Sunday, August 9, 2015

Zaman kanak-kanak

Tetiba teringat zaman kanak-kanak dulu.Masa zaman sekolah rendah dulu aku ade kawan rapat yg bernama Zana.Yup sangat rapat,pergi sekolah sama-sama ,pergi mengaji sama-sama,main bersama,siap pakej tido rumah ,harini tido rumah aku,esok tido rumah dia plak .Masa tu aku sangatlah adore sangat dengan dia sebab dia berani tido sorang-sorang dalam bilik dan tutup lampu sebab aku ni penakut ya amatt.(kemain adore lagi kauu,pasal tido dalam gelap je kott,hahaha).Sampai sekarang wey aku takut tido sorang-sorang dalam gelap.Sebab tu aku nak kawen awal,so aku taklah kena tido sorang..hahaha..Alasan tak munasabah langsung kan.hahaha..

Masa kekecik dulu,asal malam time nak tido je mesti jadi masalah bagi aku,aku takut tido dalam bilik sorang2.Abang aku bilik depan,aku bilik tengah,mak aku bilik belakang,so bagi mensetelkan masalah aku,aku akan tunggu masa yang bagi aku semua orang dah tido,so masa tu lah aku boleh menyelinap masuk tumpang tido bilik abang aku.Yang abang aku ni plak satu hal,suka benor nyakat aku.Ada masa dia sorok kunci bilik dia,masa tu lah aku merayu2 sambil ketuk pintu bilik dia.Bila dia dah buka,dia dah standby dah selubung dengan selimut dia buat aksi tarian naga yg aku panggil 'dung dung che' masa tu..Eeee kejii sungguh taw perangai abg aku masa tu.Tapi sebab nak tumpang bilik dia,aku pasrah je kena buli.Hampehhhh ko Along..Dah lah bagi tido hujung katil je.Siottt ahhh..Aku masa kecik memang penakut dengan tarian naga 'dung dung che' tu..Kesiann kan..

Pernah satu malam tu,aku dah konpiden habis dah yang abang aku dah tido,sebab dah tak dengar bunyi dia main gitar,habit dia main gitar sebelum tido..Aku siap tekap cawan kat dinding tu nak kompomkan yang tiada bunyi gitar lagi.haha..So aku dengan konpidennya,pikul bantal busuk capai kunci spare,masukkan anak kunci slow-slow ,pusing and buka pintu,elok je aku buka pintu,bilik abg aku dah gelap dah,sekali tu uwarghhhhh ...Abg aku boleh duduk bersila betul2 depan pintu dengan berselubung selimut,bilik gelap,sambil pegang torchlight suluh kat muka dia dan buka mulut besar2 sambil cakap 'assalamualaikum'...woiiiii menjeritt terlompat2 aku wey..Aku lupa sama ada aku terkincit atau tak masa tu..hahahahah...Susah aku nak lupa sampai sekarang.Adehh..Kelakor pon ade..Kejam betul abang aku tu..Sumpah aku bengang giler sampai sekarang.

Banyak sangat kenangan masa kecik kalau nak ceritakan balik.NExt time ada masa aku sambung citer lagi...hehehe

4 comments:

  1. Betul la..PC pun tak boleh tidur bergelap gelita terus..dulu dulu zaman kecik kecik..di kampung...wakau tidur lena sekalipun..bila tengah malam bekalan elektrik putus..automatik boleh sedar..jerit jerit takut minta babah pasang lilin..

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. Assalam nory,
    mengmbau kenangan yer :)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)