Friday, August 29, 2014

Rizqy cucuk 5 bulan

Saje nak update pasal Iqy kena cucuk sempena 5 bulan..Bulan ni appoitment Iqy kat Klinik Kesihatan (KK) lari sikit dari tarikh sepatutnya Iqy 5 bulan.Biasanya selang beberapa hari je lepas dia genap usia bulan kan.Iqy 17hb genap 5 bulan, tapi appointment 26hb, aku kerja half day Rabu aritu, Abi plak kerja shift pagi, so tengahari dah balik kerja, boleh join gi KK sekali.

Balik kerja 12.30 terus amik Iqy dari rumah babysitter, lepas tu terus lepak rumah mak aku dulu, tunggu Abi balik, appointment kul 3ptg, sempatlah dak Iqy tidur seround, tu pon tak lena tidur, asyik kena buli je dengan maksu Tasha dia.Pukul 3 pergi KK, uihhh ramai plak orang, jenuh nak menunggu, Iqy plak dah "banyak kerja" sekarang ni, nak berdiri tepuk2 meja lah, pusing sana pusing sini, nasib baik dia tak meragam, aku rasa dah boleh kot bawak dia masuk panggung tengok wayang, hahaah..Paling koman pon dia mesti tertidor punya dalam panggung nanti, dia macam nyamuk, kena aircond je tidurr..hahaha..

Macam biasa kat KK, mesti kena lalui step by step barulah setel sume boleh balik, bila nama Iqy dipanggil, kena bogelkan Iqy untuk timbang berat dan ukur tinggi, oiiihh ni memang Iqy suka lah kalau part buka2 baju ni, makin ligat lah dia berpusing2 , nak pakai baju balik pon susah.pffftt...

Berat Iqy untuk 5 bulan ni :

Berat : 9.3kg
Tinggi : 69cm

Alhamdulillah , berat badan Iqy ideal gituu, sesuai dengan ketinggian dia..Walaupon orang ternganga mulut bila dengar berat dia yang dah hampir sama dengan seguni beras tu..hahaha..Alhamdulillah tak obes..Sepanjang dok menunggu giliran tu, ramai yang menegur Iqy ni, susah jadi budak hensem ni taw..hahah..Bila cakap umur Iqy baru 5 bulan, mesti orang terkejut..Badan dia panjang , Sadoo plak tu, orang ingat budak setaun  dah dia ni, tapi bila dokong, lembik lagi, baru orang percaya dia baru 5 bulan..hehehe..Nurse2 kat situ plak dok panggil dia "anak arab", siap panggil "pak syeikh" lagi..hurmm hentamlah labu, arab pon arab larr.Taktaw lah kenan pak arab mana dia ni..pfffttt..

Lepas dah timbang semua, nurse pon bagitau lah yang bulan depan Iqy dah boleh start makan bubur nasi.Nurse cakap genap je usia 6 bulan, terus bagi Iqy makan, aku exciteddd weyyy, excited sangat bila tak lama lagi anak dah start makan, tak sabarrr tunggu Iqy genap 6 bulan.Tapi hurmmm rasa cepat sangat masa berjalan, rasa tak puas lagi jaga dia masa kecik ni..hehe, tak lama lagi dah besar, dah berjalan, dah berlari, nak ke tak lagi dok berkepit ngan mama, alahaiii sindrom mak2 sangat aku ni taw..

Lepas dah dengar penerangan dari nurse tu, bawak Iqy ke bilik suntikan plak untuk cucuk kat peha gebu dia tu.Sebelum kena cucuk, sempat lagi nurse tu perah2 peha Iqy yang montok tu, sampai merah2 peha dia, geram punya pasal..hahaha..Dia dah start meronta2 dah time aku pegang peha dia tak kasi bergerak, ni baru kena pegang peha, belum kena cucuk lagi..Pastu sappp!!! nurse suntik jarum kat peha Iqy, reaksi Iqy ...Hurmmm, cool n steady macam takde menda berlaku je, ke sebab lelemak kat peha tu tebal sangat sampai cucuk jarum pon tak rasa..ihkihkihkih..Gud Boyy anak mama..Sedut gas kemain nangis lagi, cucuk montot macam takde menda berlaku je..Heyyy autaa lebih taw budak ni..Kadang2 mama konpiuss taw tak..


Layan ekeperimen dari mama dulu..Iqy pasrah je diperlakukan apa saje kat dia..Terserlah ke"azroyy"an nya kat situ, dengan kie dekat dahinya, amboiii mama dia tengok pon cair tawww..Ni kalau posing kat motor abah dia lagi mengancammm ni..Okey tggu next "eksperimen", tau lah mama dia kerjakan nnt..heheh


Ni gambar sebelum gi cucuk montot, main selfie2 ngan Ashu Tasha dia..Balik dari klinik, mentidooo dalam kereta, ubat cucuk tu mengantuk ke atau Iqy dah memang ngantuk??huhu..

6 comments:

  1. mmg azroy sgt ni..

    ku jejakkk jalan yg berliku...
    cewah! iqy nyanyi haha!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nory, comelnya iqy. geram tengok. muka dia tu, haiii cair tau dak. pasni iqy dah leh makan. nyumm nyummm!

    ReplyDelete
  3. ekekekkeeemcm2 fesyen Iqy ni... x jemu tengok wpon berulang kali...

    ReplyDelete
  4. eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii baru beberapa jam berlalu, mama ida dah geram balik dekat iqy ni!! haishhhhh

    ReplyDelete
  5. haha pandai nory gayakan dia.. azroy sgt tau.. pasrah² iqy rela ... jadi model...

    ReplyDelete
  6. Dah la ensem boy.. Mama dia fesyen kn dia gitu.. Alahai.. Cair aweks2 tgk awk tau iqy..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)