Wednesday, August 12, 2015

Percutian ke Kuching,Sarawak - Part 3

 



 
Hari ketiga bersamaan hari terakhir kitorang kat Bandar Kuching ni, oh yer, pagi ni breakfirst ditaja lagi uoollss, seronok bangat cenggini.Pagi-pagi dah siap-siap, masuk segala mak nenek beg dan barang shopping kat dalam beg sebab kitorang terus check out sekali, destinasi breakfirst untuk hari terakhir ni kami dibawa ke restoran Mom's Laksa bukan Man Laksa citer Mamat Khalid tu yer..hihi..Kat sini kitorang bantai makan macam-macam sampai ketat perut, siap tapau air tin bertin-tin untuk bekalan dalam van, dan jajan buat kudap-kudap lagi.Kat sini pon macam-macam ado, sate ada, tapai beras ada, mee kolok ada, laksa Sarawak ada, roti canai ada, tapi serius cakap, tak sedap mana pon.Boleh lah takat alas-alas perut plus orang dah belanja kan, kebas jela, banyak bunyi plak.Service pon tak berapa nak mesra alam sangat, pelayan dia macam blur-blur je tak faham bahasa semenanjung.huhu..Aku yang bukan orang Sarawak pon boleh faham bahasa dia, takkan dia takleh faham bahasa semenanjung walau sikit pon kan..hurmm pelik plak aku.
 
Lepas dah breakfirst semua, kitorang dibawa ke kedai kek lapis semula untuk ambil tempahan yang kitorang dah tempah semalam tu,kat situ kitorang tibia makan tester kek lapis lagi, perghh keje ko makan je kan..pffftttt..Beli nya tak seberapa, makan je dah dekat sedulang habis licin..hahah..
 
 






 
Setel amik kek, kitorang ke muzium plak, ada 3 jenis muzium aku masuk, tapi aku tak rekemen sangat lah, bukan ada pon, dah lah panas ya amponn..Kitorang tak lama pon kat situ, nasib baik masuk free je, tak dikenakan bayaran pon.Ada lah dalam sejam kitorang kat situ, tu pon lama kat satu muzium tu sebab air cond dia kuat, so kitorang sejuk kan badan lama sikit kat situ..hahahaha..
 




 
Next stop plak, kitorang di bawa ke Waterfront.Boleh lah takat nak bergambar kenangan, ambik angin samba tengok sampan penambang 50 sen tu, oh yer korang kalau berminat bolehlah try naik sampan 50sen tu, aku tak naik sebab takut, macam tak safety je, dengan tak pakai life jacket nya, dengan anak kecik nya, haishhh seram plak aku nak naik, ibarat tempah maut je..Tapi mulanya ada hati jugak nak try naik tu tapi laki aku ceramah 30 episode dah , aku lepaskan jela hasrat hati nak naik sampan tu..hahaha.
 





 
Sekejap je kitorang lepak situ pastu kitorang di bawa ke Little Indian plak untuk bershoppingggg hingga ke titisan terakhir..kat situ kalau nak beli tshirt ke, key chain ke, gambir Sarawak (oppsss) ke, dipersilakan shopping kat sini, sebab murah..tapi...tapiii...kat deretan kedai depan waterfront tu lagi bapakkk murah..Kat situlah aku rasa nak nangis nyesal pon tak guna sebab tengok harga kain batik , t-shirt semua murah-murah giler..Haishhh.Gerammmm..Terkono den!!
 



kasik promote sikit kedai ni...banyak weolls borong ikan masin kat kedai ni..Owner bagi special diskaun..



 
Dah habis shopping sakan, sedar-sedar dah petang dah, cepat2 naik van terus ke Pasar Kubah Ria untuk beli ikan terubok masin.Kalau pergi Kuching, tak beli ikan terubok masin ni macam tak berapa nak sah percutian ko kan, aku pon tak taw kenapa..hahah..Padahal aku bukan makan pon ikan masin, beli untuk jiran2 tetangga dan untuk maklang sebelah rumah je, mak aku beli banyak, sebab jiran mak aku satu "kampong", merata dia usung ikan masin satu taman perumahan bagi kat jiran-jiran dia, jiran aku sorang dua je yang ado..hihihi..
 
Dah setel semua, kitorang semua berangkat ke airport untuk pulang ke semenanjung tercinta..Yuhuuu..Kuching, tiada apa yang menarik sangat pon, tapi kalau berpeluang datang lagi, ada tiket murah lagi, aku rasa nak pergi lagi la..
 
Sebelum balik kitorang singgah One Borneo Shopping mall..Jalan-jalan , alas perut semntara tunggu masa nak gerak ke airport..
 



kat airport

kat airport
 
 
 
 
 
********************************************************************************************************

Iklan : (Tempahan tapak iklan email ke elfekluz1921@gmail.com) 
  
 
 
 


 
 
 








5 comments:

  1. seronoknya.. boleh msk listed tempat nak pergi di kuching nanti ni..

    ReplyDelete
  2. wah...banyak melawat dlm masa 1 hari..:)

    ReplyDelete
  3. Geram btol tgk muka si debab tu...kim salam eh.. :D

    ReplyDelete
  4. Assalam nory,
    laaaaa
    nampak macam sedap sangat dah gambor tuuuu haaaaa

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, nory nak minta tolong boleh x bagi no phone homestay n abam driver kat kuching tu, terima kasih ,

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)