Wednesday, September 9, 2015

Koleksi pekerjaan Nory Zoulkefle - part 1

 
Saja lah nak mengimbas kembali kenangan-kenangan lalu, pekerjaan yang pernah aku buat sebelum ni sehinggalah sekarang, bermacam-macam kerja, semua bidang kalau boleh aku nak cuba.Aku takde segulung ijazah mahupon master dari Universiti ternama, cuma berbekalkan segulung sijil SPM & STPM serta sijil tamat persekolahan, itu jelah yang aku boleh banggakan ..hahahaha..
 
Alam pekerjaan aku bermula seawal usia 16 tahun.Masa tu cuti sekolah hujung tahun.Niat aku masa tu saje nak manfaatkan cuti panjang yang ada dan nak duit poket sebab aku jenis yang suka usaha sendiri untuk beli sesuatu barang yang aku inginkan tak kisahlah perfume ke baju ke, kasut ke, kalau boleh semua nak beli sendiri, padahal mak aku boleh je support aku, tapi aku nak cuba usaha sendiri dulu, tapi masa tu niat aku satu je, nak kerja nak ada duit untuk buat rebonding rambut..Hahahaha, maklumlah jiwa remaja tengah menggelodak masa tu, tergedik-gedik nak buat rebonding rambut..kikikikii..Pekerjaan pertama aku adalah sebagai "Promoter" di salah sebuah kedai baju di Puchong, tak payah lah aku mention nama kedai tu kat sini kan.Dekat dengan rumah, pergi balik mak & papa aku yang jemput.Masuk 10pagi balik 10 malam dengan gaji RM500 sebulan.Masa tu dah rasa banyak sangat dah, tugas aku masa tu melayan customer yang masuk, kalau takde customer kena lah susun-susun baju, lap-lap rak, yang tak bestnya tak boleh duduk langsung, lady boss memang cerewet giler, kalau dapat duduk curik-curik pon dah rasa syukur nikmat sangat dah.huhuh.Cukup bulan dapat gaji, mak oiiii sukanya.Gaji pertama macam biasalah, aku open table untuk family aku, belanja makan luar lah.Yang selebihnya tu, aku terus bawak pergi kedai saloon, buat rebonding ,yeaaayyy!!!..Yuhuuuu seronok sangat masa tu..Asyik belek rambut je 24 jam..hikhikhik
 
Lepas SPM plak, sementara tunggu keputusan SPM aku dan kawan aku Ria, dapat kerja jadi minah kilang..Yee, aku pernah merasa jadi minah kilang, jangan pandang rendah pada minah kilang taw, penat weyyy kerja kilang, gaji ciput je macam tak berbaloi dengan kerja yang kite kena buat, berdiri 24 jam, sampai makan pon tak lalu, kurus kering aku masa tu.Masa tu rasa susahnya nak cari duit untuk sesuap nasi, macam tu lah yang mak abah aku rasa kerja susah payah cari duit untuk menyara kehidupan kami sekeluarga..Sumpah insaff!!Aku kerja sebulan je masa tu sebab tak larat sangat.Tapi pengalaman yang aku dapat tu buat aku rasa lebih kuat berusaha, aku jadi tak kisah dah dalam memilih pekerjaan, asalkan kerja tu halal.
 
Sementara keputusan SPM belum keluar lagi, aku mintak kerja sebagai Waitress kat salah sebuah kedai makan segera di IOI Mall,Puchong.Nampak tak,nampak tak, semua lari bidang, dari promoter jadik minah kilang pastu bertukar plak jadi waitress.Okey kat sini kerja lagi mencabar, tapi lebih banyak pengalaman baru aku timba, aku diberi peluang jadi cashier, buat mee sendiri, basuh pinggan, cuci dapur, lap meja, belum masuk part anak customer muntah lagi, aku jugaklah yang tukang mop lantai.Belum kira part kena maki dengan customer, hoiii mencabar sangat aku rasa.Dengan kena kerja time weekend lagi, memang takde life langsung masa tu.Kepala pikir kereje,kereje,kerejeee je..
 
Lepas result SPM keluar aku sambung Tingkatan 6, masa cuti hujung tahun tingkatan 6 bawah, aku sempat lagi cari kerja kat funfair berdekatan, gigih pergi interview, dapat plak tu kerja..hahaahaha..Aku ditugaskan jaga bahagian game tangkap itik..Adoiii tak kelasss sangat kan kerja aku, tapi takpe, aku happy je..hewhewhew..Janji dapat duit, tiap malam mak aku tunggu dan pantau aku dari jauh..Yelaaa anak pompuan kan, mak bapak mesti prihatin lebih.Aku tak rasa terkongkong pon, malah rasa lebih selamat.Dengan kepercayaan yang mak aku beri tu, aku tak persiakan pun, Alhamdulillah aku boleh jaga diri sendiri tahu yang mana baik yang mana buruk.
 
Lepas tamat tingkatan enam atas, time tunggu result aku dapat peluang kerja sebagai data entry sambilan selama dua minggu di salah sebuah kilang bas express.Kat sini lah aku belajar berjinak-jinak dengan computer, jujur aku bagitau, aku memang buta i.t sebelum tu.Internet pon taktaw camne nak guna, haishhh..Kat sini lah aku tahu serba sedikit kerja-kerja perkeranian yang membolehkan aku jadikan "tiket" untuk mintak kerja dalam bidang perkeranian selepas itu.Atleast aku dah ada pengalaman walaupun sedikit, sebenarnya mintak kerja ni dorang lebih utamakan pengalaman, kalau ko ada sijil or degree apa sekali pun, kalau ko takde pengalaman, memang susah nak dapat kerja.Sebab tu kot selalu aku dengar rungutan, kenapa lepasan SPM lebih senang dapat kerja berbanding lulusan Universiti..Hurmmm inilah kot alasan nya..Tapi kalau ada lulusan Universiti itu satu bonus.
 
Lepas dapat result STPM, aku dah takde hati nak sambung study,aku dapat kerja sebagai "Beauty Consultant" di kedai kosmetik ,ELIANTO.Haaa yang ni aku mention nama tempat kerja aku, sebab ELIANTO ni paling banyak kenangan manis.Dan kalini aku lari bidang lagi, tetiba plak masuk "beauty line" kan..Cantikk ke??hahahah..Kat sini aku belajar ilmu make-up2 plak.Kat sini lah aku mula kenal eyeliner, eyeshadow,lipstick,liquid foundation,semua-semua laa yang berkaitan.Kerja sini best dapat ramai kawan, kenal macam-macam jenis orang, dapat rasa suasana kerja di branch-branch berlainan,gigih weyy tiap-tiap seminggu sekali naik bas dan LRT ke KL untuk meeting.Dari "beauty consultant" aku dinaikkan pangkat ke Leader Branch kira macam junior manager gitu lah dan ditukarkan ke branch Kelana Jaya.Masa tu lah aku beli skuter EGO "S" aku, merasa lah jadi minah skuter sekejap berulang alik dari Puchong ke Kelana Jaya.Di kemuncak kerjaya aku yang inilah aku bertemu dengan jodoh aku, semasa ditugaskan ke Roadshow di Genting Highland selama 2 minggu, Masa tu lah aku kenal Abi..hekhekhekhek..
 
Haihhh lenguh plak jari jemari menaip..Panjang lagi ni, tapi syok plak teringat pengalaman kerja dulu..Seronok plak luah sambil menaip kat entry ni..Senyum sorang-sorang dibuatnya..Next time ada masa aku sambungbtaip lagi.Ok daaaa...

To be continue..

5 comments:

  1. Wah best ler experience nory..
    Enjoy bc..:-)

    ReplyDelete
  2. wah..bestkan nory terigt dulu2 punya citer..:)

    ReplyDelete
  3. Ko cuma nak cite part jumpa laki je kan sbnrnya. Hahaha. Bagus nory. Za pun mcm nk cite dulu, tp mls kan. Hahaha.

    ReplyDelete
  4. Koleksi gituu...bnyak bebeno bunyi nya...tapi suka sgt bca pengalamn kerja org...nak2 kalo pengalaman tu dalam macam2 bidang

    ReplyDelete
  5. cayalah nory, mcm2 pengalaman kan. best2

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)