Majalah PA&MA keluaran November ada terselit sekeping gambar aku beserta sedikit perkongsian mengenai pengalaman menguruskan majlis hari jadi anak.Perkongsian yang tak seberapa, majlis pon tak hebat mana, tapi penuh bermakna sebab dibuat dengan penuh rasa kasih dan sayang berkat air tangan mama dan abah Iqy.Heheheh..Kalau inginkan tips-tips untuk majlis simple dengan bajet yang rendah, boleh lah baca hasil perkongsian aku ni..
Wednesday, October 28, 2015
Monday, October 26, 2015
Rizqy @ Mandi-mandi Majalah PA&MA keluaran November 2015
Sekali lagi untuk kali yang kelapan, gambar Iqy terpilih lagi untuk ruangan Mandi-manda.Aku pon tak tahu mulanya, sebelum beli mesti belek-belek dulu, yang pelik masa belek-belek tak perasan plak gambar dak Iqy terselit dalam tu, dah sampai rumah sambung baca dan belek-belek, baru terperasan..Haishh selalu macam tu..Sekadar suka-suka je, tak salah rasanya kan, buat kenang-kenangan, bertambah lagi koleksi di Gallery Iqy, penuh dinding dah.
Gambar masa Iqy genap setahun, baru pandai jalan, sebagai habuan mama abah bawak pergi vacation mandi laut kat port Dickson, ohoiii kemain seronok main pasir budak ni.Terkedek-kedek jalan atas pasir pantai, jatuh bedebuk pon takde hal, yelaa atas pasir kan..hehehe..
Friday, October 23, 2015
Happy 19 Mothsary Baby Mamabah
Alhamdulillah 17hb haritu genaplah baby tua bangka aku ni 19 bulan.Kenapa baby??Haaa tu nama samaran dia kat rumah selain Anje.Banyak nama samara dak Iqy ni..Nasib baik dia tau nama sebenar dia, dah pandai sebut nama penuh dia sendiri "Rizqy Hafiy Aish", tang Aish je mesti dia tergelak, ntah apa yang kelakar sangat taktawlahh, padahal nama sendiri tu..
Kalau aku marah dia, mulalah dia pujuk sambil sebut "Mama, Babyyyy", "Mama,Babyyyy" sambil kecik-kecik kan mata dia, haish sabar jela aku, tapi aku jiwa kental beb, marah tetap marah, walau dalam hati tak tahan nak gelak, sebab kelakar sangat cara pujuk dia tu, dia nak suruh aku pujuk dia ke dia yang nak pujuk aku, arghhh konpiusss..
Pastu tiap kali habis menyusu, dia akan panggil "mama,mama, mama!!", suruh aku amik botol susu kat tangan dia, yang aku ni kadang tengah kat dalam bilik, bergegas kat ruang tamu, tengok kenapa dia panggil aku, rupanya suruh amik botol susu je pon, aku pon amik lah dengan muka hurmmm hurmm..Pastu dia terus cakap "Tacih..."(terima kasih)..Alahaii touching lah plak dengar dia cakap terima kasih..hehehehe..
Kadang kan aku rasa gerammmm sangat dengan perangai dia, tapi bila dia tidur tu, alaaa rasa sayu sangat tengok muka dia, tenang jeee..
Oh yer, genap je umur 19 bulan haritu, Iqy dilanda demam.Iqy ni jenis yang jarang sangat demam, last dia demam masa umur 11 bulan dulu, tu pon suhu badan tak tinggi mana, dedar-dedar je, tiba-tiba masuk 1 tahun 7 bulan ni baru dia demam, tinggi jugak lah suhu dia, pestaim sepanjang 1 tahun 7 bulan ni suhu badan dia 39 darjah celcius..Aku cuak jugaklah, bawak pergi hospital sampai kena amik darah, dia punya meraung satu hospital dengar, mulut dok sebut "Abah,abah,abah" je..Alhamdulillah bebas virus denggi, demam biasa je.
HAPPY 19 MONTHSARY BABY MAMABAH!!!
Wednesday, October 21, 2015
ZALORA belanja shopping
Macam tau-tau je aku ngidam nak handbag baru, baru nak bodek kat Abi , tetiba dapat plak voucher RM100 dari ZALORA, ohoiiiii suka nya hakak dik nun..hihi..Dapatlah rembat 4 barang menggunakan voucher tersebut.Plih handbag untuk pergi kerja, nak yang besar senang nak sumbat segala, sebab aku kalau keluar jarang bawak handbag, biasa bawak bagpack Iqy tu je sumbat purse dan handphone sekali dalam tu,senang takyah bawak banyak-banyak bag.huhuhu..
Alang-alang beli tudung bawal crepe sekali, aku suka pakai bawal crepe ni sebab senang nak bentuk, sebab tu aku tambah koleksi lagi, beli sekali 3 helai..tamak tak??hahhaha..
Oklah tu je nak citer...KBaiii..
Friday, October 16, 2015
Kenapa tiba-tiba nak diet??
Belanja lah sekeping gambar yang orang kata kurus sangat tu.Mungkin sebab baju kot, takpon mungkin silap mata, hehehe..Tapi yang aku perasan, baju yang aku pakai rasa sempit sebelum ni, dah rasa longgar.Tak tawlah sampai bila aku akan terus "istiqamah" berdiet ni..Kalau tanya aku, berderet list makanan dalam wishlist aku ni, ntah bila boleh qada' satu persatu wishlist aku tu kan..urmmmm..
Thursday, October 15, 2015
Tips Memakai Dress untuk Temujanji
Mari belajar anggota badan
Belek-belek video terjumpa video ni..Iqy ni awal jugak dia kenal seluruh anggota badan dia.Anggota pertama yang dia kenal masa tu umur tak cecah setahun lagi, dia kenal "perut", kalau tanya mana perut, dia tepuk perut dia..Lama-lama makin meningkat usia dia, dia dah boleh kenal seluruh anggota badan dia diusia seawal setahun lima bulan macam tu lah..Paling win tang mata tu lah, kalau sebut mata, kemain terkenyit-kenyit lagi mata dia..hahahahah..Sebut tangan dia pusing-pusing kan tangan dia macam tangan "Ucop Wilcha" tu..Lawak plak aku tengok.Gigi, mulut, bebird, telinga, semua dia dah kenal dah sekarang ni.Gud job bebeh..
Cepatnya dia membesar, ntah bila masa dia membesar pon aku tak taw, tau-tau je dah besar..Eh pelik kan..hahahah..Lagi 6 bulan nak cecah umur 2 tahun dah..Camne lah dia sekolah nanti kan..huhuhu..sindrom mak-mak makin menular dalam diri aku sekarang ni..hikhik
Wednesday, October 14, 2015
Cuti pon kena kerja
Hai olls, SALAM MAAL HIJRAH.
Kesian kan cuti pun aku kena kerja jugak.Jeles taw tak tengok orang lain cuti bersenang lenang kat rumah,aku plak kena pergi kerja, Taw tak betapa berat nya kaki ni nak melangkah pergi kerja pagi tadi dahlah pagi tadi sejuk sempoi je, kalau cuti, ohoiii bahagianya tarik gebar sambung tidur.Nak taknak dengan langkah lemah gemalai, bangun jugak gosokkan baju kerja Abi, malam tadi tidur awal pon ngantuk lagi.Haishhh...
Sampai opis, semua dok sakat, eh harini cuti, apsal uolls kerja?.Hek elehhh..Macam tak taw plak, dah nama pon kerja company komunis, bertabahlah yer anak-anak, kerja je la selagi belum tutup mata.Huhuhu..
Lady boss aku lagi bijak, awal-awal lagi dah cuti , macam dia plak nak sambut awal muharam kan..Lempang kang, arrr..Disebabkan lady boss takde, kitorang pakat selfie welfie lah pagi-pagi buta.Mood nak buat kerja pon kelaut, padahal menimbun tak pernah surut-surut pun kerja aku tu.Haishh..
Dan disebabkan harini Awal Muharam, berbaju kurung lah iolls harini.Kadang-kadang pening kepala pikir nak pakai baju apa pergi opis, sape ada masalah yang sama macam aku, angkat kening sikit??heheheh..
Oklah tu je nak bebel harini, nak sambung buat kerja.Telefon opis ni berbunyi je dari pagi tadi, ko tak reti nak cuti ke telefon oiii, memekak je keje ko, stressss hakakkk taw tak..grrrrrr
Monday, October 12, 2015
Iqy anak sape?
Friday, October 9, 2015
Rizqy @ Majalah PA&MA Oktober 2015 - Ruangan Aksi Genius
Iqy muncul lagi diruangan Aksi Genius, gambar ni paling win sekali, dua kali dah asyik gambar ni je terpilih.Tenkiuu team PA&MA.. Kalau ikut umur sebenar masa gambar tu diambil, masa tu Iqy around 10/11 bulan, tengah bertatih lagi, sekarang ni dah berlari tak cukup tanah dah,jenuh dok kejar..hahahaha.Majalah PA&MA ni dah jadi benda wajib beli setiap bulan, kadang-kadang tak sedar gambar dak Iqy ada terselit, dah dua tiga kali baca dan belek baru perasan ehhh gambar anak aku ada??hahahaha..Tergelak sendiri..
Thursday, October 8, 2015
Sanah Helwah ibu mertuaku
Weekend lepas balik kampong Abi, raya haji tu kan tak balik, so awal bulan ni balik jenguk mak abah mertua kat kampong, kebetulan abang n kakak ipar pon balik sekali, dorang siap beli kek lagi untuk mak sempena ulangtahun kelahiran dia selang bebehari sebelum tu.Celebrate lah kami sekeluarga, kek comel sedap plak tu, pandai kak ipar aku pilih..
Mak mertua iolss memang pemalu orangnya, tengok tu malu-malu nak potong kek taw, abah mertua iolls biasalah rock steadyyy sempoiii habis..Yang penting dua-dua aku sayang, walau hanya sebagai mertua tapi sayangnya aku kat dorang sama macam aku sayang mak papa aku.
Sanah helwah mak, selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke tettttt...Rahsiaaa !!(padahal terlupa,ketuk kepala sendiri,dush dush dush,ahhahaha).Aku rasa around sixty something laaa camtu..Semoga mak sentiasa diberi kesihatan yang baik, serta dilindungi dengan rahmat dari Allah.
Bagi aku mak mertua aku mak mertua paling terbaik dimata aku, dia melayan anak menantu dia semua sama rata, takde berat sebelah, seimbang dan setara.Macam dia layan anak dia sendiri, buat aku rasa selesa dan rasa macam mak aku sendiri je.Aku ni tak perfect mana pon, masak pon tak reti, tapi takat tolong menyibuk kat dapur tu boleh lah, paling koman pon tolong kacau lauk dalam kuali, asalkan ada usaha nak tolong mak mertua kat dapur kan, macam aku gamble terus terang cakap dengan mak mertua yang aku memang tak pandai masak...hahahaha..Tapi mak mertua aku memang sporting, lagipon syarat jadi bini orang bukan kena pandai masak pon kan..hihihihi
Selamat ulangtahun kelahiran buat ibu mertuaku, Puan Jayariah .Semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki dan juga diberi kesihatan yang baik sentiasa..Aminnnn..
Wednesday, October 7, 2015
Iqy macam Arrian,anak Tomok ke??
Haritu saje-saje lah check hashtag #rizqyhafiyaish kat Instagram, alih-alih ada jugak yang guna hashtag dak Iqy ni, kemain kekecik dah ada peminat.Hadoiiii..Walaupon tak pernah kenal pon si pemilik instagram itu, aku halalkan je lah gambar Iqy yang dah dicilok dari insta aku tu.hahaha...Takpe kalau digunakan untuk tujuan baik apa salahnya kan.Kalau digunakan untuk tujuan serta niat tak baik, takde sebab lah untuk aku tak ambik tindakan kan.
Ada lah dua,tiga keping gambar yang diupload ke akaun instagram pemilik tu ..Terbaca salah satu komen yang mengatakan dak Iqy ni seiras muka Arrian anak Tomok tu..Hahahahah yeke.???.Bukan pertama kali, tapi dah banyak jugak orang cakap benda yang sama.Aku je yang macam teragak-agak, takkan lah sama kot..Tapi memang masa peknen dak Iqy suka sekodeng gambar dan aksi Arrian tott kat instag Tomok..hahahahah kantoiii..Dan aku ni merupakan salah seorang dari jutaan or ribuan peminat fanatic Tomok masa dibangku sekolah dahulu..kihkihkih
Gambar ni pon antara yang adik Akiff ni upload kat instag dia..Sampai sekarang aku tak kenal pon sape adik Akiff ni, semoga dia gunakan gambar-gambar Iqy untuk perkara dan tujuan yang baik-baik sahaja..Doakan jugak dak Iqy ni jadi budak yang bukan indah rupa sahaja, biarlah perangai pon indah sekali,sekarang ni kemain lagi perangai mengada-ngada dia..Adehhh...hahahahaha..
Rizqy di ruangan mandi manda Majalah PA&MA
Walau secoit je gambar dak Iqy terselit kat dalam majalah tetap akan buat aku teruja jugak.Mana-mana mak pon akan merasa camtu kan.Tipu lah cakap ko tak teruja..Podacittt... Ni merupakan kali keenam dak Iqy muncul di dada majalah.Aku plak gigih kumpul satu-satu ,koyakkan dan laminated konon2 nak buat gallery kat bilik dia.hihihi..Mak ko ni memang gigih..Kalini Iqy muncul dalam ruangan 'Mandi Manda' majalah PA&MA keluaran September 2015.Gambar dak Iqy time tengah mandi ,kecik lagi masa ni dalam 5,6 bulan..Badan pon gebu gebas lagi.huhuhu