Tuesday, November 26, 2013

Percutian paling bajet ke Cameron Highlands (Part 2)


Entry sebelum ni klik sini Percutian paling bajet ke Cameron Highlands (Part 1)

Bersambung ke hari kedua, pagi-pagi aku dah bangun, berapa kali asyik bangun buang air je, sejuk siot..Tengok jam baru 8 pagi, sambung tido sekejap, Ieda n Andi pon tak bangun lagi..Hoiii korang buat ape haa?hahaha..Okay2 pahamm, sejukk kan..kihkihkih..Pastu dengar Ieda n Andi dah bangun, rasanya Andi bangun dulu kot, siap prepare kan brekpes utk kitorang sekali, thanks Andi..Ieda plak buatkan air, tenkiuu Ieda..huhuhu..




Dah ready nak check out
Lepas bekpes, siap-siap sebab harini last day kan, kitorang planning nak check out awal sikit.Pukul 10lebih kitorang check out, kena keluar cepat-cepat sebab cuaca tak berapa nak baik, takut hujan, masa kitorang keluar tu, cuaca tengah baik lagi, kitorang planning nak ke Ladang teh Sg Palas pagi-pagi ni, nak brekpes kat sana terus pastu nak photoshoot kat Ladang teh yang menghijau tu.Jangan tak tahu, Ieda siap bawak prop lagi untuk sessi photoshoot ni taw, gigih we all gunting prop malam-malam buta taw.Kemain jauh lagi berphotoshoot, sampai ke Cameron kauu..kau hade??hikhikhik.


Aku pernah pergi Ladang Teh Sg Palas ni masa honeymoon dulu, tapi tak ingat jalan sebab time pergi tu naik van yang sekali dengan pakej honeymoon kitorang, memang aku tak amik port pon pasal selok belok jalan dia.Then kalini nak pergi risau takut sesat, tapi tak sesat pun, sebab senang je nak cari rupanya.Ada signboard..Jalan agak bengkak bengkok sikit, kecik je jalan nya, kena biasakan diri main hon, tapi jangan ikut cara Andi, dia tekan hon ala-ala manja gitu..hahahaha,,,Dalam perjalanan naik ke atas tu, kitorang sempat singgah tepi jalan ambil gambar sekeping dua kat ladang teh yang menghijau tu, cantik pemandangan segar bugar waktu pagi-pagi camni..






Sampai kat atas, tak leh nak parking sampai atas sana, kena parking kat bawah ada disediakan parking, tapi kena memanjat lah sikit, alaa tak tinggi mana pun bukitnya, mak buyong steadyyy je panjat..hehehe..Sampai je kat cafe atas tu, terus cari tempat duduk dulu, nasib baik dapat port baik betul-betul tepi cafe sana, hirup teh sambil menikmati angin sejuk ladang teh sg palas, oh heavennya..Nak order makanan plak kemain kena beratur panjang, makanan pun sangat limited, ada roti n dessert je.Abi taknak makan sebab dia biasalah mesti nak nasi jugak, tak pandang nya roti-roti ni.Aku order teh ais dan teh tarik, pastu order roti hotdog.Harga boleh tahan lah, total RM13.20..Kalau kat mamak dah boleh dapat berapa keping roti canai daaa..huhuhu



Lepas brekpes, kitorang laju-laju ke lokasi penggambaran,cehh macam nak shooting Ombak Rindu 2 plak..hehehe..Masa tu hujan macam nak turun je, bila-bila je boleh turun, kitorang pon laju-laju photoshoot kat tepi cafe tu, nasib baik sempat berhenti kat tepi jalan tangkap gambar kat ladang teh masa perjalanan nak naik atas tadi..huhu..




Sempat lagi depa berdua ni bergambar time kitorang kat toilet, hahaha...Tripod pon tripod lah...

Hahahah...Pon bolehhh..













Turun je dari Ladang Teh Sg Palas, kitorang cari kedai makan sebab nak isi perut dulu, masing-masing dah lapar nasi, Ieda ajak makan kat restoran yang dia pernah makan ngan family dia dulu, dekat je dengan Kea Farm, pastu time nak bayar plak, Ieda cakap dia nak belanja.Heyy Ieda ni suka sangat belanja orang taw, tenkiu ek Ieda, moga murah rezeki taw..taw..amiiinn..Lepas makan, kitorang parking kereta dekat sikit dengan Kea Farm, sebab senang nak lari dalam hujan terus masuk kereta.hehe..Kitorang memang planning nak singgah Kea Farm ni untuk beli buah tangan kat sini, kat sini lebih murah dari pasar malam sebenarnya.Aku macam biasa suka beli jagung manis kat sini..Pastu mak pesan suruh belikan kaktus kecik-kecik tu.Ieda banyak shopping kat sini..hehehe..Kitorang terperangkap jugak kat sini sebab hujan, nasib baik kereta parking tak jauh.Hujan reda sikit, boleh berlari ke kereta macam kartun..hehe














Lepas tu kitorang terus turun ikut jalan Simpang Pulai jugak, sebab nak singgah House Of Lavender, tempat ni baru lagi rasa nya, dulu takde pun, masuk pun kena bayar RM5, tapi best macam kat Korea.Cerita Terukir Di Bintang buat penggambaran kat sini lah, ala drama kat tv3 tu..Aku layan jugak cerita tu..Tasha Shila heroin dia..Cantik sangat tempat ni, dalam hujan pun kitorang sempat bergambar kat pintu masuk, sanggup berbasah kuyup..hehehe..Kat dalam plak penuh dengan bunga,ibarat macam ladang lavender..Cantekk sangat taw, memang sesuai photoshoot kat sini.


************************************************************************

TOTAL PERBELANJAAN HARI KEDUA :
Breakfast kat Kafe Sg Palas : RM13.20 (2pax)
Beli jagung kat Kea Farm : RM10
Kaktus 7pcs untuk mak : RM10
Jagung Rebus (4 tongkol) : RM10
Fridge Magnet (1 Ketul) : RM6.00
Tiket masuk House of Lavender : RM10 (2 pax)
Makan kat mamak time balik : RM11.00 (2 pax)
--------------------------------------------------------
Total : RM 70.20
TOTAL KESELURUHAN (Hari pertama & hari kedua) RM70.20 + RM305.30 = RM375.40


12 comments:

  1. gambar2 percutian semua terbaek..
    colorfull..
    mmg terbaek kalu bercuti disana,
    sejuk cam duk oversea:)

    ReplyDelete
  2. ololo sukanya tgk pic korang, happening nyaaa! mmg betul2 holiday :)

    ReplyDelete
  3. korang je bergambar yang lelaki pun nak jugak sek bek ada tripod hihihi...

    ReplyDelete
  4. tak sampai patrat pun nory? ida asal lebih?? hahahhahahahha.. yeayy kali ni ida nampak semua pic tu ;)

    ReplyDelete
  5. nina pun mcm mak awak. hehe...suka kaktus kecik2 tu.. suka bela. dah setahun lebih bela kaktus kecik. hehe

    ReplyDelete
  6. wahh seronok uols... tambah seronok sebab semua sporting ha.

    ReplyDelete
  7. best kan cameron...byk kali pegi pun x bosan hehe..suke sejuk tu jeee hehehehe :)

    ReplyDelete
  8. Seriussssssssssssssssssssslyyyyy!
    Umi Qi suka tgk nory, husband and dik eida and husband....u olls sgt2 comel dan cantik...lagi2 dik nory yg nak jd mama to be...tersangatlah berseri2 tau....happy ye pi cameron...umi Qi pi cameron masa tuh Qi dlm perut lg tau baru 4 bulan hehehhehe mmg suka berjalan time pregnat...until now Qi pun dah suka berjalan hahahhaha....best ye ada bajet buat tuh...so detaillll terbaikkk...nanti kalu senang mmg nak booking apartmen cm korang...murah leh dok satu family :)

    ReplyDelete
  9. eh, setiap kali kita pergi xsampai pun tmpat2 ni..sobbss..
    pasni nak cari la tempat2 ni.. nmpk menarik je..

    *isi tabung tuk bby.. :)

    ReplyDelete
  10. Cantik semua gambar ;)

    Ridu Cameron :D

    ReplyDelete
  11. Nak tnya..boh tea sungai palas tue area mna?

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)