Thursday, September 17, 2015

18 monthsary

 
Halluuu...today is genap 18 bulan budak banyak cekadak ni. 1 tahun 6 bulan dah berlalu.Besar dah anak mama,makin besar makin macam-macam ragam yang keluar.Haishhh..Kadang rasa nak marah sangat-sangat, tapi dia ni pandai sangat ambik hati.Dia kalau tengok aku masam je, mulalah dia datang dekat betul-betul depan muka aku sambil cakap "mama..mama...mama.." dengan lenggok suara mendayu-dayu..Mana belajar ni, pandai memujuk betul..Abah dia pon tak terer pujuk camni taw..hahahah.
 
Pastu tetiap pagi, time nak pergi kerja shap-shap pukul 8.30, time tu lah dia nak berak..adoiyaiii..Kalau kena time abah dia keje petang, aku okeylah sikit, abah dia boleh tolong setelkan dia siap pakej mandi sekali, ni kena time abah dia kerja pagi, aku berdua je dengan dia, nak taknak kena singsing lengan lah aku pepagi buta, kemain dah melawa wangi-wangi bagai, kena basuh berak anak lah pulak..hahahahaha...Time tu lah aku membebel-bebel, yang dia buat muka tak bersalah je, alih-alih dia guna kuasa memujuk dia tu buat aku cair je..haishhh anak...anak..Aku ni lain macam sikit, dengan anak pon boleh merajuk-rajuk, patutnya mak yang pujuk anak, ni anak yang pujuk mak..Agaknya Iqy pon dah faham perangai mak dia, asal sikit nak merajuk.Dia kuat merajuk jugak tapi tak tunjuk ngan aku, sebab aku tak pandai pujuk, dengan abah dia je dia merajuk..Tu pasal dengan aku, aku merajuk dia yang pujuk..hihihhiihi..Eh faham tak aku cerita apa??kikikikiii..
 
HAPPY 18 MONTHSARY , MY SONSHINE..!!
 
 

2 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)