Tuesday, October 21, 2014

Walker untuk Rizqy

Ni hadiah sempena Iqy genap 6 bulan, bulan lepas.Genap umur 6 bulan dapat dua hadiah, satu dapt "makan", kedua dapat walker..Ingat senang ke aku nak bodek abah Iqy ni suruh belikan walker untuk Iqy, susah wey susah..Kena merajuk-rajuk dulu baru dapat..Kadang aku pon konpius ,sape yang nak naik walker ni sebenarnya, aku ke Iqy, hahaha..Mak dia plak yang lelebih dah kenapa kan..hehe..Sebelum orang hentam pasal keburukan walker ni biar aku cerita dulu ok..Ikutlah pendapat masing-masing, pendapat aku, takde masalah pon walker ni asalkan kaki anak dah cukup kuat untuk  berdiri tampong badan dia, so takde masalah kaki bengkok ke apa, yang penting sebagai ibubapa, kena sentiasa pantau lah, janganlah ko biarkan je 24 jam anak ko dalam walker tu..Macam Iqy ni, aku taknak dia skip alam merangkak, so aku kurangkan aktiviti dia main walker ni, kalau sebelah siang dia dah main lama kat rumah ibu dia, balik kerja aku tak naik kan dah walker tu, aku letak je dia golek-golek kat bawah, biar dia belajar merangkak dulu sebelum berjalan.Biarlah ikut step by step kan..Nampak hasil jugaklah, sebab dia sedang belajar nak merangkak sekarang ni..Dah angkat-angkat bontot dan goyang-goyang, cuma belum maju kedepan lagi..Asyik kebelakang je..hehe.



Ni masa hari pertama abah dia belikan walker baru untuk dia, sebelum ni dia guna walker kat rumah ibu dia je..Sejak abah dia tengok sendiri dia naik walker tu, barulah abah dia bagi green light belikan walker tu, semangat tu, aku balik kerja je, terus ajak aku pergi beli walker untuk Iqy.hehe..

Aku tergerak hati nak pergi beli kat kedai mainan sebelah JPN Puchong Utama, kat situ mainan budak memang murah-murah lah..Time pergi plak ngam-ngam memang tengah ada sale..Paling murah RM50++ , tapi Abi berkenan yang ni, tambah duit sikit je..RM99..Nampak kukuh sikitlah..Tak besar sangat dan tak kecik sangat, sesuai dengan keluasan rumah kami yang sekangkang semut tu je..hihih..


Suka lah tu dapat hadiah..Dah ushar dah hadiah baru yang akan di"pow" kat abah dia, Nampak macam abah dia pon berkenan..Tungguuu...Mama abah kumpul duit dulu ok..hehe


Ni masa celebrate sempena Iqy tumbuh gigi sebatang, kemain gigi tumbuh sebatang pon nak celebrate..Giler mak ko ni..hahaha..Dah nama pon #peminatfanatikanaksendiri.,nak wat camno kan..Sempena gigi tumbuh sebatang, mama abah, atok, nenen, neklang, toklang, achu Amy n Ashu Tasha bawak Iqy main walker kat Dataran Putrajaya..Haaa mainlah  puas-puas..Tapi Iqy terkelu lidah bak kata omputih "speechless" sebab luas sangat tempat tu, biasa main kat dalam rumah, jalan sikit langgar pintu, jalan sikit langgar kerusi, haa sampai sini, dia termenung lama, tengok je orang main, lama jugak dia dok diam camtu je, dah lama sikit baru dia berani explore, tu pon dekat-dekat je, alih-alih pantang nampak abah, terus mintak dukung..Penat kot jalan guna walker tu..hehehe..



IKLAN : RUANGAN TAPAK IKLAN UNTUK DISEWA (bawah header).BERMINAT SILA HUBUNGI elfekluz1921@gmail.com

10 comments:

  1. Sue pun berkira2 nk beli walker jg tp hubby x approve...

    Cantik walker iqy. X lama lg pandai la iqy merangkak.

    ReplyDelete
  2. cutenya walker dia...seronok ler bila dah dapat duk dalam walker tu kan...

    ReplyDelete
  3. wahhhhh x lama lagi da pandai jalan la Iqy kan...

    ReplyDelete
  4. hai budak encem..nanti dah pandai jalan boleh jenjalan dengan aunty pulak ye..hihihi

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum nory.. bestnya dah naik walker. adam pun nanti naik gak.. takpe, anak kita kan.. kita yang tentukan apa yang terbaik. in shaa Allah, takda apa masalah. hihiiii hadi yang tak sabor nak belikan walker adam ~~

    ReplyDelete
  6. kemain walker sampai putrajaya tau, hebakkk iqy org lain xbuat iqy buat...muah cikedddd...

    ReplyDelete
  7. hahaha.. sampai putrajaya walker iqy tu ... confuse dia mlm² tau dok dlm walker tu...

    ReplyDelete
  8. Bestnya iqy tumbuh gigi jer celebrate..iqy jgn lupa claim celebrate utk semua gigi tau..hehe

    ReplyDelete
  9. alahai comelnya rizqy.. rasa nak cubit2.. geram tengoknya..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)