Tuesday, August 4, 2015

Lewat cucuk setahun?? Takpe ke?

 
Harini aku masuk lewat ke opis sebab bawak Iqy pergi Klinik Kesihatan untuk cucuk setahun.Haah dah lewat weyy..Patutnya genap setahun je terus cucuk kan, tapi disebabkan masa tu aku susah nak dapat cuti, dan masih malu-malu nak curik2 MC, (hahahahahah)..maka setelah tangguh-tangguh, harini baru berkesempatan bawak Iqy pergi cucuk untuk setahun setelah umurnya setahun 4 bulan.Sebelum tu aku dok google jugak boleh ke tak boleh ek?Tapi jawapan samar-samar, last-last aku call KK sendiri, Tanya dengan nurse, walau kena bebel, tapi aku watlek watpiss jelaa..huhuhu..Nurse kata boleh je..Tapi jangan buat selalu yer..Baikk Nurse..heheheh..
 
Mulanya Abi yang nak bawak Iqy sendiri pergi KK, aku kerja, tapi last minit tetiba tak sampai hati plak, bukan tak percaya kat Abi, dia boleh je handle anak dia sendiri,dah lah dia sendiri offer diri nak bawak iqy sendiri, cuma hati mak-mak ni ko kena paham, walau garang macam singa, dalam hati ni ada taman bunga besauuu punya taw..So, nak dijadikkan cerita, aku call opis bagitaw aku masuk lambat sikit harini.Nanti aku mintaklah "time slip" kat nurse..hhehehhe...bijak tak bijakk tak..
 
Berjanggut weyy tunggu giliran kat KK ni..Dari pukul 9pagi, pukul 12tghari baru setel..Dak Iqy dah mengantuk sesangat, mood pon swing, dia punya jerit satu klinik tu bergegar..Hurmmm...Langsung taknak bagi kerjasama, time nak timbang dia meronta-ronta, pastu nak ukur lilit kepala, dia tak bagi langsung nurse sentuh dia..Hadoiii stresss aku..Mula tu nurse tanya Iqy demam ke, sebab badan Iqy macam suam-suam gitu, aku jawablah, badan anak saya memang macam ni, suam-suam sedap pelok gitu, tapi tak demam, lagipon tadi dia duduk kat luar, kena panas matahari..huhu..Tapi aku macam tak sedap hati jugak, manelah taw kot tetiba dia demam plak kan, nurse cek suhu dia dulu, sebab kalau demam, tak boleh cucuk..Alamak, nanti kena amik temujanji baru lah plak..Masa nurse letak thermometer kat ketiak dia, dia, menjerit-jerit tak bagi, habis nurse kena penampar dak Iqy, Ya Allah,cian nurse tu..Nasib baik dia faham..Adeh...Aku dah nak menyinga dahni, dak Iqy dah meronta-ronta dahni, tu belum cucuk lagi tu dah terjerit macam tu, sampai Abi kat luar meluru masuk bilik, mesti dia tak senang duduk dengar anak dia terjerit-jerit, Abi masuk bilik, baru dia ok sikit..Adoiiiyaii..
 
Tak berjaya guna thermometer tu, nurse amik thermometer lagi satu yang result dia takyah tunggu beberapa minit, tu pon jenuh nak selit kat ketiak dia, puas aku peluk kuat2..Last-last dapat jugak.Alhamdulillah tak demam, kan betul aku cakap, Iqy ni memang jenis badan dia suam-suam gitu walhal tak demam pon, so boleh cucuk jugak harini,yeaaayyy..Padan muka dia kena cucuk..
 
Masuk bilik cucuk plak, cehhh masuk dia senyum je, cakap-cakap sambil tengok sekeliling..Dah leka sikit, bila Abah dia start pegang tangan dan peluk erat dia, dia dah start terjerit n meronta-ronta dah, nurse dengan pantas cucuk lengan dia dalam keadaan dia meronta dan terjerit-jerit tu..And then keluar bilik, dengan muka tak bersalah, padahal baru lepas ko terjerit-jerit melolong-melolong kat dalam tu kan..Haishhh..
 
Berat terkini setelah sekian lama tak timbang, last timbang masa setahun hari tu 11 kilo, masa tu selera makan dia tengah merudum teruk, makan apa pon takmo, sekarang ni baru ada selera makan balik, dah 12.8kg berat dia sekarang..Bayangkan lah aku dukung dia hari-hari turun naik tangga tingkat 2.Huhuhuhuhu..Tiap kali sampai rumah mesti aku rasa macam nak terputus nafas...Tak larat weyyy, dengan beg lagi..
 
Tu je nak citer..okbaiii

5 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)