Monday, December 8, 2014

Dah merangkak dah dia.


Takde apa yang lebih menggembirakan bila dapat tengok perkembangan anak satu persatu.Cepatnya dia membesar..Dari taktaw apa-apa, sampai dah taw macam-macam..Perkembangan terkini dah pandai merangkak, masa tu genap 8 bulan..Masa baru pandai tu comel je dia merangkak sopan giler, kaki rapat je dengan tangan macam fengantin dah.Sekarang dah laju kemain, kalau nampak kucing lagi lah sakan dia mengejar kucing tu, takdan masuk gear 1 dah terus gear 5..Perghhh..Alhamdulillah hasrat aku nak tengok dia merangkak termakbul jugak.Aku seboleh-boleh taknak dia skip alam merangkak, taknak dia terus-terus taw berjalan je, sebab aku nak dia ikut lumrah step by step gitu..Sebab doktor ada kata, jangan cepat bangga kalau anak taw2 je dah pandai berjalan berdiri tanpa merangkak terlebih dahulu sebab alam merangkak tu paling penting dalam proses tumbesaran sebab mampu merangsang otak anak..Oooo baru aku taw..Biasalah new mom yang kurang ilmu macam aku ni...hihi..Dan sekarang dia sedang belajar memanjat..grrrrr...Tak puas lagi tengok dia merangkak..

Tapi apa pon tahniah anak mama, sebab dengar cakap mama supaya belajar merangkak cepat2..Takmo belajar jalan dulu sebelum merangkak taw..Sayang taw kalau skip alam merangkak..hihihi...Dan sekarang tengah gigih belajar memanjat.Buat sepah rumah dia dah champion dah..Paling tak tahan, perangai dia sekarang suka nangis kuat-kuat, kadang tu sengaja dibuat2 je nangis dia tu..Grrrrr kadang hilang sabo jadiknya, so jadik tarzan jugaklah mama dia ni kat rumah.Garang okeyyy mama Iqy ni..Tapi dia sikit pon tak takot...Urghhhh lagi buat aku geramm..Lagi di marah lagi manja plak kat kite..Eh memang camtu ke perangai budak umur baya2 dak Iqy ni ek..Perangai nak masuk setahun jagung ek..Sampai tahap nak terberak terkucil pon ku tahan jebat, jenis tak boleh tinggal sorang2, pantang tinggal kejap pegi dapur ke pergi bilik air ke, dia punya melalak saje je nak bagi satu block rumah ni dengar suara dia, orang dengar mesti ingat aku dera anak..hahaha.

Dan 8 bulan ni ada appointment kat KK, tapi tak kena cucuk pon just timbang berat badan je.Berat tak naik banyak, masa 7 bulan aritu 10.4kg , 8 bulan ni 10.8kg je..Naik sikit je, nurse kata standard lah bila budak dah start melasak..Tapi naik sikit pun perghh aku kadang termengeluh jugak bila dukung dia, tak larat weyy, meh sape larat dukung dia, aku belanja eskrem 20 sen nak.Mujur sekarang ni dia dah boleh duduk, so kalau pegi mana2, takyah bawak stroller dah, duduk je dalam trolley, kalau makan kat kedai pon dah boleh sumbat dia dalam baby chair.Tu pon dia suka ngelat mintak dukung jugak.Saje nak bagi mama dia kurus lah tu.Kalau ada abah dia, abah dia lah jadik mangsa.

Kat rumah abah dia lah kawan baik dia, kecik-kecik dah pandai mengadu ni.Kadang tu tengah lepak2 depan tivi golek2 ngan dia, dengar je bunyi pintu abah dia balik kerja, dan2 tu dia nangis mintak simpati macam baru lepas kena pukul, tak sempatlah abah dia nak buka kasut, dah melalak mintak dukung, sambil nangis mengada2 macam ngadu lah aku marah dia ..Tapi cara menangis macam baru lepas kena pukul plak, dah abah dia pandang slack je kat aku..Huhhh!!! Drama King punya budak..Aktiviti dia dengan abah dia, abah dia kan hero dia, semua abah dia boleh jadik, kuda 50sen pon abah dia.Duduk belakang abah dia sambil goyang2 badan macam naik kuda..Dengan abah boleh lah, dengan mama, sorrryyyy...hikhikhikhik..Tu yang kalau abah dia ada, aku boleh relax sikit, sebab dia memang melekat je dengan abah dia, takleh berenggang, dengan aku dia tak heran dah kalau ada abah dia..Sampai hati kau bobot, buat mama camni..

Dah pandai sebut banyak perkataan, tapi dari 3 bulan dia dah memang dah pandai sebut macam2 perkataan,maybe kenan mama Ida dia ni, banyak mulut tapi hati baekk...Kan ida kann...hahaha..Sekarang paling kerap sebut mamamaam..mamamaam...emmmaa..mama..adah..abah..acccaa ..bababa..broom broom..mmbah..tatattata..dadada.ddooii boii..mulut bising jugak dia ni..Gigi dah tumbuh 3 batang bawah, dan 2 batang lagi tengah ondway gigi atas plak..huhu..Hobi suka mengokak orang..Saje nak test "drive" gigi baru lah tu..Dah lah suka gigit kepala lutut orang..Gelii taw takk..Ko ingat tak sakit..huahuahuahua..Dan sekarang dah pandai touching, cer ko sebut amboiiiiii biasaa dia tu...Takdan nak ribut petir, banjir terus..Uwaaaa melalak..Jiwa sentitif ni, badan je sado ketak2, tapi hati tisu..hahahah..

4 comments:

  1. lawak Iqy ni..pandai noh berlakon...
    tahniah Iqy..dh berjaya merangkak dh

    ReplyDelete
  2. hihihih...comeynyer...seawal 3 bulan dia dah pandai nak sebut macam macam...cerdik nie nanti bila dah besar...

    ReplyDelete
  3. thanks for this post. This post makes a great point about focusing your efforts.
    Sarajevo apartment

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)