Friday, April 24, 2015

Part 2 | Rizqy Turns 1 - DIY Goodies Pack

Macam tak lengkap sesebuah majlis tanpa goodies pack kan, untuk goodies pack birthday party Iqy ni aku memang dah planning nak buat sendiri lah kengkononnya, rajin tak rajin tak??hihihi..Biasanya apa yang ada dalam goodies pack ni? Oh aku buat ikut termampu je, yang biasa-biasa orang selalu buat lah, cuma aku try letak dalam bekas tippuware dan d.i.y sendiri, kengkonon gigih lah sangat kenn.hekhekhek.
 
 Aku beli bekas tu dekat Happy Home ada diskaun masa tu, satu bekas dalam rm0.40sen camtu.Aku beli 50 pcs je, cadangnya nak bagi kat budak-budak je, tapi kalau mak budak nak pon boleh je..hehe.
 
 
Ni beberapa hari sebelum majlis, merangkak-rangkak aku buat sengsorang, potong kertas, tampal kat penutup, tampal sticker, bubuh jajan , sumi, belon semua dalam bekas, buat sorang-sorang je, Abi tolong tidurkan Iqy dalam bilik, baru boleh aku buat kerja dengan aman, kalau tak, kompom dak Iqy "tolong" menyibuk sama, huhu.. 
 
 
Sticker yang ada gambar Iqy tu kakak ipar aku yang printkan kat opis dia, kebetulan dia memang kerja kat syarikat printing buku, so tiada kos yang keluar pon dalam pembikinan sticker tu, jimatt..Buat sendiri pon boleh, cuma kat rumah aku takde printer plak.
 
 
Ni je antara yang ada dalam bekas goodies pack tu, oh lupa sumi tu sepatutnya 2 ketul, dalam gambar kurang satu, sebab aku yang ngap..hehehehe.. 
 
 
Ni dia projek malam-malam buta, demimu anak bujang toang2, mama sanggup walau terpaksa menahan mata dan pergi kerja dengan bermata panda..Pasrahh..Ni baru majlis hari jadi, majlis kahwin nanti camne lah agaknya..Please jangan kahwin cepat sangat eh Iqy..Kan dah janji nak jaga mama bila tua nanti..kehkehkehkehkehkeh.. 
 

7 comments:

  1. Singgah pagi....
    Demi anak...ibu sanggup buat apa saja :)

    ReplyDelete
  2. kertas tampal kt penutup tu plak beli yg dah siap corak ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak, ekceli tu kertas pembalut hadiah, nory potong dan tampal je..

      Delete
  3. : datang singgah sini... hehe..! excited jugak sebab nak buat 1st besday anak bulan 6 nie... hehehe..!

    ReplyDelete
  4. dengan mama mama ida sekalii dapat hehehehhehe

    ReplyDelete
  5. excitednya mama.birthday thaqif in 2weeks xbuat apa pun lagi.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)