Sunday, December 15, 2013

Dah besar dah anak buah aku


Pejam celik pejam celik, dah besar dah anak buah sulung aku ni, nak naik darjah satu dah tahun baru ni.Teringat lagi masa dia baru lahir, eksaitednya kami sekeluarga nak dapat anak buah/cucu pertama.Masa tu aku baru kerja, dapat gaji je terjah butik Anakku beli playpan untuk dia.Sekarang playpan tu ada lagi, dah nak masuk 2 orang dah adik dia.Cepatt giler masa berjalan.Tahun depan nak dapat adik baru lagi, dalam diam2, dah nak jadi abang kepada 2 orang adik dah..Huhuhu..

Ni citer masa graduation tadika dia 16 November 2013 aritu, siang tu kan aku ada buat makan-makan sempena besday aku, lepas maghrib je, kitorang semua terus ke Dewan rakan Muda untuk majlis graduasi Danny.Tak sangka plak yang Danny terpilih sebagai wakil pelajar untuk bagi ucapan kat atas pentas tu, waaahhh bangga lah jugak tengok dia boleh baca teks ucapan tu, biler suruh dia baca kat rumah, dia susah betul nak tunjuk, memang jenis budak yang tak suka show off kot dia ni, rupanya ada bakat terpendam,cikgu dia pun puji dia antara pelajar yang lancar membaca berbanding kawan2 yang sebaya dengan dia.

Tengok tu, nama danny (Airiel Danish Bin Hairi) terpampang kat senarai aturcara majlis, fofularrr kau kan..hehehe..Bangga ibu dan ayah dia.Aku pon tumpang bangga sekali.Tahniahh abg Danny..


Bergambar kenangan sebelum naik ke pentas terima sijil..Macam skema je ayat aku kann...kuikuikuikui..


Berjaya jugak tamatkan sessi persekolahan, selamat menjalani alam persekolahan yang baru yer..


Tamat dah pengajian Danny selama 2 tahun kat Tadika Islam Nur Haziq..Danny start belajar kat sini dari umur 4 tahun, setakat ni dia memang lancar membaca, pengetahuan agama pon tiptop, alhamdulillah.Moga jadi anak yang soleh ok abg..


Tinggal kenangan, jangan lupa jasa guru yang banyak mengajar abang jadi orang yang berguna taw..


Sessi penyampaian sijil dah habis, sessi kitorang plak tak habis2 lagi..hahaha..Kat sini pon jadikk nau kerja nak tangkap2 gambar bagai..



Weoll yang datang sebagai pompom girl untuk abg Danny, Abg Danny ada buat persembahan jugak malam tu, tapi ntah mana ntah hilangnya gambar kat dalam kamera aku ni.Yang ada video je, kemain lagi dia menyanyi dengan gitarnya, mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan, dah bapakknya ahli muzik, makngah nyer plak kaki karoke...ehh nak jugak kaitkan dengan diri sendiri tu..heheheh..Dan tahniahhh, menang persembahan terbaik tu, dapat tempat pertama lagi..Gud Job Danny...Pasni leh ikut Angah gi karokkk lagi macam biasa...ahahahha..


Gambar manja2 ngan Abi pon terselit jugak..Hentammlah labuu...hahahah


Kiri sekali tu Along aku, bapakkk si Danny lah..Yang tengah macam tak kenal plak kan, Abi aiiiiollss lah...Yang kanan sekali adik sepupu merangkap jiran sebelah rumah, dia nak ikut jugak, aku hangkutt lah sekali...Ramai2 kan meriahh...hehehe..


6 comments:

  1. Hahaha..memg meriah fmly nory nih

    ReplyDelete
  2. Cepat je masa berlalu kan...anak buah disayangi dah masuk darjah satu....harusss nory seronokkkk...lg seronok x lama lg nory sendiri akan timang anak sendiri...yeyyyy

    ReplyDelete
  3. KDG MMC TU LAH X PERASAN PUN.. MASA CEPAT SGT BERLALU..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)