Friday, September 25, 2015

Koleksi pekerjaan Nory Zoulkefle -Part 2

 
Bersambung lagi ke part 2 mengenai pekerjaan aku yang terdahulu, banyak aku kutip pengalaman ni, macam-macam orang dah aku jumpa, yang kaki kipas, yang kaki kerja nak cari silap orang je, yang kaki depan cakap lain belakang cakap lain, hurmm macam-macam dah, dah lali dah pun.
 
Lepas aku berhenti kerja sebagai Beauty Consultant tu, aku tak menganggur lama pon, oh yer reason berhenti sebab aku nak cari kerja yang ada life, yang weekend cuti, yang kerja Isnin hingga jumaat je.Sebab kerja sebagai beauty consultant tu macam tak sesuai untuk jangka masa panjang lagi-lagi kalau dah kahwin, dah ada anak, nanti takde masa plak untuk keluarga.Dahlah selama aku kerja sini, semua kenduri sedara mara aku tak pergi,sampai sedara mara pon tak kenai pulak nanti kan.huhu..Aku berhenti dan nak cuba nasib mintak kerja waktu pejabat.Tapi lepas aku berhenti kerja, aku takmo menganggur lama-lama, sementara nak cari kerja pejabat tu, aku kerja kilang lagi, kalini Maklang aku rekemen kan kat kilang dia sebab dia supervisor kat situ, senanglah dapat kerja.Kali kedua merasa jadi minah kilang, sampai muka aku pon dah macam minah foreigner (Myanmar) dah.Aku kerja bahagian checking-checking barang atau lebih dikenali sebagai QA.Kerja kilang ni satu je masalah, macam budak-budak sekolah, berpuak-puak.Aku takde kawan pon masa kat sini, nasib baik ade sepupu aku kerja kerani kat situ, ade jugaklah geng rehat.Time kerja start stress balik..Selalu jugak kena paksa rela Over time, ko nak ke taknak ke, ko terpaksa okeyy, kalau boleh bawak toto bantal sekali lagi boss ko suka..Haish..
 
Tiga bulan je aku kerja situ, masa nak berhenti boss macam tak berapa nak rela terima surat berhenti aku, sebab katanya rekod kedatangan dan kerja aku baik, sayanglah kononnya nak lepaskan pekerja cemerlang gemilang terbilang macam aku ni...Hahahahaha poyoo ahhh..Tapi aku tetap berkeras nak berhenti jugaklah, sebab teringin benor nak kerja pejabat, walau cita-cita asal sebenarnya nak jadik Cikgu, tapi nak buat camno, diri ni tak berapa nak bijak pandai sangat..hahahaha.So, cita-cita nak kerja pejabat pon dah rasa cita-cita paling tinggi dah tu..hahahahah..Berangan nak kerja duduk depan computer dalam aircond gituew..Tulah yang aku angan-angankan masa tu.hahahaha..
 
Lepas je berhenti, aku merayau berdua dengan mak aku, asal nampak opis cantik-cantik je turun tanya kat guard house ada vacancy tak (motifff sangat cari opis cantik2 kan,ahaha).Satu kelebihan aku yang buat aku bersyukur sangat adalah aku jenis yang senang dapat kerja, Alhamdulillah..Bukan nak riak, tapi setakat ni Alhamdulillah lah kalau pergi interview tu Allah permudahkan je jalannya.Mungkin berkat sebab bawak mak aku kot,mak aku memang supporter paling win lah bagi aku, dia sangat-sangat menyokong anak-anaknya, abang aku menganggur pon mak aku yang gigih carikan kerja, sampai dah kahwin ni pon, abang aku kalau nak cari kerja suruh mak aku carikan, pastu yang tukang call-call ni mak aku memang suka, siap cakap saya nak tanya ada kerja kosong tak, saya tanya untuk anak saya..hahahah..adoii makkk...makkk...makk..Dan akhirnya tercapai jugak cita-cita aku nak kerja pejabat, aku diterima bekerja sebagai Receptionist di sebuah pejabat di Bukit Puchong, yuppp masih di Puchong..hahahaha..Dengan zero knowledge nya, berlagak macam pandai je, masa tu tak reti langsung guna computer weyyy, aku betul-betul mula dari bawah, guna excel pon terkial-kial, kalau sekarang boleh lah dah pro katekan..hahaha..Sini best tapi stress jawab call, takde kawan jugak, sebab sini majority cina.Aku sorang je kot melayu, memang kena buli kaw-kaw..Nak-nak plak masa tu free hair, customer datang semua tibai cakap cina dengan aku, dari tak faham bahasa cina, sampai fahamlah sikit-sikit (ade macam cina ke haku ni)..musykil....hurmmm.
 
And then aku bertukar kerja lagi, kalini lebih konfiden mintak kerja opis sebab dah terer computer, dah taw buat kerja-kerja admin semua.Kalini aku dapat kerja yang dekat giler dengan rumah mak aku, yang opis sebelum ni dekat jugak, tapi ni lagiii dekat, masa tu naik motor, tak payah pakai helmet pon takpe, tengahari siap balik makan kat rumah mak, sempat tido lagi..Kat sini aku kerja paling lama, 5 tahun beb aku bertahan.Opis kecik je, boss plak selalu tak masuk opis, aku sorang je kat opis ..Tapi bila dah lama-lama, bosan plak, nak try kerja yang lebih mencabar dan nak demand gaji sikit.Gaji sini okey tiap-tiap tahun ada kenaikan, bonus pon okey.Tapi ada masalah sikit dengan driver lori, malas nak citer..Aku bila bosan , memanjang je buat onar, kejap MC, kejap EL, tu maknanya memang dah takde hati lah nak kerja.Nak-nak plak masa tu cuti aku tak approve, giler masa tu tiket flight, homestay semua dah tempah bagai untuk holiday ke Kuching, last-last aku "missing in action" jela..Memang sayang,5 tahun kot..Tapi bila dah tawar hati, memang babailahh jawabnya.Aku percaya ada rezeki lain menanti.
 
Masa tu aku berkobar-kobar sangat nak jadi surirumah tangga, aku memang nekad dah, seronok tngok member-member yang jadi surirumah, walau duit cukup-cukup makan, tapi tetap boleh teruskan hidup jugak, aku sempat merasa sebulan je jadi surirumah.Lepas tu dah bergelinjat nak kerja balik, mungkin dah terbiasa kot kerja dari muda belia dulu kan.Tapi kalau ditakdirkan aku ada bisnes satu hari nanti aku tak rasa ralat tinggalkan kerjaya aku sekarang.Duduk rumah saje dapat duit, sape taknak oiii..Tak payah nak bangun pagi-pagi pergi kerja, tak payah bergaduh dengan Iqy setiap pagi yang suka berak ngam-ngam pukul 8.30 time nak pergi kerja..hahhaha..
 
Lepas sebulan jadi surirumah, saje try cari kerja kosong, mak aku cakap jom dik main carik-carik kerja..hahahaha dah kenapa mak aku ni, pastu aku pon ikut jela, aku try interbiu jadi admin lagi, main-main je ni, dengan tak bawak sijil apa semua, gamble habis, yela kata main-main kan, sekali dapat kawww...Dia suruh start secepat mungkin, aku pon boleh main tarik tali lagi, cehh berlagak giler, hahaha, bukan apa yang buat aku berat tu sebab hari Sabtu kena kerja half day..Aku memang anti kerja hari sabtu/ahad..Sebab dah nekad kan takmo kerja yang kacau weekend aku..hahaha..Mungkin Allah dengar rintihan aku, tetiba member aku cakap opis kakak dia ada kosong bahagian customer service, aku pon try cuba nasib, padahal ikutkan hati takmo dah kerja front desk/customer service ni, malas nak berdepan dengan kerenah customer.Tapi kalau dah tertulis kat situ rezeki ko, kat situ jugaklah takyah nak membongak pilih-pilih kerja, kalini aku demand gaji sebab dah ada pengalaman bertahun-tahun kan, tup-tup gaji yang aku mintak tu approve, aku pon apa lagiii, setujuuu lah..Terus lupakan kerja yang kena kerja hari sabtu tadi tu..Orang tu siap call pujuk nak bagi gaji tinggi lagi, tapi aku takmo sebab sabtu kerja, biorlah gaji sedang-sedang asalkan weekend aku tak terganggu..hehehehe..
 
 
 
And now, aku kembali duduk di meja hadapan a.k.a bahagian customer service.Nak taknak kena jugak hadap kerenah customer yang bermacam-macam ragam..Dan kerja kalini memang agak menguji kesabaran aku jugak pada awalnya, hampir-hampir give up weyyy..Tak tertanggung rasanya, banyak perkara kena ambil tahu, procedur dan cara kerja yang nampak mudah tapi merumitkan bagi aku,tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran, sekarang aku dah boleh handle dan dah taw skop kerja aku sebenarnya, tapi biasalah nama pon manusia, kerja aku taklah seperfect mana, kadang tu ade jugak terpeleot sini sana, biasalah tu, setakat kena maki, apadehall, dah keball dah weyy..
 Aku taktawlah ni kerjaya terakhir aku atau ada kerjaya baru pulak akan menyusul kemudian hari..Tapi aku memang nakk sangat kerjaya sebagai "Surirumah yang bekerjaya"..Bilalah agaknya kan..Wish me luck..Baru nak merangkak terjun dalam bidang bisnes ni..Doa-doakan ek..Belum launching lagiii..Tungggguuuu!!!!
 
 
 
Yang terlepas part 1 , kalau rajin bacalah..Koleksi pekerjaan Nory Zoulkefle - Part 1 (klik)
 
 
 
 

2 comments:

  1. Saya selalu follow blog awak...serius teruja...

    ReplyDelete
  2. Nory, ajarkan kita camne nak pkai tudung camtu..???
    tudung dalam tu inner ke sekali ngn shawl...

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)