Sunday, August 3, 2014

Kisah Raya Kami


Kisah raya pertama dimulakan dengan gambar anak bujang yang sedang meneraii songkok raya nya.Syawal pertama buat Rizqy, mama n abah nyer lah orang paaalinggg excited..Abahnyer kemain nak sangat tengok anak bujang dia bersongkok sampin bagai, mama pon join excited sekali lah.Kitorang balik kampong Abi 2 hari sebelum raya,kitorang paling awal sampai kampung dari adik beradik Abi yang lain.Kakak n abang2 Abi sampai esok nyer.Sampai awal kat kampong, kitorang amik kesempatan singgah pekan Tg Malim nak setelkan kelengkapan Iqy untuk syawal pertama, yup!! sibuk mencari songkok n sampin..Mujur jumpa jugak size songkok Iqy, Iqy pakai size 19..Longgar sikit, tapi nampak smart gituu..Wahhh kemainn anak mama..Pastu cari sampin plak, tak susah nak cari size Iqy sebab dia pakai size budak umur setahun pon boleh..heeee..

Esoknya pagi2 lagi Abi dah keluar gi pasar dengan abah, beli bahan2 untuk masak hidangan raya.Kat kampong Abi ni, raya pertama memang meriah dengan tetamu yang balik dari sembahyang raya, jiran2 semua lah..memang busy dari pagi sampai ke petang, memang takde can nak gi berjalan raya pon, hari raya pertama duduk rumah layan tetamu je..hehee...

Petang tu kakak Abi sekeluarga pon sampai, kakak Abi ni memang suka dan rajin masak, sebut je nak makan apa, dia rajin je nak masak..Kalau akak ada memang dah taw dah mesti menu best2 punya, mesti jahanam diett aku, sebab akak masak memang sedappp...hewhewhew..

Pastu sorang2 adik beradik sampai, Abg Din dan isteri dari Ipoh , dan Abg Mail sekeluarga dari Batang kali.Yang takde Achik je , Achik dalam pantang kat rumah mertua dia, raya kedua baru dia balik sini.Sedih jugak Achik takde dipagi raya, biasanya dia lah orang paling busy bila raya, taun ni dia dah ade keluarga sendiri, dalam pantang plak tu..

Malam raya kat kampung Abi meriah giler, anak2 buah kemain seronok main bunga api, dengan bapak2 budak join sekali, dah macam pertunjukkan bunga api kat halaman rumah, dalam keseronokan esok nak raya, hati ni sayuu jugak teringat keluarga kat KL..Uwaaaaa rinduuu oooo..Ermm tak sabar tunggu Iqy besar sikit, biar dia faham rasa keseronokkan hari raya ni, sekarang ni dia tak faham lagi apa tu raya, dia tau tidooo je orang selit duit kat tangan dia...hahahha...Dah nama pon Rizqy, memang murah sangat rezeki dia..Heee..


Pagi raya, excited bangun awal2 sebab nak siapkan Iqy..Tak macam taun2 sebelum ni, pagi raya pon bangun lewat...Haishhh buruk benor perangai kan..hahah..Taun ni dah ade anak, matang lah sikit kot kannn..hahahaha...Pukul 7 dah mandikan Iqy, siapkan dia, Abi plak siap2 nak gi sembahyang raya, excited sangat nak bawak Iqy, saborlah tunggu iqy besar sikit nanti bawaklah..huhu.

Kemainnn hensemmm bersongkok bersampin berkasut bagai..Kalau bab melaramm mak ko memang kakiiii...Mama selebet takpe asalkan anak smart tip top..hahaha..Gaya tak macam budak umur 4 bulan..Memang hantu kamera dak Iqy ni..Senyum senget tu macam biasalah, dah jadi trademark dia..Fotostat abah dia sungguh..anakk oo anakk..


Tak lama pon bertahan, sebab time tidoo dah sampaii.Tido pon kena smart2..Songkok je tanggal japp..hahaha..Sampin dah lepas ke dada...Hentammlah labuu..

Sessi bermaaf2an ditunda lewat sikit, sebab busy pagi2 melayan tetamu, dekat tengahari baru mula sessi bermaafan..Drama airmata pon bermula, memang sayu giler masa sessi bermaafan ni, mula2 boleh tahan lagi, tapi bila Abi pon dah meleleh2 air mata, aku pon jadi tak tahan nak tahan sedih tu..



Lepas sessi bermaafan , sessi wajib, sessi bergambar plak..dimulakan dengan potret keluarga Nyah (Abg kedua Abi) dari Batang Kali.



Keluar kakak Abi dari Sekinchan,Selangor.



Paklang (Abg ketiga Abi) dan isteri dari Ipoh,Perak.



Adik2 bujang Abi dan mak abah mertua..


Dan last sekali family kecik kami, dahulu berdua sekarang bertiga.Terima kasih Ya Allah kerana bagi aku peluang menikmati syawal bersama anak dan suami tersayang...Ah syahduunyer...Raya taun lepas tak sedar Iqy dah ada dalam perut tengah berenang2, taun ni macam mimpi bila Rizqy ada dalam dakapan kami..Rizqy adalah rezeki mama abah paling berharga..Selamat Hari Raya , anak bujang mama!!





Yang takde dalam gambar Abg Mie (Abg sulung Abi) dan Achik (Adik pempuan Abi)..
Petang raya pertama pon berakhir, anak beranak dah tewasss..Dak Iqy dah berpeluh2 basah lencun baju melayu, last2 tido bogel pakai pampers je..Kemainn lena..Penatt  beraya seharian..Sambung esok plak yerr..





Anak2, cucu menantu Mak Abah..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN


Eh japp...japp...jappp...nak belanja gambar Iqy stylo mylo di pagi raya bersama Paklang Din..


Amboiii kemainnn lagi kan...Spek mata dah sama labuh dengan pipi dah...hahahahah...



5 comments:

  1. assalamualaikum nory..selamat hari raya maaf zahir dan batin. comelnya iqy bergaya sakan tau... ada kat rumah bila? nak datang berayaaaa :)

    ReplyDelete
  2. Wah paling special kasut Iqy..siap ada nama die special bwh kasut..

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya nory, mmg nampak sgt teruja muka nory tahun ni raya bertiga ... tahun dpn lg meriahkan kalau iqy dah berjalan.. mmg seronok lyn budak² ni.. kemeriahan beraya terasa sgt.. kt pun dah x beria dah dewasa.. jadi layankan anak².. janji happy..

    ReplyDelete
  4. hensemnye iqy...smart..
    selamat hari raya ye

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)