Friday, December 13, 2013

Aku sokong penyusuan susu ibu sepenuhnya

Aku kan sejak belum peknen lagi dah tetapkan niat nak susukan anak dengan susu badan sendiri, dan aku sangat-sangat mengagumi, menyanjungi ibu-ibu yang berjaya susukan anak dorang dengan susu badan ni.Sebab dari kajian yang aku buat sendiri (cewahhh), menyusukan anak dengan susu badan samaada direct feeding atau pumping ni sangat2 mencabar, ikut rezeki masing2, kadang2 susu banyak sangat, ada masa susu tak banyak.Orang kata nak breastfeed ni kena betul-betul cekal, tabah dan istiqamah, paling penting kena kuat semangat, sokongan moral dari suami sangat2lah penting.Aku selalu cakap kat Abi, "sayang teringin nak  bagi baby R susu syg sendiri"..Dan aku selalu pesan kat Abi, suruh dia sentiasa sokong niat aku, dan bagi semangat kaw2 kat aku kalau ditakdirkan aku patah semangat nanti..hehehehe..Aku selalu berdoa, semoga murah rezeki baby R nanti, harap sangat susu aku cukup untuk dia, paling koman pon cukup 6 bulan pon aku dah syukur sangat dah, dan kalau boleh nak completekan dua tahun terus.InsyaALLAH,mudah2an..
Aku memang sangat2 salute "tabik spring" dengan ibu-ibu yang breastfeed berbanding yang bagi susu formula kat anak, bukan nak pandang rendah dekat ibu2 yang bagi susu formula, aku taw rezeki masing2 tak sama, maybe ada sebab tertentu dorang bagi susu formula kat anak dorang kan, mungkin susu badan takde langsung ke kan.Aku faham semua tu, tapi aku memang lebih teruja bila tengah sembang2 ke, tengah blogwalking ke, terbaca kisah2 ibu yang breastfeed ni, aku suka betul , teruja lain macam berbanding dengan ibu2 yang dok menjaja citer susukan anak dengan susu formula yang mahal2 sampai cecah ratus2 setin tu.Kemain bangga lagi susukan anak dengan susu formula yang mahai tu, ye lah aku taw ko mampu sangatt..Tapi semahal2 susu formula yang ko beli tu, ko tetap takleh menidakkan kebaikan susu ibu ni, tak ternilai harganya bagi aku.Kalau aku lah, aku lebih berbangga kalau aku berjaya susukan anak aku dengan susu sendiri, tapi kalau ditakdirkan aku takde rezeki untuk itu, aku terpaksa akur pilih susu formula jugaklah,tapii tetap rasa nak salahkan diri sendiri sebab tak mampu nak susukan anak dengan susu badan sendiri..hukhuhkuhk...Ya Allah , murahkan rezeki anakku nanti...Aamiinnnn..
Dan sekarang, aku makin suka baca kisah2 dan pengalaman ibu2 yang breastfeeding ni, aku dalam proses nak memahami camne nak handle susu-susu yang diperah, camne cara penyimpanan yang betul, camne nak jaga suhu susu tu, camne nak bahagi masa antara kerja dengan buat stok susu, camne cara nak banyakkan susu..Aku harap sangat, aku boleh jadi macam ibu2 yang berjaya breastfeed kan anak dorang tu, aku pon nak jadi macam dorang jugak, aku pon nak jadi supermak jugak..hehehehe..Dan aku percaya semua ibu2 nak yang terbaik untuk anak dorang kan..Memang tak salah aku gelar ibu2 yang breastfeed ni sebagai supermak, sebab dorang2 ni lah contoh ibu2 yang cekal, tabah, kuat semangat, dan betul2 sayangkan anak..hehe..Teringinnnya nak jadi ibu2 yang camtu...Doakan ek semua..Doakan susu aku banyakk nanti..Orang kata kalau dapat lepasi 6 bulan susukan baby dengan susu badan pon dah kira satu pencapaian yang baik, kira kalau study dah boleh dapat segulung ijazah dah, tapi kalau dapat teruskan ke 2 tahun, lagiiii alhamdulillah, boleh dapat Phd atau Master lagi...heheheh..
Ibu-ibu sekelian (yang fully breastfeed) , koranglah idola aku, pencetus semangat aku..Doakanlah aku berjaya macam korang jugak.3 bulan je lagi baby R nak melihat dunia, semoga murah rezeki mu anakkk..Mama nak yang terbaik untuk awak..InsyaALLAH mama janjii...Amiiiinnnnn Ya rabbal alaminn..
Oh yer kalau ade ibu2 kat sini yang nak berkongsi pengalaman ke, tips2 tentang breastfeeding ke, bolehlah share2 ngan aku yer..Untuk lagi privacy, boleh emailkan kat aku kat elfekluz1921@gmail.com ..Tak salahkan kongsi ilmu, aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..Haaa gituu..
Antara blogger2 yang fully breastfeed untuk anak2 dorang adalah Irine Nadia, Pinky Momma, Aty Fared, Yana Ujang...Ramaii lagi sebenarnya tapi malaass plak nak tulis banyak2..hehehe..

11 comments:

  1. susu ibu adalah yang terbaik nory, even farah sendiri pun sekarang breastfeeding kan Ash... ^_^... semoga dimurahkan rezeki dengan susu ibu tu yer...

    ReplyDelete
  2. susu ibu mmg susu yg terbaik..akak ada artikel nk share...nanti akk fwd kt nory cz rmi gk kwn2 blogger akak share artikel tu

    ReplyDelete
  3. betul tu.. setuju sgt. lagipun antibody baby pun akan bertambah kuat la. compare dengn susu tin. cuma skrg ni most mum bekerja. hihi.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Nory.. Moga rezeki anak nory dapat khasiat susu ibu nanti. Dlm entri blog ummiabi ade gak cara handle ebm.
    Kot2 nak rujuk, bolehla cari ye..:)
    http://nukilanummiabi.blogspot.com/2011/08/bf-mom.html

    ReplyDelete
  5. Nory....akak mmg suka breastfeed....adik nory nanti baby dah keluar always bfeed ye...itu mmg pengalaman yg sgt2 bernilai :)

    ReplyDelete
  6. holoh holoh..iols dpt full bf smpi ank setahun je..pastu susu drop sbb stress keje, bz melampau...terpaksa campur..sobsob pengalaman bf ank sgt indah...janji kena rajin...especially bgn tgh malam tu..hahaha klu ank x bgn tgh mlm nyusu, kita kena bgn utk pam..giteww ai maleh..x bgn pn tgh mlm...muahaha

    semoga dipermudahkn ye nory nyusukn ank nnt...insyaAllah..rajin² membaca and bertanya kwn2 yg ada pengalaman... :)

    ReplyDelete
  7. Ye susu ibu adalah susu yg pling baik skali utk baby..akak anak sulung smpi 6 bulan breastfeed..Alhamdulillah ank kedua akak nekad nak breastfeed smp ank 2 thun sbb ank sulung smp 6 bln je..agak terkilan..tuh yg dpt ank ke 2 memg azam btul2 n syukur sgt sbb bjaya smp die 2 thun..Nak breastfeed ank smp 2 thun memg kne kuat mental fizikal nory..nak simpan stok susu pun kena tau cara dan teknik..kne catat tarikh n masa susu di perah...

    ReplyDelete
  8. bagusla kalo nory pk cmtu...ramai org skrg ni xbg baby dorang susu ibu...

    ReplyDelete
  9. INSYAALLAH KALAU DAH NIAT ALLAH MAKBULKAN AMIN... AMINN... MOGA DIPERMUDAHKAN..

    ReplyDelete
  10. in shaa Allah. semoga di permudahkan utk nory ye..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)