Friday, November 21, 2014

Rizqy tempat ketiga "Peraduan Senyuman Bayi Paling Menawan".


Alhamdulillah, Iqy menang lagi dalam 'Peraduan Senyuman Bayi Paling Menawan" kat FB.Ekceli masuk peraduan ni tak letak harapan tinggi pon untuk menang, masuk just suka-suka je sebab ramai plak PM suruh masuk kan Iqy, ramai jugak supporter dak Iqy ni taw, dah boleh bukan Fanclub kalau gini,kahkahkahkah,.Keputusan diadili 30% undian like dan 70% pilihan juri.Aku kalau undian like macam tak berapa nak gemar dah memancing like, dulu rajin lah zaman bujang dulu, banyak masa free kan.Tapi yang buat tertarik 70% pilihan juri tu, maknanya kalau undian sikit pon still ada harapan cerah untuk menang.Dah lah yang masuk ni berganda-ganda lagi comey-comey belaka, hampir 2 ratus orang taw yang join peraduan ni, yang undian paling tinggi cecah 10ribu like, giler ahh, aku terus tak layan dah..Aku pon tak share sangat gambar Iqy ni suruh orang like, sebab dah give up..Rasa macam tak boleh menang dah.


Alih-alih masa 19 November tu tetiba terperasan kat wall dorang dah umumkan pemenang.Mulanya aku buat dekk je, sebab tak rasa macam Iqy boleh menang, sekali eh macam kenal je pemenang tu..Rupanya Iqy terpilih sebagai pemenang tempat ketiga, yang undian ribu-ribu langsung tak tersenarai pon.Maknanya betul lah, 70% undian daripada juri yang memilih.Alhamdulillah, tak sangka dalam ratus-ratus yang join Iqy terpilih walau hanya tempat ketiga, tapi setakat ni Iqy masih memegang rekod tanpa kalah..Bukan nak riak taw, just sharing perasaan je.Iqy ni memang dari dalam pantang dah dilatih beraksi depan kamera, sebab tu dia pantang nampak kamera tersengih-sengih macam kerang busuk.Kalau pergi mana-mana plak, peminat dia dah macam peminat retiss plak, aku plak yang naik segan, aritu pergi makan kat kat Seksyen 7, masuk je restoran tu kebetulan time lunch, awek-awek yang tengah lunch boleh menjerit-jerit teruja sambil panggil2 Iqy,sampai pergi kat meja nak main n dukung Iqy, orang lalu lalang pandang pelik je, agaknya orang tanya apa lah yang spesial sangat budak tu..?hikhikhik.Aku memang jakun sikit lah, sebab sebelum ni sebelum takde Iqy, aku pegi mana-mana, takde plak orang jerit-jerit teruja sambil tekup2 muka cakap Ohmaiii ohmaiii...hahahaha,,So, bila dah ada Iqy ni, aku macam kejutan budaya sikit.Tu baru citer kat restoran, belum citer kalau aku pegi klinik, pegi bank, petugas yang tengah kerja kat kaunter pon boleh bangun dari tempat duduk nak usik Iqy je, haishhh kang boss ko marah ko jangan salahkan aku plak ek.hahah..Dan soalan yang lazim orang akan tanya, "adik ni ada mixed blood ke?" Jawapannya ko rasa??? Memang takde mixed blood pon, kebetulan je muka dia Pan Asian gitu, mungkin sebab masa peknen kan dia aku obses tengok gambar2 anak mat saleh, anak arab semua, dan aku selalu amalkan doa Nabi Yusof..Hihihihi..Ni semua pinjaman Allah kepada aku n Abi..Lahirnya Iqy membawa tuah dalam kehidupan kami, terima kasih pada yang kasih dah sayang pada Iqy.Doakan Iqy jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia akhirat,Tu je yang aku minta..Keindahan wajah dia merupakan satu bonus je untuk dia, semua tu pinjaman, harap peribadi dia pon seindah wajahnya juga kelak, insyaALLAH..aminn

*bukan entry masuk bakul angkat sendiri yer, ramai yang tanya, so aku jawab kat blog jela, lebih privasy gitu, kalau orang baca pon, anggap jela aku bermonolog sendiri, aku segan nak mengaku anak aku hensem comey apalagi nak puji anak sendiri, tapi entry ni aku sekadar menjawab soalan, harap yang bertanya dapat jawapan seandainya terbaca entry aku ni,yela kalau citer public sangat pon contohnya "apa petua ko dapat anak hensem putih gebu mcm Iqy tu?" pastu kalau aku jawab "ooo aku amalkan doa nabi yusoff masa ngandung dia," msti orang kata laaa nak showw off lah tu dia selalu baca quran..Haaa tu yang aku taknak tu..Bila citer kat kat blog, yup mesti ada yang cakap belakang jugak, tapi niat asal aku bila Iqy besar nanti dia kan baca apa kisah dia masa kecik-kecik dulu.Tu jeee...Dan, kalau tak suka, toksah lah baca blog aku kann..Tak paksa pon,,Yang pasti anak-anak yang dilahirkan ada keistimewaan dia yang tersendiri, semua baby lahir-lahir je dah cutee, memang tak dinafikan..Ni pon malas nak citer detail-detail, kang orang muntah..Kadang-kadang aku taktaw nak jawab apa,hakikatnya aku mahupon Abi takde darah campuran.Kalau belah mak aku ada campuran Baba Nyonya Cina + Bugis je.Tu pon generasi dulu-dulu lah, tiba tang aku takde dah tempias baba nyonya bagai tu..Kalau belah Abi, Abi cakap takde jugak.Tapi macam ada, tapi yang pasti bukan keturunan mat saleh or arab or pakistan..Walaupon orang selalu cakap Abi macam mat saleh lah, macam banggali jual karpet lahh, pasrahh jela..Abi plak kalau orang cakap Iqy macam anak mat saleh, dia jawab Iqy ni cicit mat saleh bukan anak mat saleh sebab atok Abi nama Salleh..hahahahah...Sioottt je Abi.

SO, HAKIKATNYA IQY  BERDARAH CAMPURAN MAMA + ABAH DIA SAHAJA..Takde mixed blood mat saleh ke pak arab ke, pakistan ke,seperti yang digembar-gemburkan.Eh cakap takde mixed blood pon orang cakap poyo taw, kononnya ingat aku nak berahsia lah kengkonon..dah memang takde takkan aku nak cakap ada..kang lagi kena hentam teruk..hahaha..Tak paham aku ni kengkadanag, jawab salah tak jawab salah..Bila jawab kata nak menunjuk2 perasan anak ko sorang je hensem, comey bagai, tak jawab kang kata poyo nak berahsia lah plakk..Haaa sekarang aku dah jawab...Lama giler peram jawapan ni, kalau tak puas hati meh kaji susur galur asal usul kami laki bini,,kikikikikiii..

dan sebagai sebagai penutup

              TAHNIAH ANAK MAMA..(entry dah melalut saje pinjam entry ni untuk jawab soalan)

Thursday, November 20, 2014

19 November datang lagi

19 November datang lagi untuk tahun ni, bermakna bertambah lagi setingkat usia aku.Alaaa baru 27 tahun, tapi rasa macam baru 17 tahun je..Hekhekhek..Tahun ni special sikit sebab tahun pertama sambut besday sebagai mak budak.Kalau tahun lepas sambut besday ,Iqy dalam perut lagi, tahun ni sambut besday dengan budak umur 8 bulan.Cepatnya masa berlalu.Lagi beberapa bulan nak sambut besday anak bujang nak masuk setahun plak.hihihi..

Tahun ni takde party kecil-kecilan macam tahun lepas, Abi ada jugak suruh plan, tapi rasa macam malas plak nak ready kan majlis tu..Lagipon dah tua ni macam malas plak nak celebrate2.Hari selasa 18hb tu Abi kerja, siang tu macam biasa lah aku pergi melangok kat rumah mak aku, dah tak kerja ni, melepek kat celah ketiak mak je, walau pon dah ada anak kecik, nak meleset jugak kat mak,hikhikhik..

Abi balik kul 8.30 malam, mak plak mintak tolong jemputkan adik aku kat tempat kerja dia sebab papa balik lambat.So aku pon mintak izin Abi balik lewat sikit..Taktaw plak diam-diam Abi amik kesempatan nak buat seperais lah konon, balik dari kerja dia menyinggah beli bahan-bahan nak buat kek.Plan asal , kalau aku balik je nanti, kek dah siap.Tapi Abi tu kan, memang selalu sangat "failed" buat seperais.Tak pernah berjaya lagi seperais dia, mesti terkantoi je..Sebabnya kebetulan periuk kukus yang mak aku bagi tu dia terlupa nak keuarkan dari bonet kereta, aku plak jemput Tasha guna kereta time tu.So, aku balik je rumah, kantoi lah dengan bahan-bahan nak buat kek penuh atas meja.Hahahahah,,Abi...Abi...Tak pernah serik dia mencuba nak buat seperais, tenkiuu Abi tu pon dah cukup sweet dah tu.Kan sayang dah cakap, sayang tak mintak lebih kat abang, cukuplah abang seadanya, tak kurang tak lebih, cukup sempurna dah..

Dia asyiklah cakap, abang tak mampu nak beli hadiah mahal-mahal untuk sayang, abang mampu buat kek je untuk sayang..Hurmm abang..kek dari air tangan abang tu lagi berharga dari hadiah yang mahal-mahal taw.Dah-dah ler tu dok cerita sedih je..huhhuhu..Kek yang dibuat dengan penuh kasih sayang, ko rasa??Ade ke bini-bini yang tak suka suami dia buatkan kek harijadi untuk kita,biasanya dengar isteri je buat kek untuk suami, ni suami yang gigih penat-penat balik kerja terus menggentel tepung buat kek kat dapur.Takde alasan untuk aku tidak mensyukuri.Syukur alhamdulillah..Terharu sangat walau hanya sebijik kek.Tak kudambakan handbag jenama, pakaian jenama, dapat kek sebiji ni pon dah mampu gugurkan airmata aku..Tenkiu Abi,,sob sob sob


Ni gambar bukti Abi yang buat sendiri kek ni..


Berjaya jugak siapkan kek ni sebelum detik 12 malam (19 November)..Kek diberi nama Brownies Whipped Ice Cream..Cukuplah aku kata kek ni sedap sangat-sangat..Nampak simple tapi penuh dengan kasih sayang, aku dapat rasakannya.hikhikhik


Dah nak potong baru teringat lilin takde, Abi terlupa nak beli, dia laju2 amik lighter dan petik suruh aku tiup,,Sedaya upaya dia cuba nak sempurnakan hari istimewa aku tu..Giler tak sayanggg kat lakii..Mestilah sayang..Dia tak romantik tapi dia suweeettt angat..Biar aku sorang je yang taw..Ngehngehngehngeh..
Anak bujang aku tu dah "mendengkur" dah time ni..Tu pon dia macam taw-taw je tahan mata sampai pukul 11 lebih , padahal masa tu mata dia dah kecik dah nak tido sesangat, last-last dia tertido jugak.
Dia lah hadiah harijadi paling bermakna dalam hidup aku..Abi pon sama..Hadiah paling berharga sepanjang hayat..


Happy Bornday untuk diri sendiri..Takde apa yang nak di"wish" kan selain mintak Allah panjangkan umur dan beri kesihatan yang baik pada semua insan-insan yang aku sayang..Mak, papa, Abi,Rizqy, Tasha,Along, anak2 buah dan semua family member.Aku tak boleh hidup tanpa dorang,.Tu aje...Aminnn...

Tuesday, November 18, 2014

8 bulan


17 Mac 2014 - 17 November 20124 
Happy 8th Monthsary Rizqy Hafiy Aish.Hadaplah entry celebrate monthsary Iqy ni tetiap bulan.Nanti dah masuk ulang tahun, kira tahun plak yer, time tu dah tak gigih dah mama nak mengira bulan.hihihi..
Bulan ni seronok giler dapat jaga Iqy secara full time, sebab mama dah berhenti kerja.Seronok kan dapat besarkan anak depan mata, 24 jam ngadap dia je.Nak-nak plak sejak dua menjak ni Iqy dah banyak tunjuk perangai baru, makin panjang akal, yela dah besar kan dia tu.

Dia dah pandai fahami apa yang orang cakap, misalnya bila dia berdiri, nyanyi lagu ketiyak kepopo mesti dia joget sambil goyang-goyang tangan n tersengih macam kerang busuk.hihi..Pastu bila cakap "Iqy pandai..." dia akan tepuk tangan sambil tersenyum bangga.Pandai sangat lah tu.hikhikhik..

Belom pandai merangkak tapi sedang berusaha keras ke arah itu.Esok lusa pandai la tu..Aku pon dah kurangkan penggunaaan walker kat dia, nak bagi dia belajar merangkak dulu.Kalau duduk dalam walker dia, dia punya laju kemain.Pastu terkinja-kinja dalam walker tu nasib baik tak roboh walker tu.hahah.

Dah pandai ajak jalan, kalau duduk rumah lama sikit mulalah ajak dukung sambil badan mengerekot tala ke pintu.Pantang tengok orang bersiap, lagi-lagi kalau aku tengah duk sarung tudung, dia dari dalam walker terus rempuh aku dengan kejam nya pastu tarik baju aku takmo lepas, pastu merengek-rengek mintak dukung, takut benor kena tinggal.

Dan lagi satu sekarang ni dia dah pandai "touching", pantang orang sebut "amboiiii dia tu", uwaaaa melalak.Tapi aku suka buli dia, saje je "amboi' kan dia, sebab dia akan nangis manja gitu, geram je tengok..hikhikhik.

Makan plak sekarang dah pandai memilih nak makan yang sedap-sedap je yang ada rasa je.Dan paling buat aku terharu dia hanya nak makan bubur masakan aku je.Masa pergi kuching aritu aku terlupa bawak blender n makanan dia, so aku order bubur ayam je kat restoran, tapi dia takmo makan.Sampai muntah2, aku try bagi Heinze pon dia takmo makan sambil kerut-kerut muka.3 hari kat Kuching, selera makan Iqy menurun, dia rindu masakan aku.Alololo suweettt taw tak..Balik je dari Kuching, aku masakkan bubur untuk dia, banyak dia makan,Ternyata dia dah terbiasa dengan masakan mama dia.Aku memang berniat supaya dia akan ingat n rindu dengan masakan aku sampai dia besar nanti.Walaupon dia dah kawen nanti, biar dia duduk dekat-dekat je dengan aku, jangan duduk jauh-jauh..hikhikhik..

Aku tak nafikan aku seorang mama yang garangggg!!!..Selalu je kena marah dak iqy tu, tapi marah seorang mak, tak luak mana pon, anak pon tak takut, dah kena marah pon cari mama jugak, meleset kat mama jugak macam takde benda berlaku.Bila dah berjiwa mak2 ni, kadang nak marah pon tak sampai hati, alahaiii anak.Tapi tu lah hikmah dia sejak aku berhenti kerja ni, aku mampu kawal emosi aku.Aku lebih tenang bila berhadapan dengan Iqy yang semakin meningkat naik tu, mula-mula aritu stress jugak,tapi stress tu taklah seteruk stres pegi bekerja.hihi.Tapi sekarang, dah takde dah dengar aku marah-marah Iqy, dah faham dah peel dia camne kan..hahaha..Cuma selalu kena "amboiii" je, saje suka buli anak sendiri..hahahaha...

Tapi sayangnya, aku takleh lama jadi surirumah ni, aku kena kerja jugak untuk sama-sama Abi besarkan Iqy..Nak dia ada kehidupan selesa takmo cukup-cukup makan je,insyaALLAH sedang mencari-cari kerja baru, aku kena berkorban masa menjaga anak seperti sebelum ni balik, maafkan mama Iqy, takpe2 nanti mama reward bawak Iqy gi jalan-jalan selalu ek..

Sepanjang proses pencarian kerja ni, enjoy giler okey, gi intebiu bawak anak taw.Kehulur kehilir pegi cari kerja bawak mak aku n anak.Saje bawak Iqy sebagai sumber semangat nak cari kerja.Asal gi intebiu je niat untuk anak.Berkat nama anak RIZQY.alhamdulillah semua intebiu yang aku pergi aku dapat.Cuma sekarang tinggal aku je nak pilih nak kerja yang mana satu.Alhamdulillah Allah permudahkan proses pencarian kerja aku..Berkat hangkut anak kehulur hilir lah ni.Tenkiu Iqy tenkiu Mak tenkiu Abi, orang-orang yang sentiasa support apa pon keputusan yang aku buat..Syukurr...

Dah melalut dah citer lain..Okey moh layan seketul dua gambar-gambar budakbujang 8 bulan tu..Gigi dah ada 2 batang sekarang kat bawah.Kerja dia asyik nak mengokak orang je.Asal dukung dia gigit bahu, kalau tengah tido, selamber dia je gigit tangan orang, gigit kepala lutut orang, bila bagi tangan dia sendiri, taw plak dia gigit slow-2..Grrrr..


Ma!!!Nak ashik tanbah satu!!




HAPPY 8TH MONTHSARY BOBOT MAMA!!!

Thursday, November 13, 2014

Hippopo Spa Baby & Wellness :Terapi balik bercuti


Hasrat nak bawa "anak bujang" aku ke spa ni dah lama terpendam, dah nak masuk umur 8 bulan baru berkesempatan nak bawak Iqy ke sini.Masa dia umur 3 bulan lebih dulu aku dah pernah booking tapi last minit tak jadi sebab apa entah dah lupa, ni pon kebetulan ada promo untuk dua orang baby, dan kebetulan kazen aku pon nak bawak anak dia sekali, tetiba teringat promo yang hampir tamat 8hb November lepas, and weoll pon sepakat pilih tarikh 5hb November sebab nak grab promo tu kan, dan kebetulan pulak sehari lepas balik bercuti ke Kuching (deyyy!!berapa banyak "kebetulan" daa?), memang elok sangat la tu dak bobot tu pergi spa, kasi massage satu badan dan berendam like a king kat dalam kolam tu.Mama kasi cannnn..Yela 3 hari suntuk kat Kuching lenguh kot badan dia asyik berdukung je, tido kejap2 je dalam van,asyik kena hangkut turun naik van, kesiann anak mama.So, mama dengan baik hatinya kasi Iqy legakan badan yang lenguh-lenguh tu kat sini okeyyy.Selamat ber"spa" my anak bujang..


Kazen aku yang booked kan sessi ni, aku suruh dia pilih time petang pukul 4.30petang sebab kalau awal sangat aku takut tak larat nak bangun awal, baru balik bercuti, sekurang-kurangnya kena qada' tido sehari suntuk...Hahahah bapakk arr..Mentang-mentang dah "cuti terus", eksyenn kau kann Nory??kuikuikuikui..Abi still cuti lagi so dapatlah dia join sekali tengok anak bujang ketipak ketipung dia tu berendam like "DIVA" katekooo...haha..Hujan plak tu petang tu, oii syioknyer kalau sambung tido.Tapi demi mu anak, mama gagah sendal mata dengan batang mancis, kuikuikuik (tipuu sangatt).
Oh yer Hippopo Spa Baby & Wellness ni ada 3 branch taw, aku pergi branch kat SetiaWalk Puchong sebab paling dekat dengan rumah aku, rupanya ramai orang Puchong taktaw akan kewujudan Hippopo Spa Baby & Wellness ni, okeyy sekarang dah taw kann..Esok boleh lah halo-halo aku kalau nak pergi ek, boleh Iqy join sekali.hihihi..Lagi 2 cawangan kat One Utama Centrepoint dan di Great Eastern Mall,Penang.

Just nak info bagi yang nak ke branch Puchong, since ramai yang keliru dan ada yang tersesat, Hippopo Spa Baby & Wellness ni terletak di Bangunan Blok K Level G, coz kazen aku pon sesat.Aku pon kebetulan je terparking kat bangunan blok yang sama, naik lift je terus jumpa, kalau tak, aku pon sesat jugak kot.huhuhu..


Sementara menunggu kazen aku yang sesat tu sampai, aku diberi penerangan serba sedikit pasal Hippopo Spa Baby & Wellness ni, untuk branch di Puchong ni terdapat 3 biji kolam kecil dan 1 biji kolam besar, kolam kecil yang 3 bijik ni khas untuk newborn sampai 6 bulan, ruang dia agak terhad gitu, yela baby kecik kasi ruang kecik2 sudahh lah..hehehe..Air yang disediakan bebas klorin selamat untuk bayi, toksah lah risau yer.Ade juga disediakan kolam private untuk parent yang taknak anak dia mandi kongsi-kongsi, dan ada juga kolam khas untuk baby yang ada alahan kulit seperti elergic atau ekzema.Mini butik baby pon ada sesuai sangat untuk ibu-ibu yang suka cuci mata and then cuci poket sekali, nasib baik aku tutup mata,jeling sikit je..hikhikhik..


Sessi bertemu peminat, jadi jejaka rebutan ko yer??Akak tu siap keluar phone sendiri snap picture dengan Iqy, ngalahkan anak Che Ta plak ko kann..Hahahaha..Lepas sorang, sorang nak tangkap gambar dengan dia, nanti mama boleh lah kenakan cas rm5 per snap picture..hahaha..Nasib baik akak-akak kat sini comey-comey belaka.heee,Okey-okey, kazen aku dah sampai dengan anaknya Syed Ezmeth Rafael Shah..Haa hambik ko, panjang kan nama anak dia,jenuh tok kadi nak sebut nanti ni..hahaha..




Sebelum berendam dalam kolam, kena kasi stretching dulu (betul ke ejaan aku tu?)..Kasi regang-regang kan otot dulu, kang terkejut plak urat tetiba masuk dalam air kan.Cycling-cycling dulu..Iqy champion dah bab ni, dia sendiri pon pandai stretching-stretching kan badan dia, sejak dah pandai masuk kaki dalam mulut ni kan, tapi kat sini special sikit, awek cun yang tolong stretching kan.hikhikhik..Suke letteww..


Kasi rasa-rasa air dulu kat hujung kaki, amacam okey tak??Kalau okey baru boleh kasi campak dia kat dalam tu..kikikiki..Oh yer, sebelum tu baby akan disarungkan dengan pampers khas untuk swimming, yang ni free aje, kalau nak beli pon boleh ada jual kat situ, kotlah kau nak guna untuk swimming kat rumah ke kan, eh bukan ko yang pakai, anak ko lah yang pakai..Kot yer pon kau ni..Cepukk kang..hahaha..Awek cun yang jaga Iqy masa kat sini nama dia kak Ika..Iqy Ika haaa kena sangat nama tu..hihi..Baik akak cun ni taw..Iqy lebiuu akak..


Yeayyy berjaya dilepaskan didalam kolam, disebabkan Iqy dah 7 bulan so kena mandi dalam kolam besar ni kongsi dengan Rafael sekali, seronok je tengok dorang berdua dok berkubang kat dalam tu, rasa nak join sekali jer..huhu..Masa ni belom pakai pelampong, pelampong boleh pilih nak yang kat leher pon boleh nak yang masuk badan tu pon boleh,oleh kerana Iqy dah ada 2 batang gigi, dia tak sesuai pakai pelampung yang kat leher tu sebab nanti dia akan rasa tak selesa kat gigi dia, so Ika suggestkan pakai pelampong yang masuk badan tu je..Boleh lahh asalkan pakai pelampong, jangan tak pakai sudahh.hehe..


Muka memang innocent je memanjang, takde perasaan eh?Sabo jela aku, dia boleh bantai termenung lama dalam kolam tu.dia memang camtu, lambat respon tunjuk keterujaan dia..Dia layan je alunan ombak tiruan yang membadai dia tu, taw2 hanyut je, Rafael pon sama, memasing dah macam layan mata nak tido plak.Macam tak enjoy plak kan, tapi kalau nak ikutkan memang lah pergi spa nak relax-relax ye dok..hahaha..Tapi nak jugaklan tengok dia terkinja-kinja, tapi nan hadooo...Lambat "panass" ini budak..haha..


Layan je la muka innocent dia tu sampai ke sudah...haruuuuu...


Sesekali je dia main terpuk-tepuk air..Pastu sambung buat muka innocent balikk.haha..




Sibuk nak tangkap bola,kumpul banyak2 then peluk erat2 takot orang hambik, takde sape pon nak hambik bola tu iqy oii...huhuh


30 minit berlalu, suis ombak tiruan pon dipadamkan, lampu pon padam, dua orang budak ni baru nak start teruja lah beb..Hadoiii..Baru nak tunjuk respond kick-kick air, tepuk-tepuk air, cehhh takde makna nak layan, dah-dah jom naik ke darat..Massage time plak..


Mencabar giler nak massage budak Iqy ni, sejak dia dah melasak sekarang ni, memang takkk lah dia nak duduk dendiam sambil layan orang gosok satu badan dia, Memang takk arrr..Kalau iqy yang dulu, Iqy yang berusia 4,5 bulan, iyerrr dia memang budak baikk duduk dendiam je, sampai orang panggil dia "muatan berat" duduk statik gitu je, Tapi tidak sekaranggg...Mama dia pon boleh jadi tarzan layan dia sorang kat rumah taw.Okey sekarang dah paham, anak lelaki + lasak memang tak dapat dipisahkan..Pahammm sangat...Hehhhh!!! (bukan mengeluh, nak citer je)


Ni gambar masa mood dia okey lagi, tunggu beberapa minit kemudian, ntah kemana-mana dia berpusing, kesian Akak Cun tu dok melayan dia, kejap massage sambil berdiri, kejap sambil duduk, kejap sambil menonggeng..Huhuhu..Aku tengok pon penat..hahaha..Sabooo lah Akak Cun yer...hehehe


Rafael elok je duk diam kena massage..Gudboyy..Tu abam Iqy tengah mengajor Rafael angkat-angkat kaki,amboiii biasa dia ek, huhuh..

Kalau korang berminat nak bawak anak-anak korang memanjakan diri kat Hippopo Spa Baby & Wellness ni better call dulu buat temujanji taw, lagi bagus kalau pergi time weekdays, tak ramai orang, syiokk kongker kolam macam Iqy dan Rafel berdua je dalam kolam, kemainnn korang kan..hehe..Harga plak berbeza yer untuk weekdays dan weekend, dan semestinya weekdays lebih murah.Macam aku aritu pergi under promo RM87 untuk 2 orang baby, so aku cuma bayar RM43.50 sahaja.Tapi promo tu dah tamat 8hb November haritu.Apa yang korang akan dapat dalam pakej tu adalah.., macam pakej yang aku ambik ni Swimming + Massage..1 jam (30 minit swimming + 30 minit massage)..Sesuai untuk newborn hingga 3 tahun sahaja..Okbaiii selamat ber"spa" yer kawan-kawan Iqy.

Hippopo Baby Spa & Wellness, SetiaWalk Mall
Unit 6 & 7, Level G, Block K, SetiaWalk Mall, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor. 
Phone: 03-5891 6684 (Call Mon – Fri: 10am – 8pm, not including public holidays)





Friday, November 7, 2014

Officially fulltime housewife

Ehemm2..tajuk entry pon dah poyo habis..kemain officially lagii ko kan..seronok jadik housewife??? Wat masa ni sedang cuba membiasakan diri dengan title tu, ternyata aku memang 'panas bontot' duduk umah seharian..Pagi2 dah cabott pegi breakfirst ngan mak aku.Sampailah time Abi balik kerja nanti barulah aku balik rumah..Seharian lepak kat tesco lah aeon big lah, IOI lahh..Hoii kemainnn lagi..memang dasar tk reti lekat kat rumah..Iqy pon dah start ikut perangai aku, kalau duk rumah lama2, mulalah merengek mengilai2 tak tentu pasal, bila bawak keluar kemain happy semacam..Abah dia dah konplen dah cakap Iqy ikut perangai mama kuat berjalan...hahahaha..Mak ko ni memang, duit seringgit dalam poket pon boleh bjalan, asalkan dapat berjalan, duit tak banyak pon takde hal buat2 macam ado je..hahaha..

Aku tengah riki2 kerja kosong jugak ni..Tapi Abi cakap relax lar dulu sebulan dua..Eh klu boleh nak relax setahun dua lagi. Kahkahkah...

Lama jugak tak apdet entry, tak sangka sampai ada yang pm tanya kenapa tak apdet..Terharuu kite taw..Suka eh dengar kite merapu2 kat entry ni..Tunggu eh nanti aku apdet entry Kuching.Mungkin ade yang tak taw, okey nak bagitaw lah ni, aku baru je balik bercuti kat Kuching bersama family tercinta.Tunggu mood rajin sampai, aku apdet lah..Okbaiii..