Thursday, January 29, 2015
Review tempat kerja baru
Tuesday, January 20, 2015
10th Monthsary
17 Januari 2015, genap 10 bulan anak bujang aku ni.Dah besor dah anak mama,dah besar ni macam-macam perangai ada.Adehhh garu kepala aku tengok perangai dia.hahaha..Buas kemain toksah citer lah.Uishh tak sangka 2 bulan je lagi nak cecah setahun jagung, alahai rasa macam baru je lepas pantang lahirkan dia..Kejap betul setahun ek.
10 Bulan ni dia diserang gatal-gatal satu badan, ingatkan campak,pergi hospital doctor kata bukan campak sebab dia tak demam, tu pon aku risau jugak tu, sebab Iqy ni dah lama tak demam, last demam masa umur 6 bulan aritu, Tu pon demam biasa je, bukan demam panas.Bukanlah nak mintak anak demam or sakit, cuma risau bila dia lama tak sakit, tetiba demam teruk je nanti, mintak jauhlah hendaknya.Cuma dugaan nak masuk 10 bulan ni, dia kena gatai-gatai plak, kesian tengok dia menggaru, siang dia dok menggaru je, nasib baik malam dia tido lena tak pernah merengek sampai ke pagi lagi, tang situ memang aku puji lah..hehehe..Bab lain memang takkk lar..Dia dah macam-macam sekarang ni, bkn macam masa dia baby dulu, betul lah orang kata, anak makin besar makin berat tanggungjawab nak jaga.Sape kata anak makin besar makin senang dijaga, banyak cabaran nya okey.Tak dinafikan, memang berat tanggungjawab sebagai ibu bapa ni, jadiii,hargailah ibu bapa anda..Ecewahh..
Sejak dah 10 bulan ni, Alhamdulillah dah ada 8 batang gigi, 4 atas dan 4 bawah..Berat plak, 11.7kg..Yupp memang berat..Dah lah jenis kalau berjalan takmo duduk dalam stroller, nak taknak kena dukung jugaklah, esok mama dah tua tak boleh jalan, ko tak dukung mama, siappp ko Bobot..hahahaha..
Dah pandai membebel jerit2, kadang tu saje je dia jerit..Grrr..Perangai baru sekarang ni dah pandai taknak balik rumah, biasa aku amik dia dari rumah baby sitter berjalan menuju ke pintu rumah, sekerat jalan dia dah mengamuk dah lembikkan badan dia menghala ke tangga ajak turun bawah.Belum lagi citer aku masuk rumah kunci pintu, dia dah mengamuk2 taknak masuk, yang rajin layan dia paklang n maklang aku, mujur sebelah rumah sedara sendiri, dengar Iqy melalak takmo balik, terus dukung Iqy bawak jalan.Haishhh jenuh camtu.Sekarang ni tiap petang, kalau abah dia keje pagi, mesti tunggu kat bawah round2 naik motor, suka lah tu sampai tertido-tido..Balik rumah melalak..Grrrrr...Rasa nak cepuk2 je kekadang taw..
Makin garang n kepala hangin, yuppp sebijik macam mama kauuu..Yela baik aku mengaku kan..hahah..Like mama like son.So bila anak mengamuk takleh lah nak marah sebab anak mengikut perangai sendiri kan, takleh nak salahkan anak, redha jela..huhuhu..Henpon abah dia dah selalu sangat jadi mangsa balingan padu, kesiann henpon abah.huhuh.
Paling suka iklan UTC, Asmaul Husna, dan azan..Time tu je dia akan duduk diam2, kalau orang lain bising, dia akan marah..Garangg weyy dia ni..Iklan mee maggi tu suka benor dia tengok budak pempuan comel tu, nak awek camtu lah tu.Kalau tengok iklan tu mesti senyum2 gatai.Eeee sunat kang baru taw.haha..Dan suka joget goyang bontot n kepala bila dengar lagu Karoot Komedia..Pandai plak tu dia tiru gaya orang tu berdikir barat..kelakar...
Nak tulis pasal dak iqy ni memang tak akan habis.Yang pasti apa yang boleh aku simpulkan, aku sekarang dalam zone mencabar..Mencabar okey jaga anak yang baru nak belajar explore macam-macam ni.Memang kena kuat fizikal n mental..Aku kadang tak kuat jugak, tu yang selalu jadi tarzan kat rumah kalau tinggal berdua je dengan dia..hehe
HAPPY 10TH MONTHSARY, BOIPREN MAMA..
MAMA LOVE YOU
mmmhmuahh!!
Wednesday, January 14, 2015
Rizqy @ Majalah Ibu Anak Januari 2015
Hatrik untuk bulan yang sama, Rizqy muncul lagi di majalah Ibu & Anak keluaran Januari 2015, dalam ruangan Detik Berharga.Kemain hatrik lagi ko yer.Awal tahun baru ni citer pasal dak iqy jelah, citer pasal aku, next time aku citer, aku sekarang dah kerja kat tempat baru.Setakat ni tempat baru ok, cuma busy je tahap gaban, ni pon curik2 update blog.Maklumlah dapat PC baru..hahaha..Baru masuk keje aku dah jahanamkan seketul laptop.Yang best nya, manager kasik desktop baru terus..Wuhuhuhu..Ni yang try update blog ni, eh boleh plak..Cantekkk...FB kena block kat pc ni, nasib baik boss taktaw yang new staff dia ni blogger tegar, kalau tak, mau dia block blog plak pasni, adehh mati kutu aku kalau camtu..Harap2 dia taktaw lah.. hihihi
Monday, January 12, 2015
Rizqy dalam Majalah Pa&Ma Januari 2015
Majalah seterusnya Majalah Pa&Ma keluaran Januari 2015, gambar Iqy main penny board.Acah-acah mak enon je tu, aku yang tolong pegang dia berdiri atas penny board tu.haha.Bulan ni je memang berhabis duit beli majalah sekali 3 buah.Setiap satu majalah aku memang saja beli 2 pcs, satu buat kenangan , satu lagi nak framekan.Aku join ni bukan untuk raih glamour tapi untuk suka-suka je, untuk kenangan bila Iqy dah besar nanti.Aku pon main hentam kromo je hantar gambar, tapi rezeki berpihak kat Iqy selalu gambar dia terpilih.Terima kasih banyak pada pihak yang telah memilih gambar Iqy, sebab yang hantar gambar anak bukan sorang dua.Ikut nasib je ni.Alhamdulillah.
Friday, January 9, 2015
Rizqy di Majalah Jelita Keluaran Januari
Rizqy muncul lagi dalam majalah. Kalini dalam Majalah Jelita keluaran Januari 2015 diruangan "Anak".Ada cerita ringkas mengenai Rizqy.Seketul je gambar dia kat situ,hahaha..Oh yer lama kan aku tak berblog.Busy tahap Rosmah lah sejak dua menjak ni.Anyway, Selamat Tahun Baru 2015.Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelum ni.InsyaALLAH.Jangan lupa ek beli majalah Jelita ni..Hihihih..Ok tu je nak citer..Ok bye.