Tuesday, March 31, 2015

Besday Papa

 
20 Mac aritu besday papa aku.Bulan 3 ni memang ramai sambut besday dalam family aku.Berderet-deret..InsyaALLAH tahun depan kitorang plan nak sambut besday sekali dengan papa, 2 orang anak buah aku dan Iqy.hihii..
 
Sehari sebelum tu adik aku wassap nak seperaiskan papa, dia ajak aku tong-tong duit beli kek untuk papa, alaa saje buat makan-makan anak beranak, aku n adik aku je yang taw plan ni, mak aku pon taktaw pape, papa pon sama, malam tu sebelum pergi rumah mak, singgah kedai kek berdekatan, nasib baik sempat kedai dah nak tutup dah, iqy punya pasal lah ni..Eh salahkan Iqy plak..hahaha..
 
Pastu wassap along n kakak ipar aku join sekali, along aku tak dapat join sebab ada meeting, dia wakilkan anak bini dia je..hihih..Pukul 10 macam tu baru sampai rumah mak, papa dah pakai kain pelikat dah, dah ngantuk dah tunggu kitorang, dia taktaw pon plan kitorang ni tapi rupanya dia dah dapat agak yang akan ada something seperais akan berlaku sebentar lagi..Mihmihmih..Alaaa susahnya nak buat kejutan..Dia ingat kitorang saje je datang nak lepak2, dia pon tunggu lah sebab nak jumpa Iqy, biasa time2 camtu,papa dah masuk tido dah..Last-last , ...SEPERAISSSS...
 
Tasha kata, papa dah nak merajuk dah , ingatkan takde sape ingat besday dia aritu..Takkan lah kitorang lupa kottt..Happy Birthday Papa!! Semoga papa dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki, semoga Allah sentiasa merahmati papa.Allah je dapat balas segala budi dan jasa baik papa menjaga kami macam anak kandung sendiri, dan kami pon tak pernah anggap papa macam papa tiri sebab layanan papa kat kami lebih dari yang sepatutnya.Terima kasih papa..We all love you..
 
 


Friday, March 27, 2015

Genap setahun dah pandai berjalan

 
Alhamdulillah, genap setahun Iqy dah start boleh berjalan sendiri..Maka tertutuplah mulut-mulut orang yang selalu "risau sangat" Iqy tak berjalan-jalan padahal masa dorang tanya tu anak aku ni baru 11 bulan, belum masuk kategori lambat jalan lagi pon.Kadang aku tak paham dengan sesetengah orang ni, suka nak banding-bandingkan anak orang dengan anak sendiri.
 
"Eh anak aku dulu 10 bulan dah laju dah berjalan, anak ko tak jalan lagi ke, lambat betul ek..?
 
Lambat ke??Bagi aku takdelah lambat sangat, ada yang setahun 7 bulan baru berjalan okey je takde masalah pape pon, apa yang orang risau sangat ni..Adehhh..Penat aku nak piker cakap-cakap orang ni..Lantak ko lah..
 
Alhamdulillah lah, Iqy ni perkembangan dia semua ikut step , dan ikut umur..3 bulan dah meniarap, 6 bulan tumbuh gigi, 8 bulan merangkak,10 bulan dah mula menapak 2,3 tapak, dan genap setahun, dah berjalan, takde tinggal satu step pon.Tapi step paling aku tertunggu-tunggu dan excited masa dia start pandai merangkak, seronokkk sangat, aku risau betul kalau dia ter'skip" alam merangkak tu..Excited sampai tahap terus simpan walker dia, nak dia merangkak je.hahaahaha..Dan sekarang dia dah berjalan, terkedek-kedek, makin hari makin laju..Ada satu hari tu, dia berjalan je satu rumah tak reti penat, sampai sanggup tahan mata takmo tidor.Punyalah seronok "dapat kaki"..
 
Pasni senang sikit kot nak bawak berjalan, aku lagi rela penat mengejar dia, dari dukung dia..Kehkehkehkeh..Dia dahlah jenis "anti-stroller"..Nak berdukung je..Nak roboh rasa kalau dukung dia tu..Tu belom kes dia tarik-tarik tudung mama dia ni..Mulalah mama dia rasa nak bertukar jadik "singa"..muahahaah, penat mak ko ni belit-belit shawl lip lap lip lap, ko selamber je tarik-tarik kan..baru nak fefeeling "Neelofa"..kuikuikuikuikuii..
 
welcome to 'alam berjalan" anje mama..

Thursday, March 26, 2015

Kurus Cepat dengan Assez Slymm

 

Aku kan memang ada niat nak kurus,dah lama dah, tapi asyik tangguh-tangguh je,sebab aku ada masalah sentiasa lapar, besar kan masalah aku ni.kuikuikui.Tapi lepas diperkenalkan dengan produk Assez Slymm ni buat aku tergerak hati nak cuba, sebab Assez Slymm ni boleh buat aku sentiasa kenyang sepanjang hari katanya.Tapi tak dinafikan,memang betul pun, lepas dah cuba ternyata memang aku rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Jangan panik kalau aku cakap Assez Slymm ni takde Sijil KKM sebab Assez Slym ni dalam kategori makanan bukan ubat so tak perlu sijil KKM.
 
Kalau korang semua ada niat yang sama macam aku iaitu nak kurus,slim n gojess, pilihan terbaik pilihlah produk Assez Slymm ni, meh aku senaraikan kelebihan-kelebihan dia..
 
*Membakar dan mencairkan lemak di badan dengan cepat
*Bertindak sebagai "carbo blocker" - Menghalang penyerapan karbohidrat  dari diserap badan
*Tiada kesan sampingan & selamat diguna oleh semua
*PERCUMA panduan untuk kurus
 
Selain itu jugak, Assez Slymm selamat diminum bagi wanita mengandung dan menyusu badan, juga boleh dimakan/diminum bersama ubat-ubatan lain.Assez Slymm juga mengamalkan system "Money Guarantee Back" bagi pelanggan yang tidak berpuas hati tapi terbukti memang ramai yang sangat berpuas hati setelah mengamalkan Assez Slymm ni sebab kesannya dapat dilihat dalam jangkamasa yang cepat bergantung pada badan masing-masing jugak.
 
Sebelum tu, aku ceritakan dulu apa itu Assez Slymm, asyik menceceh je dari tadi sampai lupa nak bagitau apa benda Assez Slymm ni.Okeyy..Assez Slymm ni adalah minuman kesihatan yang membantu menurunkan berat badan , membakar lemak dengan cepat,melawaskan (DETOX), menegangkan kulit dan menambah tenaga.Formula Assez Slymm akan membolehkan untuk kurus dalam masa cepat, mudah dan pantas.Ia akan memberi rasa kenyang yang berpanjangan tanpa rasa sakit perut.
 
Cara guna pula, mudah dan ringkas sangat,cuma bancuh dengan air panas dan minum, boleh amalkan 1-2 kali sehari..Macam aku guna sekali sehari pon okey dah.Cukup buat aku rasa kenyang sepanjang hari,lebih-lebih lagi kat opis.Ligat je aku buat kerja dari pagi sampai petang..hehe
 
Ni antara testimoni-testimoni dari pelanggan dan pengamal Assez Slymm..
 





Kalau ada diantara korang yang berminat nak order dan cuba sendiri produk Assez Slymm ni jangan malu jangan segan telefon hotline ni sekarang

013-9200106

Instagram : Assez Official


Dapatkan sekarang sebab tengah ada PROMOTION..Harga biasa RM150, sekarang tengah promo, RM99 sahaja..Dengan setiap pembelian ASSEZ SLYMM, korang akan dapat ebook Panduan Untuk Kurus secara PERCUMA!!!

Mohler cuba try test Assez Slymm ni..


 

Monday, March 23, 2015

Pre-Celebration Iqy turns One


 
Kemain siap ber 'pre- celebration' bagai.Anak baru sorang, memang mak bapak over excited sikit, ini pon abah dia yang ajak pergi makan luar, ikutkan aku memang tunggu official party dia 4.4.2015 nanti je, sekali harung tiup lilin sekali.Tapi demi anak kesayangan to'ang2 ni, abah dia kata takpelah kite sambut besday dia dua kali.kikkikiki..17 Mac aritu genap usia dak bobot ni setahun jagung, balik kerja, abah Iqy terus suruh siap ajak makan luar, malam ni special sikit katanya, ada ke patut suruh dak iqy decide nak makan kat mana?Memang takkkk la kan..hahaha..So, biar mama dia take over pilihkan tempat..Abah cakap nak yang special dan paling dekat..Urmm baru nak "paw" jauh sikit.haha.Last-last malas nak pikir, pilih Secret Recipe je lah kat Puchong Utama tu, dekat je tu.huhu..
 
 
Ngehngehhngeh muka puas hati dapat "paw" abah.Alaa Iqy bukan reti lagi pon order mengorder ni, Mama dia yang lebih2 membaham makanan.Iqy makan kek je.. Nak tangkap gambar pon susah, sebab peminat-peminat dia ramai betul kat SR ni, habis kena gomol dengan staf-staf Secret Recipe..Aku nak makan pon segan, orang dok kerumun kat meja, lepas sorang-sorang..haishh..Hot betull dak bobot ni, kalah mama..hahaha..
 
Iqy tengah pening ni nak order makanan apa.Takyah pening-pening Iqy oii, biar mama setel kan, dan dah selamat pon masuk perut mama..kahkahkahkahkah.
 
 
Tunggu kek sampai, lepak-lepak la dulu, peminat semua dah tak kerumun dah, dah pergi sambung buat kerja..muahahaha..bolehlah Iqy tiup lilin dengan tenang bila kek sampai nanti.. 
 
 
Kek dah sampai, abah order kek strawberry untuk Iqy.Tenkiuu abah..Abah Iqy yang tulis sendiri taw nama Iqy kat pinggan kek tu, abah excited sampai tulis tu pon nak tulis sendiri..kahkahkahkahkah..Staff SR garu kepala je bila abah request nak tulis sendiri..Abah ni sweet angatt taw..Dengan mama takde pon sweet macam tu, ni nak jeles ni..hukhukhuk
 
 
Sorry lah abah, takde gambar dengan abah, dengan mama je.Sape suruh abah pegang kamera..hahaha..
 
 
Ok dah kenyang...Burppp Alhamdulillah..Tenkiuu abah tenkiu mama..
 
 
Tengah pikir nak wish apa ek sebelum "blow the candle"? hihih
 
 
 
Lepas celebrate, terpaksa..terpaksaaaa okey ..teman mama beli barang dapur kat Tesco..Urghhh bosannya, mama cepat sikit boleh tak..Dah kebas dah bontot Iqy duduk dalam trolley ni..adehhh..

Wednesday, March 18, 2015

Wordless Wednesday : Anak abah

 
 
Melepekkk je kat abah, tak kasi can mama langsung..#Sentapmaknakkk!!! 
 

Tuesday, March 17, 2015

Rizqy turns One I Happy Birthday sayammm



OMG!!OMG!!OMG!!
Anak bujang aku dah setahun jagung hari ini (17 Mac 2015).Susah nak percaya tapi tu lah hakikatnya, dah setahun aku menyulam cinta dengan pakwe kecik aku ni.Alhamdulillah..Tahun pertama yang agak mencabar bagi "mama baru" macam aku ni.So far dapat jugak laksanakan menjaga amanah yang satu ni.Walaupon terkadang ada jugak ter"stress", sampai migrain2 kepala hotak, tapi anak tengah nak membesar, sabarrr jela..Dalam dok sabar, menyinga jugak aku terkadang.Eh bukan terkadang, tapi selalu..mueheheh..Sampai mak aku panggil aku "Mak Singa"..hahaahaha
Sempena ulangtahun yang pertama buat Iqy ni, mama doakan Iqy sentiasa dilindungi Allah, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki selalu, semoga menjadi anak soleh kebanggaan mama abah, semoga diberi kelapangan dada agar mudah menerima segala ilmu, dan semoga berjaya, berakhlak di dunia dan diakhirat.amiinnn



Perkembangan terkini, Iqy dah mula menapak 3,4 tapak, paling banyak 15 tapak..InsyaAllah tak lama lagi berjalan lettuew.Dan sekarang Iqy sedang hebat "ber"tantrum" (gugel kalau nak taw lebih lanjut)..Dia start tantrum dari 9 bulan lagi sampai lah sekarang.Tu yang mama dia selalu bertukar jadi "mak singa" tu..Grrrr ..Aku hari-hari doa cepat2 lah tantrum dia ni habis, biasa aku dengar sampai 1tahun 3 or 4 bulan, mak oiii lama nya..#maktakkuadnakkkk...Sebab tu sekarang ni kalau nak bawak dia berjalan aku pikir dua tiga kali dulu, hahaha..


Happy Birthday bopren kecik mama..
I love u too stronggg,nyumnyumnyumnyum..
geramm rasa nak kunyah-kunyah..





Saturday, March 14, 2015

Tiada lagi atok dan nenek

 
Atok aku (sebelah mak) telah pun kembali ke rahmatullah pada 10 March 2015 lepas,
selepas beberapa bulan terlantar sakit.Sakit tua yang mulanya punca dari masalah kencing tak lawas, kemudian baru-baru ni disahkan paru-paru berair, dan selang beberapa hari, hasil keputusan x-ray mendapati ada kanser paru-paru, Allahhuakbar!!Sebak tengok atok menderita menanggung sakit dia tu, kami redha dengan pemergian atok kalau itu yang terbaik untuk dia, tak sanggup tengok dia yang terlalu uzur tu untuk melawan sakit dia.
 
Pagi selasa (10 march 2015) tu, aku baru sampai opis , mak aku call bagitaw doctor suruh kumpul semua ahli keluarga kat hospital sebab atok dah nazak, terkedu jugak aku, sebab baru je 2 hari sebelum tu aku melawat atok kat hospital, aku pon berkemas-kemas nak balik, sekali tu dapat panggilan dari along aku plak, bagitaw yang atok dah takde..Innalillahhiwainnailaihirrojiuun~~~
 
Langkah aku pon makin laju, call Abi bagitaw, call babysitter suruh mandikan Iqy siap-siap, kelam kabut masa tu, sempat kaut barang-barang Iqy je masuk beg.Jenazah atok dibawa ke rumah maklong aku kat Pantai Dalam,KL.Dalam pukul 11 lebih, jenazah pon sampai, terus dimandi, dikapan dan disembahyangkan di surau, sebab rumah maklong aku rumah flat tingkat 4, sebab tu urusan jenazah dibuat di surau.Abi pon turut serta dalam proses pengurusan jenazah atok dari mula sampai dikebumikan,Abi cakap mudah uruskan jenazah atok, lembut je jenazahnya.Alhamdulillah.
 
Paling sebak masa kali terakhir cium atok..Allahhh sebak.Aku kira wakil cucu perempuan yang memberi ciuman terakhir untuk arwah atok.Pergilah atok, kami redha dengan pemergian atok.Tenanglah disana, doa kami sentiasa mengiringimu.Moga atok ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman, amiinn..
 
Sekarang, aku dah takde atok dan nenek lagi baik disebelah mak dan juga di sebelah arwah abah aku dulu.Sebelah Abi pon dah takde atok nenek lagi..Pasni raya dah takde port nak lepak pagi-pagi raya, sebab biasanya pagi raya kitorang semua akan berkumpul kat rumah atok kat bangsar,(betul-betul depan Midvalley)..Lepas makan sama-sama ngan atok, kitorang biasanya akan jalan kaki je pergi Midvalley..Jimat duit parking..Dulu masa ada arwah Tok (nenek) lagi meriah..Tapi raya taun ni dah takde siapa dah, maybe raya taun ni balik Melaka jela kot tumpang bermanja dengan atok nenek sedara kat sana..huhuhu.
 
 
 

Friday, March 13, 2015

Ber"lasagne" di PPUM

 
Ekceli, bukan saje-saje datang PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) ni, datang sebab nak melawat atok aku yang warded sebab sakit.Dah seminggu dah atok aku kena warded, baru ni dapat melawat.
 
PPUM ni tempat aku dilahirkan beberapa tahun yang lepas, "beberapa" tahun macam tak sesuai plak, kang sebut berpuluh-puluh tahun, macam tua sangat plak, kahkahkahkah..Banyak betul yang berubah kat sini, dari fully government sekarang ni dah semi-government kan..
 
 Lawat atok pon kena gilir-gilir sebab Iqy tak boleh masuk, bergilir lah kitorang masuk tengok atok, atok tidor masa tu, kesian tengok atok makin kurus sekarang, tak macam masa atok sihat dulu, tegap je badan dia, sekarang nampak uzur sangat dia, keputusan hantar atok ke hospital memang tindakan yang bagus, sebab masa kat rumah, dia taknak makan mahupon minum, bila kat hospital ni lebih terjaga lah sikit, boleh makan ikut tiub, nurse bagi susu ikut tiub, nampak bertenaga sikit lah atok aku tu.Semoga atok cepat sembuh aminn.(update: atok dah kembali ke rahmatullah pada 10 Mac 2015-alfatihah~~)
 
Dah selesai melawat, aku n Abi turun ke tingkat bawah, mak ngan maklang aku plak masuk lawat dan tunggu atok, ada anak kecik ni tak boleh nak lama-lama sangat, Iqy plak makin buas, lagipon kat hospital macam-macam orang sakit yang ada, risau jugak terjangkit ke kan, yela budak2.So, kitorang tunggu kat ground floor, uiii ada secret recipe kawwww..Kelass PPUM sekarang..Sekarang ni nak gi hospital pon, kena pastikan bawak duit lebih sikit, dah macam shopping mall dah aku nengok nyer.
 
Iqy bawak bekal lauuk su'un je, kalau bahan masak dah habis, tu jela yang aku masak untuk Iqy..Jadikklah buat alas perut. ye dak??
 
Kitorang lepak Secret Recipe, konon nak tumpang duduk bagi Iqy makan, Iqy kan bawak bekal, memang pergi mana-mana, aku akan bawak bekal untuk Iqy ni, memang leceh sikit rushing-rushing nak keluar, kena prepare bekal anak lagi, tapi lama-lama dah terbiasa.So pergi mana-mana Iqy akan makan bekal mama dia masak je..hihi.Bila dah dok Secret Recipe ni, takkan nak duduk saje kan, macam tak syiokk plak, so tetiba tekak mintak Lasagne dan Mocha Expresso..Jahat taw tekak ni, tak kasi can nak diet betull...Grrrr..Dak Iqy pasrah jela makan bekal mama masak, yang mama n abah makan sedap-sedap..kikikikikii..Len kali mama abah pon kena bawak bekal jugak lah camni.huhu
 
 
Pergghhh memang tangkap leleh wa cakap lu, cacing-cacing berlagu riang ..kikikiki
 
 


Thursday, March 12, 2015

Pelindung Bucu Tajam

 
Bila anak dah makin buas ni, kejap ketepi kejap ketengah, paling terkejut time dia tengah sedap-sedap tido, taw-taw je dia bangun terus duduk, cer ko bayangkan dia buat camtu time tengah-tengah malam, tak ke terkejut berok mak dia ni, ingatkan toyol ke apa yang tengah duduk betul-betul depan muka aku, kadang tu sambil duduk sambil pejam mata, adoiiii.Pastu bammm, tido balik,eh ngigau ke dia ni?
 
Nak-nak plak sekarang ni suka benor memanjat sana sini, dah lah almari tv tu rendah, memang port dia je bertenggek tengok tv kat situ, kalau citer Karoot Komedia dengan Betul ke Bohong?, memang bertenggek jela dia kat situ sampai citer habis.Dahlah pandai buka tutup tv sendiri, mana dia taw ntah, dia sendiri jumpa button on/off tu, bila dia dah taw, asyikklah buka tutup,gerammm..
 
Masalahnya sekarang, bila dia bertenggek kat situ, asyiklah main ngan bucu, dia dahlah tak reti duduk diam, terlompat2, kadang-kadang tu terpeleot jugaklah, ngilu je aku tengok bucu almari tv tu, takut sangat kena kepala dia, lagi kite larang dia, lagi dia asyik main kat situ je, haishhh rasa nak gugur je jantung ni.
 
Lagi satu. kalau dia main dalam playroom dia ,suka benor main buka katup pintu almari baju dia, paling rasa nak menyinga bila dia diam je, mesti dia tengah memunggah, aku pon intai, memang SAH!!!Habis dia selongkar baju bajan dia satu almari, jenuh lah aku nak melipat menyusun balik,adehhh.
 
Ada lagi satu masalah, dia sangat obsess dengan pintu, apa yang seronok sangat ntah main buka tutup pintu bilik, aku risau terkepit tangan dia je.
 
Jalan penyelesaiannya, yup!!!!Aku perlukan pelindung bucu, penyendal pintu, childlock untuk pintu almari .3 barang untuk 3 masalah diatas, yang sepatutnya awal-awal lagi aku kena beli.Dan ternyata ianya berhasil. Beli kat Mr DiY je, murah sikit.Kat Daiso ada jugak, tapi kat Mr DiY lagi murah..hihihi.
 
 
Total untuk ketiga barang kat atas ni RM9.70 je.Murah kan..

 
Comel kan penyendal pintu tu, aku yang suka sangat sebenarnya, comel sebab tu beli, hahaha boleh?..

 
Pelindung bucu pon dah selamat dilekatkan.Pasni takde lah risau sangat kalau dia bertenggek kat situ lagi.

 
Penyendal pintu almari ni pon dah selamat dipasang, takdelah aku menyinga lagi tengok dia memunggah baju bajan dia, kihkihkihkih..

 
 
 





Monday, March 9, 2015

Abah Iqy Homemade : Sup Ikan Tenggiri untuk Iqy

 Iqy ni kan sejak masuk umur 10 bulan aritu, tetiba selera makan dia berubah, drop terus, biasa aku bekalkan dia tiap hari bubur blended dengan broccoli karot n kentang..,sebelum ni okay je dia makan, tetiba je sejak dua menjak haritu, ibu (baby sitter) dia bagitau Iqy takmo makan sampai tahap baru nampak mangkuk bubur dia je , dia dah meraung2 macam kena bantai..Pening aku fikir nak masak apa untuk dak Iqy ni, last-last abah dia suruh buat sup ikan dengan nasi lembik.Malam tu gigihlah pergi cari bahan-bahan untuk masak sup ikan Iqy ni, dengan harapan dia sukalah makan dan kembali berselera.
 
Bangun pagi2 macam biasa rutin aku pukul 5,6 aku dah bangun masak untuk Iqy, saje bangun awal sebab lepas masak boleh sambung tido balik sebelum bangun balik pergi kerja plak, ngengada kan..haha..Tapi pagi tu, Abi suruh kejutkan dia, dia nak masakkan untuk bekal Iqy ..Relax lah sikit aku.hehehe..
 
Kat opis , ibu Iqy wassap bagitau Iqy makan banyak arini..Lega rasa hati, ooo dah boring makan masakan mama ek, nak masakan abah plak.Biasa mama je suka buli abah masak untuk mama, sekarang Iqy pon join sekali, bertabahlah abah Iqy oiii..haha..
 
Bila dah makin membesar ni, macam-macam plak demand dia yer..Pandai pilih makan..Tapi jenuh mama nak pikir nak buat menu apa plak untuk Iqy lagi..Tercari-cari menu yang mudah n simple je tapi sedap, maklumlah aku ni mama yang bekerja, tak sempat weyy pepagi nak masak yang remeh-temeh..Dah dapat masak untuk anak tu pon dah syukur dah..Tapi anak plak demanding lebih..Ngadeee dak bobot ni taw, dah besar nanti jangan request western food plak hari2, botakkk kepala mama abah nak oiii..hahaahaa..
 
Ok2, meh nak share resipi simple untuk Sup Ikan Tenggiri ni..
 
 
 
sekeping ikan tenggiri
kentang
baby karrot
seulas bawang putih
bawang Holland
secoit halia
daun sup/parsley
 
Caranya mudah saje, campur je kesemua bahan dan reneh sampai menggelegak, sampai kentang empuk.SIAP!!!Lepas tu hidangkan dengan nasi lembik dan ready untuk disuap ke mulut anak, kot yer pon tunggu lah sejuk sikit, kang melecur plak lidak anak tu,..kikikiki..
 
 
*update terkini, Alhamdulillah selera makan Iqy dah kembali seperti biasa, lega sikit hati ni.Pergi jalan2 pon bawak bekal taw, gigih mak ko masak untuk bawak bekal ko nakkk..Sebab tak berani lagi nak bagi makanan luar, walaupon nurse dah bagi hint boleh kenalkan anak dengan makanan keluarga, tapi aku macam takut-takut lagi, kalau kat rumah ibu dia, ibu dia dah bagi macam-macam dah..hihi..Aku tak kisah pon, ibu dia pon taw yang mana baik untuk dia kan..Aku je takut-takut lagi..hahaha..

Friday, March 6, 2015

Aku menangis di suatu petang

 
Entry ni bukan nak citer pasal cerpen or synopsis novel terbaru ke apa taw, ni citer betul, bukan citer rekaan.Baru je lagi citer ni, agak sedih lah bagi aku, walau citer dia takdelah se"tragik" mana pon, cuma secara kebetulan maka terjadiklah kisah ni.
 
Rutin setiap petang aku bila Abi kerja shift pagi, balik dari kerja mesti bawak dak Iqy ronda-ronda naik motor pusing dari blok A sampai ke Blok L, pusing 2 ,3 round sampailah dak Iqy tertidor atas motor, biasalah dia kalau kena angin sepoi-sepoi gitu, mata dia senang je layu.Sebab tu kalau Abi kerja shift petang, aku bawak dia pergi rumah mak aku, kalau tak kompom dia mengamok ajak naik motor..huhu..Jenuh nak memujuk dia nanti, dah tentu satu blok boleh dengar dia menangis..Wakakkaka..
 
Nak dijadikan cerita satu petang tu, tengah syiok pusing sekali ternampak sorang budak ni dok panjat tong sampah besar, dalam hati aku geram rasa nak marah je, sebab main kat tempat kotor..Aku jelling je la, ingatkan budak-budak situ saja main kat tong sampah tu, sekali aku terpandang basikal dia terikat satu bakul yang penuh dengan tin-tin kosong, terus rasa kesal menyulubungi aku.Rasa kesal sebab tersalah sangka kat budak tu, dan buat lagi terharu, hati aku terusik sangat bila ternampak basikal dia dengan bakul berisi tin-tin kosong tu sampai meleleh-leleh airmata aku kat atas motor tu, Abi tanya kenapa, aku pon citer lah pasal budak tu.Rupanya Abi dah selalu nampak budak tu kutip tin kosong kat situ cuma tak berkesempatan lagi nak pergi secara dekat kat dia.Aku menangis-nangis cakap ngan Abi, jomlah kite tolong dia, dapat sedekah sikit pon jadiklah, maklumlah aku pon bukan orang senang tapi teringin jugak nak bantu sebab bila tengok dia, aku terbayang kalau budak tu anak aku, Ya Allah tak kuatnya aku nak tahan airmata time tu, bila dah ada anak ni aku memang jiwa sensitive sikit.Mak bapak mana nak tengok anak dia susah, takde kan..Bila dah tengok keadaan budak tu camtu buat aku rasa bersyukur dengan kehidupan sekarang, aku ingat aku susah rupanya ada lagi yang lagi susah dari aku, tapi biarlah aku susah takpe, jangan sampai anak-anak aku susah.Ya Allah, rahmatilah budak itu ,Ya Allah.
 
Nak dijadikan cerita, esoknya tu aku ronda lagi naik motor macam biasa, cari jugak budak tu tapi takde plak.Esoknya tu baru aku terjumpa budak tu, sempatlah aku hulur sumbangan sikit kat dia, tak banyak mana pon, rezeki dikongsi dengan pelbagai cara kan, banyak cara nak kongsi rezeki ni, bukan untuk ditunjuk-tunjuk,bukan takat bagi makanan kat jiran-jiran je,bukan takat bagi derma kat surau or masjid je, banyakk cara lain lagi, yang penting ikhlas.Aku cakap dengan budak tu, dahlah dik, arini tak payah cari tin lagi, pergi balik yer,senyum dia amik sumbangan yang tak seberapa dari aku tu.Ya Allah, kalau lah aku ni berduit, memang aku nak bantu budak tu, cuma aku mampu bantu setakat yang termampu je, aku kesal sangat.Tsk tsk, Semoga Allah permudahkan urusan dia dan sentiasa lindungi dia..Terlalu muda untuk dia lalui semua ni, budak-budak seusia dia biasanya tengah seronok bermain, seronok bersama-sama kawan-kawan dan sentiasa disisi keluarga, tapii dia, takkk...Dia terpaksa buat semua tu..Hurmmm
 
 

Thursday, March 5, 2015

Si dia yang suka bergaya

 
Si bobot aku ni memang suka benor bergaya.Ko hengat ko shantekkk?haha..Tengoklah tu dengan spek mata dia, elok je taknak tanggal, siap sengih2 macam kerang busuk lagi.Ni lah dinamakan bapak borek anak rintik..Dah sepesen dah aku nengok, kalau masa baru lahir ramai cakap Iqy ni ikut muka abah dia, fotostat sebijik sejiban, tapi sekarang gen-gen aku pulak yang mula kelihatan di wajah dia..betul tak, betul tak??tolonglah cakap betull..hikhihhik
 
Gambar ni masa raya cina aritu, saje ikut mak n papa aku jalan-jalan amik angin petang kat Pantai Morib. Cuti-cuti takkan duk umah je kan, jalan jela mana-mana walaupon dekat takpe asalkan keluar berjalan.hikhikhik..Dak Iqy tu dahlah tak boleh duduk umah lama-lama, panas je bontot dia terkinja-kinja ajak keluar, abis dia gegar pintu grill tanda protes..haha
 
 
Ni gaya bersahaja dari dia yang pandai posing tak pandang kamera sangat tu, lepas tu sibuk mintak henpon nak tengok gambar dia balik, pastu sengih-sengih..Heyyy perasann hensem lah tu..muahahaha.. Dia dah start menapak 2,3 tapak dah, dah boleh imbang badan, cumanya malasss yang banyak, lagi suka merangkak dan berdukung, kalau disuruh berjalan, mesti nak berpaut, kalau lepas, dia mulalah malas nak melangkah..Takpe, takpe take your time, sayang..huhu..
 
2 hero kesayangan, sorang hensem, sorang lagi macho, susah nak pilih mana satu, dua2 sayang dua cinta angat2.(sape lagi nak puji,kann???kompom kembang kempis hidung laki aku).Mmmumumuuuahh..Love both of you to the moon and back.. 
 
 
Family kecik kami.Jarang nak dapat gambar bertiga sekarang ni, sebab mama iqy sibuk nak sorok lemak-lemak tepu kat badan, dah tak solid macam dulu lagi, segannnn...hahaha..Ni pakai baju kaler hitam, perasan lah nampak kurus sikit kekdahnya kann.Padahalll hari-hari stress tengok badan sendiri kat cermin, laki aku lagi stress, hari-hari kena hadap soalan aku yang dia sendiri susah nak jawab."Abg, sayang gemuk tak?"..Susah kan nak jawab, selalu dia bagi jawapan selamat je,konon takmo kecikkan hati bini..kikikikikii..
 
Oklah tu je nak citer