Wednesday, June 17, 2015

Genap 15 Bulan

 
Harini genaplah usia dak bobot ni 15 bulan.Yeayyyy happy yang kelima belas bulan abam bobot mama.Macam biasa mama masih gigih mencelebrate tetiap bulan monthsary Iqy.Kadang mama tertanya sendiri, "eh bila anak aku membesar ni?" tak perasan walau dia tertonggok je kat depan mata, taw-taw je dah besau, taw-taw je dah panjang, taw-taw dah semakin bijak, taw-taw je dah makin banyak kerja, taw-taw je dah makin becok mulut dia..Bila ek dia membesar, why aku tak perasan ni..Sumpah ai is rindu nak ber"anak" kecik..Tapi bersyukur, dak Iqy dah semakin membesar dengan sihat dari segala segi, Alhamdulillah..Mama tak mintak lebih pon Iqy, cukuplah Iqy sentiasa depan mata mama, membesar depan mata mama, dan sentiasa sihat walafiat.
 
Kalau nak cerita satu-satu tentang perkembangan Iqy sekarang, tak tertulis kat sini, sebab terlalu banyak, yang pasti sekarang hari-hari yang kami lalui sekarang penuh dengan ketawa melihat telatah dan kerenah dak Iqy, petahnya dia bercakap ikut bahasa dia, kalau dia panggil abah dia, satu block rumah aku ni boleh dengar kot, tiap kali buat apa-apa yang dia tak boleh nak setel sendiri, mesti jerit panggil abah.Tapi intonasi dia panggil abah tu yang comel..Macam bukan  budak setahun 3 bulan yang bercakap..Mengelicap mulutnya..Rasa nak gigit-gigit je mulut dia.
 
Contoh kalau aku sebut One!!, laju je dia sambung "Two"..Tapi kalau aku sebut "SATU", elok plak dia ikut sebut satu jugak, Pastu buka buku , asyik tunjuk gambar ball, dia panggil ball, "BAL"..Ntah kenapa bunyiknya cenggitu, paling win bila dia mintak susu, dia akan sebut "mama...shushu"..Pandai dia gabungkan dua ayat.Kalau dia nak minum air masak, dia sebut "shushuwa", taktaw nape dia sebut shushuwa..Bedal lah nakk..Yang paham mama n abah je..hikhikhik
 
Tersangat rapat dengan abah dia, dah macam magnet dua orang ni, cuma dia akan cari aku time suruh baca buku je, kalau abah dia amik buku bacakan, dia marah sambil rampas buku tu dan bagi kat aku sambil sebut "mama", maksudnya dia suruh aku yang bacakan, sebab abah dia suka baca main-main..hahahaha..Tapi kitorang selalu sakat dia, saje bagi dia merajuk hentak-hentak kaki..Dia bila garang comeyy macam mama dia...kahkahkahkahkahhhh...
 
 
HAPPY 15th MONTHSARY bopren tecikk mama!!! 
 

6 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)