Followers

Friday, June 21, 2013

Pakej Spa Termurah dan Best di Rosena Spa, Puchong



Sabtu lepas aku pergi spa , saja nak memanjakan diri sebelum honeymoon katanyaa..kehkehkehkeh..Kemainn lagi, pergi honeymoon pon nak ber"spa2" bagai, orang kata tak kisah lah berapa tahun pun usia sebuah perkahwinan tu, asalkan kita sendiri sentiasa rasa macam pengantin baru..Orang kata lah, bukan aku kata..ihkihkihk.Mula-mula ingat nak ajak Abi temankan, tapi last minit tukar plan ajak mak aku lah lagi best, ada geng satu bilik nak bermassage2, kalau bawak Abi, kesian plak dia nak tunggu aku lama2.So, pagi2 lagi dah bangun pick-up mak aku kat rumah dan sempat breakfast sesama, pastu baru gerak ke spa.Kalini aku ke Rosena Spa yang terletak di Taman Tenaga,Puchong.Dekat je dengan rumah aku, cuma jarang lalu area situ, sebab tu aku gerak awal, takut sesat..Janji dengan Kak Nurul (tokey Spa) pukul 10pg, tapi pukul 9.30pg aku dah terpacak kat depan spa, hihihi..Nasib baik rumah Kak Nurul sebelah je dengan Spa dia.



Kak Nurul Aryantie,  (pemilik Rosena Spa)


Kitorang berdua disambut ceria dengan penuh ramah oleh Kak Nurul, masuk2 je, mak aku dah seronok dah, habis dia geledah satu spa tu, suka betul dia tengok deko-deko kat Rosena Spa ni.Mak aku kan minat deko-deko rumah ni, dalam perjalanan nak ke Spa ni pon, sempat ajak aku round2  nak tengok rumah2 cantik area situ, nasib baik aku pon minat jugak, so, layann kan aje..hehe

Pagi tu , aku dan mak aku je yang buat appointment, makanya kitorang jela yang ada masa tu, sementara tunggu Kak Ezreen (pembantu Kak Nurul), kitorang bersembang dulu dengan Kak Nurul, Kak Nurul ni nampak macam anak dara, tapi dah kahwin and dah ada anak pon, tapi body dia maintaiinnn kurus je beb, ..Ada ke patut mak aku mati2 ingatkan Kak Nurul ni budak sekolah menengah lagi...Suka-suki je kan,bila dah borak2, baru taw yang Kak Nurul ni dah kahwin dan lagi tua dari aku, nasib baik aku tak tersebut diri aku ,kakak..hahahah...












Lepas dah borak2, sessi pertama yang kitorang buat adalah sessi sental kaki ataupon scrub kaki, sessi ni memang sessi wajib untuk setiap pelanggan yang datang ke Rosena Spa ni, tak kisah lah amik pakej apa pon, sessi ni kira termasuk sekali dalam pakej, free aje.Best giler rendam kaki dalam bekas yang berisi bunga-bunga fresh, dengan batu-batu kecik kat dalam tu, paling best time Kak Ezreen scrub kaki aku, lembut giler tapak kaki aku, pijak lantai pon rasa macam pijak karpet gebu.Sumpah tak tipu..!!Mak aku pon sukaaa!!Oh yer,selain menjadi assistant kat Rosena Spa ni, Kak Ezreen ni juga merupakan kakak ipar kepada Kak Nurul, dorang sama-sama kendalikan Rosena Spa cawangan Puchong ni.Kalau nak tahu, nama Rosena Spa ni diambil sempena nama Ibu Kak Nurul, iaitu Rosena Yanati.Ibu Kak Nurul ni bergiat aktif dalam bidang kecantikan dan spa sejak tahun 1980-an lagi taw, dan terlibat aktif dengan Ibu Moeryati (pengasas Mustika Ratu)..Wahhhh glamour tuhh..!!! Selain cawangan kat Puchong ni, ada cawangan lagi satu kat Kuantan Parade, so, orang Kuantan boleh lah ber"spa" kat sana..hehehe





Lepas scrub kaki, masa untuk memilih pakej seterusnya plak, aku pilih pakej Scrub, Sauna dan Jacuzzi.Mak aku plak dia pilih nak buat Advance Facial.Harga untuk pakej aku RM110 je, dan harga Advance Facial mak aku RM80.Murah kan.Bukan facial yang basic tu taw, dah nama pun Advance Facial kan, mesti advance punya,(cuci, stim muka, massage,picit black head n white head, dll),  mak aku sampai tertido-tido time akak tu urut muka dia.Sedappp lettew ..hehehe..

Aku plak mula dengan Scrub satu badan, perghhh sedappp giler Kak Ezreen sental n tenyeh badan aku, semua celah-celah di sental nya, semua daki-daki hilang, puas hatii sangatt, lama juga akak tu tenyeh badan aku, memang dia buat betul-betul , takde satu inchi pon part badan aku yg tak bersental.(kecuali part ehem2 lah) hihihi..Sambil scrub, akak tu massage sekali dengan urutan2 kecil.Ohhh heavennn nya!!
Lepas dah scrub, aku bersihkan badan dulu kat toilet, dalam toilet time aku gosok kulit badan aku, terkejutt beb, ehh nape rasa lembutt semacam ni, licinn plak tu, dan nampak lebih cerah..hahahaah, bukan nak puji diri sndri, tapi betull lepas scrub tu rasa bersih giler satu badan..Phewwww..Rasa nak scrub hari2 je..hehe




Kalau rasa nak tambah suhu panas lagi, tuang je air dalam bekas arang batu tu..Menjejes2 peluh keluar satu badan..hohoho


sikitt lagi nak habisss, 15 minit teran peluh..huhu

Teh halia
Then, aku buat sauna plak, duduk sorang2 dalam peti yang macam peti ais tu,tapi yang ni versi panas bukan sejuk.Hihi..Fungsi adalah untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan melalui pengeluaran peluh, dan boleh jgak membakar lemak, patutlah aku rasa kurus je lepas keluar dari peti tu..Ahahahah (penipu sangat).Lepas 15 minit duduk dalam peti panas tu, keluar2 je dah tersedia Air Halia..Alamakkk pestaim minum ni, tekak memang tak leh terima, tapi gagahkan jugak minum, sambil teguk bayangkan macam minum air Coca-cola je, slurrpppp setengah cawan je mampu.hehehhe..(eh sedapp jugak ek rasa dia, tak macam yang aku sangkakan)





Tunjuk gambar kaki je mampu, tunjuk gambar berkemban kang, kontroversi plak..hahahaha

Tadi tunjuk kaki, sekarang tunjuk jari tangan plak..hehehe

Dan last sekali, part paling aku tertunggu2, berendam dalam jacuzzi like a Divvaaaa...hahahahah..Mula-mula mak aku cakap taknak berendam dalam jacuzzi tu, pastu dia tengok aku sedapp je berendam kat dalam tu, dia pon join sekali, nasib baik muat masuk 2 orang sekali, so berendamlah kitorang berdua anak beranak..Aku siram mak aku, mak aku simbah aku plak.Alalalallalaaa,,,sweet tak? sweet tak?Siap suruh tangkap gambar lagi, nak tunjuk kat papa..hahaha Auww seksi youuuu!!!!Berkemban je kitorang masa tu..

Bilik persendirian,nak privasy pilihlah bilik ni.
aku pilih bilik ni,sebab taknak jauh2 dengan mak..heheh

deko atas katil, 

Kat Rosena Spa ada disediakan bilik untuk 2 orang dan  kalau rasa nak privasy boleh buat dalam bilik sorang2.Macam aku, aku pilih bilik yang sekali dengan mak aku, boleh jgaklah bersembang-sembang ngan mak, takdelah sunyi sangat,mak aku kan penghibur aku.Muka je nampak garang, tapi pelawak jugak mak aku ni..hehehe..

Ruang sinki yang dihias cantik,,,I loikeee...



Pemandangan dari arah ruang tetamu

Reception kaunter

Free WIFI okayyy

Dan ini sedikit gambaran dalaman Rosena Spa ni, deko-deko semua ilham Kak Nurul sendiri, Rosena Spa ni   dibina bersebelahan je dengan rumah Kak Nurul, dan Spa ni terletak di tempat yang sangat strategik di kawasan perumahan, Kak Nurul cakap, sebelum Rosena Spa ni dibuka, dia dah memang ada customer tetap, dan biasanya rawatan akan dibuat dari rumah kerumah mengikut permintaan, disebabkan permintaan ramai lah Kak Nurul decide buka Rosena Spa ni bersebelahan dengan rumah dia..Hebakkk kan..Kat sini pon ada disediakan WIFI taw, free je..So, boleh lah beronline sambil berspa..hewhewhew

Dari kiri : Kak Ezreen, Aku , Mak , Kak Nurul

Okbaii, nak balik dah..
Sebelum balik, sempatlah bergambar sekeping dua dengan Kak Nurul and Kak Ezreen.Terima kasih kak sebab layan kami dengan baik dan terima kasih untuk servis yang sangattt2 best.Mak saya hari-hari cerita pasal Rosena Spa je, insyaALLAH, balik honeymoon nanti nak repeat lagi lah bawak mak sekali..huhuhu..

Terbaeeekkkkk!!!!
Mak senyummmm sampai telinga..Suka lettew!!!..Nanti kita pergi lagi ek mak..(comeyy kan mak titew?,,ihikihik)





Sekarang Rosena Spa tengah buat promotion under Groupon taw, kalau korang tak beli melalui Groupon pun korang still boleh dapat promotion tu kalau korang walk in terus ke Rosena Spa, dan lagi best kalau kau datang Rosena Spa sebut nama aku, insyaALLAH korang boleh dapat diskaun RM30..Dan paling penting, sebelum nak datang call Kak Nurul dulu untuk buat temujanji ok.

Info :   Rosena Spa
           Lot 92, Jalan 3
           Taman Tenaga
           Batu 9, Jalan Puchong
           47100 Selangor.

           Tel : 03-8070 2621


Facebook  : Rosena Spa (klik)








24 comments:

  1. best pegi spa...kalo dkt dh lajuu pegi...amboi berendam ngan mak ye...hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nory, perghh best mak nory tunjuk jari! heee. sheila ingat budak lagi rupanya mak budak. cayalahh, nampak muda siot akak tu >_____<

    ReplyDelete
  3. cmbest la..tringin nk p..sblum kawen kna p ni..

    ReplyDelete
  4. seronok tengok rasa nak g jugak tp bajet hampeh T__T

    ReplyDelete
  5. mak nory cumel larh..hai makcikkk kihkihkih.nory nanti kita pergi beramai-ramai ye.

    ReplyDelete
  6. I baca sambil layan perasaan imgaine kena urut scrub jugak. Murah la pakej2 dia, tempat dia pun sangat nice.

    ReplyDelete
  7. wah...bestnya kalau dapat pergi Spa..lagi2 dapat massage badan..

    ReplyDelete
  8. bestnya nory...nk pegi la nti...:)

    ReplyDelete
  9. occay x jauh sangat... ekekekeke...boleh pergi ni... memanjakan diri untuk ibu mengandung...boleh?

    ReplyDelete
  10. Ewahhh bestnye ehemmm hehe

    ReplyDelete
  11. Thanks nory.. happy Nory berpuas hati dengan treatment yang diberikan.. untuk bloggers kalau berminat boleh dtg ke rosena spa Kami masih ada voucher rm30 untuk rawatan. Just call 012-2450526

    ReplyDelete
  12. Farah waheda,
    Banyak treatment yang sesuai untuk ibu mengandung.. :) facial , scrub, urutan kaki, jacuzzi dan macam2 lagi..

    ReplyDelete
  13. Mesti badan rasa ringan jek kan?
    Hehe
    Oo nory dok puchong ye..

    ReplyDelete
  14. owh.. bestnye kena urut.. tempat nye nice..

    ReplyDelete
  15. wow...sungguh teruja..boleh pergi juga ni.:)

    ReplyDelete
  16. hahahaha..sempat buat peace lagi tu!! hehehe

    ReplyDelete
  17. kat puchong eh??? kalau dekat area klang mahu dah terjah hujung minggu ni huhuhuhu

    ReplyDelete
  18. Puchong area mane nie... landmark.?? sye tinggal kat Puchong prima

    ReplyDelete
  19. Hye.. your service kinda nice and interesting.. is the service just for women or its mixure of both men n women.. do advise..

    ReplyDelete
  20. Singgah sini dear..thanks for helpful info..Kalau takde entry u ni,saya pn tak tau ade spa kat area puchong..huhuh..so dah booking siap2 dah ..tak sabar nak ber spa..hihihi

    ReplyDelete
  21. hi..sy pun nak tau samada spa ni boleh terima utk massage husband n wife sekali atau utk perempuan sahaja..?

    ReplyDelete
  22. Hi semua. Bole lihat facebook Rosena Spa. Lokasi kami di 92, Taman Tenaga, Jalan Puchong. Untuk details boleh call 0122450526
    Intan rh: Kami hanya buat body spa seperti urut, scrub utk wanita manakala face spa seperti facial boleh utk lelaki. Pakej husband n wife selalunya wife urut dan scrub, husband facial. Disusuli sauna dan Jacuzzi bersama2.. :)

    ReplyDelete
  23. hai nory, singgah baca entry rosena spa...mcm bestttt je.. :)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)