Friday, August 15, 2014

Rizqy Stylo Mylo







Bak kata Abi, aku ni suka buat "eksperimen" kat Iqy, suka gayakan dia.Ni nasib anak lelaki, kalau anak perempuan ni lagi aku gayakan macam2.Aku selebet takpe, tapi anak kena styloo, smart sentiasa..Sampai tahap nak tido pon kena smart2..hahaha..Nak gi umah mak aku yang sekangkang kera tu pon kadang2 aku melarammkan dak Iqy..Mak aku selalu cakap, alaaa Iqy ni dah pakai smart2, hensem2 bagai, pegi rumah nenek je pon..hahahaha..Hade makk kesahh??

Aku suka buat #OOTD (Outfit Of The Day) Iqy kat Instagram (follow lah @noryzoulkefle)..Tapi bukanlah niat nak menujuk2 ke takk, tapi sekadar berkongsi, sebab aku pon suka tengok OOTD anak2 orang lain jadikan sumber inspirasi gituu..Tak de plak aku cakap dorang menunjuk2 ke hape..Yela lain orang lain pandangan nyer kan..Yang penting tak baik bersangka buruk kat orang..Tak semestinya upload gambar anak sentiasa bermakna nak menunjuk2 anak dia cantik comel, cer pikir positiff sikit..Biar terhindar dari PHD (perasaan hasad dengki).


Untuk OOTD Iqy kalini, Iqy memakai T-Shirt Baby Geek dari Instg Online Shop @Gobocbaby..Iqy pakai size 1year tu..Ngam2 je kat badan dia..Budak 5 bulan pakai baju budak setahun..Pffftt..Seluar plak dari Baby Kiko, size 2tahun...hahaha..Eh baby kiko aku beli sale murah2 je, takde makna nak beli yang mahal2 tu..Poket tak teball mane dik nuunn oii..Tapi selera tinggi..muahahaha...Kasut plak, nanti aku buat next entry sebab kasut ni paling ramai tanyaa,tiap kali gi beraya mesti ada yang menanya,tak kurang jugak yang PM bertanya, ramai berminat plak ngan kasut Iqy tu mungkin sebab special design ada nama "Rizqy" kat tapak kasut tu..Tapi ada jugak yang mempertikaikan kenapa nama di tapak kasut..Hurmm macam aku cakap, ikut lah pendapat masing2, nak ke taknak..Orang tanya aku jawab je, Nanti ek tggu next entry pasal kasut tu..

8 comments:

  1. Assalamualaikum nory. heeehe lawa kot nama Rizqy kat kasut dia. senang nak cam barang dia. hehehehe. iqy memang stylo, besar esok mesti ramai peminat ~~~

    ReplyDelete
  2. same...suke tgk ank kacak2 gitewwwww..mak selekeh pe de hal..apak die da syg..kakakakak
    Iqy hensem sgt2..

    ReplyDelete
  3. Comelnya. Handsome nya Iqy. Akk pon berkenan ngan kasut tu juga. Kalau ada utk toddler nak juga beli untuk anak² ☺☺

    ReplyDelete
  4. eee..memang geram sentiasa kalau tgk muka Iqy ni. Dah la comel, hensem pula tu. Tergoda aunty tau

    ReplyDelete
  5. alololoooo comey nyer dia...

    * umah akak area kilang george kent ;)

    ReplyDelete
  6. hehe..xsbr nk tnggu entry kasut..awl2 dlu lg dah notice nama tu dkt kasut..:)

    ReplyDelete
  7. ida tak suka OOTD tu. kalau orang dewasa buat rasa meluat! kalau bby buat rasa heii comeiii hahhahahahhaha

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)