Friday, May 23, 2014

Dari Mamex Cherish bertukar ke Dutch Lady


Niat hati dari sebelum bersalin lagi, konon nak full breastfeed kan baby paling koman pon 6 bulan.Tapi kita hanya merancang, tuhan sebaik2 penentuannya.Rizqy lahir je, memang dia dah pandai direct BF, dia pandai cari dan kenal puting, takde masalah.Susu badan pon alhamdulillah banyak pada awalnya, tapi makin lama macam tak cukup untuk Rizqy, nak2 plak baby boy memang kuat menyusu, aku plak dengan stress sakit kat bawah tu lagi, nak ngempeng Rizqy lagi, pulak tu Rizqy kena jaundice yang tinggi plak tu, ulang alik KK n Hospital..Memang kena susu yang banyak, aku tak konfiden yang susu aku cukup untuk dia, Dahlah masa dia kena kuning tu, dia tak berak 4 hari, masa tu fully BF lagi, bila gi KK kuning dia makin naik, dia plak tak berak2, padahal dengan berak lah kuning dia akan turun.Orang sekeliling dah heboh suruh aku bagi je Rizqy susu formula, aku masa tu blur.Aku cuba tahan lagi tak bagi susu formula, tetap dengan pendirian hanya susu ibu yang terbaik.Tapi tu lahh tu, bila terbaca yang kuning berpanjangan ni kadang2 berpunca dari susu ibu yang tak sesuai dengan baby, aku terus mengalah nak bagi susu formula jugak kat Rizqy.Aku taw susu ibu paaaling terbaik, tapi dalam kes aku ni, aku kena pikir kesihatan anak, aku taknak anak aku kena kuning berpanjangan, walaupon orang kata takpe bagi je susu ibu, walaupon dia tak serasi dengan susu ibu, tapi lama2 kuning tu akan hilang sendiri, tapii aku macam..alaaa lama2 tu sampai bila?Aku taknak tengok anak aku kuning lama2.

Start dari situlah aku mula bagi susu formula kat Rizqy, alhamdulillah elok je dia berak lepas 4 hari dia tak berak..Kalau taw dari mula dulu aku dah start campur susu formula untuk Rizqy, janganlah kata aku kejam, aku cuma nak yang terbaik je untuk anak aku, Walaupon tak dapat bagi full breastfeeding kat Rizqy, atleast dia campur susu, susu badan dia minum, susu formula pon dia minum..Apa yang aku perasan, memang banyak perubahan positif lepas Rizqy minum susu formula + susu badan.Lagipon dalam pantang, apa yang aku makan pon takut tak cukup berkhasiat untuk susu aku.So, aku rasa tak salah aku cmpur susu untuk Rizqy, bukan aku tak bagi susu langsung..

So far setakat ni, Rizqy masih menyusu badan dan minum susu formula..Bila dah start kerja ni, aku set kan waktu menyusu untuk dia, siang kat rumah pengasuh, minum susu formula, malam minum susu badan, sebab Rizqy memang dah biasa ngempeng sambil tido..Kalau dia dah minum sebotol susu formula pon, tapi nak tido dia tetap nak ngempeng (susu badan) jugak..Pernah jugak tipu dia bagi dia hisap puting kosong tu, tapi dia lagi bijak takmau puting kosong, nak puting ada susu je..hahaha...

Bab susu formula plak, pada awalnya aku bagi Rizqy minum Mamex Cherish ni, harga dia memang mencekik darah lah bagi aku yang gaji cukup2 makan ni..Tapi masa tu fikir, alaa Rizqy kan campur susu (susu badan + formula)..Apa de halll, ..Tapi tu dalam pantang, 24 jam aku dengan dia je, bila dah start kerja, duduk umah babysitter, haaa ambik ko, sekotak 600gram tu tak sampai seminggu dah habis..Dia plak makin kuat menyusu sekarang..Hohohoo..Takleh jadik ni, rabak poket abah kaw kalau camni..Bukan nak berkira, kalau ikutkan hati sedih je nak tukar ke susu murah..Dahlah tak dapat bagi susu badan sepenuhnya, susu plak kena tukar susu murah..Alahaiii sebak hati mak ni taw...Tapi aku taw Rizqy sangat memahami..

Genap 2 bulan 3 hari umur Rizqy, aku n Abi sepakat nak cuba tukar susu dari Mamex Cherish ke Dutch Lady..Harga Mamex Cherish tu sekotak 600gram, RM58.60..Haaa cer bayangkan kalau sebulan 6 kotak...Susu sahaja dah beratus2..Kalah duit sewa rumah taw..Takpelah kita ikut kemampuan kita je yer, nasib baik anak mama ni memahami, aku try beli paket kecik 650gram Dutch Lady langkah 1..Balik rumah sambil godak2 susu, rasa nak nangis pon ada..Bila susukan ke Rizqy, dia hisap je tanpa banyak bunyi, alhamdulillah dia tak tolak, berak dia pon okay takde masalah, maknanya susu tu serasi dengan dia..Susu Dutch Lady 650gram ni baru RM20.20 je kat Tesco..Cer tengok bape banyak beza harga dia dengan Mamex tu..hahahaha...Serammm mak..Susu Dutch Lady ni, Rizqy nak minum banyak mana pon takpe, insyaALLAH mama mampu beli..hehehe..


*susu ibu tetap susu yang terbaik....




14 comments:

  1. dear... nory darah O ke? sbb kalau ibu darah O, mmg posibility utk anak jaubdice berpanjang sampai 1bulan lebey mmg ada, itu nama nyer breastmilk jaundice, akak tau sbb akak darah O & Amsyar jaundice 1bulan lebey he3....

    btw... x jatoh dosa pon kalau baby campo fm... atleast da usaha + apart of it, Nory sendiri pon x berapa sihat masa 2... still, u have done great dear for Rizqy....

    ReplyDelete
  2. Baby ke-2 sy dulu teruk kena kuning.. 5 hari masuk wad... rasenya betul jgk faktor susu ibu punca bby sy kene kuning.. mgkin salah sy sbb sy gatai2 pi minum teh org kampung coz sy nak bagi lawas buang air besar (sbb takut sejarah bsalin baby first yg kene sembelit kronik... hihi).. maybe la teh tu effect kat susu ibu.. wallahualam :D

    Xpe nory.. walaupun dah guna susu formula, teruskan BF baby.. Janji baby still dpt khasiat susu ibu...

    Sy pun guna susu Dutch Lady ni.. alhamdulillah OK :)

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan Lia, tak jatuh dosa pun. Mom got to do what they got to do :) anak happy bila emaknye happy..so menyusukan anak ekslusif tu sepatutnya menjadi pengalaman yang menyeronokkan jangan pula sampai membebankan :)

    saya ada dua pengalaman.. menyusukan anak tanpa formula dan guna formula. memanglah diakui susu ibu ni banyak khasiat. anak lebih pintar dan jarang sakit tapikan rezeki anak-anak tu lain-lain.. yang penting kita berusaha yang kita mampu :)

    So sekarang ni jangan ambik hati sangat kata-kata orang k. take care!!

    ReplyDelete
  4. anak saya pon minum ducth lady...lepas pantang try bagi nan (harga 60++), dumex perisa buah2an tapi dia xmo minum sgt...sikit je.... susu ducth lady ni anak saya minum ok je...kalo dumex bila poo pooo agak keras sikit....

    ReplyDelete
  5. Mama Nory tak kisahla susu ibu ke susu formula ke yang penting Iqy makin bambam. Moga membesar dengan sihat ye.

    ReplyDelete
  6. Xpee iqyy pahammmm.. kita ikut kemampuan kitaaaa.... nnti mama ida belanja iqyy susu ehhh tapi kene maii umah mama dulu laaa kuikuikuiii g ajak abh dtg sini mihmihmihhh

    ReplyDelete
  7. btol tu..ikut kemampuan dan yg pntg anak akak selesa =)

    ReplyDelete
  8. dgn anak mmg x blh berkira .. tp niatkan dalam hati ikut kemampuan insyaallah allah permudahkan.. yg penting serasi dgn iqy ..

    ReplyDelete
  9. Nk nangis baca. T__T ank kte memahami, insyaAllah.

    ReplyDelete
  10. kawan saya ada sama kes cam nory,anak dia jaundice punca tak leh terima susu ibu..doktor kata tak serasi susu ibu (ini betul tau, sapa tahu kuasa Allah) & terpaksa bg susu formula..tp bila jaundice dah ok, doktor kata boleh bg susu badan..
    anak saya dlu minum mamex cherish...memang setia sbb itu je serasi..tp masa anak saya dlu harga dia tak semahal sekrg (beza beringgit2 juga) tu pon beli kat kedai ubat cina..

    ReplyDelete
  11. Dutch lady 0-12 ada ke...
    Sama ke dgn dutch baby 0-12

    ReplyDelete
  12. Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

    ReplyDelete
  13. Saya pun sama dah niat nak bagi baby susu badan sepenuhnya tapi apakan daya air susu 1 bulan je keluar lepas tu skrang baby dah 2 bulan terpaksala bagi susu formula sbb air susu ibu dh kering sangat..
    Mula2 dokter bagi s26 dengan dachbaby so saya bagi s26 dulu buang susah buang air besar tukar ke duchbaby sama juga kembung skrang tukar ke mamex belum tau lagi mcm mana perkembanganya baru 1 minggu mudah2an sesuai dengan baby...

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)