Thursday, June 11, 2015

Jenis-jenis rabun | Rabun spesies apakah aku?

 
Aku kan ekceli kan, rabun orang nya.Lama dahh, tapi mempoyooo takmo buat spek mata, konon macam mata tu terang benderang sangat, padahal jalan pon main agak-agak je, bukan aku nampak dengan jelas sangat pon, Abi dah berbuih-buih mulut dah suruh aku buat spek, berapa biji kedai dah kitorang pergi semata-mata nak survey spek mata, tapi tiap kali pergi, belek-belek spek dan blahh gitu sajee.Ntah kenapa bila diri sendiri pakai rasa macam ada je yang tak kena, tengok orang lain pakai okey je..Contact lens plak malas plak aku nak pakai,buka,pakai buka tiap kali..Lagipon Abi tak bagi pakai contact lense, taktaw nape..
 
Mungkin orang akan cop aku sombong bila terjumpa aku kat mana-mana, dorang puas senyum, yang aku buat bodoo je, sumpah weyyy aku tak nampak..Kalau nampak takkan aku nak menyombong tak tentu hala ye dakkk..Takkan aku nak menyengihhh je sepanjang jalan, kang kena cop gila meroyan plak..hehehe..Taw2 je member wassap, "weyy sombong giler sekarang, senyum pon takmo"..Laaaa bila ko jumpa aku??Haaaaa bahaya jugak ni..Kalau jumpa aku jangan senyum ngan aku dari jauh taw, atleast lambai-lambai ke, pastu pergi dekat sikit , haaaa barulah aku nampakk..kikikikiii...Buruk perangaii kan..Yela-yela nanti aku buat spek..
 
Aku dah pergi check mata dah, dan aku disahkan penghidap rabun silau yang agak tinggi jugaklah.Rabun ni ada 3 jenis setahu aku, ni aku siap gugel tepek kat sini buat tatapan semua.hihihi..
 
 ************************************************************************************
 
Rabun Jauh
Ini adalah rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja serta boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun jauh memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya.

Rabun jauh biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawall usia 6 tahun. Pada umur remaja (ketika tubuh badan membesar dengan cepat), rabun jauh mungkin akan menjadi lebih serius. Walau bagaimanapun, kadar kerabunan ini akan menjadi lebih stabil pada umur 20-40 tahun.

Rabun Dekat
Ini terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya tertumpu ke bahagian belakang retina. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung untuk rabun dekat. Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang.

Rabun Silau (astigmatism)
Ini terjadi apabila bentuk kornea tidak sekata dan membiaskan cahaya ke arah yang berlainan. Ia boleh wujud bersama jenis rabun mata yang lain.

************************************************************************************

Cara Atau Kaedah Rawatan
Kaedah rawatan paling mudah untuk masalah rabun adalah melalui penggunaan cermin mata. Kaedah lain pula ialah menggunakan kanta lekap yang diletakkan di atas lapisan kornea. Rawatan terbaru ialah rawatan laser yang memberi seseorang itu keyakinan dan tidak perlu memakai cermin mata.

Sebilangan daripada mereka yang rabun mungkin mengalami komplikasi kelekangan lapisan retina. Ini berlaku apabila retina lekang daripada lapisan koroid, menyebabkan gangguan fungsi retina dan menyebabkan buta jika tidak dirawat.

Kelekangan retina boleh berlaku kepada seseorang yang rabun jauh. Pesakit mungkin akan mengalami kehilangan penglihatan di medan penglihatan sebelah bawah.

Sejenis masalah rabun yang berlaku apabila seseorang itu dapat melihat objek yang jauh dengan baik, tetapi tidak dapat membaca dengan baik dikenali sebagai presbiopia. Ia biasanya berlaku pada seseorang yang mencapai umur lebih 40 tahun.

Ini disebabkan proses pengerasan kapsul kanta yang menyebabkan pengurangan pergerakan kapsul kanta ketika melihat objek. Dalam keadaan seseorang ingin memfokus pada objek yang dekat, kapsul tersebut harus mengendur untuk menjadikan kanta itu lebih cembung.

Apabila berlaku pengerasan, proses ini sukar dilakukan dan keupayaan mata melihat objek yang dekat berkurangan.

Masalah ini perlu diatasi dengan memakai cermin mata untuk membaca yang harus ditukar setiap dua tahun. Untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghidap presbiopia, kekaburan dekat berlaku pada kedua-dua mata dan ketajaman objek itu menjadi lebih jelas apabila objek dijauhkan sedikit.

Masalah ini juga tidak seharusnya disalahfahamkan dengan masalah katarak mata, terutama bagi mereka yang melebihi umur 40 tahun. Penghidap katarak menghadapi kesukaran melihat objek jauh. Seseorang yang menghidap katarak tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas dan objek itu masih kelihatan kabur walaupun dengan memakai cermin mata - myMetro
 
 


Ni percubaan pakai spek pinjam member opis punya..ahahahah...Kelakarr...Ada yang cakap okey, ada yang cakap tak okeyyy..Last-last, takyah pakai jelaaaa...Layan je mata yang tak berapa nak nampak ni, atleast kurang sikit dosa dari terlihat benda-benda mungkar...cewahhhh...Betul ke orang kata, kalau pakai spek, rabun akan menjadi semakin teruk??Fakta ke auta ek??Cer citer cer citer...

 

 

 
sumber dari sini ====> rossacalla.blogspot.com

7 comments:

  1. cik nor dah 3thn pkai spek..huhu

    ReplyDelete
  2. betul nory! jgn pakai, sbb makin lama nt kanta ko akan tebal.pg2 try tgk benda hijau, banyak minum air carrot, hehehe.mst ok.

    ReplyDelete
  3. Depend pada orang. Kadang macam perempuan, lepas bersalin ada yang power kurang, ada yang power makin tinggi. Sedar tak sedar dah 15tahun jugak za pakai spek. Hoho.

    ReplyDelete
  4. Cikna start pki spek masa F2, pki seminggu dg kena curi lak mengagau skjp,huhuu... Kalau b'kemampuan buatla laser, mmbr buat kt prince court laburla 3k.... Sllunye kn klu rabun jauh power tinggi utk silau dia rndh..

    ReplyDelete
  5. saya pun rabun sejak form 2.. huhu

    ReplyDelete
  6. Rabun jauh..setakat ni power sama je..xnaik2 dr masa pkai dulu..

    ReplyDelete
  7. Assalam nory,
    akak pun rabun
    tapi jarang pakai spek
    masa blajo dedolu pakai la
    ni time koje, bila ngadap pc ja pakai he3

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)