Wednesday, October 1, 2014

Dah pandai apa sekarang?



Sejak dah masuk usia 6 bulan ni, setiap hari ada je benda baru yang Iqy ni tunjuk..Kalau sebelum ni aku risau jugak dengan perkembangan Iqy ni, cepat jalan ke anak aku ni, cepat merangkak ke anak aku nanti, cepat berjalan ke tak anak aku ni? Masa 3,4 bulan dia aktif yang so-so je, tak seaktif macam bayi2 lain yang seusia dia disebabkan faktor badan dia yang agak tembun tu.Anak buah aku yang tua sebulan dari dia pon dah melasak tak reti duk diam dah, tapi Iqy still slow n steady je, jenis macam abah dia tak suka tunjuk kelebihan diri kat orang, suka tunjuk kat mama abah dia je.Kalau pergi rumah nenek ke, rumah sesiapa ke, dia statik je macam tak pandai apa-apa lagi, padahal kat rumah dia aktif jugaklah, asal sikit meniarap..Bila kat rumah orang, orang tanya anak ko dah pandai apa? Aku cakap lah dah meniarap..Tapi Iqy tak meniarap pon, orang mesti ingat aku menipu..Grrrr...

Tapi dah masuk 6 bulan ni, alhamdulillah, dia dah makin berani tunjuk kelebihan dia, dia dah makin lasak..Alhamdulillah anak aku normal, tapi nauzubillah baru aku taw camne penatnya bila dia dah start tak reti duduk diam, lagi2 sejak dah pandai bergolek2 ni, taw2 je dah bergolek bawah meja..Kusss semangatt!!!Taw2 je dia dah tarik2 barang kat kabinet tv..Pufffttt...Time tu lah cakap kat diri sendiri, ha.. rasakan ko nak sangat tengok anak ko melasak kann, silalah bertabah mengemas rumah tonggang tonggek..Tu belom pandai berjalan lagi tu, merangkak lagi..Hurmmm..Takpe...takpe...sel-sel otak Iqy sedang berhubung tu..Sel-sel urat mama plak rasa nak tercabut ni..hahahah..

4 comments:

  1. layankan jer... penat mmg penat tp mmg best kannnnn

    ReplyDelete
  2. Sel sel urat mama leh sambung pakai tali x... go go iqyy sepahkan umah lagii iqyy goooo muahhaahhaa

    ReplyDelete
  3. Assalam nory,
    haaaaaaaaaaaaa..get ready la sesiap bila iqy dpt kaki sok tau :P
    mcm akak ni, kita lepaskan jer koje2 kejor mengejor kat ayah dia..
    koje menjerit2 ahkak la ketua nyer....he3
    sampai jiran kabo kat akak anak sorang macam anak sepuluh
    tau2 ja la sora mami kalo kuor ghope alarm sajork kekdahnya gitew yer dop he3

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)