkup nak tengok ikan kat laut yang aku sangka cetek tu.Sekali telangkup, berdegup-degup jantung aku, sebab air yang aku sangka cetek tu, rupanya dalammmmmm giler, ibarat macam aku kat atas bangunan KLCC terapung tengok ke bawah, mula-mula rasa gayat n takut jugak, tapi bila dah nampak ikan-ikan cantk, terumbu karang yang sebijik macam kat dalam akuarium, aku jadi teruja, hilang rasa takut, sampai dalam air pon nak jerit-jerit cakap cantiknya, tak pasal-pasal air masuk dalam paip snorkeling aku tu..Nasib tak lemas..Yang Abi siap sound2 lagi, sayang jangan bercakap dalam air nanti lemas, kalau cantik jangan cakap tunjuk isyarat tangan "good" je..hahahaha..
Keadaan laut time ni memang bergelora,Yaya, Syafiq, Mcdee n Hadi dah naik atas boat awal2 dah, tinggal aku, Sheila ,Mila, Abi, Ieda n Andi je yang stay, aku taknakk naik lagi sebab tak puas snorkeling, tapi Abi cakap bahaya ni laut bergelora besar, pastu Mila n Sheila plak dah start panik, smua berpaut kat Abi time ni, Sheila pegang baju Abi sebelah sana, Abi pegang aku dari belakang, tangan aku tolak Mila bawak ke boat, masa tu Mila dah nak nangis dah, dia ngadu dia lemas, aku puas duk tolak dia bagi hidung dia tak tenggelam,cian Mila...Terus aku pon naik boat sekali, sebab Abi dah penat, dia tak bagi aku snorkeling sorang2.Kang sape plak nak usung aku kann..heheh..Alaaa tak puassnya, tempattt ni paaaaalingg cantik, air paling jernih, tapi sebab keadaan laut tak berapa nak mengizinkan, kitorang tak boleh nak berlama-lama kat situ..huhuu..Takpelah esok kan masih ada, ada snorkeling lagi, boleh repeattt..hehe
Atas boat masing-masing tido kepenatan, Abi dah start pening-pening, Sheila loya-loya, Eida tido, aku okay lagi time ni, dalam boat sunyi sepi, sampai budak boat tu berborak ngan aku, sebab yang lain semua tido kot..Aku sorang je yang tak tidur, elok je dia bersembang ngan aku, tanya aku dari mana lah, best tak datang sini (krabi), layaaann jelah kan..
nak tiyummm cikit bleh??huhu
Sampai-sampai je kat jetti, kitorang pun turun dari boat.Dalam perjalanan tu terserempak dengan makcik jual gambar, rupanya masa datang tadi ada cameraman yang snapkan gambar, aku tak perasan plak, sebab masa sampai tu teruja sangat kot kan, gambar berdua ngan Abi pon takde, gambar asing-asing je ada, tapi nampak macam retis hollywood plak tangkap gambar candid2 gituu..hahaha..Aku pun beli 2, satu gambar Abi, satu gambar aku, total THB200 /RM20..Boleh bayar guna duit Malaysia taw kat sini, best kann..bolehlah jimat duit baht..heheheh..


Oklah, sambung next entry, panjang berjela plak aku rasa entry ni..Banyak menceceh je lebih sebenarnya..hehehe..