Friday, September 12, 2014

Jom Port Dickson (Part 2) - Mandi Laut


Tak pasal2 sambung ke Part 2, ni semua boss punya pasal kacau daun je.haha.Boleh klik untuk entry sebelum ni Jom Port Dickson..Kitorang gerak dari rumah pkul 10 lebih pagi sabtu tu, sampai sana lebih kurang kul 12 something camtu lah, sampai2 je terus check-in, nasib baik boleh check-in awal sebab sepatutnya check-in kul 3petang..huhu..



Sementara tunggu papa settlekan booking kat kaunter, kitorang lepak dulu kat tepi kolam renang.Kemain anak bujang aku bergambar sakan dengan sepupu dia Delysha..Gaya macam dah pandai sangat berdiri kan, jangan percaya sangatlah dak untat tu dah boleh berdiri sendiri tanpa bantuan, aku yang dok menahan belakang dia tu..Cuma tak nampak je tangan aku.Aku kan suka buat eksperimen kat dak Iqy, dia redha je la..haha..


Ok dah setel check-in, terus angkut beg semua naik ke bilik..Anak buah buah aku yang lagi dua orang tu dah selamat berlari ke kolam dah, dorang orang pertama mandi kat situ aritu, rasmikan kolam,hahaha.Iqy tukar baju dulu, plan nak mndi laut dulu, pastu baru mandi pool plak..Lagipon nak penuhi hajat dihati ni nak beli swimsuit and pelampong untuk Iqy kat tepi laut, sebab yang tokey kedai pelampung tu kawan mak aku.heehehe..Dapatlah diskaun sikit.


Taraaaa, Iqy pon eksaited dengan swimsuit baru dia,memang yang macam ni pon yang aku idam2kan, terserlah ke"sado"an Iqy disitu ketak2 abaq ang..hahaha..

Swimsuit ni memang aku dah ushar lama, memang plan nak beli kat sini, sebab pernah tengok sbijik macam ni kat Parkson n AEON, mak oii harga cecah ratus2 wey..Kat kedai pelampung tepi laut murah je baru RM28, Bukan nak pakai hari2 pon, beli yang murah2 sudah..hehehe..


Ehem-ehem terserlah ke"sado"an Iqy kan..


Iqy ready to swimmm..Hello laut, selamat berkenalan.First time Iqy kenal laut ni, sama mcam Iqy dalam perut laaa, macam air ketuban mama...hahahaha...



Mana lah orang nak sewa banana boat ni??Ngantok Iqy tunggu customer taw..heee


Sepanjang kat laut, abah tak kasi can langsung mama pegang Iqy, takut sangat mama terlepas Iqy dalam laut tu, hahaha,,,So, abah je melepekk ngan Iqy main celup2 kaki kat gigi air, mama dah ketengah dah main selam2..hahaha...


Mama boleh pegang Iqy jauh2 dari laut je, dekat2 abah tak bagi.huhuhu...


 Mula2 Iqy takut nak jejak kaki dia kat dalam air laut tu , dia geli semacam, tapi lama2 baru okay..Eksaitedd terus..Jakun eh jumpa laut..hahaha


Tapi tak lama pon dia main celup2 kaki kat air laut, pastu mata dah mamai nak tido, kalah dengar bunyi ombak dengan angin laut yang sepoi2 tu, buat dia terbuai2  dan terus tertidurr.Lena kemain dia..Syiokk kot tidur sambil dengar bunyi ombak..



Dah tidur baru abah passing kat mama, abah plak gi join mandi laut ngan yang lain2, mama tengok je dari jauh..Mata aku plak yang terdodoi2 rasa nak join Iqy tidor sekali, hahaha..


Dicha steady je main air laut, takde pon rasa nak tidur macam dak Iqy tu..huhuhu.


Sebahagian dar family yang ada, yang lain sume busy mandi manda..



Next entry mandi pool plak yer...Tungguu!!!







7 comments:

  1. aduhai dak iqy ni buat auty tergoda la..apasal comel sangat ni

    ReplyDelete
  2. Hensem iqy pakai spek...comel sgttt....

    ReplyDelete
  3. amboi dak Iqy ni... kan main melaram dgn aviator tu kan.... konon la nak jd pilot kannnn he3

    ReplyDelete
  4. hemsem iqy berspek..berswimming sut..

    ReplyDelete
  5. dah lepas rindu jumpe smlm wiwiwiwiiiiiii

    ReplyDelete
  6. You're so awesome! I don't think I've truly read
    anything like this before. So wonderful to find someone with genuine thoughts on this topic.
    Seriously.. thanks for starting this up. This web site is one thing that is required on the web, someone with a bit of originality!


    my homepage; lasertest

    ReplyDelete
  7. Production uses a model free Clash of Kings - Online Hack Read More »

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)