Followers

Monday, July 22, 2013

Percutian ke Krabi Island - Part 5 (Krabi Town Night Market)

 Sambungan dari entry ini Percutian ke Krabi Island - Part 4 ( Hot Stream Waterfall) -klik-

Walaupon dah masuk part ke 5 entry pasal Krabi ni, tapi percayalah kami masih di hari pertama, kan aku dah cakap, aktiviti kami sepanjang hari adalah sangat2 padat.Waktu tidur pon hanya beberapa jam je itupon curi2 tidur dalam van , tapi momantaii, we all is enjoyy angat2 taw..Lepas balik dari Hot Stream Waterfall tu, kitorang terus naik bilik untuk bersiap sebab kitorang ada perut yang sangat lapar untuk diisi, kitorang plan nak makan kat Krabi Town, sebab lepas makan boleh terus "buang duit" kat "Krabi Night Market".




Kitorang ke Krabi Town dengan menaiki Tuk Tuk service, senang je nak dapat tuk-tuk ni, duduk je tepi jalan, then tahan je tuk tuk yang lalu lalang, kadang-kadang takyah tahan pon, dia sendiri yang akan berhenti.Itulah rupa tuk tuk yang kami naik, kecik comel je, tapi boleh memuatkan kami bersepuluh, masa ni adik Yaya tak ikut, sebab dia tertido kat bilik, Yaya tak sampai hati nak kejut, sebab dia nampak penat sangat.Kesian adik.






Kitorang sembilan orang duduk kat belakang, Mcdee (suami Mila) duduk kat depan dengan driver Tuk Tuk nama dia Collick (aku main bedal je eja nama dia camni).Bayaran untuk seorang tak mahal, THB40 je ke Krabi Town, maknanya untuk sepasang suami isteri, we all bayar THB80 je untuk pergi dan balik ke Krabi Town,tapi sebab Collick ni baik sangat bawak kami and tunggu kami, kitorang bagi extra tips THB20 bersamaan RM2.00..So, total kitorang bayar untuk tuktuk dari hotel ke krabi town, dari krabi town ke pekan Aonang dan balik semua ke hotel adalah THB100 (RM10) untuk 2 orang..Dari Hotel kami kat Aonang tu nak ke Krabi Town jauh jugak taw, lebih kurang setengah jam jugaklah kot, ke lebih tak ingat dah.Tapi Krabi town ni biasa2 je, macam pekan biasa je, tak happening sangat, nak happening sila lah ke Aonang Town, perghhh situ giler happening, tu nanti aku cerita kat entry lain.Entry ni citer pasal Krabi town dulu okay.,yang menarik kat Krabi Town ni adalah pasar malam (night market) dia setiap sabtu malam minggu aje.Shoooppppping taimmm..





Dalam perjalanan ke Krabi Town tu, driver tuk-tuk kami yang sangat2 memahami ni sempat berhentikan kami kat tepi jalan untuk bergambar kenangan dekat tempat yang ada tulis "Krabi Romantic Road" ni.Dia berhenti tanpa disuruh okay, baik betul hati si Collick (kholid) ni kan, betul2 memahami, tanpa kenakan sebarang caj tambahan pun.







Dan kat sini jugak terjadiknya tragedi dimana aku tertinggal beg masa tengah sakan berposing kat situ.Dahlah masa aku sedar yang beg aku tu tertinggal masa kat atas tuk-tuk, dan masa tu jarak nak ke tempat tu semula pon amik masa 10 minit.Aku dah start buat drama air mata dah, gilerr weyyy..Purse aku semua kat dalam tu, buatnya orang amik beg aku tu, camne aku nak balik malaysia wey...IC aku semua kat dalam beg tu, cuma duit THB je semua Abi yang pegang.Dan nasib baik jugak passport aku tinggal kat bilik.Sebab aku mmg risau bawak barang2 penting dalam satu beg.sebab aku taw yang aku memang seorang yang sangat2 careless.Kalau nak taw IC aku dah hilang 3 kali..huhuuhu..Carelesss kan??

Nak dijadikan cerita, ending drama tamil aku tu berakhir dengan "happy ending".Driver tuk tuk macam biasa tak pernah mengecewakan, dia dengan baik hatinya sudi patah balik ke tempat tertinggal beg tu tanpa kenakan caj jugak.Jauhh kott..Dan sampai2 je, alhamdulillahhhhh, beg aku still ada kat situ lagi, elok je tersandar kat batu tepi jalan..Ya Allah, nasib baik lah takde sape yang ambik..Syukurrrr...Kalau tak, taktaw lah apa nasib aku..huhuhu..Abi?? Tak marah pon, cool aje, tapiii aku taw dia kecewa jugak dengan aku sebab selalu sangat cuaii..Sorry Abi,pasni sayang janji tak careless lagi.huhuhu.(janji kali yang ke 119,haha)..



Ok, dah tamat cerita sedih, now dah sampai kat pekan Krabi @ Krabi Town.Collick berhenti kan kami kat satu tempat , dan kitorang memang dah siap-siap deal dengan dia, yang kitorang nak booked dia terus untuk  balik nanti,dia okay aje, dan dia suruh kitorang berkumpul kat tempat situ balik lepas dah puas berjalan nanti..Setelll satu masalah..Now, masalah perut yang kelaparan, haruslah tuju tempat mengisi perut dulu, kitorang makan kat gerai nasi ayam tepi jalan je, yang penting tempat tu bersih, halal sebab orang islam yang berniaga, dan lagi satu, nasi ayam dia sedapp mungkin sebab time tu perut tgh lapar kot,kau hidang nasi putih semata-mata pon aku kata sedapp..hehe.Dorang siap makan 2 pinggan lagi..Landmark gerai ni terletak berdekatan dengan traffic light Krabi Town dan betul2 depan pintu farmasi..Yang bestnya kat Thailand ni apa yang aku perasan, setiap gerai mesti sediakan air mineral free untuk pelanggan.No,no air manis, tapi kalau restoran lain tu ada lar air manis.So, kat situ je kitorang dah berjimat.Nasi ayam sepinggan THB40 , dua pinggan untuk aku n Abi cuma bayar THB80 bersamaan RM 8.00 je, air kosong diberi percuma siap dengan ais sekali,comel plak tu cawan2 dia kalerfull..heee


Selesaii isi perut, memasing pon dah kenyang, now time untuk terjah Pasar Malam Pekan Krabi (Krabi Town Night Market)..Tujuan utama kitorang pergi sini nak beli t-shirt sedondon untuk pakai keesokan harinya kat pantai.Itukan trademark kitorang, pergi mana-mana, baju mesti nak sama, tak pon beg sama, takpon seluar sama..Boleh kata semua nak sama je..hehe..Suami-suami kitorang ikutkan aje, we all beruntung sebab dapat suami yang tak banyak bunyi.hehe..Dan tujuan yang lainnya adalah nak merasa Banana Pancake yang orang sibuk dok kata sedap sangat tu.Kitorang pon nak jugak merasa tahap kesedapan dia tu camne kan.Yang paling bestnya, Eida belanja kitorang semua sorang satu banana pancake, mmmhmuaahh2 tenkiuuu Eida..Berkat duit CF eida kan...aminnn..




Aku sangat menrekemen kan Banana Pancake kat pasar malam ni, sepanjang 3 hari kitorang merasa tiga tempat berlainan, tapi semua takleh lawan tahap kesedapan Banana Pancake kat pasar malam ni..Kat sini paaaaling sedapp okay..Ingat taw kalau korang pergi Krabi Town Night market, cari gerai Banana Pancake yang ni..Sumpahh sedappp..!!Sambil tunggu Banana Pancake kitorang siap, aku sempat jugak beli air kelapa kat sebelah gerai tu,  beli dua biji baru THB30 bersamaan RM3.00..Sedaaappp jugak,walaupon aku kureng sikit minum air kelapa ni, tapi teringin jugak nak cuba kan..Selain Banana Pancake, Fruit Shake pon terkenal kat sini.Tapi tak sempat cuba pon, dah banyak sangat nak makan, pening pulak cacing dalam perut aku ni kang..hehehe..

tudiaaa banana pancake coklat menjejes-jejes...ahhhh dah start ngidamm dahni..mana nak cekauuu??
Lepas dah makan-makan, kitorang jalan satu pasar malam tu, macam-macam ada jual kat sini, tapi sayangnya baju yang kitorang nak banyak yang kehabisan size, aku cuma rembat baju untuk anak-anak buah aku and adik aku je kat sini, pastu beli sikit FM and serveniour, masa ni tak servey lagi, main beli je, so harga agak mahal sikit lah.Sebab time ni Abi belum kuarkan taring dia lagi, hari kedua baru dia tunjuk taring dan kehebatan tawar-menawar dia tu..Memang murah2 dapat masa shopping hari kedua n ketiga kat pekan Aonang..So, malam pertama ni redha jela bayar lebih sikit.Tapi still dalam lingkungan harga murah jugaklah..Sehelai baju dapat THB150 untuk baju adik aku, baju anak buah aku dapat THB100 sehelai.Pastu serveniour & FM dalam THB450 jugaklah berhabis..huhuhu

Dalam duk kalut-kalut bershopping tu, aku boleh plak tersesat dalam orang yang ramai-ramai tu, padahal rasa macam sekejap je baru lepas tangan Abi, sekali pusing belakang tengok Abi dah takde dah, yang lain pon sorang aku tak nampak, ahh sudahh...Jalan punya jalan, tak sempat nak nangis pon, terjumpa Sheila n Hadi, dorang pon terpisah dengan yang lain2..Pastu aku follow je dorang, then terjumpa Abi..Yeayyy!!! Nasib baik laki aku tak hilang..Lagi rela hilang beg dari hilang laki taw..huhuhu..

Lepas dah puas shopping and dah rembat apa yang patut sempat lagi singgah 7E beli jajan untuk bekalan dunia akhirat, kitorang pon berkumpul semula kat tempat kitorang turun dari tuk tuk tadi, terus naik tuk-tuk and mintak dia bawakkan kitorang ke Travel Agent sebab kitorang nak beli pakej untuk Phi Phi Island keesokan harinya.Collick bawak kitorang ke Pekan Aonang, kat situ kitorang dapat harga pakej untuk Phi Phi Island untuk seorang THB1100 seorang, so untuk sepasang suami isteri kitorang kena bayar THB2200 bersamaan dengan RM220 termasuk lunch dan transport.(aku kira ikut normal rate jeni, sebab rate matawang kan berubah2)

sedondonn tak we all??? bersama "rumah sukan" masing-masing..dari kiri rumah merah (Andi & Eida) ,rumah hitam (Mila & Mcdee) ,rumah kuning (Syafiq & Yaya), rumah biru (Hadi & Sheila), rumah pink (Nory & Zul)

Lepas dah setel beli pakej untuk esok, kira-kira duit, ehh ada lebih lagi ni, boleh sambung shopping, kitorang ke kedai berdekatan, kedai tu jual pakaian dan segala peralatan untuk kemudahan ke pantai.Kat sini baru lah kitorang jumpa baju yang ada size..Abi pon dah start dapat kawan baru kat sini, time balik siap peluk2 lagi..Huhuh sedihh plak..Kalau nak taw, tiga malam kitorang merambu kat Pekan Aonang, mesti singgah kedai ni..Walaupon perempuan tu kerekkk giler taknak bagi harga murah..Tapii kawan abi kan adaaa..hehehe..Kitorang dah beli baju samaa..Walau kaler lain2, tapi tulisan sama..hehehe..Kitorang kan suka kalerfull, ceriaaa macam kitorang jugakkk..hehe..Kat kedai ni aku berjaya rembat 2 helai t-shirt kaler pink untuk aku and Abi, Abi okay je bila disuruh pakai pink, hade dia kesahhh...hehehe..Selain tu Abi sempat jugak rembat mafla ala-ala Jack Sparrow punya, and dapat jugak rembat Beg Waterproof 5 liter .Murah beg waterproof kat sini, THB300 je bersamaan RM30..T-shirt plak dapat harga sehelai THB130 dua helai THB260..Penat Abi kawtim harga, lecehh betul perempuan kerekk tu ada..kalau tak boleh mintak diskaun utk semua sekali..Mafla plak THB150 bersamaan RM15.00..Yang ni tak dapat diskaun rasanya..huhu..

Inilah rupe beg kalis air tu, aku beli yang 5liter je, boleh sumbat tuala, kamera gedabak, duit , spek mata and sunblock.., muattt je...


---------------------------------------------------------
Total perbelanjaan :
Tuk tuk dari hotel ke Krabi town -Aonang-Hotel  : THB100/ RM10 (per couple)-return
Shopping serveniour & tshirt anak buah : THB900 / RM90
Makan nasi ayam : THB80/RM8.00 (per couple)
Air Kelapa : THB30/RM3.00 (2 biji)
Beli jajan di 7E : THB90 / RM9.00
Waterproof Beg (5ltr) : THB300 /RM30.00
Mafla Abi : THB150/RM15.00
Beli pakej Phi Phi Island : THB2200 / RM220 (per couple)
------------------------------------------------------------
TOTAL : THB3850 / RM385



**Next entry "Phi Phi Island" , tunggguuuuuuuu!!!!!!


19 comments:

  1. Bestnya pi krabi.. Erin N Family pun ada plan nak pi sana..

    ReplyDelete
  2. suka la gambar kapel sedondon tu...sporting abis.. =)

    ReplyDelete
  3. berjalan sakan yer!! haaa naseb ler driver si kholid tu baek ati kalo tak kaya raya kan owang yg dapat purse tu...takpe lain kalo nory tak nak takpe bagi je kat akak hokay haha3 ^_^v

    ReplyDelete
  4. nory pakai inai ek masa ni?

    ReplyDelete
  5. mila mood dah kelaut nak update cete krabi

    ReplyDelete
  6. kene berhati-hati jugak kan kalau kite terlupe/careless kat negara orang susah sket...hurmmmm...apepon beshlah...hehehehehe...

    ReplyDelete
  7. part shopping & mkn tu plg best..ehehe..

    ReplyDelete
  8. haha..kalo tak jumpa beg tu, mungkin nory dah jadi warga krabi dah kot skang ni..sawadikap..
    cuai sangat ni bahaya tau..

    ReplyDelete
  9. suka gambar pakai baju ikut rumah sukan tu hahahahahha cool!

    ReplyDelete
  10. seronoknyaaa tengok korang pergi melancong bersama2 blogger ni.. jelesnyaa kak... huaaaaaaaa

    ReplyDelete
  11. pergh.. nasib baik jumpa balik beg tu. kalau tak.. mak aih

    ReplyDelete
  12. Lepas ni nak g Krabi jugaklah hehehe... Teruja kot tengok entry Krabi ni... ehh..ehh..nanti cek email yer nak pos sesuatu kat nory heheh

    ReplyDelete
  13. sapa tak syg laki .. biar hilang beg yer.. jgn hilang suami kikikikiki .... seronok betul tgk nory pergi sana...

    ReplyDelete
  14. Tgk kos dan perbelanjaan melancong ke krabi sgt heaven...x mahal pun tp mcm2 Nory dan geng boleh dpt kan...waaaaaaaaa manyak syok...berjalan puas2 tau sebelum ada anak...nanti dah ada anak mcm sis terbatas sikit pergerakan kena pilih tmpt pelancongan yang dekat2 je dulu...dah besar baru pi jauh2...

    p/s Verangan umi Qi tau tgk nory dan asben pi krabi...ohhhh Krabiiiii heheh

    ReplyDelete
  15. suka tengok baju warna sama dengan couple korang..nory punyer warna finkkkkk...hukhukhuk double like!

    ReplyDelete

  16. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)