Thursday, March 5, 2015

Si dia yang suka bergaya

 
Si bobot aku ni memang suka benor bergaya.Ko hengat ko shantekkk?haha..Tengoklah tu dengan spek mata dia, elok je taknak tanggal, siap sengih2 macam kerang busuk lagi.Ni lah dinamakan bapak borek anak rintik..Dah sepesen dah aku nengok, kalau masa baru lahir ramai cakap Iqy ni ikut muka abah dia, fotostat sebijik sejiban, tapi sekarang gen-gen aku pulak yang mula kelihatan di wajah dia..betul tak, betul tak??tolonglah cakap betull..hikhihhik
 
Gambar ni masa raya cina aritu, saje ikut mak n papa aku jalan-jalan amik angin petang kat Pantai Morib. Cuti-cuti takkan duk umah je kan, jalan jela mana-mana walaupon dekat takpe asalkan keluar berjalan.hikhikhik..Dak Iqy tu dahlah tak boleh duduk umah lama-lama, panas je bontot dia terkinja-kinja ajak keluar, abis dia gegar pintu grill tanda protes..haha
 
 
Ni gaya bersahaja dari dia yang pandai posing tak pandang kamera sangat tu, lepas tu sibuk mintak henpon nak tengok gambar dia balik, pastu sengih-sengih..Heyyy perasann hensem lah tu..muahahaha.. Dia dah start menapak 2,3 tapak dah, dah boleh imbang badan, cumanya malasss yang banyak, lagi suka merangkak dan berdukung, kalau disuruh berjalan, mesti nak berpaut, kalau lepas, dia mulalah malas nak melangkah..Takpe, takpe take your time, sayang..huhu..
 
2 hero kesayangan, sorang hensem, sorang lagi macho, susah nak pilih mana satu, dua2 sayang dua cinta angat2.(sape lagi nak puji,kann???kompom kembang kempis hidung laki aku).Mmmumumuuuahh..Love both of you to the moon and back.. 
 
 
Family kecik kami.Jarang nak dapat gambar bertiga sekarang ni, sebab mama iqy sibuk nak sorok lemak-lemak tepu kat badan, dah tak solid macam dulu lagi, segannnn...hahaha..Ni pakai baju kaler hitam, perasan lah nampak kurus sikit kekdahnya kann.Padahalll hari-hari stress tengok badan sendiri kat cermin, laki aku lagi stress, hari-hari kena hadap soalan aku yang dia sendiri susah nak jawab."Abg, sayang gemuk tak?"..Susah kan nak jawab, selalu dia bagi jawapan selamat je,konon takmo kecikkan hati bini..kikikikikii..
 
Oklah tu je nak citer

6 comments:

  1. samalah yang di rumah tu, dah mula pandai nak pakai sunglasses dah... hu hu hu.... tapi ok ok dia ikut gen nory...akak percaya, akak percaya...ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nory, wahhh bestnya iqy dah pandai imbang badan. goo iqy gooo. nanti dah pandai jalan, ajak mama abah datang rumah Adam ye. hehehhee

    ReplyDelete
  3. Iqy da besar lahhh..lame tak tgk blog mama die ni...hensome angat2!!!

    ReplyDelete
  4. Assalam nory,
    haaaaaaaaaaaaa
    soklan nory sama ngan akak
    takpa kabor kat hubby nory jgn stress yer
    hubby akak dok dapat sokaln tu dari akak lepaih beranak kan si fayyadh sampai laaaaa ni hokeyh
    setiap kali dia jawab " ish mana ada, ayg tak gemok haih"
    leeeegaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)