Followers

Monday, July 1, 2013

Percutian ke Krabi Island - Part 1 (Honeymoon Berjemaah)

Hye harini tengah bersemangat nak taip entry pasal Krabi, seperti yang sedia maklum percutian kalini still melibatkan orang yang sama, geng yang sama, laki binik yang sama, sama sebijik sebijan macam percutian ke USS,Singapore awal bulan April yang lepas.Kenapa Krabi??Mungkin orang kata jodoh kami kuat kot, tak sangka dapat kawan yang suka kan tempat idaman yang sama.Macam aku plan nak ke Krabi ni dari sebelum kawen, dah berangan nak honeymoon kat sini, tapi apa nak buat kita hanya mampu merancang, awal kawen ekonomi tak berpa nak kukuh lagi, first anniversary tahun lepas pon bercuti ke Cameron Highlands je.Bila dah kenal dengan geng sekepala, geng yang suka berjalan, ehh tak salah rasanya honeymoon berjemaah.Seronokkk jugakk, lagi happening aku rasa, yang penting bilik asing2, so suasana honeymoon tu tetap dapat rasa..heheheh

Ok, entry pertama ni nak story dari awal kitorang berkumpul kat rumah Yaya, kemudian ke airport dan sampai lah ke Krabi.Kitorang ke Krabi selama 4 hari 3 malam dari Sabtu (22 June 2013) hingga Selasa (25 June 2013).Flight ke Krabi pukul 6.55pg waktu Malysia, malam tu (khamis) pukul 12tghmalm, aku n Abi gerak dari rumah merempit dengan memikul 2 biji beg dan satu handbag, perghh lenguh giler bahu aku, saja takmau bawak kereta sebab risau nak parking kat luar kawasan rumah Yaya tu.Dah ler kereta tu jela harta yang aku ada, so, better bawak motor,sebab motor boleh parking dalam,cuma kena korban sikitlah pikul beg dari Puchong ke Jalan Ipoh.Perghhhh...Tu belum cerita beg balik plak, sebab time balik beg dah beranak jadi 4 biji beg..hahahah..


Sampai2 je kat rumah Yaya, Eida dan Sheila dah sampai dulu, Eida n Andi tgh tido, Yaya n Syafiq senyap je kat dalam bilik, kohkohkoh..Lepak2 sekejap, pastu Mila n Mcdee pon sampai, dorang pon naik motor jugak.Sementara nak tunggu pukul 3.30pg, sempat jugaklah para2 suami lepak kat mamak isi perut, para2 binik kat rumah dah eksaited kemain sampai tak lalu nak makann..hahaha..Tepat pukul 3.30pg, kitorang pon turun kat guard, teksi dah siap tunggu, Yaya dah siap call dorang dah, nasib baik dorang tak lambat..Dari rumah Yaya kitorang naik teksi ke KL Central, aku naik dengan Mila n Mcdee, Ieda,Andi, Sheila n Hadi naik satu teksi.Yaya,Syafiq n Adik (adik Yaya) naik satu teksi.Harga tambang teksi dari  Jalan Ipoh (rumah Yaya) ke KL Central, RM18.40 (*kechiingggg).Kitorang dah deal sesiap dengan Mila n Mcdee, pergi dorang bayar, balik nanti kitorang bayar, so, time ni Mila yang bayar.Caj mahal sikit sebab midnight kan.So, time balik nanti kitorang cover balik duit dorang yg terlebih tu.



Sampai kat KL Central dah pukul 4pg lebih , pastu kitorang terus naik shuttle bus ke LCCT plak, harga RM8.00/person.Dari KL Central ke LCCT adalah lebih kurang sejam perjalanan.Dalam bas kitorang semua bantaii tido puas2.kikikiki..
Lebih kurang pukul 5 lebih pagi , kitorang pon sampai ke LCCT,  terus ke kaunter check in, kitorang semua memang tak beli luggage pon, masing2 bawak bagpack je, so, senang boleh check in terus masuk.Sementara nak tunggu flight, masing2 dah tersengguk2 tahan mengantuk, tapi nasib baik tak rasa lama sangat menunggu, pukul 6.25 pg dah boleh get ready  naik flight dah.Sementra tu sempat jugak posing2 kat airport sambil tayang passport..hahahah boleh??




ni bukti dah sampai Krabi, kang ko cakap aku pentipuu plak kan...hheheh

Lebih kurang 6.55pg, flight kitorang pon selamat terbang tanpa delay pon.Masa flight pergi aku duduk asing2 dengan Abi, sebab aku kan kedekut, nak beli seat 6hengget pon kedekut, sudahnya terkulat2 aku duduk sorang2 tanpa Abi disisi, ekcewahh..Allaaaa, dah lah ngantuk time tu, kalau ada Abi kat sebelah boleh pinjam bahu..huhuu..Nasib baikk flight balik, dapat duduk sebelah2...hehehe..
Dalam pukul 7.20 pg waktu Thailand, kitorang pon selamat landing kat Krabi International Airport..Haa mesti ada yang pelik, takkan perjalanan dari Malaysia ke Krabi 25 minit je..Hihihi..Sebenarnya waktu Krabi lewat sejam dari waktu Malaysia.Maknanya 7.20pg tu bersamaan dengan pukul 8.20pg waktu Malaysia lah..
Ini dia driver yang menjemput kami kat airport, hensemmm tak???ahahaha

2 bijik van ala2 estima datang jmput weollss, oooo terujaaa nya...

Gi honeymoon pakai inai, baru lah nampak macam fengantin baru..Padahall pengantin basiii...ahhh fedulikk hape??
Lepas je setel imigresen, kitorang pon berkumpul dekat ruang legar airport, okay dah jumpa dah orang yang pegang sepanduk nama "Ms Eida",kitorang dijemput dengan 2 bijik van kaler putih macam Estima tu.Wallauuuweyyy hebakkk van dia.Kitorang terus dihantar ke hotel, transport ni semua disediakan oleh Hotel, just call je kalau nak request.Bayaran THB150 je sehala untuk seorang.Memandangkan kitorang pergi per couple, so bayaran nya kira double lah, maksudnya sehala untuk sepasang adalah THB300 sehala, dan kitorang bayar untuk return sekali, maknanya nanti nak ke airport semua tak payah pikir dah pasal transport.Maknanya bayaran untuk airport transfer pergi balik adalah THB600 bersamaan RM60/sepasang, ekceli tak sampai rm60 hengget, cuma bayar THB 550 je,discount kot..Nak convert mata wang sana senang je, buang je 1 kosong kat belakang.Kan senangg...

our first step at Krabi

Check-in taimmmm


Bergambar depan hotel, hotel betul2 tepi jalan dan dekat dgn semua kemudahan.Tomeyy kan kucing tu, kat sana kucing pon peramah, heyyy ni yang sukaa ni..Rinduu Lauraa...sob.sob...sob..
Mood honeymoon, sampai2 je nak polok2..hikikhikhikhik

Tak sah kalau takde gambar beramai2..Tomeyyy tak kak ton???

Perjalanan dari Airport Krabi ke Hotel penginapan kami di Aonang mengambil masa setengah jam je, takde lah jauh sangat.Tapi rasa jauh mungkin sebab jalan dia yang banyak kona-kona, tu yang rasa macam jauh je..huhu

Sampai2 je terus check-in, memandangkan time tu awal lagi, so, bilik yang available utk di check-in ada 3 bilik aje, so, aku tumpang letak barang kat bilik Mila dulu, and tumpang tukar baju sekali,sebab kitorang ade aktiviti lepas tu.

Time ni dah tukar baju, ready for first activity..yeaahooo!!!




Pantang nampak sign board..hikikhik


Haaa nak pegi mana tu??Baru je sampai kitorang dah start dengan aktiviti dah, bagi kitorang takde langsung istilah "berehat", setiap masa, every second, ada je aktiviti..Okay, nak tahu apa aktiviti pertama kitorang??Tunggu next entry yer...Tak larat dah  nak boh dalam satu entry,kang mata ko jugak yang juling, pastu salahkan aku plak...hikhikhik..

----------------------------------------------------
Total perbelanjaan hari pertama :

Tiket Flight : RM738.00 /per couple
Minyak motor ke rumah Yaya : RM5.00
Teksi ke KL Central : RM18.40 (Mila bayar dulu)
Shuttel bas ke LCCT : RM8 x 2person = RM16.00
Air Mineral : RM3.00
Transport dari Airport ke Hotel : RM55 (returns utk 2 person)
-----------------------------------------------------
TOTAL : RM835.00


22 comments:

  1. Miss pantai aonanggg. Hikhik

    ReplyDelete
  2. nice blog,tempat ni memang menarik pun..

    ReplyDelete
  3. Wah syoknya....lagi2...x sabar akk nak baca.. :D

    ReplyDelete
  4. giler happening tgk honeymoon korg...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum nory, yeayyy dah up entri pertama! keep it up nory. hehehhehe. rindu pantai >_____<

    ReplyDelete
  6. bestnye yunk...honeymoon berjemaah..hehe..sweet je siap berinai..boleh feelin pengantin baru lebih kan..hik3

    ReplyDelete
  7. byknya gambar kena edit pitammmm T___T malas betuilaaaa..

    ReplyDelete
  8. bkn men seronok lg ye gi jenjalan krabi

    ReplyDelete
  9. kalo dapat berjalan..memang mata yang ngantuk terus segar bugar kan???nak pulok gi honeymoon..hehe

    yooo lama dah tak pakai inai...nampak cantik plak kaler inai nory..

    ReplyDelete
  10. wah2..byk syiok bila p dgn geng yg sama suka jalan2..hihiih.

    tgn pun cntik je sis..mcm bru khwin..hihihi

    ReplyDelete
  11. bestnyer dh stat update dh g krabiii..
    yeayyyy..
    gud job dear!!

    ReplyDelete
  12. salam, fuyooo g Krabi tu..itupun salah satu tempat idaman nurul. kalau ada rezeki nak jugak kesana. Mood samalah dengan nurul entah bila nak update pasal holiday baru ni hehehe

    ReplyDelete
  13. Kenapa ramai blogger yg pergi Krabi nieee T_T
    Jealousss eiqaaaa tengok gmbar2x dekat atas..

    ReplyDelete
  14. rindu krabi.. rindu kite kite dekat sane ;((

    ReplyDelete
  15. kalau ena dah kahwin t, boleh tak nak join sekali group ni?? hahahahaha

    ReplyDelete
  16. cuci mata kat blog je mampu..hehe

    ReplyDelete
  17. muka noury nampak kuruslah dah .. ni mesti jimat belanja nak pg bercuti ni .. hohoho bnyk btl gambar ... pingsan nak layan .. jelesnya tgkkk.... plg x tahan.. pakai inai tu .. mmg nampak mcm pengantin baru...

    ReplyDelete
  18. Thanks for sharing your experience di Krabi. Seronok baca pengalaman blogger pergi bercuti ni. Me and my wife pun ke Krabi jugak tapi kami cepat 3 hari dari group you all. My entry about holiday in Krabi belum up lagi.

    ReplyDelete
  19. tetiba rasa nk gi umh yaya.. hahaha.. :P boleh plak nory dok jauh dgn zul ye.. hebat2.. :P

    ReplyDelete
  20. nk tao kak nory amik pakej dr mne? :(

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)