Followers

Thursday, June 27, 2013

Rinduuu Krabi sangat2


Honeymoon secara berjemaah...wiwiiwiwiwwii

Perghhh, apa jenis jin dah masuk dlm badan aku ni.Lemauu semacam, sampai tahap nak update blog pun tak larat.Takde mood, No idea..Nanti-nanti ek aku story morry pasal Krabi.Sekarang ni tengah menanggung rinduu kat Krabi..Hurmmm, taktaw nak cakap camne,asal tido je mimpi kenangan di Krabi, asal mandi je, teringat time snorkeling, asal nampak air je, terbayang lautt,..asal bawak kereta je, rasa macam naik speed boat....Haishhh sasau dah aku ni.. Sumpah tak percaya, yang aku dah sampai dan jejak kaki ke tempat yang aku angan2kan dari sebelum kahwin..Alhamdulillah, mybe jodoh dengan Krabi kuat kott..

Mungkin bagi sesetengah orang yang dah pernah pergi Krabi akan rasa Krabi tu biasa2 aje, tapi bagi aku best sangat2, mybe sebab pergi ramai2, or mybe sebab Krabi tu sendiri memang best.Bayangkanlah kat sana, orang-orang nya semua peramah, semua baik2 belaka, nak shopping pon best, barang2 semua murah2, lagi pandai ko tawar, lagi banyak lah ko boleh shopping.Paling aku suka masuk 7-Eleven dia,biasa kalau 7-Eleven kat Malaysia, harga mesti mahal dari kedai runcit kan, tapi 7E sini, semua murah2, air RedBull sebotol seringgit je beb, rokok Winston 6 hengget je sekotak, lompat bintang lah laki aku tengok rokok murah cmtu..haha..

Sepanjang kat sana jugak, hari2 kitorang sentiasa terisi dgn aktiviti2, keluar pagi, balik malam, tidur sekejap, dah bangun balik.Pastu kerja asyikklah mencekikk je, mengunyahhh je,maklumlah makanan kat sana murah2,sedap2 plak tu.Takde satu makanan pon yang aku rasa terkurang rasa nya, semua sedap2, semua terasaa, takde tawar ,takde masin,semua sedangg2 je..

Abi plak masa kat sana, dapat ramaii kawan baru.Walaupon sorang cakap bhasa itik,sorang cakap bahasa ayam, masing2 boleh jadi kawan.Siap dapat naik motor free lagi,merasa jugak aku bawak  motor sengsorang kat atas jalan raya Thailand tu..Sampaikan time nak tawar2 harga barang, msti dorang suruh Abi yang tawarkan..hahahaha..Mybe sebab Abi dah biasa kawan dengan foreigner kot, sebab tu dorang cepat mesra dengan Abi.

Alaaa rasa macam nak citer semua pasal Krabi, tapii tak best plak takde gambar, nanti aku cerita dengan gambar2 sekali lah ek, baru ada feel nak bercerita..Sekarang takde feel lagi nak belek gambar, sebab kalau aku buka folder gambar tu kang, aku yang giler sorang2,sebab gambar2 je dah lebih 3 ribu lebih keping, belum masuk video lagi...UmanggggAihhh..Jenuhhlah akuu nak karang entry satu2..




21 comments:

  1. Nampak kelemauan Nory huhu...wahai mood sekalian cepatlah ko datangggggg

    ReplyDelete
  2. td g blog anis citer g krabi gak..:)

    ReplyDelete
  3. oh Krabi... niat yang tertangguh lagi... lepas delivery and confinement rasa2nya nak pergi bawak baby... *_^... occay tak?

    ReplyDelete
  4. tengok sekali gamba, da macam team running man dah. huhuhu. tak sabar nk tggu update baru psl krabi! huhu

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum nory, go nory. update blog ya! heee sheila pun rindu krabi! rindu nak honeymoon dengan korang semua. wiwiiiii. sila pengsan kalau nak karang dengan 3000++ gambar tersebut >_____<

    ReplyDelete
  6. wah.. meriah. pegi ramai2 memang happening..

    krabi masuk lam list cuti2 jugak. haitu sale AA dok pilih nak pg bandung or krabi. sebab nak bawak mak so pegi bandung je le huhu.. ni nak ada baby ni entah bile leh pegi krabi huhu

    ReplyDelete
  7. best nyer,,..insyaallah ade rezeki nk pegi jugak!!! cepat2 upload gamba nak tengok..x sabar :)

    ReplyDelete
  8. pls mood krabi sila kuar dari badan nory.
    bagi dia mood untuk mengarang pulak dalam blog nih. puhh...puhh...

    #akak dah jampi pun...

    ReplyDelete
  9. masih dalam mood bercuti kan..tapi nory kena cpt update entri..tak sabar nak baca okey..hehe

    ReplyDelete
  10. ala jgnlah lemau2...cpt2 update eh akk nk baca :D

    ReplyDelete
  11. Noryyyyy jgn meroyan sorg2 sudah la ye....kang kesian abi tuh....hahahaha

    ReplyDelete
  12. tak sabar nak tengok gambar2 akk bercuti.. hehehehehe

    ReplyDelete
  13. pasti meniggalkan memori yg terindah...boleh pergi lagi pas ni.

    ReplyDelete
  14. Bestnya.. Teringin nak pergi kesana jugakkkkkkk ;D

    ReplyDelete
  15. Wahh..orang tu gi Krabi..kelas gitu. Best kot.kawan saya gi sana pun dia kata rasa nak gi lagi..by the way, silalah upload gambar bebanyak ya..saya nak tengok

    ReplyDelete
  16. Wahh sis dah smpai sana ?? Huhu kite je blum . Tringin jgk nak pergi .

    ReplyDelete
  17. Nice place for honeymoon. We miss krabi too. Rasa macam nak pergi lagi je.

    ReplyDelete
  18. bila mood dh ada, sampai xleh nak stop mengarang ye.. :)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)