Tuesday, January 20, 2015

10th Monthsary

 
17 Januari 2015, genap 10 bulan anak bujang aku ni.Dah besor dah anak mama,dah besar ni macam-macam perangai ada.Adehhh garu kepala aku tengok perangai dia.hahaha..Buas kemain toksah citer lah.Uishh tak sangka 2 bulan je lagi nak cecah setahun jagung, alahai rasa macam baru je lepas pantang lahirkan dia..Kejap betul setahun ek.
 
10 Bulan ni dia diserang gatal-gatal satu badan, ingatkan campak,pergi hospital doctor kata bukan campak sebab dia tak demam, tu pon aku risau jugak tu, sebab Iqy ni dah lama tak demam, last demam masa umur 6 bulan aritu, Tu pon demam biasa je, bukan demam panas.Bukanlah nak mintak anak demam or sakit, cuma risau bila dia lama tak sakit, tetiba demam teruk je nanti, mintak jauhlah hendaknya.Cuma dugaan nak masuk 10 bulan ni, dia kena gatai-gatai plak, kesian tengok dia menggaru, siang dia dok menggaru je, nasib baik malam dia tido lena tak pernah merengek sampai ke pagi lagi, tang situ memang aku puji lah..hehehe..Bab lain memang takkk lar..Dia dah macam-macam sekarang ni, bkn macam masa dia baby dulu, betul lah orang kata, anak makin besar makin berat tanggungjawab nak jaga.Sape kata anak makin besar makin senang dijaga, banyak cabaran nya okey.Tak dinafikan, memang berat tanggungjawab sebagai ibu bapa ni, jadiii,hargailah ibu bapa anda..Ecewahh..
 
Sejak dah 10 bulan ni, Alhamdulillah dah ada 8 batang gigi, 4 atas dan 4 bawah..Berat plak, 11.7kg..Yupp memang berat..Dah lah jenis kalau berjalan takmo duduk dalam stroller, nak taknak kena dukung jugaklah, esok mama dah tua tak boleh jalan, ko tak dukung mama, siappp ko Bobot..hahahaha..
 
Dah pandai membebel jerit2, kadang tu saje je dia jerit..Grrr..Perangai baru sekarang ni dah pandai taknak balik rumah, biasa aku amik dia dari rumah baby sitter berjalan menuju ke pintu rumah, sekerat jalan dia dah mengamuk dah lembikkan badan dia menghala ke tangga ajak turun bawah.Belum lagi citer aku masuk rumah kunci pintu, dia dah mengamuk2 taknak masuk, yang rajin layan dia paklang n maklang aku, mujur sebelah rumah sedara sendiri, dengar Iqy melalak takmo balik, terus dukung Iqy bawak jalan.Haishhh jenuh camtu.Sekarang ni tiap petang, kalau abah dia keje pagi, mesti tunggu kat bawah round2 naik motor, suka lah tu sampai tertido-tido..Balik rumah melalak..Grrrrr...Rasa nak cepuk2 je kekadang taw..
 
Makin garang n kepala hangin, yuppp sebijik macam mama kauuu..Yela baik aku mengaku kan..hahah..Like mama like son.So bila anak mengamuk takleh lah nak marah sebab anak mengikut perangai sendiri kan, takleh nak salahkan anak, redha jela..huhuhu..Henpon abah dia dah selalu sangat jadi mangsa balingan padu, kesiann henpon abah.huhuh.
 
Paling suka iklan UTC, Asmaul Husna, dan azan..Time tu je dia akan duduk diam2, kalau orang lain bising, dia akan marah..Garangg weyy dia ni..Iklan mee maggi tu suka benor dia tengok budak pempuan comel tu, nak awek camtu lah tu.Kalau tengok iklan tu mesti senyum2 gatai.Eeee sunat kang baru taw.haha..Dan suka joget goyang bontot n kepala bila dengar lagu Karoot Komedia..Pandai plak tu dia tiru gaya orang tu berdikir barat..kelakar...
 
Nak tulis pasal dak iqy ni memang tak akan habis.Yang pasti apa yang boleh aku simpulkan, aku sekarang dalam zone mencabar..Mencabar okey jaga anak yang baru nak belajar explore macam-macam ni.Memang kena kuat fizikal n mental..Aku kadang tak kuat jugak, tu yang selalu jadi tarzan kat rumah kalau tinggal berdua je dengan dia..hehe
 
 
 
 
HAPPY 10TH MONTHSARY, BOIPREN MAMA..
MAMA LOVE YOU
mmmhmuahh!! 

10 comments:

  1. yeahhh iqy dah 10 bulan .. ibu siapkanlah bajet iqy nak potong kek 2 bulan lg hihihihi.. bnyk akal budak ni ... makin besar yer..

    ReplyDelete
  2. yang... allergy ke? cuba ingt ada makan apa2 yg lain dari yg lain...

    ReplyDelete
  3. Lama dah xjumpa iqy sejak mama keje tempat baru ni.

    ReplyDelete
  4. besar dh iqy ye...pipi tembam...geram nengoknya...

    noury, nak tanya la, ritu beli baby cot iqy kat mana ye? harga sekitar berapa ?

    ReplyDelete
  5. Wah,,handsome boy,salam perkenalan...

    ReplyDelete
  6. alolo..dah besar dia..kejap je kan dah 10 bulan..baca blog ni dari korang berdua, kemudian ber 3..ni dah besar dah Iqy..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum nory, makin membesar makin banyak ragam kan. hehehe bertabah ye mama iqy. lama tak jumpa iqy... bila nak lepak sesama ni? hehehe

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)