Tuesday, November 18, 2014

8 bulan


17 Mac 2014 - 17 November 20124 
Happy 8th Monthsary Rizqy Hafiy Aish.Hadaplah entry celebrate monthsary Iqy ni tetiap bulan.Nanti dah masuk ulang tahun, kira tahun plak yer, time tu dah tak gigih dah mama nak mengira bulan.hihihi..
Bulan ni seronok giler dapat jaga Iqy secara full time, sebab mama dah berhenti kerja.Seronok kan dapat besarkan anak depan mata, 24 jam ngadap dia je.Nak-nak plak sejak dua menjak ni Iqy dah banyak tunjuk perangai baru, makin panjang akal, yela dah besar kan dia tu.

Dia dah pandai fahami apa yang orang cakap, misalnya bila dia berdiri, nyanyi lagu ketiyak kepopo mesti dia joget sambil goyang-goyang tangan n tersengih macam kerang busuk.hihi..Pastu bila cakap "Iqy pandai..." dia akan tepuk tangan sambil tersenyum bangga.Pandai sangat lah tu.hikhikhik..

Belom pandai merangkak tapi sedang berusaha keras ke arah itu.Esok lusa pandai la tu..Aku pon dah kurangkan penggunaaan walker kat dia, nak bagi dia belajar merangkak dulu.Kalau duduk dalam walker dia, dia punya laju kemain.Pastu terkinja-kinja dalam walker tu nasib baik tak roboh walker tu.hahah.

Dah pandai ajak jalan, kalau duduk rumah lama sikit mulalah ajak dukung sambil badan mengerekot tala ke pintu.Pantang tengok orang bersiap, lagi-lagi kalau aku tengah duk sarung tudung, dia dari dalam walker terus rempuh aku dengan kejam nya pastu tarik baju aku takmo lepas, pastu merengek-rengek mintak dukung, takut benor kena tinggal.

Dan lagi satu sekarang ni dia dah pandai "touching", pantang orang sebut "amboiiii dia tu", uwaaaa melalak.Tapi aku suka buli dia, saje je "amboi' kan dia, sebab dia akan nangis manja gitu, geram je tengok..hikhikhik.

Makan plak sekarang dah pandai memilih nak makan yang sedap-sedap je yang ada rasa je.Dan paling buat aku terharu dia hanya nak makan bubur masakan aku je.Masa pergi kuching aritu aku terlupa bawak blender n makanan dia, so aku order bubur ayam je kat restoran, tapi dia takmo makan.Sampai muntah2, aku try bagi Heinze pon dia takmo makan sambil kerut-kerut muka.3 hari kat Kuching, selera makan Iqy menurun, dia rindu masakan aku.Alololo suweettt taw tak..Balik je dari Kuching, aku masakkan bubur untuk dia, banyak dia makan,Ternyata dia dah terbiasa dengan masakan mama dia.Aku memang berniat supaya dia akan ingat n rindu dengan masakan aku sampai dia besar nanti.Walaupon dia dah kawen nanti, biar dia duduk dekat-dekat je dengan aku, jangan duduk jauh-jauh..hikhikhik..

Aku tak nafikan aku seorang mama yang garangggg!!!..Selalu je kena marah dak iqy tu, tapi marah seorang mak, tak luak mana pon, anak pon tak takut, dah kena marah pon cari mama jugak, meleset kat mama jugak macam takde benda berlaku.Bila dah berjiwa mak2 ni, kadang nak marah pon tak sampai hati, alahaiii anak.Tapi tu lah hikmah dia sejak aku berhenti kerja ni, aku mampu kawal emosi aku.Aku lebih tenang bila berhadapan dengan Iqy yang semakin meningkat naik tu, mula-mula aritu stress jugak,tapi stress tu taklah seteruk stres pegi bekerja.hihi.Tapi sekarang, dah takde dah dengar aku marah-marah Iqy, dah faham dah peel dia camne kan..hahaha..Cuma selalu kena "amboiii" je, saje suka buli anak sendiri..hahahaha...

Tapi sayangnya, aku takleh lama jadi surirumah ni, aku kena kerja jugak untuk sama-sama Abi besarkan Iqy..Nak dia ada kehidupan selesa takmo cukup-cukup makan je,insyaALLAH sedang mencari-cari kerja baru, aku kena berkorban masa menjaga anak seperti sebelum ni balik, maafkan mama Iqy, takpe2 nanti mama reward bawak Iqy gi jalan-jalan selalu ek..

Sepanjang proses pencarian kerja ni, enjoy giler okey, gi intebiu bawak anak taw.Kehulur kehilir pegi cari kerja bawak mak aku n anak.Saje bawak Iqy sebagai sumber semangat nak cari kerja.Asal gi intebiu je niat untuk anak.Berkat nama anak RIZQY.alhamdulillah semua intebiu yang aku pergi aku dapat.Cuma sekarang tinggal aku je nak pilih nak kerja yang mana satu.Alhamdulillah Allah permudahkan proses pencarian kerja aku..Berkat hangkut anak kehulur hilir lah ni.Tenkiu Iqy tenkiu Mak tenkiu Abi, orang-orang yang sentiasa support apa pon keputusan yang aku buat..Syukurr...

Dah melalut dah citer lain..Okey moh layan seketul dua gambar-gambar budakbujang 8 bulan tu..Gigi dah ada 2 batang sekarang kat bawah.Kerja dia asyik nak mengokak orang je.Asal dukung dia gigit bahu, kalau tengah tido, selamber dia je gigit tangan orang, gigit kepala lutut orang, bila bagi tangan dia sendiri, taw plak dia gigit slow-2..Grrrr..


Ma!!!Nak ashik tanbah satu!!




HAPPY 8TH MONTHSARY BOBOT MAMA!!!

12 comments:

  1. yeay dah bujang dah Iqy, makin handsome dia tau..melting mama mila tengok~~

    ReplyDelete
  2. anak kita sebaya. ank sue 25/3/2014...
    comel sgt rizqy...smg cepat2 boleh merangkak ye.

    ReplyDelete
  3. hensome sgtttttt iye ni..gerammmm..

    ReplyDelete
  4. amboiiii mata Iqy... menggoda abes...

    ReplyDelete
  5. alhamdullilah..rezeki anak... =) comel diaaaa....

    ReplyDelete
  6. comel iqy..geram je nengok bdn gituuuu..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum nory, bestkan jadi surirumah. hehehe sheila pun tak tahu la bila nak start kerja balik. hahahha cari kerja susah sikit sebab normally tempat kerja tak kasi pam susu masa kerja. stress terus dengar. hmmm anyway, iqy memang comel lah. tambah bambam umi tengok. nanti jumpa Adam kita race walker ye ~~~

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..rezeki anak kan..dapat kerja sampai penat nak pilih pula kan..

    ReplyDelete
  9. siap kaw iqyy siappppp, mama ida datang, mama ida gomol iqy lagiiii !!!

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)