Sunday, August 30, 2015

Dating with abam

Hallluuu bertemu lagi dihari sabtu yang indah.Ceria kemain maklumlah cuti panjang kan.Taklah panjang mana,tapi syukur lah dapat jugak extend cuti kan walaupun sehari.YAng penting hari isnin cuti,ai is sukeee angat uollssss.Rasa nak lompat bintang je..

Minggu ni Abi kerja,sob sob sob..Maka kenalah berdikari sendiri bersama anak bujang den sorang tu haaa.Konon hari cuti nak lah merasa bangun lambat,takde maknenyerr,pepagi lagi dak bobot dah bangun ,berak plak dia..Adehhh..

Tengahari keluarlah weolls dua beranak ke rumah mak aku.Sekali sampai depan rumah mak,takde orang kat rumah..Call Tasha ,rupanya dia ngan mak kat Tesco..Terus aku syiott ke Tesco jumpa mak n Tasha kat sana.Papa pon kerja harini.Maka berdatinglah weoll 4 beranak.Nasiblah Tesco dekat je ..huhuhu..

Dak Iqy macam biasalah kalau kat Tesco,dia buat macam abah dia punya Tesco je.Huhhh! Kuruihhh mak mengejornya..Tak beli pape pon, tapau burger king je pastu balik lepak rumah mak sampai time Abi balik kerja..Iqy tido sampai ke petang,bangun je terus buli Atok ajak keluar.Eiiii ngade betul..

Begitulah sedikit sebanyak cerita aku dihari sabtu..sekiann melaporkan.Terima kasih...hikhihikhikhik

Friday, August 28, 2015

Bual kosong

 
Harini hari gaji, muka ada "nur" senyumm je memanjang..kikikii..Alang-alang hapdet entry, kite bual-bual kosong lah sikit.Haritu masa kat rumah mak, lepak borak-borak dengan mak n adik aku Tasha..Biasalah we all bertiga memang suka buat "ketupat" tiga beranak..Dengan mak pon jadikkk je buat kawan menjemah..Ada je gossip, kalau aku tak datang sehari, mesti mak aku wasaap ,"dik bila nak datang, ada gosipp ni"..Kemain mak haku kan..hahahaah..Alaaa gossip anak beranak,tak luak mana pon..
 
Mak aku cerita,
 
"Urmmm tahun depan, mak sunyi lah, Darwish dah start sekolah darjah 1, dak Abang pun sekolah pagi petang, Tasha pon maybe dah start keje or start belajar time tu..Ingat nak suruh papa ko berhenti lah, ada jugak mak kawan kat rumah"
 
Aku n Tasha mengangguk kepala tanda setuju.
 
"Urmm betul jugak tu,cian mak mesti sunyi nanti."
 
suasana sunyi seketika..krikkk krikkk kriikkk..
.
.
.
.
.
.
.
.
Tetiba aku mencelah.
 
"Haaaa apa kata mak bela hamster"..
muka konpiden habis sewaktu memberi cadangan siap angkat tangan lagi tu...
 
Wakakakakaakakakakak!!!!
 
Mak dan adik aku boleh bantai ketawa terbahak-bahak sampai berair mata dan sakit-sakit perut, apa yang kelakar sangat taktaw lah, tak bernas ke cadangan aku tu...?Sampai harini aku tertanya-tanya..hahahahaha..
 
 
*okbaii tu je nak citerr....
 

Wednesday, August 26, 2015

Ada sesiapa nak belanja titew kasut baru tak?muehehehehe

 
Ni laa kasut yang aku lenjan seharian kehulur-kehilir, ke opis pon pakai kasut ni, pergi jalan-jalan pon pakai kasut ni.Dah memang spesies yang sangat "taat setia" pada sepasang kasut je nak buat camno kan, aku bukan jenis yang suka kumpul kasut bebanyak dalam lemari.huhu.. Kalau beli pon bukan yang branded-branded, beli yang RM10 kat pasar malam je pon, paling grand pon beli kat Tesco, kahkahkahkahkah..Tapi yang murah tu lah tahan lama kooo...Mujur dapat kaki yang tak demand nak kasut Vincci ke, crocodile ke Crocs ke, kalau tak jahanammm poket..hahahaha..
 
Yang kasut dalam gambar ni pon beli time clearance sale kat NOSE..RM19 je sepasang..hahahaha..Janji adoo..Haritu masa kat opis, time punch card kena naik tingkat 2 macam biasa kena tanggal kasut, member sorang ni tegur "weyy tukarlah kasut tu, dah nazak bebenor dah aku nengoknya",,,hahahahha..Tak sentap pon, memang patut pon dia tegur gitu, memang dah semput pon, dengan tapak dah haus, berjalan pon senget-benget sebab tapak dah tak rata, hahahah cuma aku je jenis yang akan pakai sampai lebam, selagi boleh sarung aku lenjan je..Dah tak pikir apa dah..hahahaha..Bukan masalah kedekut, masalahnya memang aku spesis macam ni sejak azali, takleh nak kata apa dah,silalah paham..kahkahkah..
 
Tapi kalau ada yang konon-konon nak hadiahkan kasut baru untuk aku, kecik tapak tangan, lautan hindi aku tadahkan...ecewahhh...Calling-calling lah titew ek...acah mak labuu...gurau jelaaa..
 

Tuesday, August 25, 2015

Bila dia makin ringan mulut.

 
 
Dak iqy ni suka bercakap, hari-hari ada je perkataan baru yang dia akan sebut.Kekadang tu lucu jugak bunyi nya, tapi boleh fahamlah apa yang dia cuba cakapkan tu.Sejak akhir-akhir ni dia paling suka cakap "eeee catekkk" (eee cantik), pantanglah nampak aku pakai baju, baju buruk pon dia akan cakap "eeee catekk" , yang lucunya siap dengan irama lagi tu, tu yang buat kelakar tu..Geramm rasa nak cepuk-cepuk..hahahaha..Bila dengar kan, macam alahaii gedik sangat taw..hahaha..Haritu masa kat rumah mak aku, dia nampak budak perempuan pakai gaun lalu depan rumah, terus dia cakap, "eeee catekkk"..Hamboiii kauu kemain ngorat anak dara orang..
 
Lagi satu tiap kali kite bagi dia barang, dia akan cakap "Tacih" (terima kasih)..Video kat atas tu time aku rakam, jenuh pulak dia nak cakap "tacih"..huhuhu..Kalau tak tu, asal bagi barang je, sebut "tacih"..Pastu bagi barang balik kat aku cakap "tacih"..tu jelaa dia dok ulang-ulang..huhuh..
 
 
 

Weekend yang malas, takyah masak, kite order je..

 
Ni citer pagi Ahad aritu, pagi sabtu kan dah bangun awal, malam tu plak lepak dataran putrajaya,bawak Iqy amik angin luar, dan kasik dia bebas berlari, lepak dengan family aku semua, sampai pukul 12 malam.Dah taw esoknya mesti bangun lambat, dak Iqy pon penat giler malam tu, berlari berpeluh-peluh, tidur static gitu je sampai ke pagi, penat sangat lettuew..Huhh..
 
Jarang dak Iqy ni bangun lambat, biasanya paling lambat pun pukul 8.30pg, tapi hari minggu kelmarin, pukul 11.30 baru bangun, tu pon mamai-mamai ayam lagi.Bila dah taw hari minggu tu akan bangun lewat sebab kepenatan, maka aku dengan bijaksananya (bijaklah sangat) telah meng'order', Nasi Ayam Goreng Bersepai ,nama diberi.Unik kan namanya..??hehehe..
 
 
Ini lah rupa empunya nama "Nasi Ayam Goreng Bersepai"..Sedap pulak tu..Sekarang ni semuanya dihujung jari, rasa malas nak keluar, call saje, syioott dah sampai depan pintu rumah.Kalau macam aku ni, sebab dalam kawasan yang sama, so tak dikenakan caj delivery, aku hanya bayar RM9.00 je, sampai betul-betul depan pintu rumah, tepat pada masanya..Wahhhh camni, tiap kali weekend kalau Abi kerja, bolehlah aku order..Takyah susah-susah nak masak..kikikiiiikikiii..
 
Ni contact number utk order Nasi Ayam Goreng Bersepai, kalau luar kawasan Puchong, aku tak sure berapa caj delivery nya...Better call sendiri tanya,.
 
Orang Puchong mesti familiar dengan Fanpage "Warga Puchong' kan.Kat pages ni memang best, banyak info-info terkini boleh dapat kat page ni..Nak jual barang kat sini pon senang, haritu aku iklan nak jual katil bayi terpakai kat sini, sekejap je dah ramai PM ..Respon yang menarik, jual apa pun laku kat page "WARGA pUCHONG" ni..Paling win yang jual makanan lah ,siap delivery lagi..Untong kan jadi WARGA PUCHONG ni..Mehla duduk Puchong,...heheheheheh... 

Wednesday, August 19, 2015

Mencabar giler nak potong rambut dia

 
Tiap kali balik kampong Abi, mesti rambut Iqy kena korban.Rasanya baru 2 kali je berjaya potong rambut dia kat kedai, first time tu dia tak nangis pon, kali kedua tu mula-mula dia okey, tapi last-last menangis jugak, tapi rambut berjaya jugak dipotong, lepas daripada tu, abah dia je yang potong.Sebelum balik kampong haritu , ada jugak cuba nasib bawak dia pergi kedai gunting, masa masuk kedai dia okey je, tiba giliran dia, dia bantai melalak terjerit-jerit bila uncle tu pegang kepala dia, last-last abah dia yang duduk suruh uncle tu potong rambut dia..Tak pasal-pasal rambut abah dia jadik mangsa.hahaha..
 
Haritu masa balik kampong, memang plan nak potong rambut dia pon, sebabnya rambut Iqy ni jenis cepat panjang, dahlah jenis cepat berpeluh, bila berpeluh tu, melepet je rambut dia kat dahi, pastu mulalah dia rimas tergaru-garu.
 
Ingat senang nak potong rambut mamat ni?Memang tak arrr..Jenuh abah dia kejar keliling rumah.Potong sebelah, berlari kesana, potong lagi sikit, berlari kesitu..Haishh..Aku tengok pon letih.
 
 
Sampai berlari ke belakang rumah, terjumpa radio rosak..Barulah dia reti duduk diam sikit.huhuhu..
 
 
Bila dah duduk diam-diam, berulah abah dia boleh focus betul-betul..Abah dia memang pandai potong rambut orang, rambut aku pon Abi yang potong kan, sebab malas nak pergi saloon punya pasal, kang nak bukak-bukak tudung satu hal, last-last guna khidmat laki sendiri, Abi kan hero kami, semua benda dia boleh jadi...hikhikhikhik..
 
 
 
Walaupon duduk diam, tapi dah beralih tempat dah tu, dari tepi sana, sampai dah bawah pokok manggis, opah layan sembang, abah boleh alter lagi rambut dia tu.. 
 
 
Akhirnya...Berjayaaa jugak mencantas rambut dak bobot ni..heheheh..Next time balik kampong kite alter rambut lagi okeyy...hehehe
 
 

Monday, August 17, 2015

Rizqy 17 bulan

 
Today is genaplah dak bobot ni berusia 17 bulan bersamaan 1 tahun 5 bulan..Setiap bulan mesti nak cakap eh cepatnya masa berlalu, cepatnya anak aku ni membesar.Dan mama dia masih setia mencelebrate setiap bulan..Gigih okey mama awok ni..Tolongglah sayang lebih ..hahaha.
 
Perkembangan untuk bulan ini yang paling ketara adalah tang mulut dia tu, aku rasa sejak akhir2 ni dia banyak sangat bercakap, walau tak faham sangat setiap butir bicara dia tu, tapi dia tetap nak bercakap jugak, aku rasa dia sendiri pon tak faham apa dia cakap..
 
Oh dia suka sangat menyanyi, asal dengar lagu je dia pandai ikut rentak lagu.Kadang tu baru dengar muzik , dia dah taw dah tu lagu apa, siap pandang kite nak bagitaw yang dia tahu tu lagu dia..Lagu "Balik kampong" dia paling suka sekali, dengan lagu "kun anta", orang yang tak biasa dengar dia nyanyi pon boleh tau tu lagu apa tiap kali dia nyanyi, aku ingat aku sorang je paham bahasa dia, maksudnya butir bicara dan lenggok suara tu ada..Ni betul ikut mama ni suka karokkk..Yelaaa masa pregnant dulu suka gi karokkk...muahahahahah...Tapi seimbang lah, mengaji pon aku selalu buat jugak..Harap dah besar jadik tahfiz lah hendaknya..Kalau nak jadi penyanyi, jadiklah macam Mawi pon okey jugek..hehehehe..
 
Selain rapat dengan abah dia, dia tersangatlah rapat dengan atuk..Bila ade atuk , dia pandang abah sebelah mata je..Cehhh..Abah siap sentap cakap, ooo malam kang nak tidur , abah taknak garu belakang dia..hahahaha..Comel jugak kalau abah merajuk..kikikikiiii..Tiap kali singgah rumah mak, kalau ada atuk dia, abislah atuk akan jadi mangsa buli dia, suruh bawak round naik motor sampai lebam,biasanya lepas maghrib dia akan bodek atuk lagi ajak naik motor, susah benor nak puaskan hati dia, Dicha tu atuk bawak dia round sekali je dah puas dah.Dia ni je tak reti-reti puas..haish..Kesian atuk kena buli..
 
 
HAPPY 17th MONTHSARY dear bobot amma abah.. 

Saturday, August 15, 2015

Konon-konon rumah terbuka lah ni

 
Jangan sentap plak cakap aku tak jemput, aku bukan buat open house besar-besaran pon, cuma kebetulan along aku belum beraya kat rumah aku lagi, ada jugak singgah-singgah gitu je, tapi tak dikira sebagai beraya secara rasmi lah gitu..hahahah..Pastu aku pon ajaklah along aku datang beraya malam semalam , alang-alang tu aku jemput lah sekali poksu aku sekeluarga, maklang sekeluarga dan mak n papa aku sekali..Saje meramaikan majlis..Eh bukan majlis apa pon, bolehlah dikira sebagai advance besday celebrate untuk Abi (21/8) ni..
 
 
Menu pada hari itu, atas permintaan ramai, eh takdelah ramai sangat..hikhikhik..Menu pada malam tu, laksa dan bihun goreng, serta nugget goreng..hehehehe..Sape masak???Dah tentulah bukan aku...kikikikikiiii..Abi lahh, hari khamis tu Abi kerja pagi, tengahari dia dah balik kerja dah, sempatlah dia pergi kedai beli bahan dan memasak..Dia dah biasa dah..Aku pon salute habis kat dia kalau bab masak-masak ni dia memang cekap, aku tak nafikan.Aku bukan taknak masak, aku boleh je masak, tapi takat masak nak bagi laki dan anak makan, boleh lah.Kalau nak bagi orang makan, segan plak aku..Tak cukup konpiden lagi..hehehe
 
 
Dak iqy, mulanya aku suruh dia tidur, punyalah lama aku cuba tidurkan dia, dia takmo jugak.Macam tahu-tahu je nenek n atuk dia nak datang,dia dengar je suara mak aku bagi salam, menggelupur dia turun dari katil dan berlari dapatkan mak n papa aku..Nak mengadu lettuew...Last-last tak tidur pon.. 
 
 
Bila dah ramai kawan, nasib baik dia behave sikit, aku nak tidurkan dia sebab takut dia nak main kat luar sebab pintu kan terbuka..Nasib baik bila dah ramai kawan, dia elok je main sama-sama kat dalam bilik dia, kalau dia sorang-sorang, takde dia hinginnya nak masuk bilik dia tu..Haishhh..Cuma tu je lah, dia pantang jumpa sepupu sebaya dia tu,Dicha,mesti nak bercakaran aje..Semua benda nak direbutkannya, bila time baik, siap cium-cium bagai, bila bergaduh, dia lempang-lempang je si Dicha tu..Hurmmm..Dah besar nanti, ko meraung-raung nak kahwin ngan Dicha, mama cepuk ko laju-laju..hahahaha..Orang kata kalau kecik-kecik bergaduh, dah besar jadik rapat kan..Entahlahh..Tengoklah dah besar nanti camne..hehehe
 
 
Ingat nak buat open house besar-besaran, hajat tu ada, tapi takde rezeki lagi..Nanti ade rezeki lebih tahun depan or akan datang, kalau aku buat aku jemput semua yer.. Doakan lah aku murah rezeki,Kotlah pak Jib nak sedekah 2.6Billion kat akaun aku..hekhekhekhek...
 

Friday, August 14, 2015

Ratah begitu sahaja

 
Perghhh...bila tiba musim buah mangga ni memang syiok lah.Nak-nak plak rumah mak aku ada pokok mangga, boleh kata tiap hari dapat makan mangga manis ni haaa..Sedapp giler okay.Manis je..Aku kalau balik lunch tu, aku kupas 2 bijik aku hadap sorang je.huhuhu..
 
Memang seronok kalau tiba musim buah ni, balik kampong haritu musim rambutan dengan cempedak..Sedap betul dapat makan buah fresh dari pokok ni..heheheh..
 
Harini dah jumaat dah.Rasa macam cepat sangat masa berlalu minggu ni, taw-taw je dah jumaat..Weekend ni busy dengan open house, semua orang pulun buat open house secara berjemaah ke hape ni..Takpe..takpe ai is suka anggattt, takyah pening kepala pikir nak makan apa, nak masak apa weekend ni, sebab Abi kerja.Takpelah kite makan kat open house aje...yeeehaaaa...Huhuhuu..
 
 
 

Thursday, August 13, 2015

Besday Henry boy

 
Amacam??kacak tak , kacak tak? Perkenalkan inilah Henry anak bos dan merupakan satu-satunya lelaki dalam department weolls, bukan maksud tiada lelaki langsung, tapi kalau ikut department kitorang, semuanya perempuan, dia sorang je tercongok sorang lelaki.So, dia lah satu-satunya kumbang diantara kami-kami yang kengkonon bunga mekar ditaman larangan ni..hahahahah..
 
Walaupon Henry ni anak boss, tapi dia punya sporting, sampai tahap kitorang plak rasa segan nak cakap dengan dia.Muda lagi Henry ni baru masuk 25 tahun, tapi sangat merendah diri, tak berlagak langsung.Masa awal-awal dia start kerja, kitorang panggil dia MR.Henry, dia berkali-kali ingatkan kitorang jangan panggil Mr..Just call me Henry je..hikhikhikhik..
 
 
Sporting kan dia pakai topi cone tu..hikhik..Comey je..
 
 
Dia pon melayan je snap gambar sama-sama.Siap buat group whatsapp suruh kitorang send gambar kat group..hahahah..
 
 
Happy Birthday Henry Boy... 

Bihun pon sodap

 
Petang kelmarin, masa nak balik kerja, hujan turun dengan lebatnya.Alamak macam mana nak balik ni,payung tak bawak, jarak dari pintu opis nak ke kereta takdelah jauh mana, tapi kalau redah kira lencun jugaklah.Member-member opis lain semua terkandas sampai pukul 7.30 malam, aku takleh lah nak turut terkandas sekali sebab nak amik Iqy, takmo lah Iqy tertunggu-tunggu mama dia.Aku jenis yang punctual bab amik anak ni, takmo curi masa pengasuh.So aku redah je hujan, takde makna nak control ayu bagai sampai takleh kena hujan langsung, selamba je aku redah, siap jalan catwalk lagi, sebab aku pikir dah time nak balik dah pon, balik kang terus mandi je.Kalau time nak pergi kerja aku pikir 2 , 3 kali jugak nak redah ke tak..hikhikhikhik..
 
Sampai rumah pengasuh , Iqy tengah sedap tidur, aku pikul je dia masuk kereta, first time dia tidur time aku ambik dia, huhuu..Sampai rumah, call Abi suruh turun bawak payung ..Abi dah siap masak nasi goreng , fuhh lega takyah pikir pasal makan malam dah..Sebab ingat tadi kalau tak hujan nak singgah kedai beli makanan, tapi sebabkan hujan, aku balik jela..
 
Bila dah lepas mandi , perut rasa lapar plak, nak makan nasi goreng Abi, perut macam mintak makanan lain plak, nak keluar beli malas plak sebab hujan, tetiba tokk!! tok!! tokk!..pintu rumah diketuk,rupanya maklang (sebelah rumah) hantar bihun lah..Wallauweyyy murah rezeki ..Licin kitorang makan anak beranak, Dak Iqy makan bertambah-tambah, sampai bersila duduk diam pegun gitu je dia depan abah dia, asal abah dia lambat suap je, dia menjerit..Oooo suka bihun macam mama jugak lah ni..Abah dia minat mee..Tapi mee pon dak iqy bedal jugak, sebab dia suka makan pedas-pedas..Aku perasan jugak, dak Iqy ni gemar makanan pedas.Tapi aku tak bagi selalu, takut perut dia tak tahan plak.,tapi kalau dia dah nak tu, susah aku nak elak dari dia, tak sangguppp weyyy dengar dia terpekik terlolongg menjerit..Euwwwww..Dulu aku pernah risau dia susah sangat nak makan, sekarang aku risau sebab dia banyak sangat makan,pantang nampak makanan..Anywayy, tenkiuuu jiran sebelah merangkap maklang aku..Kenyang perut terus tidur dengan lenanya..
 

Wednesday, August 12, 2015

Percutian ke Kuching,Sarawak - Part 3

 



 
Hari ketiga bersamaan hari terakhir kitorang kat Bandar Kuching ni, oh yer, pagi ni breakfirst ditaja lagi uoollss, seronok bangat cenggini.Pagi-pagi dah siap-siap, masuk segala mak nenek beg dan barang shopping kat dalam beg sebab kitorang terus check out sekali, destinasi breakfirst untuk hari terakhir ni kami dibawa ke restoran Mom's Laksa bukan Man Laksa citer Mamat Khalid tu yer..hihi..Kat sini kitorang bantai makan macam-macam sampai ketat perut, siap tapau air tin bertin-tin untuk bekalan dalam van, dan jajan buat kudap-kudap lagi.Kat sini pon macam-macam ado, sate ada, tapai beras ada, mee kolok ada, laksa Sarawak ada, roti canai ada, tapi serius cakap, tak sedap mana pon.Boleh lah takat alas-alas perut plus orang dah belanja kan, kebas jela, banyak bunyi plak.Service pon tak berapa nak mesra alam sangat, pelayan dia macam blur-blur je tak faham bahasa semenanjung.huhu..Aku yang bukan orang Sarawak pon boleh faham bahasa dia, takkan dia takleh faham bahasa semenanjung walau sikit pon kan..hurmm pelik plak aku.
 
Lepas dah breakfirst semua, kitorang dibawa ke kedai kek lapis semula untuk ambil tempahan yang kitorang dah tempah semalam tu,kat situ kitorang tibia makan tester kek lapis lagi, perghh keje ko makan je kan..pffftttt..Beli nya tak seberapa, makan je dah dekat sedulang habis licin..hahah..
 
 






 
Setel amik kek, kitorang ke muzium plak, ada 3 jenis muzium aku masuk, tapi aku tak rekemen sangat lah, bukan ada pon, dah lah panas ya amponn..Kitorang tak lama pon kat situ, nasib baik masuk free je, tak dikenakan bayaran pon.Ada lah dalam sejam kitorang kat situ, tu pon lama kat satu muzium tu sebab air cond dia kuat, so kitorang sejuk kan badan lama sikit kat situ..hahahaha..
 




 
Next stop plak, kitorang di bawa ke Waterfront.Boleh lah takat nak bergambar kenangan, ambik angin samba tengok sampan penambang 50 sen tu, oh yer korang kalau berminat bolehlah try naik sampan 50sen tu, aku tak naik sebab takut, macam tak safety je, dengan tak pakai life jacket nya, dengan anak kecik nya, haishhh seram plak aku nak naik, ibarat tempah maut je..Tapi mulanya ada hati jugak nak try naik tu tapi laki aku ceramah 30 episode dah , aku lepaskan jela hasrat hati nak naik sampan tu..hahaha.
 





 
Sekejap je kitorang lepak situ pastu kitorang di bawa ke Little Indian plak untuk bershoppingggg hingga ke titisan terakhir..kat situ kalau nak beli tshirt ke, key chain ke, gambir Sarawak (oppsss) ke, dipersilakan shopping kat sini, sebab murah..tapi...tapiii...kat deretan kedai depan waterfront tu lagi bapakkk murah..Kat situlah aku rasa nak nangis nyesal pon tak guna sebab tengok harga kain batik , t-shirt semua murah-murah giler..Haishhh.Gerammmm..Terkono den!!
 



kasik promote sikit kedai ni...banyak weolls borong ikan masin kat kedai ni..Owner bagi special diskaun..



 
Dah habis shopping sakan, sedar-sedar dah petang dah, cepat2 naik van terus ke Pasar Kubah Ria untuk beli ikan terubok masin.Kalau pergi Kuching, tak beli ikan terubok masin ni macam tak berapa nak sah percutian ko kan, aku pon tak taw kenapa..hahah..Padahal aku bukan makan pon ikan masin, beli untuk jiran2 tetangga dan untuk maklang sebelah rumah je, mak aku beli banyak, sebab jiran mak aku satu "kampong", merata dia usung ikan masin satu taman perumahan bagi kat jiran-jiran dia, jiran aku sorang dua je yang ado..hihihi..
 
Dah setel semua, kitorang semua berangkat ke airport untuk pulang ke semenanjung tercinta..Yuhuuu..Kuching, tiada apa yang menarik sangat pon, tapi kalau berpeluang datang lagi, ada tiket murah lagi, aku rasa nak pergi lagi la..
 
Sebelum balik kitorang singgah One Borneo Shopping mall..Jalan-jalan , alas perut semntara tunggu masa nak gerak ke airport..
 



kat airport

kat airport
 
 
 
 
 
********************************************************************************************************

Iklan : (Tempahan tapak iklan email ke elfekluz1921@gmail.com)