Followers

Friday, July 19, 2013

Goodwill Hotel di Aonang,Krabi.



Kerja booking membooking hotel untuk penginapan kitorang kat Krabi haritu semuanya Ieda yang setelkan, dah dia je yang suka buat kerja remeh temeh tu, dan dia pon rajin tolong booked kan untuk kitorang sekali.Ieda booked melalui Agoda.com, haa kalau nak dapat hotel dengan harga murah rajin-rajinlah terjah Agoda.com ek..Aku takde credit card, kalau terjah pun tak guna, nasib baik Ieda ada credit card so, boleh lah dia bookingkan hotel untuk kitorang.hehe

 di lobby hotel
Kitorang sepakat nak cari hotel area Aonang sebab dekat sikit nak ke pantai,masing-masing ada citarasa sendiri dalam memilih hotel mana nak di booking ni, yang sorang nak ada bath tub dalam bilik air, yang sorang nak ada balcony, yang sorang lagi nak ada aircond, yang sorang lagi nak ada gajah kat atas katil (aku lah tu), yang sorang nak yang ada breakfast..Heyy macam-macam..tapii percaya tak, we all jumpa jugak semua ciri-ciri tu (cuma takde lift je, pasrah lah naik tangga).Dan sepakat membooking Aonang Goodwill Hotel..Dari luar macam hotel bajet je, macam tak percaya je, betul ke ada semua ciri-ciri yang we all nak..Sekali masukkk...wahhhh terujaaa beb..Semua ada..Puas hati sangat-sangat..Masuk-masuk bilik je check atas katil dulu tengok ada gajah bersila tak??



Sekali tengok, eh eh ada lah..Comeyynyaa lahaii..Berbunga-bunga hati bile ternampak anak gajah kat atas katil tu sampai tak bagi Abi sentuh sikit pon anak gajah tu.hikhikhik..Pastu check bilik air plak ada bath tab tak??



Selak je shower curtain tu, taraaaaaa itu dia bath tab didepan mata..Teruja siot terus tadah air, and berendammm..Phewwwww...


Jangan kata anak gajah, bapak gajah pon ada.Unik kan lampu tidor pon ada kepala gajah..Romantikk okay malam2 pasang lampu gini..Samar-samar ditemani bapak gajahh..huhuhuhu..


Bapakkk luas giler bilik ni, kalau ada anak puas dorang dok berlari-lari dari hujung sana sampai hujung sini..Tapi apakan daya, yang ada cuma anak tekak je..hikhikhikhik..So, main kejar-kejar je lah aku laki bini..hahaha..Yang bestnya tv kat bilik aku je yang flat screen, bilik dorang semua tv kotak yang besar kat belakang tu..Sempat jugak layan tv cerita Muay Thai sebelum tidur, sebelum we all plak ber"muay thai"..Kohkohkohkoh..


Siap ada balcony lagi, malam-malam makan kacang sambil tonggang botol coke sorang satu kat balcony ni..Santaiii je duduk sini, banyakk anginn..Kat balcony ni jugak ada disediakan penyidai baju.Sangat berguna okay penyidai tu, sebab aktiviti kitorang boleh dikatakan semuanya aktiviti air, baju kompom basah lencun, dah tu takkan nak bawak balik dengan baju basah2 kan, buat berat beg je, so kitorang sidai kat situ, siap beli sabun basuh baju lagi..Senang balik rumah nnt tak payah basuh baju banyak2..huhuhu..


Jangan risauu, aircond pon ada...Sejuk giler aircond dia, baru lepas service kot.Heaven giler buka aircond sampai ke pagi, bangun pagi, pijak lantaii, ohmakkau sejukkknya tapak kaki..hhewhewhewhew,terus terjun dalam bath tab mandi air panas plak..lalalalaalalaaa


Peti ais mini pon disediakan, senang kitorang sumbat berbotol-botol air Coke kat dalam tu.Dah lah murah giler air botol kat sana, singgit je weyy, haruslah borong berbotol-botol, hajat hati nak bawak balik Malaysia botol tu, tapii hape ke bangangnya imigresen rampas daaa...Kempunannn haku..Dan paaaling penting WIFI is freee aje...Online lah sampai lebammm..

Cer teka berapa yang aku kena bayar untuk segala kemudahan-kemudahan yang terdapat kat hotel tersebut??Aku cuma bayar RM258(include breakfast) sahaja untuk 4 hari 3 malam..Murah kan..Kira satu malam RM86 sahaja..Bagi aku dah murahhh sangatt dah tu, dah bajett sangat dah tu,,dah rasa macam duk hotel 5 bintang dah..Duduk hotel bajet pon boleh fefeelingg honeymoon taw.heee..Kedudukan hotel ni plak betul-betul tepi jalan, starighttttt je dah sampai pantai (Aonang Beach), kalau jalan kaki dalam 15 minit je, agak2 malas nak jalan kaki, tahan je tuk-tuk yang bersepah lalu lalang kat situ.7-Eleven pon dekat je, jalan kaki 5 minit dah sampai, macam-macam ada, murah2 plak tu, Abi kemain seronok borong stock-stock jajan dia..hehehe..

Kalau nak booked aktiviti boleh booked kat lobby hotel, dorang akan sediakan sekali dengan transport semua, tak payah buang masa pegi servey kat travel agent lain..

Email : aonanggoodwill@hotmail.com









15 comments:

  1. cantik hotel tu kemas dan bersih aje...setahu akak kalo booking kat agoda memang murah dan berbaloi-baloi hihi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sempat lah "bermuay thai" :P

    ReplyDelete
  3. perghhh besar gilaaaaaaa!!!! murah lak tuuuu. Ya Allah

    ReplyDelete
  4. terbaekkk la... tuala pon d elephant kan ekekekeee

    ReplyDelete
  5. Amboi kau nory muay thai sangat eih !

    ReplyDelete
  6. Cantik jugak bilik tu, takdela mahal. Kreatif la dorang buat tuala tu jadik bentuk gajah..hehe

    ReplyDelete
  7. cantik n kemas je bilik die...

    ReplyDelete
  8. Cantikkkk.. Murah pulak tuuuuu.. ^_^

    ReplyDelete
  9. siap ada anak gajah tuala lagi.. kreatif :-)

    ReplyDelete
  10. sangat menarik sebab tak mahal.. wah.. bestnya.. teringin jugak ke sana lah..hehe

    ReplyDelete
  11. hurm sgt2 ok la tu kan...
    murah dan nampak selesa ja.

    jumpa datang blog baru fatin :)

    ReplyDelete
  12. rate agak berbaloi...cutenya gajah tuh kan, sayang nak bukak tuala tuh hahahahhaa

    ReplyDelete
  13. Cantik betul bilik hotel....mmg best bercuti satu team...sama2 leh rasai kegembiraan...nak joinnnnnnnnnn hehhehe nory cantiklah awak...apa rahsia cantik senyuman tuh eh hehehhe

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)